JUJUR CAKAP : KENAPA TIDAK ADA SEBARANG PENDAKWAAN SALAH GUNA KUASA KE ATAS TOMMY THOMAS?

Oleh : Jebat

1. Nama bekas Peguam Negara, Tommy Thomas akan dikenang sebagai satu-satunya peguam peguam negara yang cukup dibenci oleh rakyat Malaysia.

2. Selama 22 bulan, Peguam Negara Bukan Islam pertama di Malaysia ini telah banyak mengguris hati rakyat Malaysia.

3. Bermula dengan penarikan kes Terowong Lim Guang Eng dari mahkamah sehinggalah melepaskan 12 suspek pembunuh Adib.

4. Setelah PH tumbang ekoran perletakkan jawatan Perdana Menteri ke 7 secara tiba-tiba, Tommy Thomas pun meletakkan jawatan secara tiba-tiba.

5. Berikut antara senarai kes salah guna kuasa sepanjang Tommy Thomas memegang tampuk sebagai Peguam Negara :

A. Kes rasuah Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng. Pertuduhan rasuah berhubung pembelian sebuah lot tanah dan banglo digugurkan pada 3 September 2018.

B. Kes hasutan Ahli Parlimen PKR Pasir Gudang, Hassan Karim. Tiga pertuduhan berhubung kenyataan berbaur hasutan terhadap Sultan Selangor telah digugurkan pada pada 26 Julai 2018. Beliau juga merupakan bekas Pengerusi PKR Johor.

C. Kes perhimpunan haram Ahli Parlimen DAP Kampar, Thomas Su Keong Siong. Pertuduhan berhubung menganjur perhimpunan haram telah digugurkan pada 27 Julai 2018. Beliau juga merupakan Anggota Jawatankuasa DAP Pusat.

D. Kes perhimpunan haram Setiausaha PKR Perak, Mohammad Anuar Zakaria. Pertuduhan berhubung menganjur perhimpunan haram telah digugurkan pada 27 Julai 2018.

E. Kes hasutan Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar (PKR), R Sivarasa. Pertuduhan berhubung ucapan menghasut dalam himpunan Kita Lawan telah digugurkan pada 30 Jun 2018.

F. Kes hasutan bekas Ahli Parlimen PKR Padang Serai, N Surendran. Pertuduhan berhubung hasutan dalam kes liwat II Anwar Ibrahim digugurkan pada 27 Ogos 2018. Beliau juga merupakan bekas Naib Presiden PKR.

Selain daripada pemimpin PH, kes yang melibatkan individu pro-PH turut digugurkan:

A. Kes isyarat lucah Siti Kasim. Pertuduhan berhubung menunjukkan isyarat lucah kepada seorang penonton di forum RUU355 digugurkan pada 11 Februari 2019. Siti Karim akrab dengan Tommy.

B. Kes hasutan kartunis Zunar (Zulkiflee SM Anwar Ulhaque). Sembilan pertuduhan berhubung hasutan melalui laman twitter miliknya digugurkan pada 30 Jun 2018.

C. Kes penghinaan anggota PKR, Ratu Naga (Syarul Ema Rena). Pertuduhan berhubung penghinaan terhadap Najib Razak-Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik (TPPA) digugurkan pada 25 Julai 2018. Beliau pernah bertanding calon MPP PKR tahun lepas.

6. Namun peliknya sehingga hari ini, tidak ada sebarang pendakwaan dikenakan ke atas Tommy Thomas sehingga hari ini, sedangkan ketika dia menjadi AG, banyak salah guna kuasa yang terjadi!

7. Kerajaan Perikatan Nasional perlu bertindak segera sebelum rakyat hilang kepercayaan terhadap kepimpinan kerajaan yang ada pada hari ini.



#JujurCakap