ARTIKEL TERKINI

SUNNAH

SYIAH

SASTERA

EBOOK

Wednesday, 2 April 2014

KATA KEWANGAN ISLAM, MENGAPA MASIH WUJUD UNSUR RIBA? @DrZaharuddinAR @drasyrafwajdi

Perbankan Islam Sejauh Mana Patuh Syariah?

Oleh : Jebat

Bila bercakap mengenai Perbankan Islam, maka apa yang kita tahu ianya adalah sebuah bank yang dikatakan memenuhi piawaian Syariah sepertimana yang ditetapkan oleh panel Syarie bank-bank berkenaan.

Di Malaysia misalnya, Bank Negara merupakan institusi tertinggi dalam mengawal selia dan meluluskan produk2 patuh syarie bagi bank-bank yang menggunakan logo ‘perbankan Islam’.

Namun adakah Syariah yang dirangka oleh BNM itu adalah bertepatan dengan kehendak Al-Quran dan Hadis?

Kita ambil contoh dari segi pembiayaan peribadi. Jika konvensional, kalau kita pinjam, kita diwajibkan membayar pinjaman pokok dengan tambahan faedah.

Bagaimana pula sekiranya kita membuat pinjaman peribadi melalui sistem perbankan Islam? Semestinya kita dimomokan dengan ketiadaan ‘interest’ atau bunga. Tapi adakah ketiadaan jenama ‘interest’ atau ‘bunga’ itu sepertimana yang tercatat pada pamphlet-pamplet promosi mereka itu menjadi bukti perbankan Islam ini benar-benar bebas riba’?

Baik...

Sekiranya anda pernah meminjam di salah sebuah 'Perbankan Islam' di Malaysia, anda pastinya pernah mendengar terma ‘Bai al-inah’. Masalahnya disini, berapa ramai orang yang pernah mendengar perkataan ini memahami proses berjalan sebenar-benarnya.

Secara ringkasnya Bai-Al Innah ialah :

Seorang menjual sesuatu barang dengan harga tertentu secara kredit/hutang dan ia membelinya kembali dari pembeli dengan harga yang lebih rendah secara bayaran tunai. “Sale and buy back agrement” 

Mungkin definisi ayat berkenaan nampak macam taka da apa-apa tetapi secara hakikatnya ianya diHARAMkan oleh JUMHUR ULAMA, antaranya Mazhab Hambali, Maliki dan Hanafi.

Menurut Dr. Erwandi Tarmizi (Phd Usul Fiqh, Universiti Islam Al - Imam Muhammad ibn  Saud) yang memetik perkataan Dr. Sulaiman At-Turki dalam buku Bai’taqsith pada halaman 57) menyatakan;

“Bila jual beli ‘inah’ ini disyaratkan ketika akad dibuat maka para ulama sepakat bentuk jual beli ini hukumnya HARAM” Sekalipun mazhab Syafie membolehkan ‘inah, akan tetapi dalam bentuk ‘inah yang disyaratkan mereka tetap mengharamkan.

As Subki berkata “Bila disyaratkan dalam akad (bahawa pembeli harus menjual kembali barang yang dibelinya secara kredit kepada penjual dengan cara tunai yang harganya di bawah harga kredit) akad ini batal, dan tidak ada perbezaan pendapat (ulama mazhab Syafie)” (rujuk : Takmilat Al Majmu’, Jilid 10, halaman 157)

Maka berdasarkan ini, Dr. Erwandi Tarmizi mengatakan bahawa Buy Back Arrangement (BBA) salah satu produk bank syariah yang pernah dijalankan di Malaysia hukumnya HARAM menurut kesepakatan para ulama berdasarkan takhrij dari kesepakatan di atas, termasuk mazhab Syafie.

Sabda Nabi Sallallahu `Alaihi Wa Sallam

“Bila orang-orang tidak mahu meminjamkan wang dinar dan dirham (tanpa bunga), mereka melakukan transaksi ‘inah, mereka tunduk dengan harta kekayaan (haiwan ternak), dan mereka meninggalkan jihad niscaya Allah timpakan kepada mereka bencana, yang tidak akan dicabut bencana tersebut hingga mereka kembali kepada agama Allah. (H.R Ahmad dan dinyatakan sahih oleh Ibnu Qatthan.)

2 comments:

  1. Sme factor menjalakan perniagaan tidak berlandaskan lsam...dengan membeli invoice dan mendahulukan payment sebanyak 80% dan dikenakan interest 3_%
    Dan baki nya 20% yang akan di bayar oleh pehak ketiga (goverment)
    Di kenakan 6% sebulan sehingga di langsaikan oleh pembayar ketiga.
    Cukup cantik sme ini memakan riba
    ...

    kerajaan patut tutup aktiviti ini .....bank negara ...???
    ..

    ReplyDelete

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.

© 2008-2016 Pena Minang Institute