ARTIKEL TERKINI

SUNNAH

SYIAH

SASTERA

EBOOK

Monday, 15 September 2014

UPSR BOCOR : "JANGAN SALAHKAN GURU" - PROFFESOR ULUNG DATUK SHAMSUL AMRI

Oleh : Hilmi Haji Ali 

PUTRAJAYA- Kebocoran soalan peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) melibatkan kertas subjek Sains dan Bahasa Inggeris baru-baru memang tidak dapat dielakkan disebabkan persaingan mobiliti sosial melalui pendidikan.

Timbalan Pengerusi Majlis Profesor Negara (MPN), Prof Ulung Datuk Shamsul Amri Baharuddin berkata ia boleh berlaku di mana-mana sahaja termasuk di sekolah dan universiti swasta kerana tekanan untuk kekal dalam negara membangun.

“Kita nak mendapat kekayaan, menjadi orang kaya, kelas menengah nak jadi doktor, peguam, perlumbaan melalui pendidikan itu cukup sengit. Perlumbaan inilah yang menyebabkan kalau dalam lari 100 meter dia ambik dadah, dalam perlumbaan mobiliti sosial, soalan bocor,” kata Prof. Shamsul.

Tambah Prof Shamsul beliau tidak menolak kemungkinan isu kebocoran soalan peperiksaan akan terus berlaku pada masa akan datang.

Maka untuk menyalahkan guru selaku pendidik dalam hal ini adalah tidak adil.

“Apa la salah guru ini maka soalan jadi dibocor, pada saya kita kena pisahkan tekanan yang kita beri kepada guru dan harapan dengan kegiatan jenayah ini. Kaitannya adalah tekanan untuk berjaya dalam peperiksaan saya rasa itu yang paling kuat sekali alasan yang membolehkan orang mengambil kesempatan daripada peperiksaan,” katanya.

Mengulas lanjut, Prof. Shamsul berkata, isu kebocoran soalan peperiksaan bukan suatu benda yang baru kerana proses menyiapkan kertas soalan berkenaan melibatkan ramai individu termasuk pencetak.

Oleh kerana ia melibatkan peperiksaan besar seperti UPSR dengan lebih sejuta murid dan ibubapa maka isu tersebut dilihat lebih besar berbanding soalan bocor di sekolah swasta, IPTS dan IPTA.

Kertas peperiksaan UPSR melibatkan kertas Sains dan Bahasa Inggeris terpaksa ditangguhkan dan digantikan pada tarikh lain kerana didapati bocor.

Kertas Sains dan Bahasa Inggeris akan didudki semula pada 30 September ini.

Sumber : Abnxcess

25 comments:

  1. Perlukah guna cara yg salah? Jika org lain menipu, kita juga harus menipu utk bersaing. Mungkinkah org yg menipu itu sedang merosakkan negara krn menipu dlm exam? Bangunan retak, tanah runtuh, ekonomi lingkup, rasuah akibat drpd ketidakjujuran krn persaingan. Bagaimana tahap prof. Berfikir bergitu? Maknanya ramai pelajar prof dpt soalan bocor dr prof ke? Keraguan gitu ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Adoi... kalau kita berfikir biarlah bercapah sikit... logik akal semata x bnyk membantu saudara... perlu ada iktikad dan kepercayaan.. jangan pandang dari satu sudut... prof. Ada ujarannya sendiri... dan itu memang disokong dengan fakta dan kajian... saudara... banyak2la bfikir ye... gitiew...

      Delete
    2. Pandai dan tinggi sangat ke ko berfikir? Nk kutuk proff pulak!! Klau pandai sangat ko je la yg jaga dan buat soalan upsr tu .Kih kih.....kih ..

