ARTIKEL TERKINI

SUNNAH

SYIAH

SASTERA

EBOOK

Sunday, 29 September 2013

BOLEH KE ORANG ISLAM MAKAN BUAYA?

Oleh :  Ibnu Dzulkifli As-Samarindy
Transliterasi ke dalam Bahasa Melayu oleh : Jebat

Buaya adalah adalah reptilia bertubuh besar yang hidup di air. Secara ilmiah, buaya meliputi seluruh spesies anggota suku Crocodylidae, termasuk pula buaya ikan (Tomistoma schlegelii). Meskipun demikian, nama ini dapat pula diperhatikan, terdapat kelonggaran untuk menyebut ‘buaya’ aligator, kaiman dan gavial; yakni kerabat-kerabat buaya yang berlainan suku.

Buaya secara umumnya menghuni habitat perairan tawar seperti sungai, danau, rawa dan tanah pamah yang basah dan lain-lain lagi. Namun ada pula yang hidup di air payau seperti buaya muara. Makanan utama buaya jenis ini adalah terdiri dari haiwan-haiwan bertulang belakang seperti ikan, reptilia dan mamalia (Wikipedia)

Disebutkan bahawa makanan utama buaya adalah haiwan-haiwan bertulang belakang seperti ikan, reptilia dan mamalia dan kalau boleh kita tambahkan dsini bahawa makanan sampingan buaya adalah manusia.

Sesuatu yang sudah kita maklumi bahawa hampir setiap bulan ada saja khabar tentang korban yang diterkam buaya, baik meninggal mahupun hanya luka-luka di sebagian daerah.

Para ulama berbeza pendapat tentang buaya ini, apakah halal utuk dimakan atau tidak, berikut pendapat dan fatwa mereka.

Dinukilkan dari Imam Ahmad Rahimahullahu bahwa beliau berkata : "(Boleh) dimakan semua yang berada di laut (air) kecuali katak dan buaya. Beliau menambah : kerana buaya adalah haiwan pemangsa dan memakan manusia"

Imam As-Syafi’i Rahimahullahu juga berpendapat bahwa buaya tidak boleh dimakan .(Tafsir Al-Qurthubi, Al-Maidah : 96)

Berkata Abu Hanifah dan Sufyan Ats-tsauri Rahimahumullahu : “Tidak dibenarkan (makanan) dari laut (air) kecuali ikan” 

Berkata Ibnu Abi laila dan Imam Malik : “Diperbolehkan semua apa yang terdapat di dalam laut termasuk katak dan yang lainnya” (Zaadul Maisir, Al-Maidah : 96)

Lajnah Dai’imah Lil Buhuts Wal Ifta’ (Dewan tetap untuk perbahasan dan fatwa) Arab Saudi :

Adapun buaya, maka ada yang mengatakan bahawa boleh dimakan berdasarkan keumuman ayat dan hadis yang telah disebutkan, dan ada juga yang mengatakan bahawa tidak boleh dimakan disebabkan dia termasuk yang memiliki taring dari kalangan hewan buas. Dan pendapat yang kuat adalah pendapat yang pertama (3/538)

Ibn Utsaimin Rahimahullahu berkata  "Dan Yang sahih, sesungguhnya buaya tidak dikecualikan dan boleh dimakan"

Kemudian beliau berkata : “Maka yang benar, bahawa sesungguhnya tidak dikecualikan dari hal itu sesuatu apapun, dan sesugguhnya semua haiwan laut yang tidak hidup kecuali di air adalah halal, hidupnya atau bangkainya berdasarkan keumuman ayat yang mulia yang telah kita sebutkan sebelumnya…” (As-Syarhul Mumti 15/35)

Syaikh Alu Bassam Rahimahullahu dalam Syarah Bulughul Marom juga menguatkan pendapat tentang halalnya semua binatang laut tanpa termasuk buaya.

Dan setelah dilihat-lihat fatwa ulama yang banyak tersebut, yang tidak semuanya kami nukil disini maka semuanya kembali kepada dalil-dalil ini :

Ulama yang membolehkan berdalil dengan keumuman ayat :


أُحِلَّ لَكُمْ صَيْدُ الْبَحْرِ وَطَعَامُهُ

Ertinya : "Dihalalkan bagi kalian binatang buruan laut dan makanan (yang berasal) dari laut” (Al-Maidah : 96)

Dan yang mengharamkan buaya berdalil dengan hadis Abi Tsa’labah Radiyallahu ‘anhu :


 أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ – صلى الله عليه وسلم – نَهَى عَنْ أَكْلِ كُلِّ ذِى نَابٍ مِنَ السِّبَاعِ

Ertinya : “Sesungguhnya Rasulullah Salallahu Alaihi Wassallam melarang untuk memakan seluruh binatang buas yang bertaring” (HR. Bukhari No. 5530 dan Muslim No. 1932).

Dan kesimpulan yang kami dapatkan lebih kurang seperti ini :

Para ulama boleh dikatakan tidak ada yang berselisih bahawa binatang buas yang memiliki taring yang merupakan hewan darat adalah haram….,  seperti singa, serigala, dan lain-lain. Dan seandainya saja buaya ini adalah haiwan darat yang tidak mampu hidup di air mungkin tidak akan ada yang perselisihan yang kuat tentangnya. Kerana hadis Abi tsa’labah RAadiyallahu ‘anhu diatas sangat jelas. Begitu juga seandainya saja buaya adalah haiwan air yang tidak mampu hidup di darat dalam waktu yang lama mungkin saja perselisihan pendapatnya tidak akan kuat, kerana akan dihukumi seperti haiwan buas air yang bertaring seperti ikan yu, iaitu halal dimakan.

Dan punca terjadinya perbezaan ini adalah kerana sebahagian ulama menetapkan bahwa buaya adalah haiwan air, maka mereka berhukum dengan seperti halalnya ikan yu. Dan sebahagian yang lain menetapkan bahawa buaya adalah haiwan yang mampu hidup di dua alam dan masalah ini pun terjadi perbezaan pendapat di kalangan para ulama. Maka pendapat yang paling kuat adalah pendapat Asy-Syafi’iyah yang menyatakan bahawa seluruh hewan yang hidup di dua alam baik yang masih hidup mahupun yang sudah jadi bangkai seluruhnya adalah halal seperti ketam dan lain-lain kecuali katak (Kerana ada hadis yang melarang membunuh katak , maka tentunya haram pula memakannya kerana tentunya tidak boleh dimakan kalau tidak dibunuh.) 

Akan tetapi pendapat ini pun masih umum, kerana hanya menyebutkan haiwan umum yang hidup di dua alam dan tidak spesifik menyebutkan tentang haiwan buas bertaring yang hidup di dua alam.

