ARTIKEL TERKINI

SUNNAH

SYIAH

SASTERA

EBOOK

Tuesday, 11 November 2014

[E-BOOK PERCUMA] KEPIMPINAN, MOTIVASI DAN PRESTASI MODEL GURU & TENTERA



 TINGKAH LAKU DAN MOTIVASI DALAM KEPIMPINAN

Oleh : Merikan Aren (mbarsu64@yahoo.com) 

Kejayaan sesebuah organisasi biasanya adalah bergantung kepada pemimpinnya. Manakala kepimpinan seseorang pemimpin pula bergantung kepada tingklah laku kepimpinan yang diamalkan ataupun yang ada pada seseorang pemimpin. Namun tingkah laku sahaja belum dapat dijadikan jaminan bagi menentukan kejayaan seseorang pemimpin ataupun kepimpinannya. Ini disebabkan oleh banyak faktor lain yang boleh mempengaruhi corak dan gaya kepimpinan seseorang itu seperti persekitaran dan juga staf bawahan yang dipimpinnya.

Menurut Manning dan Curtis (2009) kajian yang dilakukan oleh Kurt Lewin dan et al. berkaitan tingkah laku kepimpinan pada tahun 1939 tingkah laku kepimpinan merupakan perawakan, tabiat atau kelakuan dan juga gaya kepimpinan seperti autokratik, demokratik, dan laisez-faire. 

Kajian ini memberi fokus kepada impak tingkah laku ketua terhadap pencapaian pengikutnya atau orang bawahannya. Pada tahun 1940an pula kajian  terhadap kepimpinan ini banyak mengarah daripada trait kepimpinan kepada tingkah laku kepimpinan di mana ianya memfokuskan kepada dua dimensi iaitu  initiating structure  untuk melihat hubungan di antara ketua dan staf bawahan manakala showing consideration lebih menekankan kepada tindakan untuk membina kepercayaan, penghormatan, sokongan dan kemesraan daripada staf bawahannya. 

Seseorang pemimpin yang mencapai skor tinggi dalam initiating structure  akan dapat mengetahui gaya komunikasi serta cara bagaimana sesuatu tugas dapat dilaksanakan dengan jayanya. Manakala jika pemimpin dapat skor tinggi dalam showing consideration pula menunjukkan beliau dapat bergaul dan mewujudkan suasana yang harmoni di dalam organisasi yang dipimpinnya.

Selain dari gaya kepimpinan, tingkah laku pemimpin juga dilihat dari trait yang ada pada seseorang pemimpin. Trait ini merupakan elemen penting bagi menentukan sama ada seseorang pemimipin tersebut mendapat penghormatan atau kepercayaan dari pengikutnya. 

Ini adalah kerana kebanyakan staf bawahan bukan sahaja melihat bagaimana seseorang ketua itu membangunkan dan memimpin organisasinya tetapi juga sahsian atau budi pekerti seseorang ketua  seperti bagaimana dia bergaul dan berhubungan dengan staf bawahannya. Nilai-nilai seperti kejujuran, bertimbang rasa, bertanggungjawab, cemerlang, dan komited serta ketekunan menjadi tunjang kepada kejayaan seseorang pemimpin dalam meneraju organisasi yang dipimpin.

Tingkah laku penyayang yang ada pada seseorang pemimpin juga akan memberi impak yang positif kepada dirinya dan juga organisasi yang dipimpinnya di mana pemimpin yang bersifat penyayang akan memberi fokus kepada kebajikan pelanggan, staf bawahan, rakan kongsi dan masyarakat. 

Sebagai contoh, sifat penyayang akan melahirkan suasana kerja yang aman dan harmoni dan tidak secara lansung akan dapat membantu staf bawahan untuk mencapai objektif organisasi dan juga pencapaian peribadi. Jika staf berasa mereka dihormati dan dihargai mereka juga akan berusaha dan memberi komitmen yang tinggi terhadapat tugas dan tanggungjawab mereka. 

Oleh itu, tingkah laku kepimpinan memain peranan penting terhadapat kejayaan sesebuah organisasi seperti yang dikatakan oleh Bruce (2005) dalam bukunya Bagaimana memotivasikan setiap pekerja;

“Apabila anda memandang pembangunan peribadi sebagai penggerak, anda mengubah cara pekerja memandang kerja mereka, anda membantu mereka menjadi lebih berupaya dan anda memberi mereka tujuan bermakna untuk datang kerja”

Di samping tingkah laku kepimpinan motivasi merupakan satu elemen penting yang harus ada dalam kepimpinan seseorang pemimpin. Menurut Collegiate Project services (2008) kepimpinan yang efektif seharusnya bertekad untuk mewujudkan  motivasi extrinsic dan intrinsic. 

Staf bawahan akan merasa dimotivasi apabila keperluan asas diberi perhatian dan kehendak primary tercapai seperti diberi penghargaan atau tidak dikenakan hukuman atau denda jika melakukan kesilapan kecil. 

Seseorang staf bawahan jyga akan merasai dimotivasi secara extrinsic seperti diberi bonus, kenaikan gaji atau pangkat ataupun suasana kerja yang tidak memerlukan penyeliaan yang terlalu ketat dan memberi peluang kepada staf bawahan untuk bekerja secara berdikari. Walau bagaimana intrinsic dan extrinsic mestilah mempunyai limitasi dan batasan agar ianya tidak disalah guna atau disalah ertikan oleh staf bawahan.

