ARTIKEL TERKINI

SUNNAH

SYIAH

SASTERA

EBOOK

Thursday, 22 August 2013

UTUSAN ALLAH ATAU UTUSAN SYAITAN

Oleh : Jebat & Abdurrahman.


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
“Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang”

Melihat judul di atas, kita akan terbayang dengan pertarungan dua kekuatan yang sangat besar, antara al-haq dan al-bathil, antara yang baik dan yang buruk. Sedarkah anda semua bahawa ternyata pertempuran itu sudah terjadi semenjak penciptaan manusia? Ketika iblis bersumpah akan menyesatkan anak Adam selama-lamanya? Dan ianya akan terus berlaku dan berlansung sehingga yaumul akhir [hari penghabisan].

Utusan Allah vs Utusan Iblis

Kita yang hidup di zaman sekarang sudah pasti sering melihat banyaknya kemaksiatan-kemaksiatan yang telah tersebar di muka bumi ini. Cuba anda lihat di sebuah kampus atau universiti di kota-kota besar di seluruh Malaysia atau cuba anda selidikki atau bertanyakan kepada salah seorang Mahasiswa atau Mahasiswi yang belajar di mana-mana IPTA atau IPTS.

"Berapa orang yang korang dah 'couple' sepanjang di kampus?"

Antara skema jawapan yang Insyallah kita dengari ;
            
"Banyak giler beb"
"Adalah Sorang dua"
"Tengok berapa ramai yang cun"
"Belum ada lagi, tapi kalau dapat memang gua rembat"
"Awek / pakwe dah ada sebelum masuk belajar"

Sekarang anda tanya berapa ramai pula yang benar-benar belum 'berpunya';

Maka barangkali ada akan menjawab;

"Bro, lu tengok muka gua ni teruk sangat ker sampai tak ada sorang aweks pun?"
"Tak ada...sebab baru lepas putus couple seminggu"

Contoh dari dialog di atas sudah pernah dipraktikkan di sebuah Universiti Malaya, Universiti Teknologi Malaysia, Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Teknologi MARA dan beberapa buah politeknik dan Kolej Komuniti sekitar Lembah Klang. Mungkin juga 'jawapan skema' ini boleh kita temui di IPT-IPT yang lain seluruh negeri di Malaysia ini.

Utusan Allah selalu menjadi ikutan dalam hal kebaikan.

"Sesungguhnya telah ada pada diri Rasulullah itu suri tauladan yang baik bagimu, (iaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat, dan dia banyak menyebut Allah". (al-Ahzab: 21)

Ianya ternyata berbeza dengan utusan iblis yang selalu mencontohkan, mengajarkan dan mengajak manusia kepada kenistaan dan kemaksiatan. Berikut ada contoh-contoh dari utusan iblis:

Dukun / Bomoh / Paranormal

Ini sudah jelas kelihatan . Dukun / Bomoh / Paranormal adalah kelompok manusia yang memelihara jin dimana jin-jin itu adalah dari kelompok hamba ALLAH yang selalu berusaha mencuri khabar dari langit. Lalu khabar itu ditambah dan  dengan seribu kebohongan lalu disampaikan kepada tok bomoh putar alam yang sedang menurun, lalu berita itu disampaikan pula kepada individu yang 'mengadu nasib' kepada tok bomoh berkenaan. 

Muzik

Muzik hari ini ini sepertinya sudah lumrah manusia. Hampir ada yang berani mengatakan 'Music is my life'. Tetapi tahukah anda bahawasanya salah satu alat yang digunakan oleh iblis untuk menyesatkan manusia adalah Muzik dan Nyanyian itu sendiri. Anda mahukan bukti?

"Dan ada di antara manusia: orang yang memilih serta membelanjakan hartanya kepada cerita-cerita dan perkara-perkara hiburan yang melalaikan; yang berakibat menyesatkan (dirinya dan orang ramai) dari agama Allah dengan tidak berdasarkan sebarang pengetahuan; dan ada pula orang yang menjadikan agama Allah itu sebagai ejek-ejekan; merekalah orang-orang yang akan beroleh azab yang menghinakan." (Luqman: 6)

Banyak ahli tafsir yang mengatakan bahawa "perkataan yang tidak berguna" sebagai nyanyian dan muzik, antara lain Ibnu Abbas, Ibnu Mas’ud, Hasan al-Bashri.

"Akan muncul di kalangan umatku, kaum-kaum yang menghalalkan zina, sutera, khamr (arak), dan alat-alat muzik. Dan akan ada kaum yang menuju puncak gunung kembali bersama ternakan mereka, lalu ada orang miskin yang datang kepada mereka meminta satu keperluan, lalu mereka mengatakan: ‘Kembalilah kepada kami besok.’ Lalu Allah Subhanahu wa Ta’ala membinasakan mereka di malam hari dan menghancurkan bukit tersebut. Dan Allah mengubah yang lainnya menjadi kera-kera dan babi-babi, hingga hari kiamat.” (HR. Al-Bukhari, 10/5590)

Bayangkan! Darjat dosanya muzik disetarakan dengan khamr (arak) dan zina!

Walaupun terdapat beberapa hadis yang membenarkan nyanyian, namun ianya tidak bersifat umum sebaliknya khusus pada hari-hari tertentu. Oleh kerana itu, tinggalkanlah nyanyian dan muzik a.k.a Nasyid hatta ianya dinyanyikan oleh seorang sang mantan Mufti bergelar Proffesor Madya, Dato Doktor sekalipun. Kerana sang mantan mufti berkenaan menyanyi di luar hari kebesaran dan jauh sekali menyamakan tubuh badan dan umurnya setaraf anak-anak kecil.

Wallahu a’lam.

1 comment:

  1. "Dan penyanyi itu diikuti oleh org org yg sesat." 26:224
    Bg yg mencari kebenaran dan ingin selamat selidikilah kitab kitab tafsir utk mengetahui kesesatannya dan penyanyi bgmn pula yg dibolehkan.

    ReplyDelete

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.

© 2008-2017 PM Institute