Terkini

MESIR LEBIH SELAMAT TANPA MORSI


Oleh : Mohd Faizal Sabhon

Assalamualaikum semua,

1. Saya tidak pernah berundur atau bergerak walau seinci untuk menyokong kebenaran walau tidak famous, minoriti dan mungkin bakal menerima kritikan dan cacian pedas.Tidak mengapa kerana kebenaran memang begitu di tengah-tengah kebobrokan.

2. Morsi dilaporkan media meninggal dunia ketika perbicaraan di mahkakah rayuan semalam.Saya hanya menyedari pagi ini semasa bersarapan selepas jogging.Pasti meriah FB dengan segala “pujian” dan “ucapan”. Saya bermonolog sendirian. Benar, pelbagai komentar ditulis.

3. Jika Morsi meninggal dalam penjara, akan menjadi bertambah-tambah teruk suasana komentar di FB dan ditambah konon dihalang menerima rawatan dan sebagainya.

4. Hakikatnya, Morsi meninggal dunia ketika perbicaraan dan lebih tepat lagi ketika prosiding rayuan beliau.Allah Maha Adil dan penyelamat bumi yang di dalamnya terdapat AL AZHAR. Mereka kehilangan “fitnah” paling utama memburukkan kerajaan Mesir apabila Morsi bukan mati di penjara.

5. Ada yang menamakan Morsi sebagai Syahid. Sebagai orang yang mengikuti rapat isu ini, saya MENOLAK sekeras-kerasnya pengklasan berkenaan kerana beliau dan pengikut-pengikut kananannya antara perancang utama keganasan di utara Sinai hingga mengorbankan nyawa para tentera Mesir di sempadan Rafah - Gaza.

6. Lihat apa komentar orang-orang kanan Morsi ketika perhimpunan rakyat 30 Jun 2013? Ada yang kata “jika Morsi direnjis air, maka kami akan balas dengan renjisan darah”. Lihat apa kata Al Higazi ini pada minit ke 1:20



7.Paling besar buktinya apabila ada yang berkata, “Apa yang sedang berlaku di Sinai akan selesai hanya dalam beberapa saat selepas Morsi dibebaskan”. Ini bukan tulisan, tapi rakaman media dan diucapkan oleh Beltagi secara langsung semasa (dalam Julai 2013) perhimpunan di Rabaah ;



8.Ada juga yang berkata, “kami akan hancurkan Mesir”. Dengan juga menyebut, “Kamu telah mengumpulkan pejuang berani mati”. Lihat amaran penuh ;



9. Saya ajak semua dari kita berfikiran positif, adakah kita menerima semua kata-kata berkenaan? Lihat, selepas 30 Jun 2013 kumpulan bersenjata di sempadan Gaza dan Rafah saban hari cuba menceroboh sempadan dan menyerang kem-kem tentera Mesir dan ada sebahagian pencerobohan berkenaan mensasarkan orang awam di Masjid seperti tahun 2017! Adakah kita menerima semua ini?

Saya ingin bertanya, KERAJAAN MANAKAH DI DUNIA INI AKAN MEMBENARKAN DAN MEMBIARKAN SATU KUMPULAN KECIL RAKYAT BERKUMPUL MEGHALANG JALAN UTAMA LEBIH SEBULAN DAN DALAM PERHIMPUNAN ITU PENUH DENGAN AMARAN DAN ANCAMAN KESELAMATAN NEGARA?

10. Kumpulan Liberal yang dikatakan bersekongkol dengan AL SISI adalah kumpulan 6th APRIL. Walaupun kumpulan ini terlibat dalam REBEL menentang Morsi, tapi bukan mereka yang kuasai kumpulan berkenaan dan bukan mereka yang mengangkat AL SISI selepas itu. Mereka (Liberal) hingga hari ini masih bersengketa dengan AL SISI terutama selepas pemimpin de factor mereka, AL BARADEI letak jawatan.Al Sisi hari ini bukan sahaja mempunyai penentang dari kumpulan Islamis yang kebanyakkannya ekstrim, akan tetapi turut mendapat tentangan dari LIBERAL.Lihat isu “bendera pelangi” di Mesir yang dikibarkan dalam satu konsert dan sebagian isu “human right” termasuk mendesak Mesir membenarkan perkahwinan antara perempuan muslimah dengan lelaki kristian atas nama kebebasan dan mendesak hak pusaka perempuan yang sama rata (kononnya) yang menentang pelaksanaan undang-undang keluarga Mesir yang berlandaskan syarak bahkan mereka mempersoalkan perkara-perkara perlembagaan Mesir.

11. AL SISI adalah penyelamat Mesir dan apa yang beliau lakukan ialah untuk Rakyat dan Islam, sesuai dengan situasi di sana.

12. Saya dah banyak menulis bab ini.Kematian MORSI adalah salah satu plot utama yang amat penting menjadikan saya cepat menerbitkan buku berkaitan Mesir.

13. Hubungan diplomatik Mesir dan negara-negara arab terhadap Israel adalah “take your enemy as a friend”. Semua tindak tanduk Presiden Mesir terhadap Israel dan hubungannya dengan HAMAS dari Sadat hingga Mubarak, MESTI diketahui dan melibatkan JABATAN PERISIKAN AM MESIR. Apa jadahnnya Morsi semasa menjadi presiden MELAKUKAN TINDAKAN SENDIRIAN tanpa penglibatan mereka? Ikutilah perbicaraan kes ini .... jangan sokong meng”khinzir” buta....

Mungkin bagi sebahagian orang, Morsi ialah hero.Izinkan saya berlainan pandangan, bagi saya pula MORSI IALAH PENGKHIANAT.

Semoga Allah merahmati dan menganugerahkan SYAHID kepada para tentera Mesir yang gugur di sempadan Mesir, kem-kem Tentera sekitar Sinai sejak 30 Jun 2013 hingga sekarang. Juga kepada roh-roh para pegawai tentera, pegawai tertinggi polis dan bekas Pendakwaraya Negara Mesir Hisham Barakat yang gugur syahid kerana pembunuhan terancang kempulan ekstrimis selepas 30 Jun 2013.

Penyokong Kebenaran,
Kuala Lumpur,
18 Jun 2019.

No comments

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.