ARTIKEL TERKINI

SUNNAH

SYIAH

SASTERA

EBOOK

Tuesday, 29 May 2018

SUBSIDI BAHAN API TIDAK BOLEH KEKAL LAMA


Oleh Lidiana Rosli
bhbiz@nstp.com.my

KUALA LUMPUR: Kerajaan mungkin tidak berupaya mengekalkan subsidi bahan api terlalu lama jika harga minyak global kekal melebihi AS$70 satu tong, kata penganalisis.

Mereka menganggarkan bahawa, berdasarkan harga minyak semasa kira-kira AS$76 satu ting, harga bahan api tempatan di stesen minyak sepatutnya adalah kira-kira 40 sen lebih tinggi berbanding sekarang.

Bagi minggu baru berakhir, penanda aras harga minyak mentah Brent mencatatkan penurunan mingguan pertamanya sebanyak 2.64 peratus selepas meningkat enam minggu berturut-turut, untuk berakhir pada AS$76.44 satu tong.

Sejak tujuh minggu lalu, harga petrol RON95 kekal pada RM2.20 seliter, RON97 pada RM2.47 seliter, diesel pada RM2.18 seliter dan diesel Euro 5 pada RM2.28 seliter.

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad baru-baru ini berkata kerajaan tidak lagi akan menggunakan pelarasan harga bahan api mingguan di bawah sistem apungan terurus.

Pentadbiran Barisan Nasional (BN) memansuhkan subsidi bahan api dan menubuhkan sistem apungan terurus, di mana harga petrol dan diesel berubah secara mingguan, sejak Mac tahun lalu.

Seorang penganalisis yang enggan dikenali berkata, harga bahan api semasa di Malaysia tidak memberikan masalah kepada pendapatan kerajaan dalam jangka terdekat.

Ini, bagaimanapun akan berubah dalam jangka masa lebih panjang.

"Kedudukan kerajaan masih lagi baik walaupun dengan sumbangan lebih rendah daripada harga bahan api bersubsidi kerana kerajaan BN sebelum ini mengumpulkan hasil yang agak besar daripada Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST). Justeru, buat masa ini kerajaan akan dapat menguruskan negara dengan hasil sedia ada.

"Menuju ke hadapan, bagaimanapun kerajaan perlu melihat semula mekanisme harga bahan api, kepada sesuati yang boleh diterima oleh rakyat bagi memperluaskan hasil kerajaan memandangkan GST akan berkadar sifar 1 Jun ini," katanya.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid, berkata harga minyak dunia semasa adalah lebih tinggi daripada anggaran Bajet 2018 oleh kerajaan BN.

"Harga minyak semasa sepatutnya menambah hasil secara berperingkat memandangkan ia lebih tinggi berbanding anggaran Bajet 2018 yang ditetapkan pada AS$52 satu tong.

"Setakat ini, harga minyak menerima impak daripada perkembangan geopolitik di Korea Utara, Asia Barat dan Venezuela. Ditambah komitmen baharu oleh Pertubuhan Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) dan Russia untuk meningkatkan bekalan telah mempengaruhi harga minyak," katanya kepada NSTP.

Menuju ke hadapan, Afzanizam berkata adalah mencabar untuk menggarkan pergerakan minyak mentah Brent memandangkan terdapat banyak ketidaktentuan luaran.

"Ia kekal untuk dilihat sama ada harga minyak akan berterusan meningkat kerana kami percaya kapasiti industri minyak dan gas masih berlebihan. Perubahan berstruktur permintaan minyak disebabkan oleh tenaga boleh diperbaharui dan kereta elektrik pada masa hadapan memberikan cabaran serius kepada harga minyak.

"Pada masa ini, kerajaan melihat kepada subsidi bahan api bersasar dan setakat ini kami masih belum menerima maklumat lanjut mengenainya," katanya.

Sumber : Berita Harian

Tambahan : Sehingga hari ini kerajaan Pakatan Harapan TIDAK menurunkan harga minyak sepertimana yang dijanjikan pada PRU14 yang lalu.

No comments:

Post a Comment

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.

© 2008-2018 PM Institute