ARTIKEL TERKINI

SUNNAH

SYIAH

SASTERA

EBOOK

Friday, 31 October 2014

MALAYSIAKINI DAKWA ANWAR TERANSANG DENGAN HUJJAH SHAFEE

Oleh : AJ

Memetik laporan MalaysiaKini, Tajuk yang dikemukakan oleh MalaysiaKini bagaikan menyindir Anwar dalam perbicaraan Liwat Anwar-Saiful.

Walaupun artikel berkenaan menulis bahawa 'ghairah' yang ditafsirkan Anwar itu adalah kepada laporan yang akan ditulis oleh Utusan Malaysia dan MalaysiaKini, namun menjadi kepelikkan bilamana editor MalaysiaKini lebih 'bersetuju' bahawa Anwar sebenarnya teransang dengan cerita ghairah yang diperincikan oleh pendakwaraya berkenaan.

Perlu diingatkan, kita harus berfikir apa perasaan Anwar bilamana seorang rakan baik yang mengenali beliau sejak tingkatan 6 menceritakan secara terperinci kejadian yang berlaku diantara Anwar dan Saiful. Dan kita juga harus sedar, pastinya Shafee adalah individu yang pernah mendengar kisah-kisah pelik yang disampaikan oleh orang lain kepadanya.



Natijahnya, penulis yakin bahawa Anwar juga teransang dengan kisah-kisah flashback yang dikemukakan oleh Shafee. Apa taknya, Itulah saat-saat manis beliau dengan coffee boynya - Saiful Bukhari Azlan.

Semoga Anwar kekal teransang.
Read more ...

MAMPUKAH SHAFEE PATAHKAN HUJJAH 14 PEGUAM ANWAR?



Oleh : AJ

Hari ini merupakan giliran pasukan pendakwaan yang diketuai oleh Tan Sri Dato' Sri Dr. Muhammad Shafee Bin Muhamad Abdullah akan membalas hujjah yang dikemukakan oleh barisan 14 peguam bela Anwar.

Hari ini juga boleh diibaratkan sebagai hari 'clash of titans' bilamana seorang rakan yang dikenali sejak zaman sekolah, menjadi individu yang akan mematahkan hujjah-hujjah yang dikemukakan oleh 14 Peguam Anwar.

Dan memetik perkataan Shafee;

"I Know him better than anyone of the leaders in this country including Tun M, Tun Abdullah Badawi, dan juga Dato' Seri Najib"

Pastinya ada sebab dan musabab mengapa Shafee begitu yakin mengetuai barisan Pendakwaan dalam kes liwat Anwar-Saiful kali ini.

Semoga keadilan akan dapat ditegakkan. Dan semoga kita beroleh kebenaran.

Read more ...

Wednesday, 29 October 2014

BEKAS PEGUAMBELA @Anwaribrahim MALUKAN PRESIDEN @PMUM1314 @fahmizainol_

Oleh : AJ

Amat memalukan bilamana seorang ketua pelajar dari sebuah universiti terkemuka di Malaysia dimalukan oleh seorang peguam yang juga merupakan bekas peguam kepada individu yang dibawa masuk oleh ketua pelajar berkenaan. Berikut merupakan respon dari mantan peguam Anwar Ibrahim bila mendapat jawapan balas dari Presiden Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Malaya 2013/14

"Sah ada bingai tak faham English dan hanya dapat masuk Uni sebab usaha dasar pendidikan Kerajaan yang tidak abaikan kepentingan orang Melayu,,,

Dasar pendidikan sama ditentang oleh bingai yang peroleh manfaat daripadanya....Huraian ciri-ciri macai Anwar yang klasik..

Nak kata sarcasm pun, isn't that the lowest form of wit? Either way, he is a dumb ass!

Tolong hantar Kamus English to Malay untuk dia pls?

Akan mati kalau nak jelaskan apa itu Google Translate kepada dia!

In the land of the blind, the one eyed man becomes king.." (Link asal disini)

Jadi kepada VC UM amnya TNC HEA, khasnya, sila perkasakan matapelajaran subjek Bahasa Inggeris. Tak guna kejar ranking dunia dan mendapat status universiti penyelidikkan, jika anak bangsa sendiri gagal menguasai bahasa dunia.
Read more ...

