TERKINI

Friday, 30 August 2013

APA MOTIF TADIKA CIC PROMOSI PENULIS SYIAH?

Oleh : Jebat

Semalam seorang rakan kami telah menghantarkan maklumat mengenai sebuah tadika yang dikatakan giat mempromosikan ideologi Syiah kepada para pelajarnya. Kami juga diberikan link berkaitan yang membuktikan terdapat unsur-unsur Syiah cuba diserapkan 'secara tidak sengaja' oleh pengurusan tadika berkenaan.

Berikut merupakan print screen 'laman web CIC' yang menampilkan penulis Syiah dan print screen laman forum yang mengaitkan penulis terbabit dengan gerakan Syiah.



Berdasarkan daripada print screen diatas, pastinya kita akan tertanya-tanya, kenapa pengurusan CIC mengambil sumber penulisan dari penulis Syiah dalam bab kesilapan ibu bapa dalam mendidik anak-anak? Apakah sudah tidak ada lagi penulis motivasi sunnah lain yang boleh ditampilkan? 

Malah jawapan yang diberikan oleh pemilik CIC juga amat meragukan. Ayat yang digunakan oleh mereka terlalu rapuh. Tanpa menampilkan siapakah yang menjawab bagi pihak CIC, keseluruhan 'jawapan kepada fitnah terhadap CIC' hanya bersifat retorik semata-mata. Dan ayat yang hampir sama ialah mereka cuba 'twist' dengan mengaitkan negara luar seperti Amerika Syarikat, Britain dan negara-negara lain.

Sedangkan natijahnya pihak yang mempertikaikan ke'sunnah'an CIC adalah berdasarkan kewujudan artikel penulis Syiah di laman web mereka. Selain itu juga individu yang menulis 'jawapan kepada fitnah terhadap CIC' juga tidak membuat sebarang pengakuan bahawa dirinya bukan seorang Syiah, sebaliknya hanya bercakap secara UMUM bahawa;

"kesemua kakitangan dan francaisee yang berjumlah lebih 300 orang adalah Ahli Sunnah Wal Jamaah"

Sedangkan bagaimana pula dengan soal pengurusan tertinggi Syarikat? Mereka tidak menyatakan sebarang makluman atau mengakui ke'sunnah'an mereka sehingga artikel ini ditulis.

Lebih mengarut bilamana si penulis menyatakan;

"Selain itu saya juga berpandangan bukan sahaja kita tidak harus bermusuhan sesama Islam, kita juga harus berbuat baik sesama insan walaupun berlainan agama dan kepercayaan kerana kita sama-sama harus bangunkan dunia supaya selamat didiami oleh semua makhluk dan menyebarkan kebaikan sebanyak mungkin. Jika kebaikan tersebar, manusia semakin berilmu dan berakhlak mulia, akhirnya manusia akan kembali kepada Tuhan dan beribadah kepadanya. Ini adalah lebih baik daripada memusuhi antara satu sama lain, berperang, berbunuhan dan dendam yang tidak berkesudahan. Kita semua bertanggung jawab menghentikan persengketaan ini. Bermula dari diri sendiri."

Timbul persoalan difikiran kami, sejak bila Syiah diakui keIslamannya? Dan apakah dia tidak mengetahui bahawa Syiahlah yang pertama sekali menyebarkan keburukan di muka bumi ini atas nama 'Islam'. Mereka menghina para sahabat nabi, mencela isteri nabi dengan pelbagai gelaran yang buruk masih wajarkah lagi kita kaum sunni berbaik dengan mereka. Kami bersetuju bahawa kita umat Islam harus menunjukkan akhlak yang mulia namun dalam masa yang sama kami mempersoalkan tindakan beliau yang mempromosikan ideologi Syiah di laman web CIC.

