CINA MALAYSIA LEBIH GEMAR MENGEKALKAN IDENTITI BANGSA MEREKA - PENYELIDIK UM

Oleh : Saiful Bahri Kamaruddin
Foto : Ikhwan Hasim

BANGI, 20 Mei 2014 – Suatu kajian mengenai penggunaan Bahasa Melayu oleh rakyat keturunan Cina di sini mendapati mereka menganggap Bahasa Melayu sebagai bahasa parokial dengan kegunaannya terhad kepada urusan dengan kerajaan sahaja.

Seorang ahli antroplologi Amerika Syarikat Profesor Dr Sharon Carstens, Profesor Antropologi dan Pengajian Antarabangsa di Portland State University mendapati tiada responden yang bercakap bahasa Melayu dalam keluarga mereka walhal sehingga 25% daripada mereka itu bercakap bahasa Inggeris dengan keluarga mereka.

Prof Carstens telah menyampaikan kajiannya itu pada suatu seminar anjuran Institut Kajian Malaysia dan Antarabangsa  (IKMAS ) di sini hari ini.

Beliau mendapati 93% daripada keluarga rakyat Malaysia keturunan Cina bertutur bahasa Mandarin dan dialek bahasa Cina sahaja.

Beliau yang kini Penyelidik Kanan Bersekutu Universiti Malaya (UM) memulakan penyelidikannya sejak tahun 1970 meneliti penggunaan bahasa di kalangan kaum Cina di Malaysia.

Mereka yang mengambil bahagian dalam penyelidikannya itu mengaitkan Bahasa Melayu dengan budaya Melayu dan kerajaan, serta menganggapnya dengan sikap acuh dan perasaan negatif.

Prof Carstens berkata walaupun kaum Cina mengiktiraf bahasa rasmi, ia itu Bahasa Melayu, tetapi pada masa sama mempunyai pandangan yang lebih global hingga membuat mereka paling fasih bertutur pelbagai bahasa di Malaysia.

Cina Malaysia, katanya, merasakan mereka perlu mengekalkan identiti etnik mereka walaupun mereka adalah warganegara Malaysia dan cara yang paling jelas adalah melalui bahasa yang juga dikenali sebagai Guanhua yang dituturkan oleh lebih ramai orang daripada mana-mana bahasa lain di seluruh dunia.

"Mereka mungkin dibesarkan bercakap Kantonis dan Hokkien di rumah sambil belajar bahasa Melayu dan Inggeris di sekolah dan dari kawan-kawan, tetapi mereka juga melihat di luar komuniti mereka sendiri dan mengakui kuasa Mandarin di peringkat global," kata Prof Carstens.

Beliau berkata walaupun terdapat satu trend semakin meningkat dalam pembelajaran bahasa Cina atau Mandarin, peserta kajian itu tetap dengan pendirian bahawa bahasa Inggeris masih penting untuk mereka.

Beliau juga mendapati hampir semua peserta yang disoal mampu bertutur pelbagai bahasa, tetapi gabungan Mandarin, bahasa Inggeris dan loghat Cina berbeza antara keluarga. Kini 53% daripada responden bercakap dialek Cina dengan ibu bapa mereka berbanding dengan 42% pada tahun 1970.

Kebanyakan daripada mereka yang mengambil bahagian dalam kajian itu mengakui mereka secara lazimnya menonton drama TV Hong Kong dan China, TV Singapura, program Bahasa Inggeris dan terbitan bersiri TV Korea.

Kajiannya juga menunjukkan seolah-olah Cina Malaysia semakin beralih ke bahasa Mandarin untuk digunakan dalam komunikasi harian seperti perbualan dan media sosial dengan implikasi masa depan global.

Beliau berkata pertikaian hangat masa kini mengenai penggunaan Kalimah Allah dalam konteks bukan Islam dan bantahan keras oleh beberapa kumpulan hak Melayu terhadap bukan Melayu, membuat kaum Cina merasakan mereka terpinggir daripada arus masyarakat madani.

Penyelidikan beliau di Malaysia adalah berterusan dengan data sentiasa dikumpul. Kajiannya dilakukan secara kualitatif berdasarkan kepada borang soal selidik, rakaman perbualan 15 minit setiap seorang, media sosial melalui facebook/Malaysian Chinese languages ​​dan melakukan kumpulan fokus.

Soalan-soalan kebanyakannya berkaitan dengan jantina, umur, pendidikan dan bahasa bertutur. Peserta kebanyakannya bekerja di kawasan bandar.

Prof Carstens berkata beliau meneliti amalan dan sikap Cina Malaysia mengenai bahasa dari perspektif tempatan, negara dan global. Dalam negara berbilang kaum, remaja yang mempunyai kebolehan berbeza untuk membaca, menulis dan bertutur dalam bahasa Mandarin, Melayu dan Inggeris, mewakili generasi baru rakyat Malaysia keturunan Cina yang bertutur tiga bahasa.

Beliau ialah juga Pengarah Institut PSU Pengajian Asia dan kini Penyelidik Kanan Bersekutu, Jabatan Pengajian Cina, Universiti Malaya.

