ARTIKEL TERKINI

SUNNAH

SYIAH

SASTERA

EBOOK

Thursday, 28 August 2014

PENGARUH PEMERINTAH KEPADA RAKYAT

Oleh : Ustaz Aris Munandar


وقال ابن جرير: حدثني عمر ثنا علي – يعني ابن محمد المدائني – قال: كان الوليد بن عبد الملك عند أهل الشام أفضل خلائفهم، بنى المساجد بدمشق (2)، ووضع المنائر، وأعطى الناس، وأعطىالمجذومين، وقال لهم: لا تسألوا الناس، وأعطى كل مقعد خادما، وكل ضرير قائدا (3)، وفتح في ولايته فتوحات كثيرة عظاما، وكان يرسل بنيه في كل غزوة إلى بلاد الروم، ففتح الهند والسند والاندلس وأقاليم بلاد العجم، حتى دخلت جيوشه إلى الصين وغير ذلك،

Berkata Ibnu Jarir memetik perkataan Ali bin Muhammad al-Madaini yang mengatakan, “al-Walid bin Abdul Malik menurut pandangan penduduk Syam adalah penguasa mereka yang terbaik. Beliaulah yang membangun berbagai masjid di kota Damaskus, membangun berbagai menara, memberi rakyat yang memerlukan bantuan kewangan dan menggaji bulanan para pesakit kusra dan berkata kepada mereka, “Janganlah kalian mengemis”. Beliau memberikan kepada setiap orang yang lumpuh penolong dan kepada setiap orang yang buta pembantu. Ketika beliau berkuasa, beliau telah menakluki banyak negeri-negeri kafir. Beliau mengirimkan semua anak lelakinya dalam setiap peperangan dengan bangsa Roman. Beliau berjaya menakluki India, Sepanyol dan berbagai lagi negeri bukan Arab. Malah pasukanya telah sampai ke China dan selainnya.

قال: وكان مع هذا يمر بالبقال فيأخذ حزمة البقل بيده ويقول: بكم تبيع هذه ؟ فيقول: بفلس، فيقول: زد فيها فإنك تربح.
وذكروا أنه كان يبر حملة القرآن ويكرمهم ويقضي عنهم ديونهم،

Pada suatu hari, ketika beliau melewati penjual sayur-sayuran lantas beliau mengambil satu ikat sayuran dengan tangannya lalu bertanya kepada si penjual, “Berapa harganya?”. “Satu fulus”, jawab si penjual sayur. Beliau kemudian mengatakan, “Tambahi sayurnya kerana engkau terlalu untung dengan harga tersebut”.


قالوا: وكانت همة الوليد في البناء، وكان الناس كذلك يلقى الرجل الرجل فيقول: ماذا بنيت ؟ ماذا عمرت ؟

Para pakar sejarah mengatakan bahawa keghairahan al-Walid bin Abdul Malik adalah membangun (banggunan). Rakyatnya pun sedemikian. Jika ada seseorang bertemu kawannya, maka pertanyaan yang terlontar, “Apa yang telah kau bangun saat ini? Kau makmurkan dengan bangunan apa, tanah yang kau miliki?”


وكانت همة أخيه سليمان في النساء، وكان الناس كذلك، يلقى الرجل الرجل فيقول: كم تزوجت ؟ ماذا عندك من السراري ؟

Sedangkan obsesi saudaranya, Khalifah Sulaiman bin Abdul Malik adalah perempuan sehingga rakyatnya pun demikian. Jika ada seseorang bertemu dengan kawannya, maka yang pertama kali ditanyakan, “Berapa kali engkau menikah? Berapa budak perempuan yang kau gauli?”


وكانت همة عمر بن عبد العزيز في قراءة القرآن، وفي الصلاة والعبادة، وكان الناس كذلك، يلقى الرجل الرجل فيقول: كم وردك ؟ كم تقرأ كل يوم ؟ ماذا صليت البارحة ؟ والناس يقولون: الناس على دين مليكهم، إن كان خمارا كثر الخمر.

Sedangkan keghairahan Umar bin Abdul Aziz adalah membaca Alquran, solat dan ibadah. Keadaan rakyat di masa beliau seperti itu. Jika ada seorang bersua dengan kawannya, maka pertanyaan yang pertama kali terlontar adalah “Berapa rakaat solat malam yang kau rutinkan? Berapa lembar mushaf Al-quran yang kau baca setiap harinya? Solat apa yang kau kerjakan semalam?”.

Banyak orang mengatakan, “Rakyat itu mengikuti agama atau ketaatan penguasanya. Jika sang penguasa hobinya meneguk khamr (arak), maka akan banyak khamr (arak) yang beredar di kalangan masyarakat”.


وإن كان لوطيا فكذلك وإن كان شحيحا حريصا كان الناس كذلك، وإن كان جوادا كريما شجاعا كان الناس كذلك، وإن كان طماعا ظلوما غشوما فكذلك، وإن كان ذا دين وتقوى وبر وإحسان كان الناس كذلك وهذا يوجد في بعض الازمان وبعض الاشخاص، والله أعلم.

Jika penguasa memiliki kecenderungan seksual berupa homoseksual, maka keadaan rakyat juga sedemikian. Jika penguasa itu boros dan rakus dengan harta, maka keadaan rakyatnya juga demikian. Namun jika penguasa dermawan dan berakhlak tinggi maka kondisi rakyatnya juga serupa. Jika penguasanya rakus dan suka bertindak zalim, maka keadaan rakyatnya juga sedemikian. Jika penguasa adalah seorang yang bagus agamanya, bertaqwa, suka berbuat baik, dan gemar memberikan pertolongan, maka kondisi rakyatnya juga sedemikian. Pengaruh pemerintah semacam ini boleh dijumpai pada sebahagian masa dan pada sebahagian individu pemerintah tertentu 

[Bidayah wan Nihayah, karya Ibnu Katsir 9/186].

2 comments:

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.

© 2008-2016 Pena Minang Institute