Jadi cadangan kami kepada pengurusan CIC :

1. Buat kenyataan terbuka kepada media oleh pengurusan tertinggi CIC
2. Mintak JAKIM, JAIS atau mana-mana JABATAN AGAMA ISLAM NEGERI datang memantau perjalanan dan silibus aqidah tadika CIC
3. Tarik semula artikel yang ditulis oleh Tahera Kassamali dari laman Web CIC

Untuk rekod, CIC kini mempunyai 45 Cawangan sekitar Kuala Lumpur (Bangsar, Taman Tun Dr Ismail,Taman Permata, Danau Kota, Melati Utama, Bandar Sri Permaisuri, Taman Desa and Bandar Sri Damansara),  Putrajaya (Presint 8, Presint 9, Presint 11A, Presint 11D, Presint 14, Presint 15 and Presint 18 and Presint 15H), Selangor (Prima Gombak, Taman Tasik Prima, Puchong Utama, Puncak Jalil, Bandar Baru Bangi, Impian Putra, Kota Damansara, The Strand Damansara, Bandar Tun Hussein Onn, Seksyen 7 Shah Alam, Seksyen 20 Shah Alam, Semenyih, Kajang, Saujana Impian, USJ 3 Tiara Square, Kota Kemuning, Bukit Jelutong, Kota Warisan, Saujana Utama, Bandar Baru Selayang, Prima Samudera Gombak and Selayang Pandang), Kelantan (Queenspark and Kubang Kerian), Kedah (Darulaman), Melaka (Ayer Keroh), Johor (Larkin Idaman) and Negeri Sembilan (Senawang)

Sumber :

http://www.cic.net.my/index.php?option=com_content&view=article&id=238&Itemid=234

http://www.shiasisters.net/forum/viewtopic.php?t=146

http://www.cic.net.my/index.php?option=com_content&view=article&id=291&Itemid=306

Mengenai ""

Berkelahilah cara MELAYU, Menikam dengan pantun, Menyanggah dalam senyum, Marahnya dalam tertawa, Merendah bukan menyembah, Meninggi bukan melonjak.

28 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. Harap ibu bapa yg mghantar anak2 mereka ke CIC memantau dgn lbh tegas akn bahaya syiah ini

    ReplyDelete
  3. Saya x rasa Qutren seorang syiah, sy nmpk dia sebagai seorang moderate...sy hantar anak ke CIC, kalau ada unsur syiah, I would know it right away. Anak sy belajar syllabus yang didaftarkan dengan pihak berkenaan,belajar mengaji guna iqra' seperti yg sy guna dulu...azan seperti biasa, solat seperti ahlussunnah,xnmok unsur syiah, takiyyah? xkanla budak2 umur 3-6 thn pandai takiyyah plak, children ni manusia yg jujur...kalau nk tipu mesti kantoi..so elokla kita berhati2 dlm keluarkan kenyataan...

    ReplyDelete
  4. Agreed with observer..i pun htr my 3yr daughter..ok je..dh pandai solat n hafal surah2 biasa dll..xyah la nk cr issue..

    ReplyDelete
  5. Agreed with observer..i pun htr my 3yr daughter..ok je..dh pandai solat n hafal surah2 biasa dll..xyah la nk cr issue..

    ReplyDelete
  6. Bagaimana jika pandangan penulis barat yang bukan islam tentang kaedah pendidikan anak dipetik sebagai sumber? Adakah juga akan terus dituduh sebagai penyebar agama penulis barat tersebut?

    ReplyDelete
  7. Kalau dh berani tuduh berani la buat report kpd pihak berwajib? Kalau pengecut ini namanya fitnah!!!

    ReplyDelete
  8. Fitnah itu lebih dahsyat daripada membunuh. Pergi jahanam kepada semua pemfitnah!!

    ReplyDelete
  9. Kena alert dan sedar bahaya syiah.
    Kalau petik artikel kristian, hindu, yahudi, buddha, mungkin kita semua bisa berdiam kerana kita tahu anak-anak kita tahu agama mereka itu kafir.
    Berbeza dengan syiah, menyebarkan artikel syiah itu kepada anak-anak kita seperti mengajak mereka mendekati syiah.
    Oleh itu, wajiblah berhati-hati dalam perkara ini.
    Penulis artikel CIC yang terlibat juga harus disiasat mengapa mengeluarkan artikel dari sumber wanita syiah (Tahera) yang berkata "Ali itu lebih mulia dari Rasulullah"

    ReplyDelete
  10. Salam. Amat dikesali fitnah-fitnah sebegini datang dari orang-orang " islamis" , berkupiah, berjanggut. Macam Ustaz Nazmi Karim mulut ikut sedap sahaja. Jatuh mertabat Ustaz kalau macam ni. Bloger yang nampak macam bercitra Islam pula menjadi tali barut menyebar fitnah. Enta semua tak takut kahdengan Azab ALLAH di Padang Mahsyar kelak. Jangan main-main seluruh amalan anda akan didepositkan ke amalan mangsa fitnah. Sekiranya amalan dah habis, dosa mangsa fitnah pula dipindahkan ke bahu enta semua.La Haula wala quwata illa billah

    ReplyDelete
  11. Boleh tunjukkan di mana dalam artikel yang dipetik tersebut yang menyebarkan fahaman syiah?

