Lebih dari setahun bekas Pesuruhjaya SPRM, Latheefa Koya mendedahkan rakaman perbualan diantara bekas Perdana Menteri ke 6, Datuk Seri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak dengan Putera Mahkota UAE, Mohammed bin Zayed Al Nahyan kepada media pada Mac 2020.
Dan sehingga hari ini kita tidak mendapati sebarang kesalahan yang terdapat dalam rakaman berkenaan. Malah rakaman berkenaan kini telah dijadikan bukti di pihak defendan Najib Razak bagi proses penghakiman dalam kesnya.
Namun begitu, disebalik kegairahan Latheefa Koya mendedahkan rakaman berkenaan, dengan harapan bahawa dia boleh menghangatkan kembali kes Najib Razak di media sosial dan perdana, satu perkara yang memberikan kesan yang jauh daripada itu adalah hubungan diplomatik diantara Malaysia dengan Emiriah Arab Bersatu (U.A.E)
Walaupun terdapat usaha yang dilakukan oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk merapatkan hubungan berkenaan, namun ianya sesuatu yang memakan masa yang lama.
Manakan tidak, pastinya pemimpin dunia tidak mahu berkomunikasi dengan pemerintah Malaysia disebabkan sikap kerajaan Malaysia yang tidak menghormati hak privasi lebih-lebih lagi melibatkan komunikasi di peringkat tertinggi kerajaan.
Oleh kerana itu, kerajaan yang ada pada hari ini seharusnya melakukan tindakan mendakwa Latheefa Koya di mahkamah kerana bukan sahaja mencemarkan nama baik Malaysia tetapi juga telah melanggar undang-undang negara.
Untuk rekod, kes Latheefa ini disiasat mengikut Seksyen 203A Kanun Keseksaan, iaitu penjawat awam mendedahkan siasatan rasmi kepada pihak tidak sepatutnya, Seksyen 218 Kanun Keseksaan iaitu penjawat awam membentuk rekod atau tulisan yang tidak betul untuk selamatkan seseorang daripada hukuman, dan Seksyen 8 Akta Rahsia Rasmi, iaitu perbuatan mendedahkan rahsia rasmi.
0 Comments
بِسْÙ…ِ اللَّÙ‡ِ الرَّØْÙ…َÙ†ِ الرَّØِيم
السلام عليكم ورØمة الله وبركاته
PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.