CERITA KAMPUNG CHUBADAK YANG SEBENAR

Isu Kg Chubadak - Pembetulan Kg Chubadak masih wujud.

Yang dirobohkan adalah Kg Chubadak Tambahan.

Wartawan selalu serkap jarang dengan mengatakan kesemua Kg Chubadak setinggan.

Untuk Makluman Kg Chubadak, Kg Chubadak Hilir adalah tanah Rizab Melayu yang ada geran.

Tiada sebarang rampasan yang berlaku diatas kedua Kampung asal dan bertuan ini.

Isu kes rumah yang dirobohkan adalah salah penduduk.

Sebanyak 7 kali pampasan telah dibayar.

Malah yang terbaru seramai 200 orang dipindahkan ke PPR Batu Muda dimana sewa rumah mereka dibayar Sentul Murni Development dan hampir 2 tahun mereka telah dipindahkan kesana. 

Rancangam asal, tapak sedia ada akan diratakan dan kemudian projek PPR rumah akan diadakan diatas tapak itu. Selepas siap, semua 200 penghuni itu akan dipindahkan semula ke PPR Chubadak ini. Namun disebabkan masih ada 5 rumah yang tidak mahu berpindah, nasib 200 orang tadi jadi tergantung sehingga sekarang.

Projek terbengkalai kerana 5 rumah terakhir ni.. mana lagi penting? 5 rumah atau nasib 200 orang Melayu yang ingin kembali ke PPR Chubadak?

Kesemua 5 rumah telah ditawarkan rumah PPR Bt Muda (sewa ditanggung pemaju) dan juga dijanjikan akan dipindah semula ke PPR Chubadak, namun mereka tolak.

Mereka mempersoalkan tidak dapat pampasan, namun 7 kali telah dibayar, dan jika tidak dapat sebenarnya sama ada mereka tidak mahu turut serta dalam perjanjian atau menuntut lebih dari itu.

Selain 5 rumah tadi, rumah rumah lain yang terbiar telah didiami pendatang tanpa Izin secara haram dan ini menyebabkan penyakit sosial dan mengganggu kampung bersebelahan . Nama Kampung Chubadak telah dicemari dengan insiden ini dan ramai salah anggap ingat kami ini setinggan, termasuklah Mantan Menteri Wilayah Persekutuan terdahulu.

Oleh itu, berhenti cerita Isu Kg Chubadak sekiranya tidak tahu fakta sebenar.

Tambahan : Penduduk Kampung Chubadak yang asli adalah berketurunan Minang, selain kesemua mereka itu mempunyai hubungan kekeluargaan. Jika ada yang bukan dari keturunan Minang, sama ada dari belah ayah atau ibu, nampak sangat mereka itu menipu. Ini bukan isu politik. Ini isu hak. Cuma orang luar yang tak tahu apa-apa baiklah jangan masuk campur urusan dalam penduduk kampung Chubadak.
Read more ...

Tuesday, 28 October 2014

MEMECAT ANWAR BUKAN SUATU KESILAPAN - TUN DR. MAHATHIR

Dipetik dari : Doktor Umum (Memoir Tun Dr. Mahathir Mohamad)

“Anwar sepatutnya sudah menjadi Perdana Menteri Malaysia hari ini. Jika beliau bukan Perdana Menteri maka ia adalah kerana perbuatan beliau sendiri. Beliau tidak memberikan saya sebarang pilihan selain menyingkirkannya. Saya melakukan apa yang saya rasa terbaik untuk negara. Saya mungkin telah melakukan banyak kesilapan, tetapi menyingkirkan Anwar bukanlah satu daripadanya."

Read more ...