Sehingga letak perbezaan pendapat yang paling kuat ada di tiga isu utama :
1. Penggolongan buaya, apakah ianya haiwan air atau haiwan dua alam?
2. Hukum binatang yang hidup di dua alam?
3. Hukum binatang buas bertaring yang hidup di dua alam

Sebagaimana yang sudah kami sebutkan diatas, kalau ditetapkan sebagai haiwan darat maka haram dan kalau ditetapkan sebagai haiwan air, pendapat yang sangat kuat adalah halal. Dan kalau ditetapkan sebagai haiwan dua alam maka terkumpul antara hukum yang membolehkan dan hukum yang melarang, dan kami lebih cenderung dengan pendapat yang mengharamkan, berdasarkan kaidah fiqih yang kuat yang banyak disebutkan ulama yang diantaranya disebutkan oleh Ibn Utsaimin Rahimahullahu :


 وإن يجتمع معْ مبيحٍ ما منع … فقدمَن تغليبا الذي منع

 “Dan apabila terkumpul bersama sesuatu yang membolehkan bersama sesuatu yang melarang, maka kebanyakkan kita mendahulukan yang melarang”

Hal ini kerana meninggalkan sesuatu yang meragukan tentunya lebih selamat dibanding jatuh dalam keharaman.

Dan yang kedua kita berusaha menjauhi yang subhat, sebagaimana sabda Rasulullah Salallahu Alaihi Wassallam :


فَمَنِ اتَّقَى الشُّبُهَاتِ فَقَدِ اسْتَبْرَأَ لِدِيْنِهِ وَ عِرْضِهِ

Ertinya: "Barangsiapa yang meninggalkan syubhat, maka dia telah meyelamatkan agama dan harga dirinya." (HR. Bukhari No. 52, Muslim No. 1599 dari hadis Nu’man bin Basyir Radiyallahu ‘anhu)

Dan juga hadis hasan bin Ali Rhadiyallahu ‘anhuma,  Rasulullah Salallahu Alaihi Wassallam bersabda :


دع ما يريبك إلى ما لا يريبك

Ertinya : “Tinggalkan perkara yang meragukanmu menuju kepada perkara yang tidak meragukanmu” (HR. Tirmidzi, An-Nasa’i. Lihat Shohih At- Targhib wat  tarhib No. 1737)

Akan tetapi harus diingat kembali bahawa perkara ini adalah masalah khilafiyah ijtihadiyah dan tidak selayaknya saling mencela dan menghajr di dalamnya.

Wallahu a’lam
 10 Syawal 1432 H
 60st, Near of Ijaba Mosque
Sumber : assamarindy.wordpress.com

Komen Jebat : Kami tak akan makan.... Walaupun dibagi free...
Read more ...

Saturday, 28 September 2013

[SIRI PERANGI SYIAH] APAKAH HUKUM MENDEKATKAN AHLI SUNNAH DENGAN SYIAH AR-RAFIDHAH?

Oleh : Keris Research Institute for Syiah Ideology (KERiS)

Saudaraku pembaca yang budiman, dalam permasalahan ini, saya tampilkan tulisan-tulisan DR. Nashir AL Qafari di dalam kitabnya : "Masalah At Taqriib", iaitu dalam bab yang ke tujuh, dimana beliau berkata (semoga Allah merahmatinya) :

"Bagaimana mungkin mendekatkan antara orang yang mencaci kitab Allah dan menafsirkannya sesuka hati dan mendakwa akan turun kitab-kitab ilahi (wahyu) kepada imam-imamnya setelah Al Quranul Karim? Dan mereka memandang keimaman itu adalah kenabian. Para imam bagi mereka seperti para nabi, bahkan lebih mulia. Mereka (Syiah) mentafsirkan mengibadati Allah semata-mata yang mana itu adalah intipati dari misi (ajaran) para rasul seluruhnya tidak sesuai dengan maknanya yang hakiki, dan mereka mendakwakan bahawa sesungguhnya ibadah itu adalah ta'at kepada para imam, dan sesungguhnya syirik kepada Allah adalah mentaati selain mereka (para imam) yang bersama mereka. Mereka mengkafirkan orang-orang yang terbaik dari para sahabat Rasulullah, dan mendakwa seluruh sahabat telah murtad, kecuali tiga atau empat atau tujuh sesuai dengan perbezaan riwayat mereka. Dan orang ini (orang Syiah) tampil berbeza dengan dan ganjil dari jamaah kaum muslimin dengan masalah-masalah akidah dan keyakinan di dalam keimaman, kemaksuman (terjaga dari dosa), Taqiyah (kemunafikan), dan mengatakan Raj’ah (imam kembali ke dunia), Al qhaibah (menghilangnya As Kaari) dan Al Bada'[1]."[2]

------------------------------

Rujukan :

[1] Defenisi ini lihat kembali edisi-edisi yang telah berlalu, diantaranya edisi : 2, 6 dan 7.

[2] "Masalah At Taqriib" DR. Nashir AL Qafari (2/302).

Read more ...

KENAPA ARWAH USTAZ AZIZAN DIBENCI OLEH PEMIMPIN PKR, DAP DAN GENG ANWAR DALAM PAS?

Oleh : RPM

Ramai yang tak tahu, namun sejak beliau memegang tampuk kerusi MB Kedah, Azizan merupakan seorang MB PAS Kedah yang berperwatakkan cukup berbeza berbanding MB-MB dan Ketua Menteri Pakatan yang lain. Dia adalah satu-satunya MB Pakatan yang berani mengkritik kepimpinan pakatan sendiri tanpa merisaukan kedudukan kuasa politiknya dalam parti dan pakatan. Antara tindakan yang cukup dikenang adalah apabila dia secara terang-terang menolak Buku Jinggay sebagai panduan dalam memaju dan menguruskan negeri Kedah.

Selain itu juga Azizan yang juga merupakan seorang pensyarah di UKM satu ketika dahulu tidak memandang Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) tidak perlu dimansuhkan kerana ianya dapat mendisiplin pelajar. Secara tidak langsung ini bertentangan dengan 'persetujuan bersama' diantara pemimpin PAS-DAP-PKR.

Malah tindakan Azizan yang pernah mengalungkan 'medal' kepada bekas perdana menteri, Tun Dr. Mahathir dalam satu majlis penghargaan juga menimbulkan kritikan daripada pihak-pihak di dalam PAS. Azizan sememangnya tidak disenangi oleh kepimpinan PAS terutama mangkuk-mangkuk hayun pro-Anwar ekoran sikap Azizan yang suka berbaik sangka dan mudah diajak berbincang dengan kepimpinan UMNO.

Kekalahan Pakatan Kedah kepada Barisan Nasional meluapkan lagi kemarahan geng barua Anwar di dalam PAS. Malah ada yang menganggap punca kekalahan PAS Kedah kepada BN adalah disebabkan kelemahan Azizan dalam pentadbiran negeri Kedah. Sedangkan sekiranya PAS ini adalah kelompok mereka yang beriman, mereka seharusnya mengetahui bahawa punca kekalahan Azizan bukan disebabkan kekuatan BN, sebaliknya ianya ketentuan ALLAH.

Maki hamun, cercaan dilemparkan kepada Ustaz Azizan tatkala dia terdampar di Hospital. Ini dapat dibaca melalui tulisan Setiausaha Politik Azizan Razak disini. Selain itu juga 'pendedahan tabiat sebenar orang PAS' oleh Setpol Azizan ini juga menyebabkan beliau dicerca dan dihina kerana 'mendedahkan kelemahan dan keaiban jamaah sendiri' kepada orang ramai.

