ARTIKEL TERKINI

SUNNAH

SYIAH

SASTERA

EBOOK

Tuesday, 27 August 2013

BILA PAKATAN PEMBANGKANG NAK UMUMKAN LOGO DAN TEMA HARI KEBANGSAAN KE 56?

Oleh : AJ

Tinggal beberapa hari lagi, Malaysia akan menyambut hari Kemerdekaan yang ke 56. Dipihak kerajaan Persekutuan, tema dan logo dah pun dipilih dan ditetapkan. Tema pada tahun ini adalah MALAYSIAKU BERDAULAT : TANAH TUMPAHNYA DARAHKU.

Namun aku tertanya-tanya juga...Bila pula Pakatan Pembangkang nak umumkan Tema dan Logo sambutan hari kebangsaan ke 56? Jika tahun lepas negeri-negeri yang dikuasai oleh mereka seperti Kedah, Kelantan, Pulau Pinang dan Selangor tampil dengan logo dan tema yang ditetapkan oleh Pemimpin Pakatan, kenapa tahun ini dah tak ada? Adakah semangat hari kebangsaan mereka sekadar bermusim atau bila tiba musim pilihanraya semata-mata? Macai Pakatan boleh bagi jawapan?

1 comment:

  1. Salam

    Aku bukan macai tapi aku mengikuti perkembangan kes logo Merdeka tahun lepas. Punca PR guna logo lain adalah sebab mereka tidak setuju dengan logo Merdeka tahun lepas yang sangat buruk. Logo Merdeka asal tahun lepas bukan dalam grafik seperti di atas tapi yang ada bermacam tulisan dan dibuat macam budak sekolah buat. Bukan takat PR, tapi ramai lagi yang marah dan komplen pasal logo tersebut termasuk mereka yang pakar mengenai design.

    Tahun ini logo Merdeka adalah menarik dan okay. Jadi rasanya takde motif untuk PR buat logo lain seperti tahun lepas.

    Ada kalanya kalau nak timbulkan isu, kita kena tahu pokok pangkalnya.

    ReplyDelete

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.

© 2008-2017 PM Institute