Dalam memotivasikan staf bawahan Adair (2009) juga menyarankan penggunaan The fifty-fifty rule and the eight principles of motivating. Beliau menegaskan bahawa motivasi hendaklah datang dari dalaman dan juga luaran dengan mengaplikasikan lapan prinsip iaitu:

1. Diri sendiri hendaklah bermotivasi
2. Pilih mereka yang tinggi motivasi
3. Layan setiap orang sebagai individu
4. Tentukan sasaran yang realistik dan mencabar
5. Ingat progres yang memotivasi
6. Membina suasana yang memotivasi
7. Sediakan anugerah yang adil
8. Beri penghargaan

Dalam memberi motivasi kepada staf bawahan pemimpin hendaklah sentiasa bersedia untuk memberi sokongan, menjadi moderator atau peransang dalam organisasi  atau pasukan dan juga individu. Dengan adanya gaya dan motivasi ini kejayaan sesebuah organisasi mungkin akan tercapai dengan jayanya.

Kenyataan ini disokong oleh Manning dan Curtis (2009)  di mana mereka menjelaskan bahwa motivasi merupakan stimulasi dan inspirasi untuk bergerak di mana tugas sebagai pemimpin adalah untuk mengerakkan staf bawahannya dengan berbagai idea, kemahiran dan nilai bagi mencapai misi bagi mencapai keperluan fizikal dan emosional bermula dengan  keperluan asas  sehinggalah keperluan yang kompleks. Adalah dipercayai bahawa motivasi dan kejayaan sesebuah organisasi adalah saling berkaitan. Oleh yang demikian maka adalah amat penting bagi seseorang pemimpin mencapai keperluan staf bawahan sesuai dengan keperluan organisasi.

Collegiate Project services (2008) untuk mewujudkan suasana motivasi secara intrinsic mereka mencadangkan menggunakan lima karekteristik iaitu Feedback, lots of skills, autonomy, mine dan effect atau di kenalai sebagai FLAME. Adalah dipercayaijika seseorang pemimpin menggunakan kaedah FLAME dalam memberi motivasi secara dalaman  di tempat kerja ianya akan membantu mewujudkan staf bawahan yang bermotivasi tetapi juga bertenaga dan proaktif dalam pekerjaan dan seterusnya dapat membantu dalam kejayaan organisasi.

Menurut Bruce (2005) menggariskan 24 taktik yang boleh diamalkan oleh pemimpin bagi menyemarakkan produktiviti di tempat kerja dengan memberi motivasi kepada setiap pekerja antaranya;

1. Bina tenaga kerja yang bermotivasi
2. Mereka buat untuk diri sendiri
3. Kenali apa yang menggerakkan orang
4. Buat pekerja berasa seperti rakan kongsi
5. Tunjukkan  pekerja bagaimana perniagaan dijalankan
6. Kenali saingan anda
7. Galakkan pengambilan risiko yang bijak
8. Ilham pemikiran kreatif dan inovatif
9. Tegaskan hubungan antara motivasi dan prestasi
10. Bantu mereka mencapai prestasi yang lebih baik
11. Pujuklah pekerja supaya mereka menyokong idea anda dan idea sendiri
12. Berterus terang tentang ganjaran dan penghargaan
13. Sentiasa harapkan yang terbaik daripada pekerja
14. Semarakkan prestasi yang berjaya
15. Tawarkan insentif dan ransangan semangat
16. Berikan kuasa anda
17. Sentiasa galakkan akauntibiliti
18. Bina kepercayaan bagi masa depan yang cerah
19. Rangsangkan semangat
20. Gunakan keseronokan untuk memotivasikan
21. Serang terus-menerus penghalang motivasi
22. Kekalkan pekerja anda
23. Curahkan hati dan jiwa kepada pasukan anda
24. Bebaskan kuasa potensi manusia

Berdasarkan kenyataan di atas dapat disimpulkan bahawa tingkah laku kepimpinan dan motivasi memainkan peranan penting dalam menentukan kejayaan kepimpinan sesorang pemimpin dan sesebuah organisasi. Oleh itu setiap pemimpin hendaklah tahu bagaimana untuk menyesuaikan diri dengan gaya kepimpinan dan tingkah laku  diri serta bagai mana untuk memotivasikan staf bawahan. Saya percaya jika seseorang pemimpin dapat mengimbangkan antara gaya kepimpinan dengan trait dan motivasi kemungkinan besar kejayaan dan kecemerlangan organisasi akan tercapai.



Rujukan

Adair, J. (2009). Effective Leadership: How to be a successful leader. UK: Gower Publishing Ltd.

Bruce, A (2005). Bagaimana memotivasikan setiap pekerja; 24 taktik terbukti bagi menyemarakkan produktiviti di tempat kerja. Malaysia: The McGraw-Hill.

Collegiate Project bservices (2008).FLAME: using motivation to build high performance team members: ERP Library: www.collegiateproject.com.

Manning, G. & Curtis, K. (2009). The Art of Leadership. New York: McGraw-Hill International Edition.

1 comment:

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.

© 2008-2016 Pena Minang Institute