Natijahnya... Inilah perjuangan PAS. Bukan berjuang kerana ISLAM. Bukan berjuang kerana Tauhid. Sebaliknya kerana mahu berkuasa. Jika dahulu PAS menolak SYIAH. Namun demi undi, hari ini PAS menerima Syiah.

Makluman tambahan : Azizan Razak adalah antara tokoh yang paling keras menentang Syiah di Kedah.
Read more ...

UBAH...INI KALI LAH!!! VERSI ANWAR

Oleh : RPM

Ubah...Ini kali lah....!!! Walaupun kita tahu Anwar masih gagal mengubah status ketua pembangkangnya, masih gagal mengubah kedudukan UMNO, masih gagal mengubah kerajaan, namun ada benda yang dia mampu ubah!!! Ubah mukanya sendiri. Kata rakan admin Pena Minang yang lain, proses Ubah muka ni adalah untuk memastikan kesinambungan 'wajah remajanya' agar pada tanggal 16 September nanti beliau bersedia untuk diambil gambar potret sebagai 'Perdana Menteri' Malaysia....

Oh ya, apa cerita dengan 'tawaran jadi proffesor' dari universiti luar negara?
Read more ...

Friday, 27 September 2013

JASA USTAZ AZIZAN TIDAK SEHEBAT TEOH BENG HOCK

Oleh : RPM

Mana mereka tatkala Ustaz Azizan dikebumikan? Mana dia Lim Kit Siang? Mana dia Anwar Ibrahim? Mana dia Karpal Singh? Mana dia Lim Guan Eng? Mana dia Sam Ketot?

Apa susah sangatkah nak datang ke Kedah? Apa alasan LIM GUAN ENG tak hadir ke tempat pengebumian jenazah arwah Ustaz Azizan? Teoh Beng Hock dibakar di Melaka kau boleh datang, walhal Melaka lagi jauh dari Kedah. Apa alasan kau?

Yang pasti, tak ada seorang pemimpin tertinggi DAP yang mengucapkan takziah kepada Ustaz Azizan. Usahkan itu, wakil mereka pun HARAM TAK NAMPAK.

So, orang MELAYU dalam PAS, tak sedar-sedar diri lagi ke?


Aik...Bleh ada masa plak 'lawat jenazah' Teoh yer....

Read more ...

MUFTI PERLI OXFORDI



Oleh : RPM

Walaupun video ni sekerat-kerat. Tapi apa yang dapat korang fahami, kedua-dua video yang berlainan dari segi masa dirakam ini adalah proses 'reformasi' pemikiran Sang Muzabzib. Dulu ketika makan gaji dengan kerajaan bahasanya bukan main 'lembut' lagi 'enak' sehingga Dr. Badrol Amin Al-3pagi naik angin dan memanggilnya 'Bapak Setan'.

Namun barang yang lepas, apa nak dikenangkan? Mungkin waktu jadi Mufti, dia tak mampu berfikir sehebat pemikiran orientalis barat di Oxford. Dan mungkin kerana pemikiran ulama Saudi yang kelihatan 'ortodoks' maka Muzabzib beralih angin dan ber'iman' dengan kaedah pemikiran orientalis Kristian di Oxfordi.

p/s : BERAPA OXFORD bayar gaji dia kat sana eh?
Read more ...

LAYAKKAH UFB JADI EXCO DALAM PERGERAKKAN PEMUDA UMNO???

Oleh : RPM

Menyokong tanpa perlu mengaibkan mana-mana pihak. Kami juga sokong kesemua calon-calon yang hendak bertanding. Namun biarlah yang menang nanti itu akan dapat melaksanakan amanah yang dipertanggungjawabkan.

Apa pun, kita hanya merancang, ALLAH menentukan. Sebab sapa kita nak tolak ketentuan ALLAH kan?
Read more ...

KLIA KALAH DENGAN SOEKARNO HATTA (INDONESIA) , SUVARNABHUMI (THAILAND) DAN CHANGI (SINGAPURA)

Oleh : Jebat

KUALA LUMPUR, 27 SEPTEMBER 2013 : Berdasarkan laporan yang dikeluarkan oleh CNN pada 26 September 2013, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, KLIA berada pada kedudukan ke 27 dari 50 buah lapangan paling sibuk di Seluruh Dunia.

Malah KLIA juga gagal menyaingi Lapangan Terbang Antarabangsa Antarabangsa yang lain sekitar rantau Asia Tenggara seperti Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno Hatta yang berada pada kedudukan ke 9, Lapangan Terbang Antarabangsa Suvarnabhumi pada kedudukan 14 dan Lapangan Terbang Changi pada kedudukan ke 15.
Read more ...

Wednesday, 25 September 2013

[SIRI PERANGI SYIAH] APAKAH YANG DIFAHAMI OLEH KAUM RAFIDHAH MENGENAI BAI'AH?

Oleh : Keris Research Institute for Syiah Ideology (KERiS)

Orang Rafidhah menganggap setiap pemerintahan selain pemerintahan Itsna 'Asyara (syi'ah Itsna "asyai'rah/ Imammiyah/ Rafidhah) adalah pemerintahan yang batil (tidak sah). Diriwayatkan di dalam kitab "Al Kahfii" dengan syarahan (huraian) Al Mazandaraani dan di dalam kitab Al Ghaibah oleh An Nu'mani, dari Abi Ja'far, dia berkata : "Setiap bendera yang diangkat (dikibarkan) sebelum bendera Al Qaaim [Imam Mahdi bagi orang Rafidhah] maka pemiliknya adalah toghut".[1]

Dan bagi mereka tidak boleh mentaati seorang hakim yang bukan dari Allah, kecuali dengan cara Taqiyah (berpura-pura), penguasa yang memiliki kekuasaan dan 'zalim' tidaklah boleh untuk menjadi pemimpin, dan setiap pemimpin yang bersifat serupa dengan itu. Keseluruhan gelaran itu mereka berikan kepada penguasa kaum muslimin yang bukan dari imam-imam mereka. Dan orang yang paling utama [diberikan dengan gelaran yang buruk] dari mereka itu adalah khulafaurasyidin (semoga Allah meredhai mereka) iaitu : Abu Bakar, Umar dan Utsman.

Seorang tokoh Rafidhah Al Majlisi, dimana dia merupakan salah seorang dari orang-orang yang sesat dari mereka juga pengarang kitab "Bihaarul Anwar", berkata tentang tiga orang khalifah ar-rasyidin : "Sesungguhnya mereka tiada lain kecuali perampas yang zalim, murtad dari agama, semoga laknat Allah atas mereka dan terhadap orang-orang yang mengikuti mereka di dalam menzalimi ahlu bait dari pertama sampai terakhir".[2] 

Inilah yang dikatakan oleh imam mereka Al Majlisi yang kitabnya dikategorikan ke dalam rujukan utama mereka dan menjadi perkara utama dan terpenting dalam hadis mengenai umat yang paling mulia setelah para rasul dan nabi.

