COVID-19 NAMA BAHARU NOVEL CORONAVIRUS (2019-nCoV)


KUALA LUMPUR : Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) membuat penamaan baharu bagi Virus Novel Coronavirus (2019-nCoV). Virus yang kini membunuh hampir 1,000 orang di China itu kini dikenali dengan nama COVID-19

CO - membawa maksud Corona

VI - membawa maksud Virus

D - membawa maksud Disease (Penyakit)

Memetik laporan dari CNBC, pihak WHO tidak menamakan nama virus berkenaan berdasarkan lokaliti geografi, individu, binatang atau kaum tertentu ekoran tidak mahu mewujudkan stigma dikalangan masyarakat awam terhadap satu-satu kumpulan dan kawasan. - PenaMinang.com