JIHAD MELAWAN NAFSU


Ibnu Taimiyyah berkata;

Orang Islam itu perlu bersikap takut kepada ALLAH dan menahan diri dari hawa nafsu. Nafsu dan syahwat itu sendiri tidaklah mendapat seksa, kecuali diikuti dan dilaksanakan.

Ketika seseorang sedang bernafsu, tetapi dia mencegahnya, pencegahan yang dilakukan ini adalah bentuk ibadah kepada ALLAH dan amal soleh. Diriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda (yang bermaksud);

Pejuang adalah orang yang berjuang melawan hawa nafsu kerana ALLAH.

Maka umat Islam diperintahkan untuk berjihad melawan hawa nafsunya. Sebagaimana juga diperintahkan untuk berjihad melawan orang yang menyuruh dan menyeru kepada perbuatan maksiat. Tapi seorang muslim itu perlu lebih berjihad melawan hawa nafsunya, kerana jihad melawan hawa nafsu adalah fardhu ain, sedangkan jihad melawan penyeru maksiat adalah fardhu kifayah.

Kerana itu, segala bisikan kufur dan kemunafikan yang masuk ke dalam hati orang beriman, tapi dia benci dan dia campakkan, maka dia semakin bertambah iman dan yakin.Demikian halnya setiap orang yang nafsunya membisiki untuk berbuat dosa, lalu dia tidak suka dan dia singkirkan darinya, dia tinggalkan kerana ALLAH, maka kebaikannya akan semakin bertambah, begitu juga alam baik dan ketakwaannya.

[Al Fatawa, 10:635-636 dan 763]
JIHAD MELAWAN NAFSU JIHAD MELAWAN NAFSU Reviewed by pena minang on September 19, 2018 Rating: 5

No comments:

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.

Powered by Blogger.