Berdasarkan kepada keyakinan mereka terhadap khalifah kaum muslimin, maka mereka menganggap setiap orang yang bekerjasama dengan mereka adalah toughut dan zalim. Al Kulaini meriwayatkan dengan sanadnya dari Umar bin Hanzalah, dia berkata : "Saya telah bertanya kepada Abu Abdillah tentang dua orang dari golongan kita, di antara mereka berdua terjadi perselisihan dalam masalah agama atau harta warisan, lalu mereka berdua berhukum (minta diselesaikan secara hukum) kepada penguasa dan kepada hakim, apakah hal itu halal? Ia berkata : siapa berhukum (meminta diselesaikan secara hukum) kepada mereka, dengan kebenaran atau kebatilan, maka sesungguhnya mereka berhukum kepada toughut, dan apa yang telah diputuskan untuknya sesungguhnya yang ia ambil adalah harta haram, walaupun sebenarnya itu haknya, kerana ia telah mengambilnya dengan hukum toughut".[3]

Berkata Khomaeini yang celaka (semoga Allah menghukumnya dengan hukum yang berat dan setimpal) dalam memberikan penerangan perbincangan mereka ini : "Imam itu sendiri dilarang untuk merujuk kepada penguasa-penguasa dan hakim-hakim mereka, dan merujuk kepada mereka dikatagorikan merujuk kepada toughut."[4]

----------------------------------------------

Rujukan : 

[1] Kitab "Al Kaafii" dengan syarahan (uraian) Al Mazandaraani, dan lihat kitab Al Bihaar (25/113).

[2] Kitab Al Bihaar oleh Al Majlisi (4/385).

[3] Kitab "Al Kaafii" oleh Al Kulaini (1/67), kitab At Tahdziib (6/301) dan kitab Man Laa Yahsuruhu Al Faqiih : (3/5).

[4] Al Hukumaatul Islamiyah, hal : 74.

Read more ...

Sunday, 22 September 2013

PANAS!!! SETIAUSAHA DEWAN ULAMA PAS KENA MAKI DENGAN CYBERTROOPERS PEMBANGKANG GARA-GARA TEGUR AHLI PAS MELALUI MINGGUAN MALAYSIA

Oleh : RPM

Apa sudah jadi dengan 'kepimpinan ulama Pas' hari ini apabila Setiausaha Dewan Ulama PAS mereka terpaksa menggunakan medium UTUSAN MALAYSIA untuk menyampaikan nasihat kepada ahli-ahlinya? Adakah HARAKAH sudah dipenuhi dengan kumpulan ANWARINAS, PRO-SYIAH dan ANTI PENYATUAN sehingga menyebabkan Dr. Khairuddin at-Takiri terpaksa 'merempat' menggunakan media pro kerajaan untuk menasihati ahli-ahli Parti Islam SeMALAYSIA?

Namun lebih mendukacitakan bilamana artikel yang terpapar di ruangan Mingguan Malaysia ini disambut dengan tomahan, cercaan dan makian dari kalangan penyokong dan ahli PAS sendiri, termasuk cybertroopers pro-pembangkang seperti AmenoWorld Reloaded.

Jadi sekarang ini, ulama UMNO atau yang bebas tetapi jujur untuk menyampaikan dakwah toksahlah terasa sangat kalau anda dimaki oleh puak-puak pembangkang ni tatkala anda menasihati 'jemaah' mereka. Kerana sememangnya budaya maki hamun ini adalah makanan 'ruji' puak-puak yang mengaku memperjuangkan 'Islam'.

P/S : Jika Syiah boleh memaki hamun, mencela malah mengkafirkan para sahabat, inikan pula PAS yang dah diserap dengan GEN SYIAH.... :)
Read more ...

[SIRI PERANGI SYIAH] KEYAKINAN DAN KEUTAMAAN HARI ASSYURA (10 MUHARRAM) MENURUT PENGANUT SYIAH.

Oleh : Keris Research Institute for Syiah Ideology (KERiS) 

Sesungguhnya Rafidhah mengadakan perayaan, sambutan dan aksi ratapan menangis tak tentu pasal, demonstrasi di lapangan-lapangan umum pada setiap 10 Muharram. Mereka memakai pakaian hitam tanda berkabung dan berduka dalam 'insiden' pembunuhan Hussein. Malah mereka menganggap bahawa perbuatan itu termasuk dari sebaik-baik perbuatan untuk mendekatkan diri mereka kepada Allah. Maka mereka memukul-mukul pipi ,dada dan punggung mereka dengan tangan mereka. Mereka merobek-robek baju sambil menangis dan berteriak-teriak bagai orang gila lalu menyeru : wahai Hussein, wahai Hussein. Ini dapat diperhatikan lebih-lebih lagi pada hari ke sepuluh setiap bulan Muharram. Bahkan kumpulan 'gila' ini sanggup memukul diri mereka sendiri dengan rantai besi dan pedang. Ini dapat dilihat di negera-negera yang dihuni oleh Rafidhah seperti Iran. 

Para ulama Syiah telah mendorong penganut Syiah untuk melakukan hal-hal yang bodoh ini dimana hal itu menjadi bahan ketawa semua umat. Salah seorang dari pembesar mereka iaitu Muhammad Hasan Alu Kasyif al Ghatha, telah ditanya tentang apa yang dilakukan oleh pengikut golongannya seperti memukul dan menampar wajah dan sebagainaya,  dia berkata : sesungguhnya ini termasuk dari mengagungkan syiar-syiar Allah :[1] 


وَمَن يُعَظِّمْ شَعَائِرَ اللَّهِ فَإِنَّهَا مِن تَقْوَى الْقُلُوبِ

"Dan siapa mengagungkan syiar-syiar Allah, maka sesungguhnya itu timbul dari ketaqwaan hati". (Al hajj: 32) 

----------------------------------------

Rujukan

[1] Perbuatan yang bodoh dan lucu ini dilakukan mereka setiap tahun. Dan ketahuilah sesungguhnya Nabi telah melarang di dalam hadis yang sahih yang dikeluarkan oleh Muslim no : 103, melarang menampar wajah (pipi) dan merobek baju..., akan tetapi orang Rafidhah [semoga Allah memalukan mereka] membuang hadis ini jauh-jauh, kerana mereka ini adalah firqah (golongan) yang paling pendusta terhadap Rasulullah.
Read more ...

SEMANGAT TUN RAZAK : NAJIB MAHU BUMIPUTRA KUASAI EKONOMI MALAYSIA

Oleh : Beruang Biru

Pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung program untuk memperkasakan ekonomi Melayu berjaya menutup mulut pengkritik ang mendakwa beliau pasif untuk membantu golongan Bumiputera pasca Pilihan Raya Umum ke 13.

Malah 34 modul tindakan yang di umumkan beliau pada Majlis Pemerkasaan Ekonomi Melayu 2013 di Shah Alam pada 14 September lalu merupakan dasar paling komprehensif untuk menggalakkan penglibatan Bumiputera dalam sektor ekonomi.