    ReplyDelete
  12. Assalamu alaikum. Kenapa Tuan Pena MInang berfikiran sempit dan negatif. Saya tidak melihat apa-apa kesalahanpun di dalam tulisan orang Iran tersebut yang diuploadkan oleh CIC. Allah mengingatkan kita :janganlah kebencian kamu kepada sesuatu kaum menyebabkan kamu tidak berlaku adil terhadap sesuatu kaum.
    Saidina Ali bin Abi Thalib pernah berkata " Bukanlah kebenaran itu dengan tokoh/manusia, tetapi kenalilah kebenaran nescaya kamu akan mengetahui siapakah yang bersama kebenaran"
    Saya tengok kandungannya bagus, dan adakah saya menjadi sesat kerana penulisnya orang Iran. Contoh yang lain apabila saya memetik satu tulisan seorang Hindu dan berkongsi tulisan tersebut di dalam blog saya maka saya menjadi Hindu....

    ReplyDelete
  13. Assalamualaikum. Maafkan mencelah. Saya ade menyelidik latar belakang Qutren. Antara penemuan saya yang tuan-puan sendiri pikir2kan lah:
    INVENTIO STRATEGIES IN CALIPH ALI BIN ABI TALIB'S
    SELECTED SPEECHES adalah thesis masters Qutren. Boleh google.
    isi kandungan nya belum saya baca sepenuhnya... tapi sila lihat bhgn dedication..... dedicated to Kanda, Ali, Narges, Fatma, Husayn and Little Baby
    And all admirers of Imam Ali

    Adakah kebetulan nama ahli keluarganya adalah nama2 yg mashur dlm pegangan syiah?

    Bukan untuk menfitnah, tapi saya mengharap Qutren adalah ahli sunnah bukan syiah, kerana peranan beliau besar dalam masyarakat Malaysia iaitu membentuk generasi muda melalui CIC.

    Kita wajib memerangi syiah, dan segala anasir kecil, besar, sembunyi atau terang sebelum ahli keluarga kita sendiri yg terjebak. nauzubillah.

    ReplyDelete
  14. Salam..bahayanya syiah dikalangan islam..mereka mungkin bertopeng dan akan menerapkan sedikit demi sedikit..jadi berhati2 lah ibu bapa kerana di negara pelopor syiah..kanak2 dari kecil lah yg cepat menguasai cara dan perlakuan wajib dalam amalan seharian...apa itu "cara dan perlakuan wajib"?sila kaji jika anda sayangkan anak2 anda kerana ingatlah anak2 ini yang akan mendoakan ibubapa mereka jika mereka(ibubapa) telah meninggal dunia...beringatlah semua..Semoga anak cucu kita terselamat dari duri dalam daging ini..

    ReplyDelete
  15. Assalamu Alaikum. Syiah nampaknya menjadi sumber fitnah kepada masyarakat melayu muslim Malaysia. Kenapalah bangsa kita lebih suka menjadi tukang fitnah dan penjaja fitnah, suka gossip dan tidak gemar meneliti, mengkaji dan berfikir secara mendalam. Lebih malang lagi para blogger seperti Pena Minang ini sendiri yg kononnya bercitra Islam tetapi bersikap amat memalukan. Masyarakat melayu memang terkenal pakar pendengki bangsa sendiri. Dicanang fitnah dlm fb dan blog utk melingkupkan perniagaan bangsa sendiri. Tahniah kepada anda kerana labanya akan anda tuai bukan sahaja di akhirat tetapi insya Allah juga di dunia. Saya berdoa mudah mudahan Puan Qutren dan CIC akan lebih berjaya mendidik anak bangsa. Amiin

    ReplyDelete
  16. saya rasa pembaca di sini jangan cepat menghukum. sy juga mendengar berita ini dari sumber rapat. masih dalam siasatan saya rasa. belum dapat laporan akhir... masih belum sahih..

