PANDANGAN @ustazfathulbari & @Dr_Fadlan MENGENAI ISU BERKABUNG DAN BERTAFAKUR

Oleh : Dr. Abdurrahman Abdul Kadir 

Saya bertanya kepada sahabat saya Dr Fathul Bari Mat Jahya tentang berkabung dan bertafakur 1 minit yang akan berlangsung esok, 22 Ogos 2014 (Sempena penerimaan jenazah / mayat penumpang MH17). Apakah ianya selari dengan Islam? 

Berikut jawapan beliau : 

Salam, sahabat. Saya dan Dr Fadlan Mohd Othman sependapat. 

Ingin saya kongsikan di sini bagaimana Al-Quran & Al-Sunnah mengajar kita BERKABUNG: 

1- Kita hanya dibenarkan bersedih hanya 3 hari 

2- Untuk isteri yang kematian suami, tempoh berkabung adalah 4 bulan 10 hari. 

3- Tidak boleh bersolek atau berhias-hiasan dalam tempoh berkabung. 

4- Jika isteri tidak berkabung sekalipun berhiasan hanya dibenarkan di dalam rumah. 

5- Pakaian tak semestinya hitam atau gelap dengan protokol tertentu. Seperti yg termaktub di dalam buku teks pendidikn Islam, haram memakai pakaian khusus tanda berkabung.

6- Bila dilanda musibah sebutlah "Inna lillaahi wa inna ilaihi rajiun" - Inilah menepati sunnah. 

7- Bantu keluarga yang kematian ahli keluarganya. Beri makanan kepada mereka. 

8- Sudah tiba masanya, Malaysia sebagai sebuah negara Islam menunjukkan cara berkabung/bersedih menurut syariat Islam, agar ianya menjadi contoh kepada negara Islam yg lain. Upacara berkabung selama ini adalah ditiru dari cara agama Kristian dan masyarakat barat yang sewajarnya kita selisihi. 

9- Mengibarkan bendera separuh tiang tiada asasnya dalam Islam.

10- Mungkin sebahagian pihak berpendapat bahawa amalan pakaian tertentu & menurunkan bendera separuh tiang adalah skadar adat kebiasaan, maka terpulanglah kepada mereka. Saya hanya menyampaikan apa yang dinyatakan di dalam Islam. 

Wallaahualam

Tambahan :
Acara Bertafakur Sempena Hari Pahlawan Di Tugu Peringatan

Tarikh Keputusan : 21 Jun 2010

Huraian Tajuk/Isu : 

Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah yang bersidang pada 14 April 2010 mengambil maklum mengenai acara bertafakur sempena sambutan Hari Pahlawan di Tugu Peringatan yang diadakan pada 3 Julai setiap tahun.

Keputusan: 

Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Kedah yang bersidang pada 21 Jun 2010 telah membincangkan mengenai Acara Bertafakur Sempena Hari Pahlawan Di Tugu Peringatan. Mesyuarat bersetuju mengekalkan keputusan yang telah dibuat pada 29 Jun 1996 berkenaan acara bertafakur sempena Hari Pahlawan di Tugu Peringatan sepertimana berikut:

Amalan yang dilakukan di hadapan Tugu Peringatan sempena Hari Pahlawan  seperti bertafakur dengan menundukkan kepala sekian-sekian saat, meletakkan kalungan bunga, mendeklamasikan sajak, menyanyi. Jawatankuasa  Fatwa mendapati amalan-amalan ini tanpa ragu-ragu lagi adalah bercanggah dengan syariat Islam dan boleh membawa syirik yang wajib dijauhi.

Status Penwartaan:  Tidak Diwartakan

Sumber : http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-negeri/acara-bertafakur-sempena-hari-pahlawan-di-tugu-peringatan

Post a Comment

7 Comments

  1. Stakat kata sana haram sini halal....sana haram...

    Kan ke bagus keluarkan terus aturcara berkabung mengikut sunnah rasullallah....

    secara komprehensif...

    Baru la umat dpt manfaat....

    ReplyDelete
  2. Sepatutnya ustaz fathulbari nasihat HISHAMUDDIN mulut berbuih tu...samaada amalan tu mengikut Islam ke Kristian...kalau Kristian nak guna kalimah Allah....marah. ..kita buat macam ni...macam mana eh...?

    ReplyDelete
  3. Nuar terangguk2 pas tu bakar lilin camne pulak??? Murtad dah tuu....

    ReplyDelete
  4. Semua komen di atas terima atau x terima?

    ReplyDelete
  5. Sesiapa yang meyerupai sesutu kaum, maka mereka termasuk la dalam kaum itu. Pesanan nabi muhammad S.A.W

    ReplyDelete

بِسْÙ…ِ اللَّÙ‡ِ الرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.