ARTIKEL TERKINI

SUNNAH

SYIAH

SASTERA

EBOOK

Sunday, 3 August 2014

TEGURAN BUAT AMAN PALESTIN

Oleh : AJ

Dalam kegairahan badan-badan NGO mencari pengaruh dikalangan masyarakat ketika isu serangan Israel keatas semenanjung Gaza sedang memuncak, janganlah setiap maklumat dan berita yang sampai tidak diselediki latar belakangnya. Ini kerana dalam kegairahan mencari jumlah 'like' dan 'share' dibimbangi kita turut sama menabur fitnah kepada pihak yang tidak berdosa.

Baru-baru ini Aman Palestin ada mengeluarkan status yang memaparkan kononnya wujud semacam pakatan diantara Israel, Arab Saudi dan Mesir bagi menggerakkan pasukan tentera bagi memerangi penduduk Gaza. Kami cuba mencari pada sumber-sumber lain seperti Al-Jazeera, Al-Arabiya, Russian Today mahupun CNN atau BBC. Tidak ada sebarang berita sepertimana yang dilaporkan oleh Debka.com

Setelah kajian dilakukan keatas portal Debka.com, kami mendapati bahawa portal berita tersebut adalah portal yang berpusat di Israel. Malah kebanyakkan artikel yang dipaparkan dalam laman portal berkenaan adalah bertujuan mempromosikan dan menyebarkan propanda Zionist. Malah salah seorang dari ahli pasukan editorialnya sendiri mempunyai latar belakang perkhidmatan dengan pasukan tentera regim Zionist.




Ada sebaiknya Aman Palestin berhati-hati dalam menyebarkan berita, kerana dibimbangi ianya satu fitnah. Diharapkan juga 'admin' akaun facebook Aman Palestin dapat menarik semula statusnya itu dan membuat permohonan maaf secara terbuka. 

Artikel tambahan : Arab Saudi Sumbang US$  53.3 JUTA Kepada penduduk Gaza

Rujuk : http://www.debka.com/about/

16 comments:

  1. cuba tuan check siapa keluarga saud? mcmana sejarah diorg blh jd raja? sapa sharif mekah yg asal? kenapa dh x de? kemana diorg pegi? dh dpt jawapan..tepuk dada tanya iman

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada lagi keluarga Sharif Mekkah yang asal. Tu Raja Jordan tu yang berkawan dengan Israel tu, cucu kepada Sharif Mekkah la.

      Delete
  2. arab saudi memang proxy yahudi..bani saud tu keturunan yahudi..sekarang bani saud or raja saudi adalah memegang fahaman wahabi...

    oi blogger..pergi la buat kajian sikit pasal wahabi..blog je besar..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Abis ko proxy syiah lah ek?ko sesuka hati mewahabikan org ko g umrah & haji tu bukan berimamkan wahabi ke?

      Delete
    2. Pegi masjidil haram pandai plak salat belakang imam sudais..kerana wahabilah sebuah kelab malam xdak di saudi..wahabi.wahabi..alhamdulillah ramai lulusan madinah clear sunnah..

      Delete
    3. Kelab malam xda kat Arab Saudi. kah kah kah.. Ko xtau berapa banyak kelab2 Malam Undergroud kat Arab sana tu. tp bukan di Mekah la.. byk kot. wat research lg. isu ni up sebab kne kepada Kerajaan Saudi Wahabi. jd byk la petualang2 Wahabi yg nak mempertahankan kawan2 mereka. tu je..

      Delete
    4. Paling kurang tak terang2 macam kat Malaysia bagai, sana yg jadi idola para imam mgam syeikh2 , ade ker kat sini cam tu? Jawab jgn x jwb...

      Delete
  3. Sibuk boikot produk Yahudi sampai kita terlupa apa sumbangan kita pada rakyat palestin di GAZA, org islam di bunuh di myanmar, pattani dll..inilah propaganda mainan Yahudi..

    ReplyDelete
  4. Aman Palestin Telah Memadam Artikel Tersebut.Syabas PM

    ReplyDelete
  5. Kalau nak cari salah tentang Saudi,memang lah ade,tapi ade ker negara macam diorg kat dunia ni,bagi bantuan senyap2, x heboh bagai kecuali kalau terpaksa, masjid penuh solat jemaah, islam yg dipraktikkan dah dalam kitab mmg better adala salah sikit, tapi kalau nak banding ngan Malaysia..atau Kelantan...jauh bezala..apa yang korang buat tolong Palestin? Jadi keyboard warrior,melalak-lalak mengutuk bagai, pastu bab derma punyalaa berkire giler..kene gertak sikit ngan cina dah kecut telur belum lagi Israel bagai...fikirlaaa woi..korang kan ada otak, duk share x wat tindakn ingat Yahudi tu takut ker...

    ReplyDelete
  6. @A.A amin, sy tanya knapa dah x jd sharif kat mekah..knapa x dek lg kt situ. Sy suruh buat homework psl sejarah..cari kebenaran. sejarah bani saud juga tak blh dipadamkan w/pun mereka dh berkuasa. berkatalah benar w/pun pahit

    ReplyDelete
  7. Xde klab mlm...tp mcd bersepah...takfiri btul...

    ReplyDelete
  8. Org syiah jee yg takut sama wahabi....

    We love wahabi. Akidah wahabi pada tauhid yg paling mantopp....

    ReplyDelete
  9. Baca sejarah juga berapa charge yg dikenakan syarif mekah untuk org2 nk masuk tanah haram kerjakan haji. Baca juga sejarah berapa cukai yg dinaikan sesuka hati ke atas peniaga2:mekah. Berapa banyak pula kubur2 yg dipuja dan bayaran yg dikenakan... kenapa senang saja ulama2 mekah terima kedatangan tentera bani saud? Depa takmo jihad fisabilillah nk tentang aqidah wahabi? Depa takmo syahid ka menentang aqidah wahabi?

    ReplyDelete

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.

© 2008-2016 Pena Minang Institute