    ReplyDelete
  17. sementara waktu ni, lebih baik kita berhati2 dan pantau2 anak2 kita. klu berita ni sahih, bagaimana?

    ReplyDelete
  18. Seorang bapa

    Mungkin ini semua fitnah atau Mungkin juga ini semua benar...kita hanya diberikan satu khabar......jangan mudah percaya dan jangan pula mudah menghukum......periksa, kaji, teliti, dan perhalusi.......jika benar, kita Sudah bersedia...jika tidak benar, Alhamdulillah.....ini Demi anak2 kita.....darah daging kita.......akidah bukan perkara yang boleh diambil mudah.......semoga zuriat keturunan kita dipelihara Dari semua ancaman musuh2 Islam dan semua agendanya......ingat, kita sedang diserang dari semua sudut.......maka sentiasalah beringat2 dan berpesan2 lah sesama kita........

    ReplyDelete
  19. assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh. saya x mau cakap banyak . yang penting sebelum sebarkan apa apa "fakta" baik lah selidik dahulu . adakah penulis ini ada menghantar anaknya ke cic? jika ya di mana kah syiahnya pada anaknya itu? ingatlah , ALFITNATU ASHADDU MINAL QATL. x baik tutup periuk nasi orang lain . setahu saya , tiada parent yang mahu keluarkan anak meraka dari cic gara gara fitnah ini . hal ini kerana mereka yakin bahawa anak mereka diajar dengan baik sekali. dan ingatlah GOOD PRODUCT DESN'T HAVE TO SPEAK , THE COSTUMERS WILL PROMOTE IT

    ReplyDelete
  20. qutren dan suaminya ( bekas student UIA), pembekal tunggal ISTAK- Iran non-alcoholic beer, mereka juga adalah Pengarah Eksekutif dan juga CEO Malaysian Iranian Corporation (MIC) Sdn Bhd ....... mereka juga katanya mempunyai butik avon di persint 15 putrajaya. Saya hanya ingin berbicara tentang syiah itu sendiri. Syiah mempunyai ilmu kebal iaitu 'taqiyah'. Dalam lain luar lain. Susah untuk buktikan. Dan itulah agama syiah. Mereka menyusup dalam senyap. Bila sudah besar dan berpengikut yang ramai disamping mempunyai backup dari negara tertentu terutama Iran, maka 'bertocang' lah mereka... fikir-fikirkan lah... Senang untuk kita bezakan antara kafir dan Islam, tapi amat payah untuk kita bezakan orang munafik dan orang islam...

    ReplyDelete
  21. Menarik komen Anon 0935. Dah jadi personal. Tahu begitu detail kononnya tentang pemilik CIC. Kenapa tak sebarkan dia agen Yahudi kerana kononnya turut memiliki Avon di Putrajaya. Avon kan American Company. Saya dah tahu motifnya. Sama seperti org melayu dok hentam Syed Mokhtar Al Bukhari. Dengki tengok melayu lebih sikit dan berjaya. Selalunya keja ni keja org dekat. Kalau saya jadi Puan Qutren saya cari sampai lubang cacing.Hei Bro kalau kau nak boikot pi suruh org Islam boikot product org bukan Islam.

    ReplyDelete
  22. Anon 1429 nampaknya mengamuk adakah disebabkan anda menghantar anak di CIC atau berkaitrapat dgn CIC?

    Apa apa hal pun, semuanya perlu diselidiki. Jikalau dikhuatiri Syiah, kita boleh bertemu dgn pihak berkaitan. Panggil sekali warga CIC ni. Sama sekali rasanya tidak timbul disebabkan PHD seperti Anon di atas. Semuanya timbul atas dasar ingin menyelamatkan aqidah anak masing masing. Saya pun hantar anak di CIC. Jikalau benarlah Syiah seperti yang disangka kan..terpaksa lah keluarkan anak dari CIC jikalau pemiliknya benar Syiah - walaupun tidak menyebarkan fahaman tersebut. Cukuplah ini usaha saya untuk menolak syiah dan tanda protes pada apa yang berlaku di Syria. Melainkan tuan tuan di atas tidak peduli apa yang berlaku di Syria..maka ikutlah mengikut tindakan masing masing.

    Wallahu'alam. Mari siasat.