Sejak melancarkan Model Ekonomi Baru (MEB) pada 2009, Perdana Menteri telah memegang janjinya untuk memastikan penguasaan Melayu dalam bidang ekonomi negara.

Untuk mencapai hasrat murni ini, Datuk Seri Najib menggariskan lima teras tersebut iaitu, mendaya modal insan Bumiputera, memantapkan pemilikan ekuiti Bumiputera dalam sektor korporat, memperkukuh pemilikan aset bukan kewangan Bumiputera, memperhebat keusahawanan dan perniagaan Bumiputera serta memantapkan ekosistem penyampaian perkhidmatan.

Lima teras tindakan ini amat bertepatan sekali dengan kehendak semasa dan cabaran yang dihadapi oleh gelombong perubahan ekonomi dunia.

Tanpa perancangan dan strategi yang mantap seperti mana yang diumumkan Perdana Menteri, adalah sukar bagi usahawan Bumiputera untuk mengharungi pelbagai rintangan dan cabaran kecil dan besar dalam dunia perniagaan.

Apatah lagi sektor ekonomi yang kini yang dikuasai oleh kaum bukan Melayu sejak negara mencapai kemerdekaan, menyukarkan lagi golongan Melayu untuk bertapak kukuh menyaingi mereka.

Kaum bukan Melayu terutamanya Cina menguasai modal dan juga rangkaian bekalan atau 'supply chain' - dua faktor yang Melayu tewas dalam dunia perniagaan.

Program terbaru pemerkasaan ekonomi Melayu diharap mampu mengatasi dan menyelesaikan masalah ini.

Antara 34 langkah susulan yng bakal dilaksana kerajaan  pula ialah menambah dana Amanah Ikhtiar Malaysia sebanyak RM300 juta manakala dana pinjaman TEKUN ditambah lagi RM700 juta.

Langkah ini adalah amat penting bagi membantu usahawan Melayu yang baru bertatih dalam perniagaan atau mereka yang mengukuhkan lagi perniagaan kecil-kecilan sedia ada.

Lebih penting dana AIM dan juga TEKUN haruslah difokus kepada usahawan daripada golongan belia yang mempunyai ide dan keyakinan serta kemampuan untuk memulakan perniagaan dengan modal yang kecil.

Ini seterusnya akan mampu membina fondasi rangkaian industri kecil dan sederhana yang kukuh di masa depan.

Rancangan untuk mewujudkan Amanah Saham Bumiputera Kedua dengan sasaran tabungan RM10 bilion juga patut disambut baik kerana ia akan melebarkan penabungan Bumiputera dalam industri amanah sahasm atau 'unit trust'.

Antara langkah paling penting yang diumumkan ialah penambahan kampus UiTM dengan sasaran meningkatkan enrolmen pelajar universiti itu kepada 250,000 menjelang 2020.

Pendidikan pada tahap pengajian tinggi adalah aset utama dalam menjayakan agenda Bumiputera.

Dengan peningkatan kemasukan pelajar Bumiputera dalam pelbagai jurusan pengajian, ini akan mampu menyediakan sumber kepakaran dalam semua lapangan pasaran pekerjaan dan seterusnya mengurangkan jurang perbezaan dengan kaum bukan Melayu.

Keputusan bagi menetapkan semua Ketua Eksekutif Syarikat Berkaitan Kerajaan  (GLC) mempunyai sasaran membantu Bumiputera adalah amat diperlukan.

Selama ini antara kritikan pedas terhadap golongan yang menerajui ribuan GLC adalah mereka tidak mempunyai semangat perjuangan Melayu yang kental dan lebih mementingkan keuntungan dari agenda memartabatkan ekonomi Bumiputera.

Dengan adanya pemikiran strategik yang baru ini, prestasi semua GLC dalam konteks meningkatkan penyertaan Melayu dalam sektor perniagaan perlu dipantau dengan lebih rapi dan ketat.

Satu lagi pengumuman yang sama penting ialah mewujudkan Unit Pembangunan Bumiputera (UPB) di setiap kementerian serta menggantikan Majlis Tindakan Agenda Bumiputera dengan Majlis Ekonomi Bumiputera (MEB).

Penubuhan UPB di setiap kementerian sekurang-kurang mengubati perasaan orang Melayu apabila Kementerian Keusahawanan di mansuhkan beberapa tahun lalu.

Kini disetiap kementerian UPB akan meniup nafas baru kepada pengembelengan usaha bagi memastikan objektif kerajaan membantu golongan usahawan Bumiputera tercapai.

Tidak ada lagi alasan peniaga dan usahawan Bumiputera dianaktirikan kerana UPB akan memainkan peranan penting supaya mereka mendapat bersaing dengan lebih berdaya maju.

Apa yang penting ialah pemantauan kepada pelaksanaan kesemua 34 susulan tindakan yang bakal mengubah landskap penglibatan Melayu dalam bidang ekonomi menjelang 2020.


Kejayaan hanya dapat dipastikan sekiranya golongan pelaksana iaitu kakitangan kerajaan menjiwai hasrat dan tujuan program serta dasar yang diumumkan Perdana Menteri.
Read more ...

Saturday, 21 September 2013

UMNO DAN SURVIVAL BANGSA MELAYU DI MALAYSIA

Oleh : Beruang Biru

Jika pilihanraya yang lepas dikatakan sebagai ‘ibu segala pilihanraya’, maka pemilihan UMNO kali ini pula dikatakan sebagai ‘ibu segala pemilihan UMNO’. Ini kerana UMNO dikatakan berada dalam keadaan yang lemah dan kehilangan punca walaupun telah berjaya menambah kerusi pada PRU yang lalu. 

UMNO pada hari ini dikatakan berada dalam keadaan dilemma dalam mencari jati diri. Sebahagian dari kepimpinan di peringkat tinggi dilihat mempunyai ‘idea’ yang berbeza dengan penyokong-penyokong dan juga ahli dari akar umbi berkenaan hala tuju UMNO. 

Secara dasarnya, ahli-ahli dan penyokong UMNO berpegang teguh kepada semangat asal penubuhannya iaitu dengan berpasak kepada perjuangan agama, bangsa dan negara. Ini bermakna UMNO wajib memperjuangkan pemerkasaan Melayu, dengan berdiri teguh atas keperibadian Melayu dan agama Islam. 

Hanya kerana ingin memajukan diri, UMNO tidak harus menukar hala tujunya atau keperibadiannya. Apa yang UMNO perlu lakukan adalah menukar cara pemikiran agar lebih berdaya saing dan berdaya maju dengan memperbetulkan apa yang salah serta memperbaiki segala kelemahan. 

Namun, kebanyakan pemimpin UMNO dikhuatiri tidak memahami hasrat akar umbi. Lebih teruk lagi apabila mereka turut memandang rendah dan memperlekehkan semangat UMNO yang asal. Kononnya ‘kemelayuan’ itu adalah kelemahan dan kerana itu UMNO tidak boleh terlalu Melayu lagi.  Apa yang pemimpin sebegini terlepas pandang ialah tatkala pemimpin UMNO menggadai Melayu, kaum lain terus berjuang memperkasakan jatidiri bangsa masing-masing.  Akibatnya, orang Melayu berada dalam kerugian serta mengalami ancaman ‘hilang di dunia’. 