      Delete
    3. master in education19 September 2014 at 01:39

      Pada pendapat saya anda tak menilai kata2 prof dengan begitu baik sekali... saya x nafikan membkcorkan soklan adakah perbuatan yg salah tapi perlukah anda untuk menyalahkan sebelah pihak... contoh terbaik.. anda hantar anak anda pegi sekolah.. siapa yang ajar? CIKGU yg ajar.. kenapa anda kena tgk hanya cikgu aje yang ajar sedangkan sepatutnye mobility sosial perlu ajar.. ini termasuklah ibu bapa... tapi kalo parent sendiri ajar anak pon jalan senget nak harap pula cikgu ajar jalan betul ..itu not fair enough... so dalam hal ni prof menyatakan banyak pihak yg terlibat n x mustahil bende ni akan jadi.,so dia minta la org2 yg berkaitan untuk kurangkan tekanan... ade faham... based from ur statement i think u re not in our shoes..,

      Delete
    4. Anda sendiri tdk memahami pendapat prod tp nk komen.. bukak minda.. prof berckp dr sudut keadaan dan situasi skrg..mengapa terjadinya soalan bocor.. dan kesalahan ini bkn pd guru semta2.. anda tdk lyak utk ltk kesalahan itu pd guru semata2.. dan sedar lah diri. .klu x kerana guru anda pastikah anda dpt membc dan menulis komen ini skrg?????

      Delete
  2. Haha....
    Faham tak mobiliti sosial.... ????

    ReplyDelete
  3. Sy sgt bersetuju dgn prof. Sebagai seorang guru,sy fhm sgt ttg tekanan yg diperkatakan. Walaubagaimanapun,dm keghairahan bersaing utk perlumbaan mobiliti sosial,apa yg penting adalah masing2 perlu tahu tanggungjawab & laksanakan ia dgn penuh amanah. Maka yg akan terjadi adalah persaingan yg sihat & bukan mngejar material semata2 (sy sendiri kurg gemar dgn ganjaran sebegini to be honest). Kalau x jdla pak pandir moden,sekolah menang bai'ah,maruah cikgu tergadai. Wallahualam.

    ReplyDelete
  4. Ujian manusia di muka bumi. Yg tak jujur mengikut hawa nafsu pasti tertewas.

    ReplyDelete
  5. Terima kasih prof. Hanya guru yg fhm guru. Maruah guru dipijak2, tanpa sbrg pembelaan. Harap kenyataan ini dpt membuka mata banyak pihak.

    ReplyDelete
  6. sebelum mengintai kekurangan orang lain...intailah kekurangan diri sendiri....kita hidup di bumi Allah....apa pun yang berlaku adalah rahsia Allah.....jgn terus menuding jari...bersikap positif adalah lebih baik untuk kecemerlangan minda...

    ReplyDelete
  7. Tak payah nk cakap mobiliti bagai..kalau kerja dh mmg sifatnya tak amanah, camni la jadinya..mende kalau dh salah, takyahla nk ditegakkan lg..so lepas ni ambik rasuah, then ckp sy tertekannnnnn!,,,,,,

    ReplyDelete
    Replies
    1. Awak keje tu amanah sangat ke? Awak sempurna? Awak maksum ker? Dr cra awak bercakap awak tunjuk diri awak x amanah... manusia ni kalo bercakap x guna otak maknenye pendidikan tahap rendah n dangkal... banyak kan baca buku ilmiah ... dr ckp cam org x de pelajaran

      Delete
  8. HANTU2 UPSR MERASUK, MANSUHKAN UPSR..

