MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN JAWAB PUTAR BELIT @realDrMAZA @drmazacom BERKENAAN ISU GOLONGAN GELANDANGAN

Oleh : AJ

Assalamualaikum. 

Sebenarnya aku ni dah malas melayan perangai mantan Mufti yang tinggal di negeri yang memiliki virus Babi J.E ini. Tetapi disebabkan rasa tanggungjawab untuk menjelaskan fitnah a.k.a putar belit ala Anwar yang dilemparkan oleh geng-geng MUZA ni, ada baiknya kita melihat sendiri kenyataan penuh yang dikeluarkan oleh Menteri Wilayah Persekutuan.




KENYATAAN MEDIA
YB MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN

"KERAJAAN SERIUS TANGANI MASALAH PENGEMIS DAN GELANDANGAN DI KUALA LUMPUR"

Merujuk kepada masalah gelandangan dan pengemis yang masih berterusan di ibukota Kuala Lumpur, Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP) memandang serius mengenai perkara ini dan ingin menjelaskan beberapa perkara iaitu:

Masalah gelandangan telah menyumbang terhadap masalah kebersihan di Kuala Lumpur khususnya lokasi-lokasi tumpuan pengunjung/pelancong. Mereka tidur di tempat-tempat yang tidak sesuai di sekitar bandaraya Kuala Lumpur dalam persekitaran yang tidak bersih dan terdedah kepada penyakit berjangkit. 

Manakala golongan pengemis pula kebanyakannya meminta sedekah di hadapan kompleks perniagaan, tepi-tepi jalan dan sebagainya. Kedua-dua faktor ini bukan sahaja menyumbang kepada masalah kebersihan, malah turut menyumbang pelbagai masalah lain seperti sosial; keselamatan; menjejaskan imej Kuala Lumpur dengan pandangan kurang elok jika dilihat oleh pelancong. Menurut siasatan oleh pihak berkuasa, didapati terdapat sindiket yang beroperasi membawa golongan ini untuk mengemis di ibukota terutamanya di kawasan yang menjadi tumpuan orang ramai. Mengemis juga seolah-olah telah dijadikan sebagai satu kerjaya yang mendatangkan hasil yang lumayan. Malah, terdapat diantara pengemis yang pernah ditahan oleh pihak berkuasa menginap di hotel-hotel berdekatan dengan tempat mereka mengemis; 

Bagi tahun 2013, operasi bersepadu yang dilaksanakan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah mengangkut sejumlah 965 orang gelandangan dan didapati 125 orang daripada mereka adalah pendatang asing . Pada tahun 2014 (sehingga Mei) sejumlah 117 orang gelandangan telah berjaya diangkut menerusi operasi bersepadu yang dijalankan dan didapati 21 orang daripada mereka adalah pendatang asing.

Masalah gelandangan ini menjadi semakin rumit apabila mereka mempunyai kumpulan masing-masing yang menguasai kawasan tertentu. Masalah timbul apabila mereka berebut kawasan dan berlaku pergaduhan diantara mereka;

Antara faktor yang menyumbang kepada masalah gelandangan ialah tiada pekerjaan, miskin, masalah mental/kemurungan,/penyakit melarat, warga asing tiada pekerjaan, ketidakupayaan mengurus diri, ditinggalkan keluarga serta penagihan dadah/arak/bekas banduan dan warga emas.

Kawasan “Hot Spot” masalah gelandangan di Kuala Lumpur ialah Mydin Kotaraya; Masjid Negara; Central Market; Menara Maybank; Jalan Tuanku Abdul Rahman, Jalan Masjid India, Jalan Tiong Nam (Chow Kit), Jalan Silang, Masjid Jamek, Bank Negara, Bulatan Sultan Mohamad dan Dataran Merdeka.

Antara pendekatan strategik yang akan dilaksanakan bagi menangani masalah gelandangan ialah Pelaksanaan Zon Sifar Gelandangan iaitu 2.0 KM Radius bermula daripada Simpang Empat Lot 10. Pemilihan kawasan ini adalah berasaskan kepada aspek tumpuan pelancong, kawasan perniagaan dan berada di pusat Bandar Kuala Lumpur.

