JUJUR CAKAP : UTAMAKAN KEPENTINGAN AGAMA DAN BANGSA

 

Oleh :  Jebat


1. Keputusan PBBM untuk menyertai Muafakat Nasional bukanlah sesuatu yang mudah diterima, terutama sekali ahli-ahli UMNO.


2. Ahli-ahli UMNO melihat para pemimpin BERSATU sebagai pengkhianat atau parasit kepada UMNO dalam PRU14 yang lalu.



3. Namun dalam demografi politik pada hari ini selain pengalaman 22 bulan diperintah oleh kerajaan yang dikawal oleh DAP, sudah pastinya ahli-ahli UMNO tidak mahu episod buruk berkenaan berulang kembali.


4. Dalam hal ini, para pemimpin dan ahli-ahli UMNO perlu bersikap terbuka. Memilih kemudaratan paling kecil dari kemudaratan yang jauh lebih besar. Ini bertepatan dengan konsep yang dinyatakan oleh para ulama : 


Sekiranya bertembung di antara dua kemudaratan, maka elakkanlah kemudaratan yang lebih besar dengan memilih kemudaratan yang lebih kecil.

(Rujuk: Mausu’ah al-Qawa’id al-Fiqhiyyah, 1/87)



5. Mungkin sahaja dengan penyertaan PBBM kedalam Muafakat Nasional bakal menenggelamkan peranan UMNO. Dan mungkin sahaja sebaliknya.


6. Dalam hal ini, UMNO mempunyai kelebihan berbanding PBBM kerana mempunyai organisasi yang lebih teratur dan akar umbi yang lebih ramai. Maka dengan kelebihan yang ada ini, UMNO seharusnya memanfaatkan agar lebih ramai orang Melayu bersama-sama dalam perjuangan mereka.



7. Tetapi disebalik persaingan mendapatkan kerusi, para pemimpin UMNO (dan juga PAS) perlu mendahulukan kepentingan Agama dan survival Bangsa Melayu melebihi segala-galanya. Cukup-cukuplah perpecahan yang terdahulu yang menyebabkan bangsa lain memijak-mijak maruah bangsa dan agama kita!


8. Semoga UMNO terus kekal menjadi tulang belakang kepada kestabilan politik umat Islam dan bangsa Melayu Bumiputra di Malaysia!


Post a Comment

0 Comments