FAKTA KES LIWAT ANWAR IBRAHIM DAN BEKAS PEMBANTUNYA, SAIFUL BUKHARI AZLAN

1. Saiful Bukhari diambil bekerja oleh DS Anwar Ibrahim sebagai pembantu di HQ PKR sebelum PRU12.

2. Selepas PRU12 DSAI melantik Saiful Bukhari sebagai pegawai Khasnya dengan memegang jawatan Coffe Boy

3. Saiful Bukhari membuat laporan Polis diliwat majikannya di pondok Polis Hospital Kuala Lumpur 

4. Sejurus Saiful membuat laporan polis diliwat, DSAI melarikan diri bersembunyi di kedutaan Turkey 

5. Dua hari selepas bersembunyi, DSAI keluar dan berbohong kepada media tidak kenal siapa Saiful Bukhari 

6. Hasil pemeriksaan doctor HKL ke atas dubur Saiful menemui DNA air mani DSAI 4cm dalam lubang dubur.

7. Pihak Polis menahan DSAI untuk siasatan lanjut dan meminta sampel DNA DSAI untuk membantu siasatan 

8. DSAI enggan menyerahkan sampel DNA nya bagi membantu siasatan pihak Polis. 

9. Dua orang peguam dari Australia & US mewakili DSAI menghalang sampel DNA diberi kepada pihak Polis 

10. DSAI tanpa sedar telah meninggalkan sampel DNAnya (Air Liur) sewaktu di Balai Polis 

11. Siasatan pihak Polis atas laporan liwat yang dibuat Saiful Bukhari dipadankan dengan keterangan saksi

12. Hasil Forensik mengesahkan DNA Air Mani yang ditemui dalam dubur Saiful sepadan 100% dengan DNA DSAI

13. Hasil siasatan lengkap pihak Polis akhirnya membawa DSAI dituduh di Mahkamah atas kesalahan Liwat

14. Sulaiman Abdullah peguam pertama mewakili DSAI dan beberapa kali perbicaraan terpaksa ditangguh.

15. Peguam Sulaiman Abdullah akhirnya menarik diri daripada mewakili DSAI atas alasan penyakit Buasir

16. Karpal Singh dilantik sebagai peguam mewakili DSAI setelah Sulaiman Abdullah menarik diri bagi kes

17. Selain Karpal Singh terdapat 11 orang lagi peguam mewakili DSAI tidak termasuk 3 dari luar negara.

18. DSAI mendapatkan perintah Mahkamah menghalang liputan media sewaktu Saiful memberikan keterangan 

19. Keterangan Saiful Bukhari mangsa liwat DSAI dibicarakan dalam kamar tertutup Mahkamah. 

20. Saiful dalam keterangannya kepada mahkamah dakwa DSAI liwat beliau tanpa kerelaannya. 

21. Fungsi KY Jelly yang digunakan untuk melincirkan zakar DSAI ke dalam dubur diterangan Saiful Bukhari

22. Saiful turut nyatakan DSAI menghadiahkannya seluar dalam lelaki berjenama Levis 

13. Segala keterangan Saiful Bukhari yang dibuat secara tertutup dalam kamar mahkamah didengar oleh DSAI

14. Karpal Singh peguam DSAI tidak menyoal balas keterangan Saiful bahawa DSAI telah meliwatnya

15. Bukti rakaman CCTV lif dan koridor kondo kejadian liwat berlaku pamerkan wajah Saiful dan DSAI

16. Bukti DNA, Karpal Singh mempertikai cara pemerolehan sampel DNA DSAI kerana tidak ikut prosedur.

17. Sepanjang perbicaraan liwat berlangsung Karpal Singh peguam DSAI tidak mempertikai laporan Forensik

18. Karpal Singh hanya mempertikaikan cara pemerolehan sampel DNA DSAI yang didapati sewaktu dalam lokap.

19. Karpal Singh tidak membantah laporan forensik sahkan Air Mani DSAI dalam dubur Saiful Bukhari

20. Sepanjang perbicaraan kes Liwat, Karpal Singh hanya mempertikaikan cara bukti DNA air mani disimpan 

21. Setelah 48kali perbicaraan liwat ditangguhkan.Hakim akhirnya mengarahkan DSAI membela diri.

22. DSAI sewaktu membela diri enggan mengangkat sumpah bercakap benar dihadapan Yang Arif Hakim.

23. DSAI sewaktu membela diri mengakui kenal Saiful Bukhari dan sahkan Saiful adalah pekerjanya 

24. DSAI tidak mempertikai DNA Air Mani miliknya yang ditemui dalam dubur Saiful sewaku membela diri

25. 66 kali perbicaraan kes jenayah Liwat ditangguhkan oleh DSAI di Mahkamah tinggi Jalan Duta

