Ibnu Taimiyyah berkata, Sufyan bin Uyainah berkata, "Dahulu kala, para ulama saling menulis surat satu sama lain dengan kalimat-kalimat berikut : Barang siapa memperbaiki hatinya, maka ALLAH memperbaiki lahirnya. Barang siapa memperbaiki hubungan antara dirinya dengan ALLAH, maka ALLAH memperbaiki hubungan antaranya dirinya dengan manusia. Barang siapa berbuat untuk akhirat, maka ALLAH mencukupi urusan dunianya." [Al-Fatawa, 7:9] #Tazkirah
Hak itu ada dua macam, hak ALLAH dan hak hamba ALLAH. Hak ALLAH adalah : hendaklah engkau menyembah-NYA dan tidak menyekutukan-NYA dengan segala sesuatu. Sedangkan hak hamba pula ada macam : khusus dan umum. Hak khusus adalah seperti kebajikan setiap orang kepada kedua orang tuanya, hak isteri atau tetangga. Ini semua merupakan bahagian dari cabang-cabang agama. Sedangkan hak umum, maka manusia itu ada dua macam : pemimpin dan rakyat. Hak pemimpin adalah menasihati mereka. Hak rakyat adalah selalu berjamaah (bersatu). [Al-Fatawa, 1:18] …
Ibnu Mas’ud mengatakan, manusia akan sentiasa dalam kebaikan selagi mana ulama mereka adalah para masyaikh yang telah berusia dan berpengalaman, kerana seorang ulama yang telah berusia itu, keindahan masa mudanya telah berlalu, sifat pemarahnya, sifat tergesa-gesa dan ia telah banyak makan garam. Sering mendapat cubaan, sehingga tidak ada syubhat dalam ilmu yang dimilikinya, ia tidak dikuasai oleh hawa nafsunya, tidak memiliki sifat serakah, tidak mudah digelincirkan oleh Syaitan berbanding orang-orang yang muda usianya, dengan umurnya dia …
Ibn Taimiyyah berkata; Amalan-amalan hati - yang boleh juga disebut maqamat dan ahwal - merupakan bahagian dari dasar-dasar dan kaedah-kaedah agama, seperti : cinta kepada ALLAH dan Rasul-NYA, tawakal kepada ALLAH, memurnikan agama untuk-NYA, bersyukur kepada-NYA, sabar atas ketentuan-NYA, takut kepada-NYA dan berharap dari-NYA, serta hal-hal yang menjadi akibat dari rasa takut dan berharap. Semua pemimpin agama sepakat bahawa amal-amal di atas adalah wajib bagi semua makhluk. - Al Fatawa, 10 : 5-6
[Gambar Sekadar Hiasan] Dari Hudzaifah Al Yaman Rahimahullah; "Sesungguhnya fitnah itu akan dikuatkan dengan tiga hal. dengan seorang ilmuan yang menguasai pelbagai disiplin ilmu, dimana orang yang menentangnya pasti akan dihalangi dengan pedang, dengan khatib yang selalu menyeru kepada fitnah itu, dan dengan seorang tokoh pemimpin. Adapun seorang yang cerdas dan khatib, keduanya boleh terkenal kerana kemuliaan dan arahan-arahannya, manakala seorang tokoh pemimpin, maka fitnah itu menjadi ujian baginya. (Dengan bekalan ilmu yang ada p…
Ibnu Taimiyyah berkata, Ikhlas adalah hakikat Islam. Kerana Islam adalah berserah diri hanya kepada ALLAH, tidak kepada selain dari-NYA. Barang siapa tidak mahu berserah diri kepada ALLAH bererti dia telah berbuat sombong. Barang siapa berserah diri kepada ALLAH dan kepada selain dari-NYA sahaja, maka bererti dia telah berbuat syirik. Baik sikap sombong mahupun syirik adalah bertentangan dengan Islam. Kerana itu, pangkal Islam adalah "bersaksi bahawa tidak ada tuhan melainkan ALLAH." Kalimat ini mencakupi ibadah kepada ALLAH s…
Social Plugin