    Anak : Ayah , Hantu Wujud Ke ?
    Ayah : Tak , Hantu Tidak Wujud .
    Anak : Orang Gaji Kita Cakap , Hantu Tu
    Wujud .
    Ayah : Kemas Barang Kamu Sekarang !
    Anak : Kenapa Pula Ayah ?
    Ayah : Kita Mana Ada Orang Gaji !
    Anak : Omg !!
    Anak : Mak ! Kemas Barang Cepat !
    Emak : Kenapa Pula ?
    Anak : Ayah Cakap Rumah Nie Berhantu .
    Emak : Ayah ? Ayah Sudah Meninggal
    Sebelum KamuDilahirkan!
    Anak : Abang ! Betul Ke Ayah Kita Dah
    Meninggal ?
    Abang : Ha ? Sapa Beri Tahu Kamu !
    Anak : Emak Beritahu Tadi .
    Abang : Emak Dah Meninggal Semasa
    Melahirkan Kamu
    Anak : Haaa !!
    Abang : Kamu Jaga Larhh Diri Sendiri
    Anak : KenapaPulak ?
    Abang : Sebab Abang Telah Digugurkan 5
    Tahun SebelumKamu Dilahirkan
    Anak : :.?!!?,,#/ nak: lari sekuat hati nak
    nyorok kat umah jiran
    jiran: kenape kamu belari ?
    anak: semua ahli keluaga sy dah meningga
    jiran: Ron ! kemas beg pakaian kita
    sekarang !!
    Ron: kenapa mak ?
    jiran: rupa nya kita berjiran dengan hantu !
    Ron: siapa bgtau mak ?
    Jiran: kawan kamu salim
    Ron: mak !! Salim dah meningga 2tahun
    lepas !
    Ron: ayah ! cepat keluar dari sini !! kita
    berjiran dengan hantu !!
    ayah Ron: sape kabo ke kamu ?
    Ron: mak
    ayah Ron: haaaahhhh ??!! mak kamu dah
    RIP sebelum melahirkan adik kamu !
    Ron: kakak !!!! mari kita lari !!
    kakak: why huny bunny Ron ?
    Ron: kita berjiran malah tinggal dengan
    hantu !!!!!
    kakak: siapa bilang ?
    Ron: ayah !
    kakak: Ron !!!!!!!!!!!!!!!!!! ayah dah RIP
    semasa menghantar mak ke hospital
    semasa melahirkan kamu !!!
    Ron: ....
    kakak: enough Ron ... sebenarnya kami
    semua sudah tiada... kamu pun dah takda..
    cukuplah bermain, mari balik ke kubur .. hari
    dah senja.. nanti kang kena sorok dek antu
    kopek.. moh deghaih....
    Dalam perjalanan nk gi kubur..
    Ros : (Nampak Ron dngan keluarganya) Ayahhh!!!
    Pak Aji : Pasaipa ni?
    Ros : Cheq nampak Ron dengan keluarga dia tengah jalan!
    Pak Aji : Jadi?
    Ros : Kan depa dah meninggal!
    Pak Aji : Memanglah. Ayah pun dah meninggal 2 tahun lepas.
    Ros : (Lari ke emaknya) Makkk!!
    Mak Aji : Awat ni?
    Ros : Ayah dah meninggal!
    Mak Aji : Jadi?
    Ros : Ros cakap dengan ayah tadi!
    Mak Aji : Kamu pun tengah cakap dengan mak. Mak pun dah meninggal 3 tahun lepas sebab melahirkan adik kamu.
    Ros : (Lari ke abang) Abanggg!!!
    Abang : Awat hang duk jerit2 ni?
    Ros : (Berhenti)
    Abang : Pasaipa dengan hang ni?
    Ros : (Ambik pistol tmbak kepala)
    Abang : Ya Allah! Kenapa dengan hang ni? Dah gila ka apa?
    Ros : Sudah lah. Abang pun dah mati kan?
    Abang : Sebenarnya, aku bukan abang hang
    Ros : Habis tu, ini siapa?
    Abang : Aku orang bunian lah!
    Ros : TIDAKKKK!!
    Adik : Sudahlah kak. Jom pergi kubur. Mak dengan ayah dah tunggu dah tu...
    Ros : (ikut je lah)
    Tiba-tiba...
    Pengarah : Cut!! Pandai kamu semua berlakon! Syabas! Saya nak kamu semua macam ni lah. Okay, itu saja setakat ini. Esok, kita sambung lain. Kemas barang cepat!

    ReplyDelete
  9. Tak sangka mentaliti rakyat malaysia cam lam movie Indonesia atau india. Mereka belum didapati bersalah tapi rakyat malaysia dah jatuh hukum. Memang mentaliti dunia ketiga, kecoh

    ReplyDelete
  10. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  11. Mereka yg telah membocorkan soalan mmng bersalah ttpi perlu difikirkan bahawa penyebab kepada masalah ini berlaku adalah disebabkan oleh sistem dalam pendidikan yg cacamarba serta tuntutan yg bercelaru..

