Pemimpin Syiah Houthi Yaman bertemu dengan Ayatusyaitan Ali Khameini |
1. Tetiba aku tengok banyak plak orang concern pasal isu yang terjadi di Yaman. Tak ada masalah bagi aku. Sebab seharusnya kita cakna dengan apa yang terjadi di dalam dunia Islam. Namun bila banyak fakta yang salah disebarkan aku mula rasa terpanggil untuk memberikan penerangan yang sebenar supaya korang tak jadi bodoh mempercayai putar belit dan auta individu / kumpulan tertentu yang tak tau apa motif mereka ni sebenarnya.
2. Aku rasa benda ni dah banyak kali aku ulang benda ni. Bahawa perang di Yaman bukan berpunca daripada Arab Saudi, sebaliknya Syiah Houthi yang didokong oleh Iran yang cuba menawan Yaman dari rakyat Yaman yang majoriti Sunni Muslim.
3. Arab Saudi dan pakatan negara arab bertindak melancarkan perang ke atas kedudukan Syiah Houthi di Yaman atas permintaan Presiden Yaman yang sah, Abdu Rabbo Mansour Al Hadi, yang mohon bantuan setelah ibu negara Yaman, Sana'a di tawan oleh puak pengganas berkenaan.
4. Intervention / Campurtangan Arab Saudi dan pakatannya ke dalam konflik di Yaman adalah cara untuk mengembalikan Yaman kepada pemerintah yang sah.
5. Krisis kemanusiaan yang berlaku di Yaman tidak akan terjadi sekiranya Syiah Houthi tak melancarkan gerakan menjatuhkan pemerintah Yaman.
6. Segala paparan media, gambar kanak-kanak yang kelaparan dan pelbagai lagi tu adalah dari kawasan yang ditawan oleh Syiah Houthi. Mereka yang menghalang kemasukan bantuan kemanusiaan ke kawasan mereka, demi mendapatkan imej "kelaparan" berkenaan untuk 'dijual' kepada pihak yang anti Arab Saudi dan pakatannya.
7. Jika anda ke kawasan-kawasan dalam kawalan kerajaan sah Yaman seperti di Aden, Hadramaut, Al Mahra, Taiz (Selain Sana'a, dan majoriti Yaman Utara) isu krisis kemanusiaan ini tidaklah seteruk di kawasan dalam kawalan puak pengganas Syiah Houthi.
8. Untuk rekod, Arab Saudi adalah satu-satunya negara yang paling banyak menghantar bantuan kemanusiaan kepada Yaman. Tidak cukup dengan bantuan kemanusiaan, bantuan pembanggunan semula, pendidikan malah bantuan kewangan bagi menstabilkan matawang Yaman turut disalurkan oleh kerajaan Arab Saudi kepada negara jirannya itu.
9. Malah gaji staff kerajaan dan tentera Yaman pun dibayar oleh Arab Saudi.
10. Malah bantuan kepada rakyat Yaman yang melarikan diri ke negara Afrika seperti di Somalia dan Ethiopia turut disalurkan. Tak masuk lagi dengan bantuan yang diberikan kepada rakyat Yaman yang menetap dalam wilayah Arab Saudi.
11. Terlalu banyak aku nak senaraikan apa yang kerajaan Arab Saudi dan Pakatan Arab buat di Yaman. Cuma macam biasalah, fitnah tu lebih popular daripada fakta. Macam kita kat Malaysia la, percaya sangat fitnah yang dihembuskan oleh Pakatan Harapan terhadap kerajaan BN. Akhirnya bila dah jatuh kerajaan BN, barulah dorang tau sebenarnya, PH ni banyak menipu dan kuat buat fitnah. Baik yang belajar di universiti dan ada PhD sehinggalah yang katanya ngaji Sunnah. Sama jer bodoh percaya fitnah.
12. Jadi aku harapkan kalian semua jangan termakan fitnah-fitnah yang ditulis oleh Human Rights Watch (mendapat dana dari George Soros), Amnesty International, media antarabangsa hatta Al-Jazeera (yang didana oleh kerajaan Qatar) sekalipun. Kerana tu semua pembawa fitnah. Dan misi mereka satu, mengaburi fakta.
13. Nak tau betul atau tidak. Pi tanya kedutaan Yaman di Malaysia. Dia boleh bagi story yang betul dan benar. Sebab dia bekas Gabenor Hadramawt yang datang ke Malaysia tatkala konflik Yaman sedang memuncak.
* Penulis merupakan graduan Sarjana dalam bidang Analisis Strategi dan Keselamatan dari UKM.
Bacaan lanjut :
https://www.arabnews.com/node/1560016/saudi-arabia
https://reliefweb.int/report/yemen/saudi-arabia-donates-additional-usd-500-million-yemen-humanitarian-response-plan
https://www.reuters.com/article/us-yemen-security-aid/saudi-arabia-and-uae-pledge-200-million-in-aid-to-yemen-for-ramadan-uae-minister-idUSKCN1RK1AO
https://www.voanews.com/middle-east/yemens-houthi-rebels-impeding-un-aid-flow-demand-cut
#KrisisYaman
#FaktaSebenar