ARTIKEL TERKINI

SUNNAH

SYIAH

SASTERA

EBOOK

Sunday, 9 November 2014

UNDANG-UNDANG BERKAITAN PERLU DIWUJUDKAN SEBELUM REAKTOR NUKLEAR DIBINA DI MALAYSIA

Oleh : Saiful Bahri Kamaruddin

BANGI, 6 November 2014 - Malaysia perlu mengadakan undang-undang mengenai bahan buangan nuklear yang berbahaya dahulu sebagai persediaan sebelum loji kuasa nuklearnya yang pertama dibangunkan menjelang tahun 2021.

Dekan Fakulti Undang-undang Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Prof Dato' Dr Aishah Bidin berkata kerajaan harus memastikan bahawa pembuangan sisa radioaktif mematuhi suatu gugusan undang-undang yang menyeluruh sebelum loji itu diadakan.



Undang-undang yang ada sekarang mengenai pembuangan sisa amat berbahaya hanya tertumpu kepada bahan buangan berjadual yang dihasilkan oleh industri dan sisa pepejal perbandaran bukan untuk sisa penjanaan kuasa nuklear, tambah beliau.

Prof Aishah telah membentang kertas kerja penyelidikannya bertajuk Rumusan Peruntukan Undang-undang dalam Pengurusan Pelupusan Sisa Radioaktif Dengan Selamat di Malaysia pada sesi pertama Kongres Penyelidikan dan Inovasi 2014 di sini hari ini. Kongres itu dianjurkan oleh nic Politik dan Keselamatan UKM.



Beliau mencadangkan kerajaan dengan serius mengkaji semula undang-undang untuk mematuhi semua 10 ketetapan konvensyen Perjanjian Kawalan Nuklear (NPT) dari Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA). Setakat ini Malaysia hanya memenuhi empat syarat konvensyen itu.

Prof Aishah berkata terdapat beberapa keperluan asas yang harus dipenuhi, seperti protokol untuk perlindungan, pencegahan keganasan nuklear dan hak asasi rakyat Malaysia yang masih belum diselesaikan.

Beliau berkata masyarakat mesti dimaklumkan mengenai apa yang mungkin boleh berlaku jika sebuah loji kuasa nuklear dibangunkan.

Katanya pasti akan ada tentangan terhadap penubuhan loji itu yang memerlukan rundingan atau dialog dengan mereka yang terlibat secara langsung.



Prof Aishah memberi contoh pengalaman loji pemprosesan sisa nuklear Lynas di Gebeng, Pahang yang menunjukkan tidak terdapat sebarang rundingan atau dialog dengan penduduk tempatan untuk meyakinkan mereka mengenai keselamatannya.

Apatah lagi loji nuklear yang dicadangkan akan didirikan di atas tanah TOL yang perlu diperbaharui secara berkala pula.



Beliau berkata orang ramai akan terdedah kepada banyak bahaya yang mungkin timbul jika pembuangan bahan-bahan buangan nuklear tidak diurus dengan baik dan tidak mematuhi peraturan-peraturan antarabangsa yang sedia ada.

Kongres itu telah dirasmikan oleh Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) Prof Dato' Dr Mazlin Mokhtar.

Sumber : UKM News

3 comments:

  1. Dan hari tu keluaq berita, si US-dikuasai-ZIONIS-KEPARAT nak MEMBODEK NEGARA ISLAM kita ni, supaya mereka dijadikan "rakan kongsi" teknologi Nuklear kita (lihat di - http://www.utusan.com.my/sains-teknologi/sains/as-sedia-kongsi-ilmu-teknologi-nuklear-dengan-malaysia-1.16768 , AS sedia kongsi ilmu teknologi nuklear dengan Malaysia, 26 Oktober 2014) - aku harap jgn.lah pemimpin Islam/Melayu kita cepat TERPEDAYA!

    Sebenaqnya, US/Barat-dikuasai-ZIONIS-KEPARAT ni nak lakukan PENGINTIPAN termasuk kat atas SAINTIS-SAINTIS Islam/Melayu kita, serta mempastikan si Barat-ZIONIS akan menguasai teknologi Nuklear kita (di Iran, ejen-ejen Mossad/CIA/NATO telah MEMBUNUH dgn. KEJAM, ramai Saintis-saintis Islam terkemuka projek Nuklear Iran termasuk melalui puak Pengganas pemisah Iran MEK yg. berpusat di Washington)!
    Ini ialah kerana Barat-ISrael/Zionis tidak mahu Dunia Islam menghasilkan senjata Nuklear spt. mereka, yg. boleh buat apa mereka suka kerana UN/ICC/ICJ/IAEA (Pertubuhan Tenaga Nuklear Antarabangsa) semuanya dikuasai si Barat/ZIONIS-KEPARAT!

    Itu jugalah sebab Virus “Eugenics-GMO-Biowarfare“ Ebola disyaki bertujuan untuk menghapuskan umat Islam Afrika, di Afrika Barat terutamanya umat Islam di Sierra Leone, Senegal, Guinea dan Liberia, terutamanya NEGARA ISLAM Guinea, yang amat kaya minyak-gas serta URANIUM (bahan untuk pembuatan senjata Nuklear); apalagi Barat-Israel ingin menguasai serta menghapuskan penghasilan senjata Nuklear terutamanya dari Dunia Islam. Lihat kekayan Uranium di Afrika Barat ini di - http://www.wise-uranium.org/upafr.html , New Uranium Mining Projects – Africa, last updated: 4 Sep 2014; di - http://www.africanreview.com/energy-a-power/power-generation/uranium-hunter-targets-uranium-opportunities-in-west-africa, Uranium Hunter targets uranium opportunities in West Africa, 08 March 2013!

    Makcik Sambal Belacan.

    ReplyDelete

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.

© 2008-2016 Pena Minang Institute