ARTIKEL TERKINI

SUNNAH

SYIAH

SASTERA

EBOOK

Wednesday, 8 January 2014

BILA @realDrMAZA NAK SURUH 'ADMIN' @drmazacom BUAT PERMOHONAN MAAF TERBUKA KEPADA ORANG YANG DIFITNAH?


Rasulullah saw bersabda : ”Di akhir zaman akan ada para ahli ibadah yang bodoh dan para ulama yang jahat.” (HR at-Tirmidzi).
Oleh : Beruang Biru
Masyarakat pada hari ini secara tiba-tiba kecoh, memperkatakan mengenai sekeping gambar hiasan dalaman sebuah pesawat yang dimuatnaik oleh bekas Mufti Perlis, Prof Madya Dato Dr Mohd Asri Zainul Abidin di dalam laman facebook rasminya. Tidak cukup dengan itu, dia turut mendakwa hiasan tersebut adalah merupakan gambaran di dalam pesawat baru yang digunakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Cantik dan mewah hiasan dalam jet baru Putrajaya, menurut laporan tahun 2012 kos perjalanan 'Putrajaya' lebih 180 juta... bersyukur negara kita mewah", menurutnya lagi.

Paling menarik, apabila para blogger Umno membuktikan bahawa gambar tersebut adalah merupakan sekeping gambar palsu, Dr Asri dengan segara membuat pusingan ‘u-turn’ dengan meletakkan kesalahan tersebut kepada pengendali (admin) laman sosial beliau. Kononnya tindakan tersebut dilakukan tanpa merujuk atau mendapat kelulusan dari pihak beliau sendiri.


Berikut adalah kenyataan yang dikeluarkan oleh laman sosial rasmi beliau berhubung perkara tersebut:

“ Pihak DrMAZA.com memohon maaf atas gambar 'hiasan pesawat' kerajaan sebelum ini. Gambar itu sebenarnya dikeluarkan oleh Malaysia Chronicle. Adapun kos 180 juta tahun 2012 memang laporan kebanyakan media. Di samping bersyukur atas kekayaan negara, kita juga menunggu gambar rasmi yang sebenar. Atas sikap adil DrMAZA.com telah menyiarkan jawapan rasmi Pejabat PMO sebelum ini.”

“ [admin] Pihak Admin memohon maaf kepada Prof Madya Dato' Dr MAZA (Dr Asri) dan followers page ini atas gambar yang tidak tepat tentang Jet Putrajaya sebelum ini. Pihak Prof Madya Dato' Dr MAZA telah mengarah admin menarik balik gambar tersebut dan sudah pun ditarik. Ada jumlah 180 juta itu adalah bersumberkan laporan berasas. Sesiapa yang ada gambar sebenar harap dapat bantu pihak admin.”


Di dalam kenyataan di atas, admin beliau secara jelas menyatakan permohonan maaf terhadap Dr Asri di atas kesilapan yang dilakukan itu. Dalam erti kata mudah, yang salah adalah admin page tersebut, dan bukannya Dr Asri sendiri kerana telah dilakukan tanpa pengetahuan dirinya.

Tambah menarik, mungkin kerana ini menjaga air muka atau maruah Dr Asri sebagai tokoh agamawan yang disegani ramai, dia ingin mengatakan yang salah hanya gambar, tetapi kenyataan terhadap gambar tersebut adalah merupakan fakta dari laporan yang berasas.

Sedangkan sekiranya dirujuk kepada kenyataan media yang dikeluarkan oleh Pejabat Perdana Menteri sebelum ini, sewaan terhadap pesawat ACJ A320 di antara 1 Februari - 31 Disember 2013 (mungkin itu yang beliau maksudkan dengan jet baru Putrajaya) adalah disebabkan pesawat sedia terpaksa dihantar untuk urusan penyelenggaraan.

Dalam erti kata lain, sebagai langkah berjimat-cermat kerajaan hanya menyelenggarakan pesawat-pesawat yang lama agar boleh digunakan kembali, berbanding membeli pesawat baru bagi digunakan untuk tugasan rasmi. Namun semua itu tidak dibangkitkan oleh Dr Asri walaupun beliau merupakan seorang tokoh agama yang disegani.

Mungkin kerana telah dikritik oleh pelbagai pihak atas tindakan tersebut, barulah pihak admin page tersebut meletakan kenyataan rasmi dari Pejabat Perdana Menteri, itu pun setelah 2 jam penyataan maaf itu dikeluarkan.


