Diriwayatkan daripada Fatimah bin Qais Radhiallahu' anha dia berkata; "Aku mendengar tukan azan Rasulullah Sallahualaihi Wassalam menyeru "As-Solatu Jami'ah (solatlah berjemaah)". Maka aku keluar dan ikut solat berjemaah bersama Rasulullah Sallahualaihi Wassalam. Ketika Rasulullah Sallahualaihi Wassalam selesai dari solatnya, Baginda duduk sambil ketawa. Baginda bersabda : "Hendaklah setiap orang duduk tetap di tempat solatnya (jangan ke mana-mana)." Kemudian Baginda bersabda "Aku kumpulkan kalia…
Ibnu Taimiyyah berkata; ALLAH S.W.T telah memberikan kelebihan kepada anak manusia dengan dua hal yang merupakan pangkal kebahagiaan. Pertama, setiap anak manusia dilahirkan dalam keadaan fitrah (suci). Kerana itu, jika jiwa manusia dibiarkan dalam fitrahnya, maka ia pasti mengakui ketuhanan ALLAH dan mencintai-NYA. Ia akan menyembah ALLAH dan tidak menyekutukan-NYA dengan segala sesuatu pun. Tetapi jiwa manusia dirosakkan oleh apa yang dihiaskan kepadanya oleh syaitan manusia mahupun syaitan jin, iaitu melalui kebatilan …
Ibnu Taimiyyah berkata; Segala sesuatu yang diperintahkan oleh ALLAH, maka Dia perintahkan kerana adanya hikmah. Dan apa yang ditegah-NYA juga kerana ada hikmnah-NYA. Ini adalah pandangan semua imam Fiqh, kaum Salaf, semua imam mahupun golongan awam. Jadi ibadah murni tanpa mengandungi hikmah itu tidak pernah terjadi. Adapun melontar Jumrah, Sa'ie, antara Safa dan Marwah, maka itu adalah perbuatan yang dimaksudkan untuk berzikir kepada ALLAH. ALLAH telah berfirman; "Sesungguhnya "Safa" dan "Marwah" itu ial…
Ibnu Taimiyyah berkata, Sufyan bin Uyainah berkata, "Dahulu kala, para ulama saling menulis surat satu sama lain dengan kalimat-kalimat berikut : Barang siapa memperbaiki hatinya, maka ALLAH memperbaiki lahirnya. Barang siapa memperbaiki hubungan antara dirinya dengan ALLAH, maka ALLAH memperbaiki hubungan antaranya dirinya dengan manusia. Barang siapa berbuat untuk akhirat, maka ALLAH mencukupi urusan dunianya." [Al-Fatawa, 7:9] #Tazkirah
Hak itu ada dua macam, hak ALLAH dan hak hamba ALLAH. Hak ALLAH adalah : hendaklah engkau menyembah-NYA dan tidak menyekutukan-NYA dengan segala sesuatu. Sedangkan hak hamba pula ada macam : khusus dan umum. Hak khusus adalah seperti kebajikan setiap orang kepada kedua orang tuanya, hak isteri atau tetangga. Ini semua merupakan bahagian dari cabang-cabang agama. Sedangkan hak umum, maka manusia itu ada dua macam : pemimpin dan rakyat. Hak pemimpin adalah menasihati mereka. Hak rakyat adalah selalu berjamaah (bersatu). [Al-Fatawa, 1:18] …
Ibnu Mas’ud mengatakan, manusia akan sentiasa dalam kebaikan selagi mana ulama mereka adalah para masyaikh yang telah berusia dan berpengalaman, kerana seorang ulama yang telah berusia itu, keindahan masa mudanya telah berlalu, sifat pemarahnya, sifat tergesa-gesa dan ia telah banyak makan garam. Sering mendapat cubaan, sehingga tidak ada syubhat dalam ilmu yang dimilikinya, ia tidak dikuasai oleh hawa nafsunya, tidak memiliki sifat serakah, tidak mudah digelincirkan oleh Syaitan berbanding orang-orang yang muda usianya, dengan umurnya dia …
Social Plugin