Tindakan penguatkuasaan akan dilaksanakan di kawasan ini dengan mengenakan denda dan bayar serta merta (terhadap mereka yang memberi makanan dan derma) serta melaksanakan proses “pungutan” terhadap gelandangan dan pengemis yang berada di kawasan berkenaan.

Pihak DBKL juga akan melaksanaan Perundangan Di bawah PBT di mana penggubalan undang-undang kecil akan dilaksanakan yang memberi kuasa kepada pihak DBKL untuk mengangkut golongan gelandangan dan pengemis yang berada di 2.0 km radius dan menyerahkan kepada pihak yang berwajib untuk tindakan selanjutnya seperti PDRM, Imigeresen; Jabatan Kebajikan Masyarakat; AADK dan pihak-pihak lain yang berkenaan.

Di samping itu, Kementerian Wilayah Persekutuan akan bekerjasama rapat dengan Agensi Kerajaan yang lain serta NGO-NGO yang berkaitan secara bersepadu bagi mewujudkan prosedur operasi standard (SOP) untuk memastikan masalah ini dapat ditangani secara berkesan.

Sehingga kini, pihak DBKL telah mengenalpasti 12 NGO yang aktif memberi makanan kepada golongan gelandangan ini mengikut hari dan waktu serta lokasi popular pengagihan makanan seperti Pasar Seni; Dataran Kota Raya; Stesen Bas Klang, Masjid India; Masjid Negara; Bangkok Bank, Jalan Tun HS Lee; Kota Raya; Pudu Sentral; dan Swiss Garden Hotel, Jalan Pudu.

Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP) bersama dengan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur akan mengenalpasti pusat pengagihan makanan yang sesuai supaya NGO terbabit dapat meneruskan aktiviti sukarelawan serta menderma makanan kepada golongan ini. Usaha ini juga mampu mengurangkan masalah kekotoran yang akan timbul akibat pembuangan sampah oleh golongan berkenaan. Pemilihan lokasi ini juga akan mengambil kira daripada aspek kesampaian yang mudah kepada golongan gelandangan ini. 

KWP bersama dengan DBKL akan mengenalpasti lokasi yang sesuai bagi penempatan golongan ini iaitu dengan menyediakan bangunan seperti konsep “Anjung Singgah” yang akan menyediakan beberapa kemudahan untuk golongan gelandangan seperti:

> Menyediakan makanan yang berkhasiat secara percuma dan pihak NGO juga dialu-alukan untuk menyumbang makanan di pusat pengumpulan golongan tersebut;

> Menyediakan tempat rehat dan tidur bagi memberikan keselesaan dan keselamatan kepada golongan ini;

> Menyediakan pusat rawatan kesihatan bagi memastikan tiada masalah penyakit berjangkit akan tersebar oleh golongan ini;

> Menyediakan pusat pendaftaran bersepadu yang akan merekod perihal golongan ini dengan bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Baitulmal termasuk maklumat diri, waris dan sebagainya;

> Menyediakan kemudahan riadah, mendobi pakaian dan sebagainya untuk kesihatan dan kekemasan diri; dan;

> Menyediakan perkhidmatan kaunseling dan membantu mendapatkan pekerjaan yang bersesuaian.

Justeru, saya ingin menafikan sekeras-kerasnya bahawa kerajaan bertindak zalim dan tidak berperikemanusiaan, sebaliknya tindakan tersebut adalah bagi membantu golongan gelandangan dan pengemis ini dengan kehidupan yang lebih baik dan sempurna melalui perkhidmatan yang disediakan di ‘Anjung Singgah’.

Usaha-usaha yang dilaksanakan ini juga adalah bagi memastikan keselesaan dan kesejahteraan warga kota sentiasa terpelihara serta aktiviti-aktiviti sindiket mengemis dapat dibanteras. 

