HADIS PALSU POPULAR DIKALANGAN RAKYAT MALAYSIA - PENYELIDIK UKM & UM

Oleh : Jebat

Baru-baru ini, PenaMinang.com ada mengeluarkan satu artikel yang bertajuk "Hadis Palsu Dalam Masyarakat Melayu". Dan respon yang diterima amat memberansangkan. Namun ada pihak yang nampaknya kurang menyenangi hujjah yang dibawa oleh Prof. Datin Paduka Dr Jawiah Akhir ekoran kritikan yang disampaikan itu juga terkait dengan Kitab Ihya Ulumuddin tulisan Syeikh Al-Ghazali.

Membelakangi disiplin ilmu dalam mengkritik, pihak-pihak yang taksub dengan Syeikh Al-Ghazali, mengkritik Dr. Jawiah yang dikatakan tidak mempunyai kepakaran dalam bidang hadis. Malah lebih menyedihkan lagi bilamana wujud dikalangan para pengomen yang jahil ini bertindak melampaui batas dalam mengeluarkan rasa marah mereka.

Maka dengan itu adalah lebih baik sekiranya kita membaca hujjah-hujjah Dr. Jawiah secara ilmiah yang membicarakan perkara ini dengan lebih terperinci. 

Disini kami tampilkan link bab dalam Jurnal Usuluddin, Bil 29 [2009], Muka surat 119 hingga 146 yang ditulis oleh Dr. Jawiah yang turut dibantu oleh Dr. Budah Mohsin dan Dr. Mazlan Ibrahim yang masing-masing merupakan Proffesor Madya di Jabatan Usuluddin dan Falsafah, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia, dan juga Dr. Faisal Ahmad Shah, Pensyarah Kanan di Jabatan Al-Quran dan Hadis, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya.

Link : http://mypmlib.blogspot.com/2014/09/jurnal-hadith-masyhur-dalam-masyarakat.html

Semoga kita dapat memperluaskan minda kita dan tidak jumud juga taksub membuta tuli.

Link Berkaitan :

http://www.penaminang.com/2014/09/hadis-palsu-dalam-masyarakat-melayu.html#axzz3EfNAZzmJ

http://www.penaminang.com/2014/09/senarai-ulama-yang-mengkritik-ihya.html#axzz3EfNAZzmJ

Post a Comment

0 Comments