ARTIKEL TERKINI

SUNNAH

SYIAH

SASTERA

EBOOK

Wednesday, 12 November 2014

RUMAH TRANSIT GOLONGAN GELANDANGAN SIAP AWAL 2015 - MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN

Oleh : Azizi Sunip

KUALA LUMPUR – Rumah transit atau perlindungan buat golongan gelandangan akan siap dan boleh diduduki pada awal tahun depan.

Projek berkenaan dilaksanakan dengan kerjasama syarikat swasta iaitu Malaysia Resources Corporation Bhd (MRCB).

Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, pembinaan projek itu adalah sejajar dengan ilham Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang prihatin dengan masalah gelandangan.

Katanya, MRCB pula mengambil peluang untuk menjayakannya melalui inisiatif tanggungjwab sosial korporat (CSR) mereka.

“MRCB akan bangunkan secepat mungkin… Kita harap suku pertama tahun depan boleh diguna pakai, DBKL sendiri sedang membeli tanah di mana kita akan ubah hartanah tersebut untuk menjadi rumah transit kepada gelandangan, kita harap akan siap pada akhir tahun ini,” katanya.

Rumah perlindungan itu terletak di hadapan Hospital Kuala Lumpur dan bakal menempatkan kira-kira 250 orang gelandangan dalam sesuatu masa.

Ia juga akan dilengkapi dengan kemudahan-kemudahan asas seperti dewan makan, asrama dan bilik rawatan kesihatan.

Beliau berkata demikian pada sidang media majlis pecah tanah

Pembinaan jejantas yang menyambungkan Jalan Klang Lama dan Lebuhraya Baru Pantai hari ini.

Sumber : ABN News

3 comments:

  1. SYUKUR ALHAMDULILLAH - tapi UMNO, tolonglah lawan HABIS-HABISAN utk. MENEBUS kembali setiap inci TANAH RIZAB MELAYU yg. DIROMPAK dan MENUBUHkan yg. baru - kerana dasar undg-undg Perlembagaan yg. melindungi HAK BUMIPUTERA dan Tanah Rizab Melayu yg. berasaskan Wasiat Raja-Raja Islam/Melayu, telah diPERMAINkan dan diPIJAK dgn sewenangnya tanpa rasa BERSALAH lansung, oleh pemimpin Islam/Melayu-LIBERAL-PENGKHIANAT, yg. sibuk mengKAYAkan anak-beranak depa! Di samping BERZUMBA terhegeh-hegeh kat sini sana dan BERPELUKAN dgn. si gong-eng- SIAL DAPBANGKAI!

    Lihat di - http://www.utusan.com.my/berita/nasional/ganti-segera-8232-tanah-rizab-melayu-1.22142 , Ganti segera 
Tanah Rizab Melayu, OLEH AZHARI ZAINOODDIN (UTUSANPEN , ANG@UTUSAN.COM.MY) | 08 , November 2014:

    PULAU PINANG 7 Nov. – Kerajaan diminta segera menggantikan Tanah Rizab Melayu yang telah dilupuskan dengan serta-merta seperti yang telah digariskan dalam peruntukan Perlembagaan.

    Penasihat Majlis Perundingan Melayu (MPM) yang juga bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar berkata, tidak kira siapa yang memerintah, tanah tersebut adalah hak orang Melayu secara keseluruhannya dan tidak boleh diganggu.

    Tegasnya, amat jelas dalam Perlembagaan, Tanah Rizab Melayu yang ada, tidak boleh dilupus me¬lainkan kerajaan memperuntukkan tanah gantian yang sama luas de¬ngan serta-merta.

    “Namun apa yang berlaku sekarang ini? Kenapa Tanah Rizab Melayu semakin berkurangan dan tidak mencapai tahap 50 peratus seperti yang diwasiatkan oleh raja-raja Melayu?

    “Tidak kira apa yang berlaku, MPM mendesak kerajaan segera menggantikan tanah rizab Melayu yang semakin berkurangan kini,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
    Tambah Hanif, bagi mempertahankan Tanah Rizab Melayu ber¬kenaan, kerajaan boleh melakukan pelbagai cara dengan mewartakan tanah-tanah yang ada seperti Tanah Rancangan Felda atau tanah milik kerajaan Pusat yang telah tidak digunakan.
    “Wartakan sahaja tanah Felda supaya tanah terbabit tidak boleh dijual kepada mana-mana pihak termasuk syarikat milik bumiputera sendiri,” katanya.

    Malah tegas Hanif, di Kuala Lumpur sendiri terdapat banyak tanah milik kerajaan yang telah tidak digunakan dan adalah lebih baik tanah terbabit digazetkan sebagai Tanah Rizab Melayu untuk menjamin ke¬langsungan orang Melayu di ibu kota......

    Makcik Sambal Belacan.

    ReplyDelete

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.

© 2008-2016 Pena Minang Institute