SIARAN AKHBAR KEMENTERIAN LUAR NEGERI MALAYSIA BERHUBUNG SERANGAN BERSENJATA KE ATAS KENDERAAN DI WILAYAH MINYA, MESIR


SERANGAN BERSENJATA KE ATAS KENDERAAN DI WILAYAH MINYA, MESIR

Kerajaan Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya serangan bersenjata ke atas kenderaan yang membawa penganut Koptik Kristian di Wilayah Minya, Mesir pada 26 Mei 2017 yang telah meragut 28 nyawa termasuk kanak-kanak dan mencederakan 23 orang.  

Kerajaan Malaysia merakamkan ucapan takziah kepada Kerajaan dan rakyat Republik Arab Mesir serta keluarga dan mangsa yang terlibat dalam insiden serangan tersebut.

Kedutaan Besar Malaysia di Kaherah telah mengesahkan bahawa setakat ini, tiada rakyat Malaysia yang dilaporkan cedera di dalam insiden tersebut. Kementerian Luar Negeri melalui Kedutaan Besar Malaysia di Kaherah akan terus memantau perkembangan berkenaan insiden serangan tersebut.

Kementerian Luar Negeri ingin mengingatkan rakyat Malaysia yang berada di Mesir supaya sentiasa berhati-hati dan peka terhadap keadaan keselamatan mereka. Sebarang pertanyaan atau bantuan boleh dikemukakan kepada Kedutaan Besar Malaysia di Kaherah menerusi talian +2 02 3761 0013, +2 012 0027 6388 atau menerusi e-mel mwcairo@kln.gov.my.


PUTRAJAYA
27 Mei 2017

----

ARMED ATTACK ON VEHICLES IN THE GOVERNORATE OF MINYA, EGYPT

Malaysia strongly condemns the armed attacks on vehicles carrying Coptic Christians in the Governorate of Minya, Egypt on 26 May 2017, which killed 28 people including children and injured 23 others.  

The Government of Malaysia expresses its deepest condolences to the Government and people of the Arab Republic of Egypt and to the families and victims affected by the attacks.

The Embassy of Malaysia in Cairo confirms that thus far there have been no reports of Malaysian citizens injured in the incident. The Ministry of Foreign Affairs of Malaysia through the Embassy of Malaysia in Cairo will continue to monitor the developments related to the incident.

The Ministry also reminds all citizens in Egypt to remain vigilant at all times. Should there be any queries or assistance, please contact the Embassy of Malaysia in Cairo at +2 02 3761 0013, +2 012 0027 6388 or through email at mwcairo@kln.gov.my.


PUTRAJAYA
27 May 2017

Post a Comment

0 Comments