Namun apa yang mendukacitakan ialah, sehingga artikel ini ditulis, langsung tiada sebarang permohonan maaf secara rasmi dari pihak Dr Maza sendiri mahupun admin beliau terhadap Perdana Menteri selaku orang yang dikaitkan secara langsung dengan fitnah tersebut.

Sedangkan disebabkan gambar tersebut, pelbagai persepsi, cacian, sindiran dan sebagainya telah dilemparkan kepada Perdana Menteri. Mereka menuduh kononnya kerajaan tidak prihatin, boros, membazir dan tidak kurang juga yang mengeji dengan pelbagai kata-kata nista.

Oleh yang demikian, Dr Asri dan pihak admin yang mengendalikan page tersebut perlu memikul tanggungjawab dengan memohon maaf secara terbuka kepada Perdana Menteri atas tindakan tersebut dan bukan hanya kepada followers page tersebut.

Ini kerana perkara tersebut melibatkan 3 pihak secara langsung iaitu, tuan empunya diri (Dr Asri), orang yang tertipu (followers) dan yang paling penting Perdana Menteri selaku orang yang menerima kesan terhadap fitnah tersebut.

Bacaan Lanjut :

http://penaminangreturn.blogspot.com/2014/01/giliran-backup-singer-drmazacom.html
http://penaminangreturn.blogspot.com/2014/01/analisis-terhadap-gaya-tulisan.html#axzz2pisStMEc
http://penaminangreturn.blogspot.com/2014/01/bukan-kali-pertama-realdrmaza-drmazacom.html#axzz2pisStMEc
http://penaminangreturn.blogspot.com/2014/01/siapa-bos-fb-drmazacom-realdrmaza-atau.html#axzz2pisStMEc
http://penaminangreturn.blogspot.com/2014/01/realdrmaza-tak-baik-laa-fitnah.html#axzz2pisStMEc

2 comments:

  1. Mohon maaf tetapi pada masa yang sama masih berusaha untuk mencari sumber yang sebenar. Bukan insaf pun atas fitnah yang pernah dibuat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kami sekeluarga tak lupa mengucapkan puji syukur kepada ALLAH S,W,T
      dan terima kasih banyak kepada AKI atas nomor togel.nya yang AKI
      berikan 4 angka 8734 alhamdulillah ternyata itu benar2 tembus AKI.
      dan alhamdulillah sekarang saya bisa melunasi semua utan2 saya yang
      ada sama tetangga.dan juga BANK BRI dan bukan hanya itu AKI. insya
      allah saya akan coba untuk membuka usaha sendiri demi mencukupi
      kebutuhan keluarga saya sehari-hari itu semua berkat bantuan AKI..
      sekali lagi makasih banyak ya AKI… bagi saudara yang suka main togel
      yang ingin merubah nasib seperti saya silahkan hubungi AKI SOLEH,,di no (((082-313-336-747)))
      insya allah anda bisa seperti saya…menang togel 275
      juta, wassalam.


      dijamin 100% jebol saya sudah buktikan...sendiri....







      Apakah anda termasuk dalam kategori di bawah ini !!!!


      1"Dikejar-kejar hutang

      2"Selaluh kalah dalam bermain togel

      3"Barang berharga anda udah habis terjual Buat judi togel


      4"Anda udah kemana-mana tapi tidak menghasilkan solusi yg tepat


      5"Udah banyak Dukun togel yang kamu tempati minta angka jitunya
      tapi tidak ada satupun yang berhasil..







      Solusi yang tepat jangan anda putus asah....AKI SOLEH akan membantu
      anda semua dengan Angka ritwal/GHOIB:
      butuh angka togel 2D 3D 4D SGP / HKG / MALAYSIA / TOTO MAGNUM / dijamin
      100% jebol
      Apabila ada waktu
      silahkan Hub: AKI SOLEH DI NO: (((082-313-336-747)))




      atau klik langsung di KLIK DSINI BOCORAN TOGEL



      angka GHOIB: singapur 2D/3D/4D/



      angka GHOIB: hongkong 2D/3D/4D/



      angka GHOIB; malaysia



      angka GHOIB; toto magnum 4D/5D/6D/



      angka GHOIB; laos

      Delete

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.

© 2008-2017 PM Institute