PANGKAL KEBAHAGIAAN


Ibnu Taimiyyah berkata;

ALLAH S.W.T telah memberikan kelebihan kepada anak manusia dengan dua hal yang merupakan pangkal kebahagiaan.

Pertama, setiap anak manusia dilahirkan dalam keadaan fitrah (suci). Kerana itu, jika jiwa manusia dibiarkan dalam fitrahnya, maka ia pasti mengakui ketuhanan ALLAH dan mencintai-NYA. Ia akan menyembah ALLAH dan tidak menyekutukan-NYA dengan segala sesuatu pun. Tetapi jiwa manusia dirosakkan oleh apa yang dihiaskan kepadanya oleh syaitan manusia mahupun syaitan jin, iaitu melalui kebatilan yang dibisikkan di antara mereka satu sama lain.

Kedua, Allah telah memberi hidayah secara umum kepada manusia, iaitu dengan pengetahuan dan sebab-sebab ilmu yang diletakkan dalam diri mereka secara fitrah, serta melalui kitab-kitab yang diturunkan dan para rasul yang diutus untuk mereka.

[Al-Fatawa, 14 : 295-296]

#Tazkirah

Post a Comment

0 Comments