Saya menghargai segala usaha murni yang dilaksanakan oleh NGO-NGO yang terlibat dan Ketua Setiausaha Kementerian Wilayah Persekutuan akan mengadakan perbincangan bersama dengan NGO-NGO ini pada hari Selasa (8 Julai 2014) bagi menetapkan lokasi yang bersesuaian supaya pengagihan makanan dan bantuan-bantuan lain dapat dilaksanakan dengan lebih sempurna.

Sekian, terima kasih.

TENGKU ADNAN BIN TENGKU MANSOR
4 Julai 2014

Komen Pena Minang : Kepada Al-Muzabzib yang ingin mengkritik cara DBKL membersihkan Bandaraya Kuala Lumpur dari peminta sedekah atas alasan ingin membersihkan Kuala Lumpur dari pencemaran serta nama baik ibukota NEGARA ISLAM ini, saya mohon mencadangkan atas hasrat baik pihak tuan agar pihak tuan dapat menasihati Ketua Menteri Pulau Pinang agar dapat kiranya membersihkan George Town dan kawasan persekitarannya dari pelbagai pusat-pusat hiburan dan segala aktiviti yang merosak dan meruntuhkan moral dan akhlak manusia. Jadikanlah ia kota yang selamat dan berkat. Memakmurkan ia dengan kesantunan yang mendamaikan jiwa setiap pengunjung. Tak guna lahir, tinggal dan dipimpin oleh kerajaan DAP Penang jika negeri sendiri pun gagal dinasihati. Malah lebih memalukan bilamana tuan yang gemar mendakwa sebagai 'pejuang rakyat' hanya berani mengkritik kerajaan persekutuan, tetapi bila melibatkan isu-isu negeri sendiri, tuan hanya membisu - pekak - lagi tuli.

Selain itu kami menyeru pihak Muzabzib, bersihkanlah ladang-ladang Babi di Pulau Pinang, agar tidak ada mangsa yang menjadi serangan virus J.E yang memudaratkan manusia. Kami juga mohon mencadangkan agar pihak Muzabzib dapatlah kiranya menaja persekitaranan ataupun rumah tuan-tuan untuk dijadikan tempat golongan gelandangan dan yang kurang bernasib baik ini menumpang tidur, makan, dan minum.

Firman ALLAH ta'ala dalam Surah Al-Baqarah ayat 44 yang bermaksud;

“Patutkah kamu menyuruh manusia supaya berbuat kebaikan sedang kamu lupa akan diri kamu sendiri; padahal kamu semua membaca Kitab Allah, tidakkah kamu berakal?” 

Akhir kata, berat mata memandang. Berat lagi bahu yang memikul.

Post a Comment

5 Comments

  1. MAZA patut tujukan kata katanya kepada Selangor/Penang yang banyak pusat pusat maksiat,kotor dan tak terurus, kalau DBKL ingin bersihkan kawasan dan menguruskan KL dengan menambah baik adakah ini bertentangan dengan Islam. Kita tahu Chow Kit maksiat dan gelandangan dan peminta sedekah ramai di sini, dan dengan buat clean up di situ bukankan ini juga mengurangkan maksiat di situ...bukan kah bersih itu bukan saja dengan kotor sampah, najis tapi manusia tak terurus itu juga kotor dan perlu di bersihkan...tentu MAZA lebih tahu dari hokum Islam sendiri..

    ReplyDelete
  2. DRMAZA BOLEH DIAM TAK, JANGAN INGAT AWAK BAGUS SANGAT SEMUA HAL NAK KOMEN. SURUH MASUK POLITIK TAK MAHU. POOODAH.

    ReplyDelete
  3. Terus terang ckp aku geli dgn maza ni...

    Buatkan umat islam makin meluat dgn golongan agama....

    ReplyDelete
  4. Puak si KAPIRDAJAL PENYAMUN/PENGGANAS PKRSODOM/DAPBANGKAI memang suka ambil peluang - tapi depa yg. paling MENINDAS org. miskin terutamnya umat Islam/Melayu!

    Tapi memang sungguh malang nasib umat Islam/Melayu kita yg. makin terpaksa jadi PENGEMIS/PELARIAN di NEGARA ISLAM kita sendiri dan dipandang HINA pula tu! Tapi sindiket si KAPIRDAJAL PELACURAN/PERJUDIAN/PORNOGRAFI (di internet)/PUAK SODOM termasuk MAK NYAH serta KUIL-TOKONG-GEREJA HARAM terus BERMAHARAJALELA!

