PANDANGAN PROF ABDUL HALIM SIDEK MENGENAI I.S.A & AKTA HASUTAN @NancyShukri

Oleh : Jebat

Satu pandangan yang seharusnya diambil perhatian. Benar, di Putrajaya memang banyak penasihat-penasihat di sekeliling beliau. Namun sejauh manakah kebenaran maklumat yang disampaikan kepadanya? Belajarlah dari kesilapan Pak Lah yang hanya mendengar nasihat-nasihat kelompok tertentu dalam pentadbirannya. 'Laporan Cantik Memanjang' menyebabkan mantan Perdana Menteri kita 'Terlena' dibuai mimpi dengan kemenangan besar BN pada PRU11. Akibat 'terlena' maka pada PRU12, BN kehilangan 5 Buah Negeri. (Walaupun Perak Kembali Semula Kepada BN dengan keputusan Mahkamah Persekutuan).

Benar... Cabaran masa kini semakin mencabar. Dengan internet. Dunia semakin kehilangan sempadannya. Sesiapa sahaja boleh mengeluarkan pendapat dan mengkritik sesiapa sahaja. Namun perlu diingatkan, negara kita bukanlah seperti negara-negara Barat yang telah lama berDemokrasinya. Sedangkan mereka yang memiliki satu bangsa dan bertutur dalam satu bahasa pun bergaduh, inikan pula Malaysia yang didalamnya memiliki pelbagai aspek perbezaan.

Maka perlu ada satu undang-undang yang tegas, yang dapat mencegah sesuatu perkara itu dari menjadi barah dalam masyarakat. Mungkin ada undang-undang yang dilihat tidak sesuai pada zaman sekarang, namun adakah ianya perlu dihapuskan atau diberikan penambah baikkan?

Oleh itu, diharapkan pihak-pihak di Jabatan Perdana Menteri, turun ke bawah dan melihat sendiri keadaan semasa. Usah hanya mendengar laporan-laporan dari individu yang gila dengan politik barunya, yang fatamorgana politik barunya itu sendiri telah menumbangkan beliau di kampung halamannya. Sebaliknya dengarlah suara akar umbi. Suara kumpulan yang tidak mempunyai  apa-apa kepentingan dalam mana-mana yayasan atau pertubuhan melainkan mahu melihat tanah airnya aman dan sentosa.

Dan bukankah UMNO & Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) parti terkuat Melayu Bumiputera di Malaysia? Jadi kenapa tidak mahu mendengar suara ahli sendiri?

Akhir kalam, semoga yang lepas itu lepas. Dan yang sedia ada dipertahankan atau diberi penambah baikkan.

Post a Comment

4 Comments

  1. YB Nancy Shukri......plse listen to the calls of rational thinking malaysians that we must keep akta hasutan intact. We lost ISA and we found ourselves in trouble. I perfectly agree with the above writer that if we abolish akta hasutan, do you think you can handle thr problem? Certainly not. Forget zahid or nazri or hishamuddin and advise najib to listen to rintihan rakyat. I am from sarawak and a voter from sadong jaya. Please do something yb......kita orang sarawak jangan dibodohkan oleh najib, zahid n hishamuddin.

    ReplyDelete
  2. Saya fikir dan menyokong pandangan Anonymous. ISA sudah dimansuhkan dan diganti dengan SOSMA. Adakah SOSMA itu kuat seperti ISA. Dan sekarang Akta Hasutan nak dimansuhkan dan dibuat Akta baru yang belum pasti berkesan. Sekarang banyak atau ramai orang di luar sana mempertikaikan dan memainkan isu agama, isu raja dan bermacam-macam isu yang masih belum diselesaikan oleh pihak PDRM mahupun mahkamah. Tanpa Akta Hasutan sesiapa saja boleh menyuara dan mengkritik atau mengaibkan seseorang atau kerajaan yang memerintah kerana mereka tidak takut dan tida Akta yangboleh diguna pakai untuk mensabit mereka itu, kerana Akta yang baru mungkin terlalu lemah untuk mensabitkan sipenjenayah. Saya fikir yang paling baik ialah mengekalkan AKTA HASUTAN itu dan tak payahkan dengan akta yang lain. Pendapat dan pandangan rakyat yang mahui Akta Hasutan dikekalkan harus diambil kira juga oleh karajaan sekarang. Jangan bila di terantok mahu menyesal. Menyesal kemudian tiada berguna, nasi sudah jadi bubur. Fikir-fikirlah sebelum Akta Hasutan dimansuhkan. Dengar pendapat dari rakyat yang cintakan keamanan juga.

    ReplyDelete
  3. buang masa je prof...bglah nasihat @ pandangan...PM kita dan karbinetnya terdiri drp org2 pekak dan tuli...
    klu d mansuhkan jg..bukan Tun M je yg x bg sokongan...aku pun x pangkah bn lg dah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagitu lah juga dengan saya Prof. Apa kita cadang Prof jadi KDN, you bertegas bahawa perubahan, Dan pembubaran ialah Dari KDN, sebab itu kerja Kita Dan telah buat homework!...Najib nie lembik tapi keras hari, mcm nie lah nanti dia akan kecewa. Biar dia tumbang sebelum Kita raakyat ditumbangkan, itu kot Cara nya, degil sangat...

      Delete

بِسْÙ…ِ اللَّÙ‡ِ الرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.