26. Hujahan Karpal Singh dalam kes Liwat hanya pertikai cara penyimpanan sampel DNA Air Mani DSAI.

27. Karpal Singh pertikai cara pihak Polis menyimpan DNA air mani dengan alasan plastik DNA tercemar

28. Hujahan Karpal Singh tidak menafikan DSAI meliwat Saiful sebaliknya menyatakan liwat suka sama suka

29. Mahkamah Tinggi KL akhirnya bebaskan DSAI atas alasan plastik sampel DNA Air Mani DSAI tercemar.

30. Pihak pendakwaraya menfailkan rayuan ke Mahkamah Rayuan atas keputusan pembebasan DSAI 

31. DSAI membantah rayuan yang difailkan pendakwaraya ke Mahkamah rayuan. 

32. Tan Sri Shafee Abdullah dilantik sebagai pendakwaraya bagi rayuan Saiful Bukhari ke Mahkamah Rayuan

33. DSAI membantah Tan Sri Shafee Abdullah sebagai pendakwaraya kes Liwat di Mahkamah Rayuan

34. Hujahan Karpal Singh di Mahkamah Rayuan berkisar kepada plastik DNA air mani yang tercemar

35. Hujah Pendakwaraya menekankan pada bukti DNA air mani DSAI berada dikedalaman 4cm dalam dubur Saiful

36. DSAI dan para peguam tidak menafikan liwat berlaku dan air mani DSAI dalam dubur mangsa liwat 

37. Sebanyak 12 kali kes perbicaraan di Mahkamah rayuan ditangguhkan atas sebab permohonan tertuduh DSAI

38. 3 orang panel Hakim mahkamah Rayuan putuskan DSAI didapati bersalah meliwat Saiful Bukhari

39. DSAI dihukum penjara 5 tahun Hakim Mahkamah Rayuan kerana meliwat pekerjanya Saiful Bukhari Azlan.

40. 3 panel Hakim Mahkamah Rayuan putuskan bukti DNA air mani DSAI satu bukti kukuh liwat telah berlaku

41. Karpal Singh peguam DSAI maklum pada mahkamah Liwat suka sama suka dan minta Saiful juga dihukum

42. DSAI failkan permohonan merayu ke Mahkamah Persekutuan atas keputusan hakim mahkamah Rayuan

43. DSAI sekali lagi failkan permohonan mengenepikan Tan Sri shafee selaku pendakwaraya kes Liwat

44. Peguam DSAI Karpal Singh terbunuh dalam kemalangan ngeri (MISTERI) dan kes Liwat ditangguhkan.

45. Sulaiman Abdullah dilantik semula menjadi peguam utama DSAI menggantikan mendiang Karpal Singh

46. Pengurusan kes di Mahkamah Persekutuan ditangguhkan ekoran peguam DSAI mengambil cuti sakit.

47. Mahkamah Persekutuan tetapkan 28&29 Okt pendengaran permohonan rayuan keputusan kes liwat DSAI.

48. Sudah 6 tahun 2 bulan kes liwat berlangsung yang mana telah ditangguhkan sebanyak 78 kali oleh DSAI

Boleh tambah Fakta @ perbetulkan jika ada kekurangan disitu.

Disediakan oleh; 

Sir Azri
(Bukan Mangsa Liwat)
Read more ...

POSTER PARODY RAKYAT HAKIM NEGARA EDISI MAHASISWA

Oleh : AJ

Sebenarnya aura kempen #RakyatHakimNegara yang dimainkan oleh PKR tidak memberikan kesan kepada majoriti mahasiswa. Ini kerana kempen berkenaan sekadar satu ritorik kosong untuk memberi tekanan kepada badan kehakiman bagi membebaskan Anwar Ibrahim dari kes Liwatnya. Sebagai seorang yang baru bergelar bekas Mahasiswa, akulah yang paling memahami masalah sebenar yang berlaku dikalangan kelompok anak muda ini. Berikut adalah sebahagian kecil dari apa yang pernah diluahkan oleh mahasiswa.