    ReplyDelete
  23. Ustaz Mohd Zahir Ghazali seorang pendakwah juga dituduh Syiah :
    Mohd Zahir Ghazali

    Oct 9SAYA DITUDUH SYIAH !!!Sekadar pencerahan kerana terlalu banyak khabar angin dan fitnah2 yg dibawa samaada angin sepoi dan juga taufan liar yang ganas.Beberapa orang sahabat bertemu saya “ada berita lawak ustaz Zahir..saya tanya,”berita apa? Mr Bean masuk Islam ka?”Jawab sahabat tu,” Org dok tuduh Ust orang kuat syiah..tu yang kami gelak” .Oo isu ni ka..dah banyak sangat org PM FB saya.Kebanyakan nya org yang tak menegnali saya.Cuma pernah melihat wajah dan kenal nama.Ramai sahabat2 ustaz yang menelefon,bersms menyampaikan maklumat ini.Ada mereka yang saya tidak kenali PM melalui fb saya.Tanya betul ka Ust ni Syiah? Saya kata hampa toksah dok merapu.. Depa tuduh pula Ust..jangan dok taqiah..he he pening saya dibuatnya.Ada yg hujah,kami tengok ust tak pernah pun hentam puak syiah dlm fb ?Ada yg hujah,Ust pertahankan syiah di Bandar Laguna Merbok dlm FBAda yg hujah kerana terlibat dengan HPA Kopi Radix yang memperjuangkan syiah,tuduh mereka.Ada yg hujah kerana saya pernah melawat Iran.Ada yg hujah kerana saya selalu memakai serban yang berwarna.

    ReplyDelete
  24. Jawapan Saya,Kalau sahabat yg mengenali saya insyaAllah mereka boleh memberikan jawapan kepada anda yg hanya mengenali saya hanya dari jauh.tapi menyebarkan berita2 yang amat melucukan bagi saya.Saya adalah pro ikhwan muslimin, 2 aliran yang terlalu bertentangan aqidah dan fikrah perjuangan.Semenjak di Al Azhar,saya dikenali begitu anti dengan syiah.Sehinggakan semasa memegang amanah ketua pemuda PAS kaw lebih dari 6 tahun,tindakan saya menganjurkan seminar mengenali Kesesatan Syiah mengundang rasa kurang senang beberapa orang kenalan.Saya juga mempunyai hubungan yang rapat dengan Dr Khamis(almarhum) yang amat dibenci oleh golongan syiah(maklumat dari kenalan saya).Beberapa kali saya menjadi tetamu beliau untuk berkongsi dengan beliau tentang hujah2 kesilapan syiah.Beliau memberikan saya banyak tip2 kupasan ilmiah yang menarik untuk berhujah dengan golongan syiah.(moga Allah merahmati beliau)Berkaitan dengan isu2 syiah di laman social FB,Saya tidak melibatjkan diri kerana sememamngnya saya kurang berminat dengan gaya perbahasan dan tohmahan kepada syiah secara meliar dan tidak berkisar di atas displin ilmu.Terdapat komen2 dan kongsi2 yang lahir dari emosi dan kebencian melampau kadang2 seolah anti syiah versi umno.Walaupun saya tidak menerima syiah namun bukanlah alasan untuk kita menghukum mereka secara tidak adil(surah Al Maidah ayat  dengan sebahagian fakta2 yang tidak benar samaada gambar yg diupload tidak tepat,maklumat yang dikongsikan dengan fakta yang salah dan lain2nya.Namun saya mengikuti dengan penuh minat perbincangan ilmiah yang dicetuskan oleh Dewan Ulama PAS Pusat dan yg seumpama juga setaraf mereka.Perbahasan ilmiah(bukan emosi) yang benar2 mampu menggugat pegangan pendokong2 fahaman syiah.Isu syiah di Bandar Laguna bukanlah bukti saya menyokong syiah tetapi saya sekadar memberikan penjelasan bahawa fakta yang diberikan kurang tepat seperti hebahan kejadian yang berlaku di Masjid Bandar Laguna Merbok tetapi kejadian yang sebenarnya adalah berlaku di sebuah masjid lain di Bandar Sungai Petani.Masjid Andalusia Bandar Laguna Merbok baru sahaja dirasmikan menjelang Ramadhan yg lalu(kebetulan saya menyampaikan kuliah bulanan di situ)

