Oleh : Allahyarham Datuk Aziz Sattar* Selama Jepun memerintah, macam-macam penyakit menular di sana sini. Sedih sekali untuk digambarkan kerana saya sendiri mengalami penyakit pekung kaki. Sudah hampir enam bulan pekung tidak sembuh-sembuh. Ubat yang dapat digunakan hanyalah belerang dengan minyak kelapa, tetapi tidak berkesan. Dengan kuasa ALLAH, pak cik saya orang Ambon mengubati saya hanya dengan menyemburkan tembakau ke pekung saya yang dalam saya kira-kira dua inci sahaja. Mula-mula disembur dengan tembakau sejuk sekali, tetapi sel…
Abu Bakar R.A sakit selama 15 hari, sampai tiba hari Isnin malam Selasa, 22 Jumadal Akhir tahun ke 13 Hijrah, Aisyrah R.A berkata, "Abu Bakar berkata kepadaku, 'Di hari apa Rasulullah ï·º wafat?' Aku menjawab, 'Hari Isnin.' Abu Bakar berkata, 'Apa yang ALLAH kehendaki. Sesungguhnya aku berharap wafat pada malam ini.' Abu Bakar bertanya, 'Dengan apa kalian mengkafani Baginda ï·º?' ' Aisyah menjawab, 'Tiga helai kain Suhuliyah Yamaniyah tanpa gamis dan serban.' Maka Abu Bakar berkata, 'Lihatlah …
Dari Ikramah Rahimahullah bahawa seorang tukang bekam bercerita kepada Umar Al-Khattab, Umar adalah seorang yang disegani, lalu Umar berdehem maka tukang bekam itu kencing di kainnya. Akhirnya Umar memerintahkan agar si tukang bekam itu diberikan empat puluh dirham. Riwayat Oleh Ibnu Sa'ad. Dipetik dari Kitab As-Haburrasul ï·º (Sahabat-Sahabat Rasulullah ï·º), karangan Syeikh Mahmud Al-Mishri.
Kelembutan Abu Bakar sampai pada tingkatan jika anak-anak di Madinah melihatnya, mereka akan berlari kepadanya untuk menyambutnya sambil berteriak, "Wahai Ayahku!". Lalu Abu Bakar mengusap kepala mereka, sedangkan kewibawaan Umar Al-Khattab hingga pada pada tahap sekiranya orang-orang sedang duduk-duduk melepak di hadapan rumah mereka, mereka akan bubar (meninggalkan kegiatan melepak) kerana segan dengan Umar رضي الله عنه. Sumber : Kitab As-Haburrasul ﷺ (Sahabat-Sahabat Rasulullah ﷺ), karangan Syeikh Mahmud Al-Mishri.
Oleh : Nurah Al-Jantan Oh bangsa! Oh bangsa! sedarlah...cuba jaga negeri kita porak-peranda bangsa lain datang menggoda. Sedarlah... cuba jaga hari dah siang matahari dah terbit bangsa lain datang menggoda orang datang menghimpit. Hari dah siang matahari dah terbit cahaya memancar di celah awan orang dagang datang menghimpit orang Melayu hendak dilawan. Cahaya memancar di celah awan awan berarak di puncak kayu orang Melayu hendak dilawan cubalah sedar wahai bangsaku! Awan berarak di puncak kay…
1 Yang murah : kita mahalkan Yang mahal : kita cukaikan Yang cukai : kita cajkan Yang caj : kita eksklusifkan Yang eksklusif : kita mewahkan Yang mewah : kita jualkan Yang jual = itulah punca keuntungan. 2 Yang banyak : kita sikitkan Yang sikit : kita kurangkan Yang kurang : kita terhadkan Yang terhad : kita eksklusifkan Yang eksklusif : kita mahalkan Yang mahal : kita mewahkan Yang mewah : kita jualkan Yang jual = itulah punca keuntungan. 3 Yang percuma : kita hargakan Yang harga : kita cajkan Yang caj : kita mahalk…
Social Plugin