Penyelidikan ilmiahnhya sejak tahun 1970-an merangkumi  penyelidikan etnografi dalam masyarakat Hakka Pulai di Ulu Kelantan, penyelidikan ethno-sejarah mengenai Yap Ah Loy; penyelidikan mengenai media massa transnasional China dan kajian terkini mengenai identiti Cina Malaysia dan ideologi.

Artikel yang diterbitkannya (Histories, Cultures, Identities: Studies in Malaysian Chinese Worlds) memberi tumpuan kepada isu-isu agama orang Cina, hal-ehwal jantina, Cina Hakka, kebudayaan kebangsaan Malaysia dan peralihan identiti etnik dan budaya dari masa ke masa.

Sumber : http://www.ukm.my/news/index.php/ms/component/content/article/66-current-research-news/1793-research-found-malaysian-chinese-do-not-give-due-attention-to-bahasa-malaysia-usage.html

Post a Comment

1 Comments

  1. Aku syak si JPM yg. ramai puak LIBERAL akan TERUJA dgn. kajian si Barat BODOH ni! Dan disyaki kajian ini (kenapa masa ini pula dikeluarkan - kita boleh agak!) akan digunakan utk. terus MENGHASUT YAB PM kita utk. menerima tiga draf bill (rang undang-undang),),berkaitan Akta Keharmonian Nasional oleh si MKPN-PENYANGAK tu (lihat di http://dinturtle.blogspot.com/2014/06/ruu-keharmonian-tuntut-deraf-itu-untuk.html , RUU Keharmonian - Tuntut Deraf Itu Untuk DiPerhalusi Orang Melayu Sebelum DiSerah Kembali Ke JPM !, June 10, 2014)!

    Kajian Antropologi BODOH si BARAT ni lansung tak menyebut tentang SEJARAH puak PENDATANG/PENCEROBOH yg. asalnya di bawa PENJAJAH British-ZIONIS; yg. adalah punca utama, puak PENDATANG ni begitu ANGKUH pd. bangsa BUMIPUTERA, terutamanya umat Islam/Melayu. Selain dari itu punca utama lain ialah kerana pengaruh agama bercampur politik BUAS, dari puak EvangeliSS Kristian ZIONIS yg. diketuai PAPJAHANAM-DAPBANGKAI/PKRSODOM dan penaja mereka, si Barat-ZIONIS/Israel – di mana fahaman Kristian ZIONIS ialah fahaman Kristian yg. bercampur-aduk dgn. fahaman Yahudi ZIONIS - maka mereka juga menjadi penyokong kuat Israel dan amat benci ISLAM/umatnya! Inilah realiti politik GLOBAL sekarang; yg. juga telar tersebar di Malaysia.

    Maka, keangkuhan dan sifat RASIS puak PENDATANG KAPIRDAJAL yg. berterusan dan makin meningkat, termasuk memandang HINA pd. ISLAM/umatnya serta budaya BUMIPUTERA Islam/Melayulah, bahasa Melayu yg. merupakan bahasa Kebangsaan dan, serta mahu MEMBOLOT habis-habisan tanah pusaka BUMIPUTERA dan kekayaan negara hanya utk. kemewahan individu/puak mereka yg. tiada batasan - yg- harus diPERSALAHkan! Lihat sajalah bagaimana puak PENDATANG/PENJAJAH melayan BUMIPUTERA Islam/Melayu di S’pura!

    Dan kalau di Barat pun, cthnya di Jerman dan Peranchis, jangan harap puak PENDATANG nak berani tunjuk keangkuhan mereka pd. bahasa KEBANGSAAN Bumiputera Peranchis dan Jerman - bakal diHALAU! Dan di Amerika sendiri, bahasa PENJAJAH Inggeris yg. telah jadi bahasa Kebangsaan walau bukan bahasa Bumiputera pun, dihormati oleh puak PENDATANG!

    Maka, kesimpulannya, kajian BODOH tapi plg. licik si Barat ni dgn. begitu halus disyaki bertujuan nak MENYALAHkan umat Islam/Melayu termasuk dlm. isu-isu penggunaaan KALIMAH ALLAH dan mempertahankan hak umat Islam/Melayu!

    Apa yg. diperlukan ialah kajian TULEN contohnya dr. Prof. Datuk Dr. Ramlah Adam yg. amat BIJAKSANA dan sentiasa mendedahkan KEBENARAN fakta SEJARAH yg. sentiasa mahu disembunyikan si PENDATANG KAPIRDAJAL DAPBANGKAI/PKRSODOM dan PENAJA mereka si Barat-ZIONIS!

    Dan aku heran macam mana si Barat yg. buat kajian BODOH mcm. ni boleh . menjadi Pengarah Institut PSU Pengajian Asia dan kini Penyelidik Kanan Bersekutu, Jabatan Pengajian Cina, Universiti Malaya ?!

    Makcik Sambal Belacan – PERTAHAN ISLAM/umatnya, Kesultanan Melayu, Bahasa Melayu, hak BUMIPUTERA Melayu dan BUMIPUTERA lain; dan hak orang miskin dari semua bangsa yang hormat Islam, dan bangsa dan hak Bumiputera (Bumiputera juga bermakna Pribumi/Orang Asal-Asli/Indigenous/Native/Aboriginal/First Nation).





    ReplyDelete

بِسْÙ…ِ اللَّÙ‡ِ الرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.