    ReplyDelete
  12. Integriti...maruah...amanah...bocorkan soalan memang salah, taping jangan sebab nila setitik, rosak susu sebelanga...seekor kerbau membawa lumpur, habis terpalit kerbau sekandang! Cepat benar melebel yang buruk pada guru...susah susah...pecat aje semua guru yang ada...bagi Mak bapak yang panda I bercakap Dan bercadang pulak jadi cikgu...bertrima kasih tidak, mengutuk yang lebih.

    ReplyDelete
  13. Mereka yg telah membocorkan soalan mmng bersalah ttpi perlu difikirkan bahawa penyebab kepada masalah ini berlaku adalah disebabkan oleh sistem dalam pendidikan yg cacamarba serta tuntutan yg bercelaru..

    ReplyDelete
  14. Ini jadinya bila mobiliti sosial di isi dengan duniawi, tetapi kurang pengisian moral dan kesedaran sivik. Nak buat macam mana. Ramai mengikut teladan dari pemimpin-pemimpin. "Kepimpinan melalui teladan". Rembat jutaan RM, tak salah, "sebab kami sekeluarga berusaha gigih dan jangan salahkan kami"...

    ReplyDelete
  15. Teramat dan sangat 2 Setuju dgn proff. Jgn pandai mencari salah guru shj. Upsr melibatkan ramai pihak. Klau memang dh tk amanah, kerja apa pun akan punah.
    Ingat kite sekolah dulu pun guru yg ajar. Tk tahu lah klau ade yg tk gi sekolah belajar kt umah je .mengajar diri sendiri. Wahaahaaa!

    ReplyDelete
  16. Takkan pasal nila setitik rosak susu sebelanga. Kepada yg bukan warga guru, utk pengetahuan, mmg kami kerja sentiasa dlm tekanan. Contoh, aktiviti kokurikulum atau sukan, bawak pelajar ngan kereta sendiri, jd apa2 walaupun dah langkah2 keselamatan dah diambil dan ada surat kebenaran ibubapa, tanggung sendiri la akibatnya. Yg datang bukan nak bagi sokongan, tekanan ada. Tak bawak pelajar, kesian bakat pelajar atau kena cop ingkar perintah. Penyelesaiannya, bawak aje, hanya Allah yang tahu niat guru sebenar

    ReplyDelete
  17. Biasalah, semuanya nak salah guru...walhal, yang memahami anak anak lebih dari mak ayah sendiri yang sibuk bekerja tu adalah guru...tapi tidak, nak juga salah guru. Mana nak dapat keberkatan kalau mak ayah sendiri tidak mengajar anak anak menghormati guru.
    Kerana hal upsr soalan bocor, seluruh guru malaysia dipersalahkan wlaupun yg tiada integriti itu hanya minoriti saja.
    tapi nak juga salahkan guru. Kerana apa. Kerana suara guru tiada siapa mahu dengar. Tiada siapa mahu bela.

    ReplyDelete
  18. Apa yg berlaku mnunjukkan trend zaman skang....apa sbb ada kbocoran? Tntu ada prmintaan. Persaingn . Anugerah . Standard. Semua tu adalh lingkaran cabaran yg mndorong shingga sanggup mengabaikn norma akhlak dn nilai.. trkadang kita perlu pikir kenapa ini semua bermula......adakh kerana desakn atau ia mmg kebetuln
    Kalau di ikut tak berbaloi apa yg di buat ....maruah dan masa depan tergadai tetapi mungkin asakan yg hebat sehingga menengggelamkn risiko yg ditanggung. Renungkan

    ReplyDelete
  19. Alhamdulillah.....ada gak pihak ilmuan yg bercakap bersandarkan ilmu......bukan melatah semata-mata dgn cabaran pendidikan masa kini yg begitu terbuka....jangan kerana nila setitik rosak susu sebelanga...jangan kerana beberapa org yg tiada akauntabaliti maka semua org tak berguna.....renung-renungkan :)

    ReplyDelete

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.

© 2008-2017 PM Institute