ARTIKEL TERKINI

SUNNAH

SYIAH

SASTERA

EBOOK

Saturday, 31 August 2013

POLISI BARU EKONOMI BUMIPUTERA PADA 14 SEPTEMBER 2013

Oleh : Beruang Biru

Orang-orang Melayu bakal mendapat berita gembira pada 14 September ini kerana Perdana Menteri akan mengumumkan Polisi Ekonomi Bumiputera bagi memperhebat penyertaan bumiputera dalam ekonomi negara ini. 

Polisi yang bakal diumumkan di hadapan 5,000 orang di Dewan Agong UiTM Shah Alam  dijangka akan memberi tumpuan kepada pendidikan, pekerjaan dan peluang perniagaan kepada bumiputera. 

Perdana Menteri juga akan menegaskan komitmen kerajaan dalam merangka strategi dan program intervensi, termasuk pendekatan baru bagi memantapkan ekonomi bumiputera di negara ini. 

Pengumuman ini sekali gus menjawab semua kritikan yang menuduh kerajaan tidak memberi perhatian serius kepada agenda bumiputera.   Ternyata kerajaan tidak pernah meminggirkan bumiputera, tetapi terus komited untuk merapatkan jurang ekonomi antara kaum. 

Komitmen Perdana Menteri ini mampu memberi harapan baru kepada orang-orang Melayu yang meragui kepimpinan berikutan perkembangan politik semasa yang banyak mengguris hati dan tidak memihak kepada orang-orang Melayu. 

Penghinaan terhadap agama Islam dan juga kes-kes jenayah yang menjadi-jadi akibat tunduk kepada desakan pembangkang untuk menghapuskan Akta EO dan ISA telah membuatkan orang-orang Melayu melihat kerajaan sebagai mengkhianati sokongan mereka selama ini. 

Malah, orang-orang Melayu turut mengaitkan kebiadapan kaum lain menghina Islam dan Melayu sebagai berpunca dari sikap kerajaan yang sanggup memaafkan Namewee suatu ketika dahulu.  Hari ini, sudah dua tiga video dibuat oleh Namewee untuk menghina Melayu, tidak termasuk filem The New Village yang menyanjung komunis. 

Semua ini membuatkan orang-orang Melayu melihat kerajaan sebagai lemah kerana terlalu tunduk kepada kaum lain dan juga pembangkang. 

Bertitik-tolak dari itu, orang-orang Melayu mempersoal dasar keterbukaan kerajaan dalam mengendalikan GLC dan hal-hal lain yang berkaitan Melayu. 

Bagaimanapun, perkembangan terbaru ini membuktikan bahawa segala keraguan orang-orang Melayu adalah tidak berasas.  Hakikatnya, kerajaan tidak pernah meminggirkan orang-orang Melayu dalam apa jua segi dan tindakan kita mengundi BN dalam PRU yang lalu adalah tepat. 

4 comments:

  1. Ya..! inilah bukti kerajaan BN memang prihatin kepada perjuangan Bumiputera. Syabas DS najib & BN

    ReplyDelete
  2. Ini lawak hari merdeka ke? Apa polisi yg najib nak buat utk org melayu? Nasib org melayu dah lama tak terbela apa lagi sejak Tun M lepaskan jawatan PM. Najib tak kisah pun pasal org melayu yg masih mempertahankan umno dan membolehkan dia kekal jadi PM selepas pru13. Pru14 nanti entahlah. Dia pun tak percaya utk ambil org melayu utk jadi penasihat dia so jgnlah nak harap sangat polisi baru nak bantu org melayu. Ia cuma gah masa pelancaran lepas tu pelaksanaan hancur. Serupalah bila dengar ucapan pemimpin umno yg ramai pentingkan diri sendiri masa perhimpunan agung UMNO. Cakap mcm nak rak tapi hakikatnya tak da apa pun yg dib uat utk org melayu bawahan ni. Bila kalah tak dpt jawatan merajuk keluar parti. Ya lah dah kaya raya apa dia org nak kisah. Saya dah give up dgn pemimpin UMNO ni berlagak je lebih. So janganlah nak menaruh harapan tinggi dgn polisi baru yg diwar warkan ni, takut nanti kecewa.

    ReplyDelete

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.

© 2008-2017 PM Institute