Terkini

ARAB SAUDI 'BERBELANJA MEWAH' DI PERINGKAT ANTARABANGSA.

Sumber : Saudi Gazzete
Oleh : Anasz*

1. Berita mengenai Arab Saudi sumbangkan bantuan bernilai berbilion US$ semacam ini, orang tak berapa gemar nak membaca.

2. Siapa yang hendak dengar Arab Saudi bagi sumbangan berbilion-bilion ringgit kat umat Islam khasnya dan dunia amnya?

3. Cerita pasal Arab Saudi 'berbelanja mewah' mendermakan wang ini bukanlah kisah baharu. Sudah berpuluh tahun duit mereka dihabiskan kepada orang lain yang kadangkala menjadi pihak yang menikam mereka semula.

4. Itu tidak termasuk dengan organisasi-organisasi kemanusiaan yang beroperasi secara sendirian berhad dari Saudi yang dimiliki oleh Jutawan Saudi. Dimana mereka menyalurkan bantuan kemanusiaan ke penduduk yang terjejas di seluruh dunia secara persendirian.

5. Penulis malas menyentuh secara panjang lebar mengenai sumbangan Saudi kepada agensi UN seperti UNCHR dan UNICEF. Jadi mahu mengalihkan perhatian para pembaca kepada Pengarah Pusat Bantuan Kemanusiaan Raja Salman, Dr. Abdullah Al-Rabeeah. Siapakah beliau ini? Untuk makluman pembaca sekalian, Dr. Abdullah Al-Rabeeah ini merupakan Ketua Doktor Pakar yang terlibat memisahkan pasangan kembar Malaysia, Ahmad dan Muhammad pada tahun 2007.

6. Dan untuk makluman pembaca semua, kos pembelanjaan bagi memisahkan Ahmad dan Muhammad yang tercantum di bahagian dada ini, ditanggung sepenuhnya oleh Khadimul Haramain As-Syarifain Al-Malik Abdullah bin Abdul Aziz Al-Saud Rahimahullah, Raja Arab Saudi pada ketika itu.

7. Tuan-tuan nak tahu berapa kos pemisahan dua beradik yang ditanggung oleh Raja Arab Saudi ini? Tidak banyak, hanya sekitar RM1.7 juta sahaja.

8. Dan pembaca hendak tahu siapa Dr. Abdullah Al-Rabeeah ini lagi? Beliau juga merupakan mantan Menteri Kesihatan Arab Saudi.

9. Jadi, jika adik Muhammad dan Ahmad yang tak ada perkaitan politik semacam ini pun Raja Abdullah boleh bantu. Maka, setakat kawan-kawan dalam dunia politik ini, apalah sangat.

10. Hanya yang peghak ulu atau buat-buat lupa sahaja yang akan buat-buat buta konon bantuan kewangan dari 'pihak Arab Bodoh' ini sesuatu yang 'asing' lagi 'menakjubkan'.

11. 5 buah Hospital di Kedah, Terengganu dan Kelantan, Projek Fasa ke 2 Pelabuhan Pulau Pinang, Lebuhraya Barat - Timur, hatta beberapa projek pembanggunan MRSM datangnya dari duit siapa? - Benda ini ada tertulis dalam jurnal akademia. Dan sebarang tindakan menafikan, kelak akan memberikan kesan yang memalukan kepada pihak yang cuba menafikan.

12. Itu tak termasuk projek Pra Pelepasan 'Road To Makkah' hasil kerjasama erat kerajaan terdahulu dengan pemerintah Arab Saudi bagi membolehkan jemaah Haji Malaysia memasuki Kota Makkah dengan akses langsung dari KLIA (yang mana sebahagian dari Menteri telah merasai nikmat tinggalan kerajaan terdahulu pada musim Haji 2018).

13. Akhir kalam. Sayangi Malaysiaku.

* Penulis merupakan graduan sarjana dalam bidang analisis strategi dan keselamatan dari UKM.


No comments

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.