Read more ...

Monday, 27 October 2014

DEMONSTRASI DI UM SEKADAR SKRIP ULANGAN INSIDEN DI UPSI 2012

Oleh : AJ

Bila aku melihat pintu pagar KL UM dirempuh, aku melihat ianya sekadar skrip ulangan yang pernah berlaku di UPSI awal Januari 2012.

Cuma waktu kat UPSI, ianya bukan melibatkan kes Anwar Ibrahim. Sebaliknya ianya adalah kes Adam Adli yang bakal digantung dari pengajian. Cuma menariknya dalam kes ini, Safwan Anang mendakwa dirinya dipijak oleh Polis. Tapi setelah dirujuk kepada Doktor pakar, ternyata dakwaan Safwan Anang adalah satu penipuan.



Dan lagi satu kelainan yang membezakan skrip Gate UPSI dan Gate UM ialah, di UPSI, Adam Adli tak dapat masuk kampus, sebaliknya di UM, macai-macai Anwar Ibrahim berjaya merempuh pintu pagar UM lalu dengan jayanya mengusung Anwar ke Dataran DTC, dataran yang pernah menabalkan beliau sebagai seorang Mahasiswa.



Read more ...

SIKAP TARIK TALI PENTADBIRAN UNIVERSITI MALAYA

Dihantar oleh : Jay Bone

Terhantuk Baru Tengadah! 

Kerajaan mesti belajar dari isu UM ini. Iaitu sikap pegawai pengurusan UM seperti VC, TNC HEP dan TNC Akademik yang tidak tegas. Perkara ini tidak akan berlaku sekiranya ditangani dari awal lagi. Prof Dr Mohd Amin Jalaludin Naib Canselor Universiti Malaya tidak mahu membuat keputusan dan menyerahkan pada Profesor Datuk Dr. Rohana Yusof , TNC HEP.

TNC HEP pula terpaksa buat laporan polis sebagai satu jalan keluar.

Pegawai khas VC nama Mohd Naufal Omar adalah seorang yang pro pembangkang. Kerana dialah antara yg bermain "game" untuk tempat penggunaan Dataran DTC oleh PMUM ini. Malah diberitahu sebelum ini isu-isu info UMcedel bocor didalangi oleh pegawai ini.

Mahadi Sibon, Pegawai Khas kepada TNC Akademik UM adalah Angkatan Muda Keadilan. Tidakkah itu jelas?

TNC Akademik PROF. DR. MOHD HAMDI BIN ABD SHUKOR  Bekas Amir Hizbi UK yang totok PAS tapi pro anwar pula menasihat VC ambil jalan tengah. Apa muslihat mereka?

Sejak awal dah ada "game" dari pihak pengurusan UM. Mereka nampakkan cara menghalang tetapi hakikatnya mereka seperti mahu program berkenaan diteruskan.

UM mengambil jalan untuk "Black out"kan UM satu tindakan yang memberi persepsi buruk kepada kerajaan. 

Semua org tahu Anwar mempunyai kes sedang dibicarakan di mahkamah dan sekarang hendak di bawa pula Anwar ke UM. Sepatutnya VC UM bertegas untuk tidak mengheret UM pada episod dianggap menghina mahkamah. Tapi VC UM mengikut jari telunjuk TNC akademiknya dan pegawai khasnya.

Jika perkara ini ditangani tegas dari awal tak mungkin akan mengheret kerajaan pada persepsi buruk.

Kegagalan isu ini harus diletakkan ke VC UM, TNC akademik dan HEP. Mereka wajar dipecat!.

Kepimpinan Universiti yang lemah tidak boleh menghadapi mahasiswa serta isu-isu sekitarnya tidak harus berlaku.

Komen Pena Minang :  Kami berpegang kepada prinsip kebebasan dan kuasa autonomi yang diberikan kepada pihak Universiti. Maka tindakan UM untuk tidak melibatkan pihak luar seperti PDRM bagi mengambil alih keselamatan di UM kami hormati. Selain itu tindakan PDRM yang komited mengiktiraf kuasa autonomi yang ada pada UM harus dipuji. Secara tidak lansung ianya menafikan tuduhan liar pihak pembangkang bahawasanya IPTA di Malaysia tidak bebas dari kuasa kementerian.
Read more ...

