Oleh : Anasz* Khadimul Haramain As-Syarifain, Salman bin Abdul Aziz Al-Saud Hafizahullah melantik anaknya, Putera Khaled bin Salman bin Abdul Aziz Al-Saud sebagai duta Arab Saudi yang baru ke Amerika Syarikat mengantikan tempat Putera Abdullah bin Faysal bin Turki. LATAR BELAKANG KHALED BIN SALMAN PENDIDIKAN. Putera Khalid memiliki Ijazah Sarjana Muda Sains Aero Angkasa dari Akademi Udara Raja Faisal. Beliau kemudiannya menyambung pelajarannya di Amerika Syarikat di Universiti Harvad dalam bidang Keselamatan Nasional dan Antarabangsa…
Kedudukan Khadimul Haramain As-Syarifain (Bertanda Kuning) diapit oleh kiri dan kanannya oleh Ulama, dimana di sebelah kirinya adalah Syeikh Abdul Aziz Al-Syeikh manakala disebelah kanannya pula Syeikh Fawzan al-Fawzan, melambangkan betapa besarnya pengaruh Ulama dalam menentukan hala tuju Arab Saudi. Oleh : Jebat Ulama Saudi tidak gopoh dalam berfatwa atau mengeluarkan kenyataan. Mereka juga tidak mengeluarkan fatwa dan kenyataan dalam keadaan marah, beremosi ataupun bersandarkan kepada kenyataan media massa semata-mata. Sebaliknya …
Gambar Hiasan Agamawan sebenar.... Menasihati secara sembunyi Bukannya bermadah puisi Agamawan sebenar... Menegur dengan berhemah Bukan menyindir menyeranah Agamawan sebenar... Berkata dengan benar Bukan merepek spin konar Agamawan sebenar... Bercuti berkasih sayang Bukan ke Aussie tayang2 Agamawan sebenar... Ikhlas membantu Umarak Bukan mengapi menambah marak Nukilan : Dinda Alin Sarimah
Oleh : Jebat* Mengapa kita tidak kaya raya? Tengoklah si fulan itu,bermewahan saja.. Aku bertanya : apakah caranya untuk aku kaya? Tapi.. secara mulia dan tanpa berdusta Bukan kita tidak tahu Jalan, denai dan liku Agar harta ditemu dan disapu Tapi semuanya cara palsu dan tipu.. Bukan kita tidak mahu, Tapi kita tidak mampu, Takut dan terkedu Mengenangkan Yang Maha Satu Yang Tiada BagiNya sekutu Ya, telah kaya para pengkhianat, Dengan harta yang sarat, Tapi mereka lupa akhirat, Balasan yang berat, Dunia, jiwa bertukar men…
Oleh : Jebat Setuju atau tidak, mahu atau tak mahu, kita kena akui bahawa era pemerintahan Najib Razak berjaya melahirkan ramai jutawan muda termasuklah Adam Rosly (Cuma bagaimana dia menipu untuk mendapatkan kekayaan tu, kena tanya dia lah) Dalam sidang medianya sebelum-sebelum ini, beliau menyatakan bahawa, kekayaan yang dimilikinya adalah hasil usahanya sendiri. Maka perlu diingatkan, usahanya itu juga adalah nikmat dari kemajuan yang dilakukan oleh kerajaan dari era pemerintahan Tunku Abdul Rahman sehinggalah pemerintahan Perdana M…
Khawarij memang akan sentiasa memandang pemerintah ISLAM sebagai seorang yang tidak adil. Malah Khawarij sendiri pernah menyatakan Nabi Muhammad S.A.W (sebaik-baik pemimpin ISLAM) sendiri tidak adil (pada pandangan dangkal mereka- nauzubillah). Bukti : Imam al-Bukhari meriwayatkan dari Abu Sa’id al-Khudri, bahawa beliau berkata: ‘Ali pernah mengirim dari Yaman untuk Rasulullah, sepotong emas dalam kantong kulit yang telah disamak, dan emas itu belum dibersihkan dari kotorannya. Maka Nabi membahaginya kepada empat orang: ‘Uyainah bin B…
Oleh : Anasz* MP PAN Parit Buntar, Mujahid Yusof Rawa dan MP PAN Kuala Terengganu, Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad nampaknya cuba memutar belitkan fakta dalam isu penempatan anggota tentera Malaysia di Arab Saudi selain main sebut jer pasal ZOPFAN (Zone of Peace, Freedom and Neutrality) yang mana saya yakin beliau (Mujahid) sekadar menyebut singkatan berkenaan tanpa meneliti matlamat ZOPFAN itu sendiri. Tindakan beliau ini hanyalah untuk menampakkan bahawa beliau macam tahu mengenai hubungan diplomatik dan antarabangsa. Pertama, …
Oleh : Jebat Aku rasa annoying betul dengan geng-geng Insuran / Takaful yang gemar sangat memburuk-burukkan hospital kerajaan, semata-mata nak dapatkan pelanggan. Cakap hospital kerajaan lembab la, bagi ubat tak berkualiti la, masa menunggu lama la. Sedangkan bila dikaji kesemua tu, ada sebab kenapa sebahagian pesakit menerima rawatan lambat, misalnya pesakit tu tak kritikal, dan dalam masa yang sama ada pesakit yang jauh lebih kritikal. Dan pasal isu ubat tak berkualiti tu dah tentunya satu fitnah! Mana mungkin Kerajaan Malaysia yang…
Oleh : Anasz dan rakan-rakan* 'Six Party Talk' atau Rundingan Enam Pihak telah dilancarkan pada tahun 2003 bertujuan untuk menghentikan program nuklear Korea Utara melalui rundingan yang melibatkan China, Amerika Syarikat, Korea Utara, Korea Selatan, Jepun dan Russia. Rundingan ini tidak berjalan lancar sepertimana program 5P+1 (pembincangan 5 kuasa besar dunia dengan Iran bagi menghentikan Nuklear Iran) dan ditangguh dan terhalang selama bertahun-tahun berikutan ulangan ujian peluru berpandu Korea Utara dan provokasi-provokasi la…
Oleh : Jebat* Tahukah anda, ketika pemerintah Arab Saudi menjemput tentera Indonesia untuk datang membuat latihan peperangan dengan mereka di padang pasir di Arab Saudi, pihak pemerintah Indonesia menolak permintaan berkenaan. Aku tak nak komen mengenai tindakan pemimpin Indonesia, kerana setiap negara ada polisi dan dasar luarnya sendiri, yang mana perlu dihormati. Sebaliknya dengan Malaysia, apabila diminta, kepimpinan negara kita dengan bangganya menerima jemputan untuk menghantar pasukan tentera kita berlatih di negara berkenaan. …
Social Plugin