ARTIKEL TERKINI

SUNNAH

SYIAH

SASTERA

EBOOK

Tuesday, 5 August 2014

TEGURAN BUAT SAIFUDDIN ABDULLAH & TEMANNYA BERKENAAN FITNAH KEATAS MUFTI ARAB SAUDI

Oleh : AJ

"The Saudi Grand Mufti called upon Saudi Arabia’s citizens to donate money as humanitarian aid to Palestinians, rather than mobilizing in solidarity marches. The Grand Mufti hailed the Saudi Arabian King’s donation to the victims of the Israeli aggression on Gaza, and urged Saudi citizens to do the same" (Al-Ghader TV)

Ini adalah antara kenyataan yang terkandung dalam Fatwa 'Demonstrasi Palestin Sia-Sia' oleh Mufti Arab Saudi, Syeikh Abdul Aziz bin Abdullah bin Muhammad bin Abdul Lathif Alu Syaikh at-Tamimi. Namun perkataannya ini tak di 'highlight' oleh mana-mana pihak. Baik NGO yang mendakwa diri mereka sebagai pendokong aspirasi Palestin mahupun bekas MP yang terkenal dengan rekayasa 'politik baru'nya. Mereka-mereka ini hanya mengambil sebahagian dari perkataan Mufti berkenaan lalu dimanipulasikan mengikut hawa nafsu mereka. Dan pada akhirnya, mereka inilah yang menjadi agen-agen penyebar fitnah.



Laporan Morroco World News yang memetik laporan dari Al Ghadeer TV, Mufti Arab Saudi, menyatakan bahawa;

Saudi Arabia’s Grand Mufti said that the pro-Gaza demonstrations “are just useless demagogic actions, that won’t help Palestinians.” “Demagoguery does not work. It is just an exaggeration,” he added.

yang bermaksud disini;

Mufti Besar Kerajaan Arab Saudi menyatakan, demonstrasi yang dilakukan oleh kumpulan 'pro-GAZA' "adalah tindakan yang sia-sia, yang tidak akan membantu rakyat Palestin." "Demonstrasi tidak ada gunanya. Ianya hanya satu tindakan keterlaluan (mengikut hawa nafsu)., "katanya.

Apa yang boleh difahami disini?

Mufti Arab Saudi menyatakan bahawa, segala macam perbuatan demonstrasi yang berlaku di negara-negara arab yang kononnya 'bersolidariti' atas nama Palestin adalah satu tindakan sia-sia, tak bermanfaat, membazir masa dan tidak membawa sebarang hasil yang sepatutnya dicapai yakni Keamanan dan Kemerdekaan Palestin. 



Mudah cerita, ini adalah beberapa persoalan yang boleh kita fikirkan.

1. Apa yang korang dapat dari demonstrasi? Adakah bila korang demonstrasi, tunjuk perasaan, bawak sepanduk segala macam tu, maka Israel akan menghentikan serangan keatas Gaza?

2. Adakah Israel pedulikan sangat dengan sepanduk yang mengecam tindakan mereka?

3. Apakah Israel peduli sangat dengan perbuatan kalian yang berdemo membakar bendera negaranya?

4. Acapkali Israel menyerang Gaza atau kedudukan Palestin, maka acapkali itulah kita (umat Islam) berdemo. Dari dahulu sampai sekarang. Namun apa hasilnya? Kalau strategi yang sama kita lakukan sepanjang tempoh 50 tahun ini yang hasilnya tak ada apa-apa pun. Bukankah itu strategi dan langkah yang bodoh? 

Sedangkan jika kita teliti dengan mendalam ;

1. Duit yang buat sepanduk tu adalah lebih baik didermakan kepada tabung-tabung bantuan Palestin.

2. Kain-kain yang digunakan untuk melukis bendera Israel, dan selepas itu dibakar pada aksi demonstrasi bukankah lebih didermakan sahaja kepada badan-badan amal yang akan ke Palestin?