    Si LIBERAL Islam/Melayu sibuk nak jadikan Malaysia ni negara maju - tapi Islam/umatnya terus diHINA/diGERTAK/diJAJAH di Tanah Melayu ni dan global - sampaikan TANAH PUSAKA termasuk Tanah Rezab Melayu terus TERGADAI termasuk kat si PENDATANG KAPIRDAJAL warga asing ! Patutlah si pengikut SYAITAN, si KAPIRDAJAL Barat-ZIONIS dan ejen tempatannya dr. DAPBANGKAI/PKRSODOM terus MELALAK dan KETAWA habis-habisan!

    Disyaki RASUAH berleluasa terlibat dlm. penjualan tanah negeri kat P.P oleh DAPBANGKAI-PENYAMUN - sekarang SEBERANG PERAI pula makin disasarkan utk. terus MENGHALAU BUMIPUTERA Islam/Melayu dari P.P pula! Sepatutnya NGO-NGO Islam/Melayu boleh membuat lapuran polis dan juga menuntut KUASA EKSEKUTIF DYMM YDPA digunakan mengikut Perkara 153 Perlembagaan utk. mengambil balik tanah-tanah negeri, dan menubuhkan serta melindungi Tanah RIZAB Melayu, dlm. melindungi Hak Istimewa Melayu/BUMIPUTERA!

    Lihat di http://www.thestar.com.my/Business/Business-News/2014/07/02/Eco-world-and-another-large-firm-to-build-resort-themes-park/ , Eco World to build resort theme park ,July 2, 2014:

    In May this year, Eco World president and chief executive officer Datuk Chang Khim Wah (pic) told StarBiz that the freehold land status and location near the second link and adjacent to the North-South Highway gave it great potential to be developed as a mixed-development project.

    GEORGE TOWN: Penang Development Corp (PDC) has firmed up plans to turn some 312ha near the Second Bridge in Batu Kawan into a theme park with a resort and golf course.

    Towards this end, PDC is expected to award the development of two projects to two firms that are big names in the property development sector.

    Sources said that one of them was Eco World Development Group Bhd, which is the fastest-growing name in the property sector this year because of its links to Tan Sri Liew Kee Sin, formerly of S P Setia Bhd.

    “Eco World has won the tender to develop a golf course and mixed-residential property project encompassing an area of 190ha,” said a source.

    It is learnt that PDC is in the final stages of negotiations with the group, firming up terms and conditions.

    “When PDC called for tenders, Eco World was the sole participant, bidding to pay RM35 per sq ft for the land. If the land is for commercial usage, then the bid will open at RM45 per sq ft,” a source said.

    Eco World’s parcel involves the development of a golf course and a mixed-residential scheme. “It’s not a commercial project,” a source said.

    ….Eco World already owns a 24.28ha parcel of land in Bukit Tambun, on which it plans to launch a RM920mil mixed development called EcoMeadows next year.

    If it is awarded the job to develop the 190ha land in Batu Kawan, it would pave the way for Eco World to be established as a major land owner and developer in the state.

    …..On Penang island, the group is planning to preview the RM340mil EcoTerraces in Paya Terubong, comprising luxury landed homes, condominium units and a private residents’ club on a 5.26ha site.

    Since the announcement of the second bridge in 2006, property prices in Seberang Prai and on the island have surged significantly.

    ….The attraction of Seberang Prai has also lured Mah Sing Group Bhd to acquire land-bank near the mainland where the second bridge lands.

    Last December, Mah Sing acquired a 30.9ha site in Jawi, comprising 20 pieces of prime freehold contiguous land, for RM400mil......

    Makcik Sambal Belacan.

    ReplyDelete
  5. budak pompuan 2 thn yg mati kena sembelih dgn india kat tepi sg klang tu baru2 ni, mak dia gelandangan kan?

    ReplyDelete

بِسْÙ…ِ اللَّÙ‡ِ الرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.