    ReplyDelete
  25. Isu saya bersama HPA yang memperjuangkan syiah.HPA syiah ?Harap hentikan fitnah ini !!!!Hujah hanya kerana HPA membina hotel dan menamakannya dengan El Zahraa.Tahukan anda disebelah Hotel Al Zahraa,terdapat bilik seminar HPA yg dinamakan Omar Mokhtar(carilah mereka yang bernama Omar di Iran).Mengapa perlu digubah fitnah itu menjadi kek coklat yang lazat untuk menarik perhatian peminatnya.Ust2 yang menyampaikan kuliah di mana shj(yang tidak mengenali kami) ada yg secara terang terangan meniup bara fitnah ini,hentikanlah penyebaran berita fitnah ini.Tuan Hj Ismail (owner HPA) bukan pendokong tegar syiah(seperti fitnah yg dimarakkan).saya amat mengenali beliau.Sekiranya ada individu lain yang terlibat,adakah wajar dizalimi kami sedemikian.Isu saya melawat Iran, ya memang benar saya pernah melawat Iran di dalam pakej pelancongan yang pernah disertai.(Kebetulan minat saya yg amat tinggi dlm misi penjelajahan dunia)Mungkin sahabat yang menuduh tidak mempunyai maklumat bahawa selain dari Iran saya juga melawat Korea Selatan (winter sonata) bukan bermakna saya peminat Koo Hye Sun, Lee Min Ho actress drama Boys Over Flowers yg menjadi kegilaan org2 kampung saya(Bukit Selambau,kawan saya bagitau) , Saya pernah melawat New Zealand (bukan peminat burung kiwi dan moari.Ragbi lagi laa )saya pernah melawat Sepanyol,meronda2 di Bandar Madrid(walaupun bukan penyokong tegar Real Madrid,apalagi skuad Catalonia,Messi,Neymar, Cuma sikit2 meminati Mesut Ozil yg kini menjadi wira agong skuad the gunner Arsenal)(saya sebenarnya penyokong JDT,tapi kalah pula di tangan Kelantan)Saya melawat Vietnam tanpa membawa pulang ideology si kalah dan sang menang dlm War Vietnam vs Amerika ,saya pernah melawat Pakistan tapi insyaAllah bukan Al Qaeda ataupun Taliban.Lebih dari 15 negara dunia saya lawati.(MAAF BUKAN IRAN SAJA !!)Isu serban…Tak payah jawab kot.nanti saya cuba dapatkan kopiah Ust Azhar Idrus tapi rasanya tak ada size kepala saya..Terima Kasih semua ustaz2 ,tuan2 guru di kalangan sahabat2 saya yang menyampaikan maklumat kepada saya dan meminta saya membuat sedikit pencerahan.Moga ada manfaat untuk Islam.takbirrrr!!!

    ReplyDelete
  26. baru tadi ada seorang customer saya datang nak tempah tudung utk tadika (saya tailor), customer saya ni ex-teacher kat cic, skrg dia dah kerja di taska baru, saya tanya kenapa, dia jwb sbb pengasas cic ni pengamal syiah yang mengamalkan byk amalan puak syiah dan cuba menyebarkan ajaran syiah dlm kelas secara halus, contohnya: dia galakkan staff sembahyang jamak zohor n asar walaupun hanya di dalam kelas sepanjang hari sedangkan bukan dalam keadaan musafir pun, ikut cerita dia ada lg amalan syiah yg pn Q buat, pengasas cic itu juga byk mengagumi tokoh syiah, tapi customer saya ni x nak cerita panjang pengalaman dia bersama cic.. wallahualam..

    ReplyDelete
  27. Salam. CIC pun Syiah ke? Bukti tukang jahit gred A ke gred B? Kalau sembahyang jamak kau nak tuduh Syiah, gi mengaji dulu bab feqah bagi mendalam.

    ReplyDelete
  28. Pelik...pasal artikel dari luar negara tu pun nak jadi isu ke...kalau saya saya tgk content artikle tu & bukan attack writer..dia maybe corrupt in one sense tapi sense yg lain yg kita suka kita ambik je la..

    #penulis blog ni macam berfikir kelas ketiga laaaa

    ReplyDelete

Pandangan yang dilontarkan di dalam ruangan komen adalah milik pihak yang menghantar. Pena Minang / Pena Minang Return tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang dihantar.

Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2008-2014 Pena Minang
Direka oleh PMAT Di Malaysia | BTT