Justeru itu, pemilihan UMNO yang bakal menjelang ini dilihat sebagai pertembungan antara pemimpin yang membawa roh asal UMNO dengan pemimpin yang telah tersasar jauh dari perjuangan UMNO. Biarpun semuanya memakai nama UMNO dan berpakaian UMNO tetapi beberapa tindakan dan kenyataan sebahagian mereka sebelum ini telah memperlihatkan suara liberalis yang lebih mirip kepada pembangkang. 

Mungkin sukar untuk diakui tetapi hakikatnya, UMNO sedang merekah, meretak dan menunggu masa untuk pecah berkecai. 

Dalam keadaan ini, kepimpinan perlu berhati-hati dalam mengambil apa saja keputusan untuk memastikan UMNO kekal kuat. Walaupun pertandingan bagi semua jawatan adalah perlu untuk memulihkan UMNO agar kembali menepati harapan dan jangkaan akar umbi tetapi hakikatnya, pertandingan juga mampu memecahbelahkan parti yang telah sedia retak ini. 

Mungkin menyedari hakikat ini, maka Tan Sri Muhyiddin Yassin, Timbalan Presiden UMNO, dikatakan tidak akan mencabar Presiden.  

Jika benar, ini mungkin merupakan satu keputusan yang amat bijak, sekali gus menggambarkan kematangan dan ketokohan Tan Sri Muhyiddin. Biarlah semua jawatan lain dipertandingkan, tetapi bukan jawatan tertinggi bagi mengelakkan berlakunya taufan yang bukan saja mampu menyebabkan UMNO hancur tetapi juga mampu meletakkan negara dalam keadaan tidak menentu. 

Tan Sri Muhyiddin tentunya seorang tokoh UMNO tulin kerana sentiasa melakukan apa yang terbaik untuk UMNO tanpa memikirkan kesan terhadap dirinya. Tiada siapa yang boleh lupa bagaimana beliau bertindak tegas meminta Tun Abdullah melepaskan jawatan apabila bekas Perdana Menteri itu dilihat sebagai tidak lagi mampu memandu UMNO di atas landasannya yang betul. 

Walaupun Tan Sri Muhyiddin boleh saja ‘mencuba nasib’ mencabar Dato’ Seri Najib tetapi beliau cukup faham bahawa dalam keadaan sekarang, tindakan ‘cuba-cuba’ bukanlah sesuatu yang bijak untuk dilakukan. 

Sesungguhnya, walaupun sokongan kepada Dato’ Seri Najib dikatakan cukup kukuh dan tidak mempunyai masalah untuk mengekalkan jawatan walaupun ia dipertandingkan, tetapi UMNO dan negara tidak mampu mengambil sebarang risiko. 

Oleh yang demikian, kita rakyat Malaysia harus bersyukur kerana masih mempunyai pemimpin yang tidak tergila-gilakan jawatan serta sanggup melepaskan peluang demi memastikan parti dan negara berada dalam keadaan terkawal. Kita percaya sebahagian besar ahli-ahli UMNO menghargai pengorbanan Tan Sri Muhyiddin dan turut berkongsi semangat yang sama dengan beliau. Bagi memastikan pengorbanannya tidak sia-sia, UMNO wajib membuat pilihan yang tepat dalam pemilihan nanti. 

Sekiranya ini berjaya dilakukan, maka kita semakin optimis yang UMNO bakal menambah sekurang-kurangnya 10 kerusi lagi dalam PRU-14 nanti. 
Read more ...

IMAM MASJIDIL HARAM DAN AHLI DEWAN ULAMA ARAB SAUDI DI UNIVERSITI MALAYA SELASA, RABU DAN JUMAAT INI!!!

Oleh : Abu Mardhiyyah Hafizi Mihzan

Bersempena dengan penganjuran seminar "Wasatiyyah Menurut al-Qur'an dan al-Hadith: Aplikasi di Arab Saudi dan Malaysia" anjuran Universiti Malaya, Malaysia dan Universiti Islam Madinah, Arab Saudi di Kuala Lumpur, tiga tetamu utama Arab Saudi akan melakukan kunjungan ke Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya. Butiran program adalah seperti berikut:

1) Solat Maghrib dan Isyak serta Syarahan Umum

Tetamu: al-Shaykh Dr. Maher H. al-Mu'ayqili (Imam Masjid al-Haram, Makkah al-Mukarramah)
Tarikh: 24 September 2013
Hari: Selasa
Masa: 7.00 malam hingga 9.00 malam
Tempat: Surau dan Dewan Kuliah Utama, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya

2) Syarahan Umum

Tetamu: al-Shaykh Dr. Qais M. Mubarak (Ahli Majlis Dewan Ulama Arab Saudi)
Tarikh: 25 September 2013
Hari: Rabu
Masa: 3.00 petang hingga 5.00 petang
Tempat: Balai Ilmu, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya

3) Khutbah dan Solat Jumaat

Tetamu: al-Shaykh Khalid al-Ghamidi (Imam Masjid al-Haram, Makkah al-Mukarramah)
Tarikh: 27 September 2013
Hari: Jumaat
Masa: 12.45 tengahari hingga 2.15 petang
Tempat: Surau Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya

Kehadiran terbuka kepada umum. Semua dijemput hadir. Terima kasih.
Read more ...

PROGRAM PEMERKASAAN EKONOMI BUMIPUTRA : PUNCA DAN CABARAN

Oleh : Beruang Biru

Mengumumkan sesuatu program memanglah mudah. Membentangkan projek tersebut di atas kertas dan persembahan ‘powerpoint’ juga mudah.  Membuat kira-kira mencari aggaran dan jangkaan tidaklah sesukar mana. Justeru, sesiapa sahaja dengan kebolehan berbahasa yang baik, pengetahuan mengenai ekonomi yang cukup serta keyakinan diri yang tinggi mampu membuat pengumuman yang cukup hebat didengar. Dalam kata lain, seorang eksekutif baru di mana-mana syarikat mahupun seorang graduan peringkat kepujian juga mampu mempersembahkan satu ‘teori’ yang hebat.

Oleh itu, kita dapati, dalam era teknologi maklumat di mana rakyat semakin kritikal dan sinis, sebarang pengumuman tidak lagi mengujakan. Malah ia disambut dengan kritikal dan sinis juga. Mungkin ada yang bersorak gembira dengan pengumuman ini tetapi kumpulan ini amatlah terhad di kalangan mereka-mereka yang telah pun berada dalam lingkungan penerima hasil langsung dari program-program terdahulu.

Mungkin tulisan ini bukanlah tulisan yang akan menggembirakan kepimpinan, namun inilah hakikat yang dapat disimpulkan setelah beberapa hari pengumuman mengenai pemerkasaan ekonomi bumiputera dibuat oleh YAB Perdana Menteri.

