ARTIKEL TERKINI

SUNNAH

SYIAH

SASTERA

EBOOK

Tuesday, 7 March 2017

ISU KOREA UTARA : CHINA TEMPAT MALAYSIA BERHARAP?


Oleh : Anasz*
1. Malaysia boleh sahaja minta bantuan dari China untuk menekan Korea Utara. Kerana China merupakan satu-satunya negara yang 'rapat' dengan negara berkenaan. Lebih separuh daripada ekonomi Korea Utara dibantu oleh China. 2. Tapi perlu diingat, China juga tidak mahu kehilangan penguasaanya ke atas Korea Utara. Jika China menekan Korea Utara, secara tidak langsung China akan kehilangan sekutu paling rapatnya di Asia Timur. 3. China selama ini menyokong Korea Utara, bukanlah kerana semangat Komunisnya semata-mata. Sebaliknya Korea Utara boleh dikatakan 'tembok' yang menghalang kemaraan Amerika Syarikat menghampiri sempadannya (Anda semua tau, Amerika Syarikat menempatkan puluhan ribu askarnya di Korea Selatan.) 4. Jadi, Malaysia boleh sahaja minta bantuan daripada China. Namun jika China tidak mahu memberikan apa-apa respon. Kita tak boleh nak buat apa-apa. Apa-apapun, stay cool. P/S : Kita boleh handle kes MH17 & MH370. Insyallah dalam kes ini negara kita mampu harunginya. "Allah tidak membebani seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya,..." (Al-Baqarah : 286)


*Penulis merupakan graduan sarjana dalam bidang Strategi dan Keselamatan dari UKM.

1 comment:

  1. https://matpening.blogspot.my/

    get me into your b'hood list please

    tq

    ReplyDelete

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.

© 2008-2016 Pena Minang Institute