Oleh : Anasz* Menganalisis politik ni memerlukan anda bijak dan melihat sesuatu isu. Anda perlu banyak bersabar dan melihat sesuatu isu itu dari pelbagai sudut pandang. Tidak semestinya apa yang anda baca di media-media arus perdana atau sosial adalah satu kebenaran. Kerana banyak perjalanan politik dunia ini berlaku dibelakang tabir yang kadangkala tidak diketahui oleh orang awam. Misalnya ketika kebangkitan revolusi Syiah Iran pada era 80an. Ramai yang melihat Iran sebagai sebuah negara "Islam" yang kelihatan amat pro Pal…
Agak tidak terlambat bagi kami di Pena Minang Institute mengucapkan tahniah kepada kedua-dua adik ini kerana mewakili Malaysia dalam pertandingan hafazan Al-Quran Raja Abdul Aziz yang berlansung di Masjidil Haram, Makkah Al-Mukaramah, Al Mamlakah Al-Arabiya As-Saudia. Semoga ALLAH menambahkan lagi bilangan anak muda seperti ini di Malaysia. Sekali lagi tahniah diucapkan buat kalian berdua!
Ibnu Taimiyyah berkata, Sesungguhnya dengki adalah salah satu penyakit hati dan merupakan penyakit umum, hingga tidak ada manusia yang selamat darinya kecuali sedikit. Kerana itu, ada yang mengatakan : tidak satu jasad yang terlepas dari dengki, tapi orang yang terlaknat menampakkannya dan orang yang mulia menyembunyikannya. Kepada Hasan Basri ditanyakan : apakah orang beriman memiliki sifat dengki? Maka dia menjawab, "Apakah yang membuatmu lupa akan cerita-cerita saudara-saudara Yusuf? Tapi sembunyikanlah [1] sifat ini dalam h…
1. Semalam ada seorang sahabat aku meminta penjelasan berhubung status semasa hubungan diantara negara Qatar dengan beberapa negara jirannya. 2. Untuk tidak mengecewakan dia, aku cubalah memberi penjelasan semudah yang mungkin. 3. Perlu ditegaskan disini bahawa, Arab Saudi, Bahrain, UAE dan Mesir tidak pernah 'blockade' Qatar. 4. Apa yang 4 negara ini buat hanyalah boikot. Boikot pun hanya bersandarkan hubungan bilateral. 5. Buktinya, pesawat Qatar Airways masih boleh terbang sehingga ke Kuala Lumpur. 6. Pelabuhan di Q…
Ibnu Taimiyyah berkata, Prasangka sebahagian orang bahawa orang yang lahir dalam ISLAM, lalu sekadar tidak kafir adalah lebih baik daripada orang kafir yang masuk ISLAM, adalah prasangka yang tidak benar. Yang dilihat adalah pada akhirnya. Sesiapa sahaja diantara keduanya yang lebih bertaqwa kepada ALLAH pada akhir hidupnya, maka ia lebih utama. Kerana sebagaimana yang diketahui, orang-orang terdahulu dari kaum Muhajirin dan Ansar yang beriman kepada ALLAH dan Rasul-NYA sesudah kafir, mereka lebih utama dibandingkan orang yang lahir dala…
1. Kerajaan Abbasiyah Iraq jatuh disebabkan pengkhianatan seorang Perdana Menteri beragama Syiah Rafidhah, Ibnu Al- Al'Qami. 2. Ibnu Al-Al'Qami menggunakan kuasa dan kepercayaan yang diberikan oleh Khalifah Al-Mu'tashim (yang berfahaman Sunni) dengan membocorkan rahsia kekuatan ketenteraan kerajaan Abbasiyyah kepada Tatar. 3. Dimana kesan daripada kebocoran rahsia ini, menyebabkan ahli sunnah di Kota Baghdad dibunuh dengan kejam oleh tentera tatar. 4. Pengkhianatan Menteri Syiah (Al-Qami) dalam kabinet kerajaan Abbasiyah i…
Social Plugin