Kesungguhan Perdana Menteri untuk mempertahankan bumiputera tidak perlulah dipertikaikan. Kita pasti bahawa program tersebut dibuat kerana beliau benar-benar prihatin dan mendengar keluh-kesah rakyat. Sama ada ia dibuat bersempena Pemilihan UMNO, ia adalah cerita lain. Yang penting, program-program yang diumumkan cukup mantap dan bertepatan dengan kedudukan kewangan negara dan bukan sekadar janji manis ala Anwar Ibrahim.

Namun, kerajaan tidak boleh menyalahkan rakyat yang semakin bijak meneliti, menganalisa dan mengkritik sebarang pengumuman yang dibuat oleh kerajaan.  Rakyat menjadi begini setelah melihat beberapa kelemahan dan kesilapan jelas lagi ketara dalam urustadbir negara sejak pemerintahan Tun Abdullah Badawi. Mungkin mengungkit kelemahan pentadbiran terdahulu bukanlah perkara yang baik. Namun, jika benar kerajaan ikhlas ingin melakukan perubahan yang bermakna, maka segala kesilapan dan kelemahan wajib diakui terlebih dahulu bagi membolehkan pembaikan dan pembetulan dilakukan.

Malang sekali, apa yang dikhuatiri rakyat masih tidak dapat ditangani sepenuhnya melalui program pemerkasaan ini. Ini kerana, walaupun rakyat menghargai program baru yang cukup baik lagi hebat yang diumumkan kerajaan untuk bumiputera tetapi hakikatnya, rakyat bukan mendambakan program baru, tetapi lebih berminat  untuk melihat pembaikan atau pembetulan ke atas program yang telah tersasar.

Penting untuk difahami bahawa apa yang paling menggusarkan hati bumiputera ialah apabila melihat badan-badan yang bakal terlibat dalam perlaksanaan program-program baru ini, turut berhadapan dengan kontroversi.

Antaranya, GLC-GLC termasuk Petronas yang mana kedudukan bumiputera di jawatan tinggi dan tertinggi kini menjadi persoalan. Kita musykil dengan berita bagaimana personaliti-personaliti yang dikenali sebagai nasionalis yang telah berjaya mengangkat Petronas sehingga ke puncak, telah ‘terbuang’ atau terpinggir secara sistematik. Tempat mereka kemudian digantikan dengan liberalis dan bukan Melayu yang gemar memperlekehkan para nasionalis konon tidak cukup bijak. Apa yang berlaku dalam GLC-GLC ini kemudiannya semakin mencurigakan dan prestasi sebahagiannya juga semakin lembab selepas diambil-alih oleh kumpulan yang kononnya lebih ‘bijak’ dari para nasionalis tersebut. Di bawah pentadbiran mereka juga, vendor-vendor bumiputera semakin terpinggir secara perlahan-lahan.  

Justeru, rakyat melihat rancangan kerajaan untuk meletakkan pembangunan usahawan bumiputera di bawah sayap GLC-GLC ini, sebagai sesuatu yang sinis sekali.

Dalam memperkatakan tentang ekuiti bumiputera juga, rakyat melihatnya dengan penuh curiga. Secara umumnya, inilah yang dipersoalkan rakyat:

Ekuinas yang bertanggungjawab untuk membantu syarikat bumiputera tidak melakukannya secara terus, tetapi melantik syarikat CIMB Private Equity, KFH Asset Management, Navis Capital Partners, CMS Opus Private Equity Sdn Bhd, KAF Fund Management Sdn Bhd (KFM), dan RM Capital Partners Sdn Bhd sebagai pengurus dana.  Dalam kata lain, ‘meng-sub-kontrakkan' kerja mereka. Selaras dengan itu, bumiputera tertanya-tanya, berapa banyakkah syarikat bumiputera yang telah atau akan dibantu dengan menggunakan dana yang berbilion itu? Atau, mungkin lebih tepat lagi, ke manakah dana itu dilaburkan dan siapakah yang akan mendapat manfaat terbanyak dari pelaburan tersebut? Syarikat pengurus danakah, ekuinaskah atau atau syarikat-syarikat bumiputera yang seharusnya dibantu? Lebih menyesakkan dada ialah apabila terdedah bahawa antara pemilik syarikat pengurus dana yang dilantik mempunyai kaitan dengan Ethos Consultant iaitu syarikat yang sedia menjadi kontroversi berkenaan penglibatannya dengan kerajaan Malaysia sehingga membawa kepada kejatuhan Tun Abdullah Badawi.  

Selain ekuiti dan penglibatan bumiputera dalam GLC, rakyat turut ‘cuak’ apabila mendengar bahawa UDA Holdings bakal bertanggungjawab dalam mengatasi masalah pemilikan hartanah di bandar bagi bumiputera.

Ini kerana UDA Holdings baru-baru ini telah dipersoal oleh Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana (IKHLAS) mengenai tindakannya memberi pajakan selama 75 tahun kepada syarikat bukan bumiputera iaitu Central Market Management bagi menguruskan Central Market. Central Market Management merupakan anak syarikat Kha Seng Group. Secara automatik, apabila sesuatu itu jatuh ke tangan Cina, maka kaum lain pun akan dipinggirkan.   Peniaga bumiputera di Central Market kini menghadapi masalah ‘klasik’ di mana pengurusan menaikkan sewa mendadak dan tidak memberi ruang untuk sebarang tolak ansur. Kita sedia maklum bahawa ‘method’ yang sama dilakukan oleh pengurusan KLCC, Alamanda, Subang Parade dan semua pusat perniagaan yang diterajui bukan Melayu untuk memberi tekanan kepada peniaga bumiputera termasuk yang berdaya maju, agar mereka tidak dapat bertahan dan akhirnya ‘gulung tikar’.

Ini hanyalah masalah yang melanda sebahagian dari ‘bakal’ badan pemantau atau perlaksana program pemerkasaan ekonomi bumiputera yang diumumkan oleh Perdana Menteri, yang telah diketahui ramai. Tiada siapa tahu dengan pasti apa yang berlaku di dalam badan-badan yang lain-lainnya walaupun desas-desus mengenainya cukup membimbangkan.

Harapan rakyat ialah agar semua badan-badan perlaksana dan pemantau ini dipulihkan terlebih dahulu sebelum kerajaan meletakkan nasib bumiputera di tangan mereka.

Selain itu, keterdesakan kerajaan untuk meningkatkan jumlah graduan di dalam negara bagi memperlihatkan kesungguhan dalam membantu bumiputera dari segi pendidikan diambil sebagai isyarat bahaya, bukan penyelesaian.

Untuk pengetahuan kepimpinan, hampir semua rakyat setuju bahawa penambahan graduan bukanlah masalah sebenar, tetapi kualiti graduan. Dengan meletakkan matlamat untuk menambahkan kuantiti graduan, kursus dan juga kolej atau universiti maka ia dikhuatiri akan merendahkan lagi kualiti graduan yang telah sedia rendah pada masa ini. Ini tentunya akan menambahkan masalah dan bukannya menyelesaikan masalah.

