HUBUNGAN MALAYSIA ARAB SAUDI TERJEJAS?

Oleh : Anasz*

Adakah Hubungan Malaysia dengan Arab Saudi Terjejas?

Jawapan aku : Ya.

Kenapa?

1. Penutupan Pusat Keamanan Raja Salman tanpa rundingan dan makluman rasmi kepada pihak Kerajaan Arab Saudi.

2. Penarikan keluar anggota ATM dari Arab Saudi setelah Menteri Pertahanan Baharu dilantik.

3. Kecenderungan menteri pada hari ini yang ingin mempertingkatkan hubungan pertahanan dengan Iran.

4. Kecenderungan pemimpin kerajaan hari ini memilih mengadakan lawatan ke Qatar berbanding Arab Saudi.

Impak daripada hubungan kurang mesra ini menyebabkan :

1. Kemerosotan pelaburan baharu dari Arab Saudi.

2. Tidak berlaku penambahan kuota Haji pada musim haji 1440H.

3. Penjualan Aset Pertahanan Arab Saudi kepada Malaysia dibawah harga pasaran dibekukan.

*Penulis merupakan graduan Sarjana dalam bidang strategi dan keselamatan dari UKM

Post a Comment

0 Comments