OMAN AIR GANTUNG SEMUA PENERBANGAN KE CHINA


MUSCAT : Syarikat penerbangan nasional Oman, Oman Air mengumumkan bahawa syarikat berkenaan akan menggantung operasi bagi kesemua laluan ke China bermula hari ini.

Memetik sumber dari Times Of Oman, langkah berkenaan diambil sejurus pihak berkuasa penerbangan awam Oman, (Public Authority for Civil Aviation (PACA)) membuat keputusan menggantung semua operasi penerbangan dari negara berkenaan ke China bagi mengekang penyebaran wabak Coronavirus yang mencatatkan jumlah kematian 305 kematian dengan kes pertama kematian di luar China direkodkan di Philipina.


Dalam masa yang sama, pihak pengurusan Oman Air menyatakan bahawa segala kesulitan yang dihadapi oleh para pelanggannya amat dikesali sambil menegaskan pihak syarikat amat mementingkan keselamatan penumpang dan warga kerja Oman Air.

Oman Air turut meminta orang ramai agar sentiasa melayari laman web rasmi dan laman sosial rasmi Oman Air bagi mendapatkan maklumat terkini mengenai jadual penerbangan semasa. - PenaMinang.com