Oleh : Anasz*
1. Sebagai seorang yang mempelajari dunia strategi, keselamatan dan diplomasi, isu Rohingya ini bukanlah sesuatu isu yang asing.
2. Ianya adalah satu wacana yang menjadi perbincangan hangat dikalangan penuntut dalam disiplin ilmu berkenaan. Di sini kami berbicara mengenai antara soal hak asasi manusia vs keselamatan. Hak pelarian vs Hak negara. Hak Organisasi Antarabangsa vs Kedaulatan Negara.
3. Semuanya mempunyai hujjah masing-masing. Namun dalam masa yang sama, kami diajar untuk mencari satu jalan penyelesaian bagi masalah berkenaan dalam situasi menang-menang bagi semua pihak.
4. Dalam masa yang sama, memahami isu berkenaan dengan tunjang ISLAM, mempermudahkan lagi cara kita meletakkan kedudukan isu ini.
5. Dan antara langkah kerajaan BN era Najib Razak bagi membantu pelarian Rohingya adalah mewujudkan hospital medan di Cox Bazar di Bangladesh. Ianya merupakan projek serampang dua mata yang tidak disedari oleh rakyat Malaysia.
6. Kewujudan Hospital Medan di Cox bazar bukan sahaja bersifat memberikan bantuan kesihatan, tetapi juga sebagai cara untuk mengurangkan kedatangan pelarian Rohingya ke negara-negara ASEAN terutama sekali Malaysia.
7. Dan jika kita membaca laporan media, Malaysia telah menghantar pelbagai bentuk bantuan ke kawasan berkenaan sebagai "buffer" sebelum menerima limpahan pendatang berkenaan ke dalam wilayah Malaysia.
8. Perkara seperti ini juga dilakukan oleh Arab Saudi bagi pelarian Syria di Jordan dan Lubnan. Mereka menyalurkan jutaan dolar kepada UNHCR dan organisasi-organisasi lain yang membantu pelarian Syria.
9. Malah dalam projek Hospital Medan Malaysia di Cox Bazar sendiri pun, Arab Saudi terlibat sama dalam menghulurkan bantuan kemanusiaan selain Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Brunei.
10. Soal terima atau tolak mereka ke dalam negara ini, ianya adalah hak pemerintah. Namun bukan hak kita memaki hamun kaum yang sama Syahadahnya dengan kita.
11. Seperti aku tegaskan, benar dikalangan mereka ada yang pengotor, benar ada diantara mereka kuat makan sireh, benar ada dikalangan mereka kurang ajar. Dan benar kita tak selesa dan tak mampu menerima mereka. Namun menjeneralisasikan dan mencela keseluruhan kaum mereka terutama di bulan-bulan Ramadan ini. Apa sebenarnya yang kita cuba sampaikan?
12. Akhir kalam. Ingat...Ini bulan Ramadan. Jika tidak mampu menyelesaikan masalah, better diamkan diri. Jangan sampai kita masuk dalam perangkap-perangkap yang dimainkan oleh orang kafir.
Wallahualam.
* Penulis merupakan graduan Sarjana dalam jurusan Analisis Strategi dan Keselamatan dari UKM.