ARTIKEL TERKINI

SUNNAH

SYIAH

SASTERA

EBOOK

Friday, 10 March 2017

KERANA MUZIK, WARGA MALAYSIA DIMARAHI OLEH RAKYAT SAUDI




Oleh : Jebat

Hangat di media sosial Arab Saudi hari ini, apabila seorang warga negara  negara berkenaan memarahi pihak penganjur kerana membiarkan Malaysia (selaku Guest of Honor) mendendangkan muzik di Pameran Buku Antarabangsa Riyadh 2017.

Aku walaupun tidak bersetuju dengan kaedah teguran yang digunakan oleh warga Saudi berkenaan, namun di pihak Malaysia itu sendiri, terutama pegawai-pegawai Malaysia yang terlibat dalam perjalanan pameran itu, seharusnya sensitif dengan sensitiviti setempat dan tidak main bantai jer bawak model persembahan yang korang biasa bawak ke negara-negara barat di negara-negara lain. Setiap negara ada sensitiviti tersendiri. 

Macam tahun lepas la, waktu Malaysia jadi negara Tamu dalam Pesta Buku Antarabangsa Indonesia di Jakarta. Beberapa pegawai dan penulis Malaysia ditahan oleh pihak keselamatan Indonesia gara-gara mempamerkan buku yang berlambang komunis di pameran berkenaan (tak salah aku buku tu terbitan Thukul Besi). Tak pasal-pasal korang kena angkut pi balai polis.





Jadi kepada pegawai yang membawa delegasi Malaysia, aku nak nasihatkan kat korang, janganlah perasan bagus sangat. Bila ditegur, korang melenting. Kononnya nak bawa budaya kita ke luar negara. Bukan aku tak bagi korang nak bawak kebudayaan kita, tapi biarlah kena pada tempat. Banyak lagi bentuk kebudayaan yang ada di Malaysia ni boleh korang tampilkan.  Silat, mencanting batik, menganyam rotan, tetapi kenapa perlu muzik gak korang bawak? Korang pemalas buat research, main sapu jer cakap-cakap pegawai korang yang kuat sangat muzik tu....haa...rasakanlah.

Dan aku pun kengkadang dok nak persoalkan, apa kaitan muzik dengan buku? Macam di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur.

Akhir kalam : PADAN MUKA KORANG SEMUA! AKU CAKAP KORANG TAK NAK DENGAR!

Sila baca tulisan Dr. Fathul Bari mengenai hukum mendengar dan memain muzik disini.

No comments:

Post a Comment

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.

© 2008-2017 PM Institute