ARAB SAUDI MANIPULASI TERJEMAHAN AL-QURAN? LAMAN WEB PRO IKHWANUL MUSLIMIN TERNYATA MEMFITNAH!

Oleh : Jebat

1. Baru-baru ini, sebuah laman web Middle East Monitor ada menerbitkan sebuah artikel yang mendakwa bahawa Arab Saudi telah melakukan terjemahan Al-Quran dalam bahasa Hebrew (Yahudi) dengan menukar beberapa makna yang dikatakan bagi "mengampu" Israel.

2. Dan artikel berkenaan telah tersebar dan dikongsi secara besar-besaran tanpa sesiapapun melakukan penyiasatan dan Tabbayun secara terperinci sekaligus menyebabkan berita palsu ini tersebar dikalangan warga muslim di seluruh dunia.

3. Dalam penilitian yang dilakukan oleh Muslim World Journal mendapati tuduhan dari laman web Middle East Monitor merupakan satu fitnah dan tuduhan palsu.

4. Berdasarkan hujjah yang dikeluarkan oleh laman web tersebut, terjemahan yang dilakukan oleh pihak percetakan Al-Quran Raja Fahd di Madinah adalah tepat dan menepati kehendak tranliterasi paling hampir dengan makna sebenar Al-Quran.

5. Memetik kenyataan dari Dr. HA Hellyer, tuduhan yang dikemukakan oleh laman web Middle East Monitor adalah sesuatu yang tidak berasas sama sekali.

6. Hasil siasatan yang dijalankan oleh Muslim World Journal mendapati, berita palsu berkenaan mula terbit dari laman web Iran, Iqna.com, 28 jam sebelum artikel berkenaan diterbitkan pula di laman web Middle East Monitor.

7. Dan untuk makluman pembaca, laman web Middle East Monitor ini merupakan sebuah laman web di asaskan oleh Tariq Ramadan, cucu kepada pergerakkan pengganas Ikhwanul Muflisin. Tariq Ramadan merupakan bekas pensyarah di Fakulti Teologi & Agama di Universiti Oxford sebelum meletakkan jawatan ekoran berhadapan dengan skandal seks sepertimana yang dilaporkan oleh media-media antarabangsa.

8. Malah laman web berkenaan (Middle East Monitor) cukup terkenal dengan pembawakan berita-berita palsu dan berat sebelah terutama sekali dalam usaha untuk menjatuhkan pemerintah Arab Saudi. Malah gemar membawa propaganda bahawa Arab Saudi sekutu Israel, sedangkan sehingga hari ini tidak, negara berkenaan tidak mempunyai sebarang hubungan diplomatik dengan negara berkenaan. 

9. Berbanding pula dengan Turkey. Yang mana negara berkenaan mempunyai hubungan diplomatik dengan Israel sehingga hari ini, namun tidak pula pemerintah negara berkenaan menerima kritikan yang serupa dari laman web berkenaan.

10. Nasihat kami kepada semua umat Islam, agar berhati-hatilah dalam menerima berita terutama sekali berita yang disampaikan oleh Middle East Monitor. Kerana boleh jadi ianya satu fitnah yang sengaja direka-reka demi kepentingan politik pihak tertentu.

Bacaan lanjut :

http://www.muslimworldjournal.com/saudi-did-not-mistranslate-the-quran-into-hebrew/
https://english.alarabiya.net/en/News/middle-east/2018/12/02/776-pornographic-photos-for-Islamic-scholar-Tariq-Ramadan-with-his-victims.html
https://www.bbc.com/news/world-europe-42925424
https://www.france24.com/en/20181022-islamic-scholar-tariq-ramadan-admits-consensual-sex-with-accusers-rape-france