Terkini

MENGHORMATI ULAMA


Ibnu Taimiyyah berkata;

Setelah menolong ALLAH dan Rasul-NYA, orang ISLAM wajib menolong orang-orang beriman, sebagaimana diungkapkan oleh Al-Quran, lebih-lebih lagi para ulama yang merupakan pewaris para Nabi. Merekalah orang-orang yang diposisikan ALLAH laksana bintang-bintang yang boleh dijadikan petunjuk dalam kegelapan di daratan mahupun di lautan.

Semua orang ISLAM bersepakat atas hidayah & ilmu para ulama, kerana mereka adalah para wakil Rasulullah S.A.W di tengah umat, menghidupkan sunnah Baginda yang mati. Kerana mereka Al-Quran boleh ditegakkan dan mereka boleh tertegak kerana Al-Quran. Dengan mereka Al-Quran berbicara dan mereka pun berbicara dengan Al-Quran.

Ketahuilah, tidak ada seorang pun imam yang diterima umat secara umum sengaja menyimpang dari (ajaran) Rasulullah S.A.W dalam satu sunnahnya, baik yang kecil mahupun besar. Kerana mereka telah sepakat dengan sepenuh keyakina atas kewajipan mengikuti Rasulullah S.A.W, dan bahawa tidak ada seorang manusia pun yang harus diikuti atau ditinggalkan kerana ucapannya kecuali Rasulullah S.A.W.

[Al-Fatawa, 20 : 231-232]

#Tazkirah
#PenaUlama

No comments

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.