Apa yang menggumam masyarakat hari ini ialah sikap para pendidik bermula dari sekolah rendah sehinggalah ke universiti. Ini termasuklah semua proses pembelajaran termasuk buku-buku teks yang tidak berkualiti.

Suka atau tidak, kita tidak dapat menafikan bahawa guru-guru hari ini jarang sekali mempunyai pengetahuan am yang secukupnya. Majoritinya tidak terdedah pada pembacaan yang luas serta tidak mempunyai ‘passion’ terhadap ilmu. Ini menjadi punca kenapa anak-anak murid tidak mampu mengembangkan imaginasi mereka dan tidak mempunyai minat yang mendalam terhadap subjek. Ia kemudian menjadi satu kitaran yang berterusan di mana murid-murid tadi mungkin akan menerapkan pemikiran yang sama kepada generasi selepas mereka apabila dewasa.

Jika kita masih tertanya-tanya kenapa Malaysia tidak mampu melahirkan walaupun seorang pencipta, maka inilah puncanya iaitu anak-anak kita mempunyai imaginasi yang terhad dan tidak mampu melihat ‘keseronokan’ dalam ilmu itu sendiri.

Secara dasarnya, rakyat Malaysia melihat dunia dalam konteks yang sempit dan Malaysia hari ini dipenuhi oleh anak-anak muda (dan dewasa) yang malas berfikir, ingin mencari wang mudah, sering terbawa-bawa dengan emosi serta tidak tahu ke mana hendak di arah bakat, minat dan kebolehan semulajadi mereka. Masyarakat kita terkongkong dalam dunia yang berkisar mengenai wang, politik, glamour, status, populariti dan agama semata-mata serta tidak mampu membayangkan dunia yang lebih luas di sebalik semua ini.

Contohnya, jika seorang barat mempunyai wang yang banyak, beliau akan mengembara mencari ilmu dan meneroka sejarah, tetapi seorang Melayu yang punya banyak wang hanya memikirkan tentang membeli belah dan status. Itulah bezanya pandangan kita dengan barat mengenai ‘dunia’ dan ‘kehidupan’.  

Sebenarnya, inilah punca kepada semua masalah bumiputera. Ia juga menjadi punca kenapa badan perlaksana, pemantau dan apa saja yang dirancang untuk membantu bumiputera, sukar untuk berfungsi dengan baik dan mencapai matlamatnya.

Justeru, jika kerajaan benar-benar ingin memperkasakan bumiputera, maka segala tenaga, peruntukan dan perhatian harus diberi kepada pembentukan minda yang bermula dari sekolah, atau lebih baik lagi dari maktab perguruan iaitu semua penuntut bidang pendidikan termasuklah tenaga pengajar kepada mereka. Daripada membawa tenaga pengajar dari luar untuk mengajar anak-anak kita di sekolah, adalah lebih baik membawa tenaga pengajar dari luar untuk mengajar bakal pengajar anak-anak kita, iaitu bakal-bakal guru. Bentukkan dahulu minda bakal-bakal guru agar mengagumi kehebatan ilmu dunia ciptaan Maha Esa. Hanya dengan cara itu, mereka dapat mengembangkan imaginasi dan daya fikir bakal anak-anak murid mereka.  

Apa yang dapat dilihat, perkara asas ini tidak pun dijadikan sebagai perkara utama dalam program pemerkasaan bumiputera. Sebaliknya program-program yang bersifat ‘memberi’ dan ‘membantu secara langsung’ diberi penekanan penuh. Maka, tidak hairanlah jika ramai yang sangsi dengan keseluruhan program ini kerana ia dilihat sebagai tidak mampu menyentuh perkara pokok, tetapi hanya membaja tumbuhan termasuk parasit dan lalang yang tidak lagi dimahukan.

Lebih dari itu, bumiputera dan juga seluruh rakyat tertanya-tanya apakah projek atau program hebat yang bakal menjana kewangan negara bagi membolehkan segala program pemerkasaan ekonomi ini berjalan lancar? Jangan nanti, bumiputera tenggelam dalam keterbukaan pasaran atas alasan mencari wang untuk menampung program ini. Jika ini berlaku, bumiputera bukannya semakin perkasa tetapi berkemungkinan hilang di telan pasaran terbuka.
Read more ...

Friday, 20 September 2013

[إنّا لله وإنّا إليه راجعون] BELANSUNGKAWA BUAT AYAHANDA MENTERI BESAR JOHOR, DATUK SERI KHALED NORDIN

إنّا لله وإنّا إليه راجعون
"Sesungguhnya kami adalah milik ALLAH dan kepada-Nyalah kami kembali".

Apabila mati anak Adam, terputuslah amalannya kecuali tiga: Sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan, atau anak soleh yang mendoakannya.”
(riwayat Imam Muslim)

Belansungkawa buat keluarga Haji Nordin Bin Johari Rahimahullah, bapa kepada Menteri Besar Johor, Datuk Seri Khaled Nordin yang telah kembali ke Rahmatullah pada jam 12.40 tengah hari tadi, di Hospital Pakar Puteri, Johor Bahru. Semoga ALLAH mengampunkan dosa beliau dan memasukkan beliau dikalangan orang-orang yang beriman.

Allahyarham Hj Nordin Johari, 81, akan disembahyangkan di Masjid Taman Perling Johor Bahru dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Mahmoodiah, Johor Bahru selepas Solat Asar.

YAB DS Mohamed Khaled Nordin yang kini berada diluar negara atas urusan rasmi, sedang dalam perjalanan pulang ke tanahair dan dijangka akan menghadiri Majlis Pengkebumian jenazah Ayahanda beliau.

Sumber diperolehi dari : AnotherBrickWall & Johor TV

Ikhlas dari Warga Kerja Pena Minang Return :

Read more ...

KAEDAH CINA DAP MEMPERJUANGKAN HAK ALAM SEKITAR


Oleh : RPM

Ewah-ewah... Mudahnya cakap... Kononnya Kerajaan Malaysia zalim lah...Apa la... Ni wahai Cina Kafir pemakan babi. Apa ko tak tengok ke laporan IAEA yang menyatakan bahawa KILANG LYNAS kat GEBENG tu bukan kilang NUKLEAR??? 



Bukan takat IAEA mengesahkan KILANG LYNAS di GEBENG itu selamat, malah 'geng' ko sendiri pun cakap selamat.




Persoalan berikutnya, kenapa Cauvenis Cina ni membebel tak tentu pasal, sedangkan KILANG TAK BEROPERASI SEPENUHNYA??? Baik membebel banyak pun tak guna. Apa pula komen si WONG TACK tatkala kaumnya ditangkap kerana tumpahan Minyak Diesel yang menyebabkan hampir sejuta penduduk Lembah Klang berhadapan dengan gangguan bekalan air? Ternyata baik di twitter, fb atau blognya, hampeh!!! Tak berani mengeluarkan sebarang kenyataan.

Inikah dikatakan pejuang alam sekitar???

Rujukan :

http://www.iaea.org/newscenter/news/pdf/lynas-report2011.pdf
Read more ...
© 2008-2017 PM Institute