3. Masa yang digunakan untuk berdemo, bukankah lebih baik digunakan untuk menambah ilmu di kuliah-kuliah pengajian Islam bagi memperkukuhkan Iman dan Aqidah, sekaligus menjadi benteng paling utuh melawan gelombang Zionist?

Bagi yang menyatakan bahawasanya Arab Saudi tidak melakukan apa-apa bagi membantu orang Islam di Gaza, maka aku persilakan untuk korang baca artikel ini : http://www.penaminang.com/2014/07/arab-saudi-derma-us533-juta-kepada.html#axzz39KJ724Px

Aku malas nak bicara soal demonstrasi, kerana aku konsisten mengatakan bahawa Demonstrasi adalah HARAM. Baik apa jua sebab dan keadaan. Untuk melihat perbincangan mengenai hukum demonstrasi, maka korang boleh rujuk di link-link yang berikut :

1. http://salafushshalih.blogspot.com/2010/05/fatwa-para-ulama-besar-tentang.html

2. http://ustazidrissulaiman.wordpress.com/2013/04/08/demonstrasi-hukumnya-dalam-islam/

3. http://muslim.or.id/manhaj/khurofat-demonstrasi.html

4. http://www.darussalaf.or.id/fatwa-ulama-tanya-jawab/fatwa-ulama-sunnah-tentang-demonstrasi-mogok-makan/

5. http://al-atsariyyah.com/fatwa-para-ulama-besar-tentang-demonstrasi.html

6. http://fiqhsunnah.blogspot.com/2012/03/fatwa-ulama-sunnah-tentang-demonstrasi.html

7. http://saatulihsan.wordpress.com/2010/01/28/demonstrasi-bukan-metode-salafus-shalih-dan-fatwa-para-ulama-tentangnya/

Beberapa video yang menarik yang menyentuh soal Demonstrasi dan Palestin.







Jadi konslusinya disini ialah :

1. Nak bertindak biarlah berlandaskan Syarak dari Awal hingga Akhir. Jangan ambil separuh, buang yang lain.

2. Baca berita kasi habis. Tabbayun (Selidiki) setiap maklumat yang diterima. Tak kira dari sesiapapun.

3. Politik Baru adalah Politik berteraskan ilmu, bersandarkan Al-Quran dan Hadis, mengikut pemahaman Nabi dan Para Sahabat dan mereka-mereka yang mengikuti mereka itu dari masa ke semasa hingga ke hari kiamat. Dan bukannya politik yang berteraskan kepada politik syakwasangka dan egois.

4. Dan Khusus kepada Saifuddin, sebagai seorang Presiden Lantikan Perdana Menteri bagi pertubuhan 'Keserdahanaan', silalah berbicara seperti nama NGO yang anda wakili.

Rujukan :

http://www.alghadeer.tv/news/detail/17241/

http://www.moroccoworldnews.com/2014/08/135880/saudi-grand-mufti-issues-fatwa-against-solidarity-marches-with-gaza/

2 comments:

  1. Betul juga tu demonstrasi buang masa saja. Yang ini kena bagi tahu Anwar Ibrahim, Amiga dan kuncu kuncunya dan juga Pas.

    Di Malaysia bapak demonstrasi adalah Anwar. Terlupa nak tanya mengapa Anwar tak atur demonstrasi untuk suruh Khalid letak jawatan? Kumpul 1 juta untuk demonstrasi. Kalau Khalid tengok mesti kecut telornya.

    ReplyDelete
  2. Joe Rizal praha7 August 2014 at 11:09

    Salam sejahtera. Apo pun yang dianjurkan untuk Palestine semuo nyo tak berfaedah. Banyak NGO yang datang kemasjid masjid buet kutipan utk Ppalestine siapo yg meneliti akaun mereko? Eden difahamkan duit sampai berjuta tapi banyak mano yg dihantarkan? Mungkin ado yg masuk saku sondiri kito pun tak tau. Bagaimano perbelanjaan harian, tambang kesano sini, makan anak bini dirumah siapo tanggung?

    ReplyDelete

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.

© 2008-2016 Pena Minang Institute