COFFEE BOY ANWAR RAKUS MELIWAT PMIUM

Oleh : Jabdin bin Juhat*

1. Kalau pemimpin mahasiswa sekarang menggunakan Otak mereka, tentu kenyataan Presiden PMUM ini tak akan seperti sekarang.

2. Nak pecat apanya beliau pun jadi Presiden MPP baru terpijak (gantian) selepas Presiden lama meletak jawatan. Tempoh pemilihan MPP UM dah nak tamat bila-bila masa apabila PRK UM akan diadakan. Jadi melayan karenah “pecat” adalah ugutan Otak Udang yang kosong. Hanya akan mencerminkan tahap pemikiran seorang jaguh kampung sahaja!

3. Untuk apa bawa program melibatkan orang tua bernama Anwar yang beliau sedang berhadapan dengan kes mahkamah yang sedang dibicaraka. Tindakan sedemikian dilihat menghina mahkamah. Oleh yang demikian selain faktor AUKU pindaan 2012 dan kaedah tatatertib UM tentulah hal yg dianggap menghina mahkamah pihak Pengurusan UM tidak akan bersekongkol dengannya. Tindakan UM menghalang adalah tepat.



4. Apa dah jadi dengan PMIUM sekarang? Kerana Fahmi Zainol seorang, Presiden populis yang pro Anwarinas sehingga sanggup berjuang untuk individu politik bernama Anwar. Apakah Presiden PMUM ini berjaya membawa agenda kebajikan mahasiswa di dalam UM berbanding agenda politik Anwar? Bagaimana kumpulan mahasiswa yang tak sampai 20% ini berhadapan dengan pengundinya dalam pilihan raya kampus nanti? Sama-sama kita lihat sama ada agenda parti pembangkang diterima atau agenda kebajikan / pendidikan diterima di UM.

5. PMIUM yang kuat perkaderannya sejak sekian lama telah dirobek-robek oleh agenda Anwarinas? Jika dahulu PMIUM bangga dengan tarbiah, baiah, tamrin oleh pimpinan PAS seperti Hadi Awang di Taman Melewar kini fikrah mereka berpecah. PMIUM sudah hilang taring dan bisa. Lantaran itu ramai mantan PMIUM yang beralih arah kepada parti PKR atau kekal dalam PAS yang pro Erdogan.



6. Apakah masalah PAS di luar sana turut dihadapi oleh PMIUM? Tahun 2004 legasi terakhir PMIUM bawah Ramadhan Fitri yang pro PAS tumbang kali pertama di UM apakah kali ini corak politik Anwarinas akan mengekalkan PMIUM, tersingkir atau menjadikan PMIUM sebagai kuda tunggangan sebagai mana PAS dalam Pakatan.

7. Fahmi Zainol akan tamat sesi sebagai MPP jadi tidak timbul soal pemecatan. Barangkali ini platform Fahmi Zainol untuk lorong politiknya sebagaimana juga mantan PMUM atau PMIUM yang lain. Paling kurang pun mereka jadi PTD dan pegawai JAKIM.

Mengejar kepentingan politik diri Akhirnya PMUM & PMIUM tergadai. Jadi mahasiswa UM harus mengubahnya.

* Penulis merupakan mantan Presiden Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Malaysia Sabah yang juga merupakan pengasas bersama Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan - MPPK yang pertama. Kini beliau merupakan Timbalan Presiden Pertubuhan Aktivis Belia Tanah Air (ABATA)
Read more ...

Sunday, 26 October 2014

BEKAS CALON TIMBALAN KETUA MENTERI PULAU PINANG SINDIR DIRINYA SENDIRI

Oleh : AJ

Kita semua tau... Yang membantu menaikkan Asri ialah D.S Shahidan. Dan kita amat menghargai jasanya yang murni itu.

Namun bilamana orang yang dibantunya itu mula melakukan taik kepada D.S Shahidan, kami mula bertanya, apakah si penang ini sedang mengikut jejak langkah rakan senegerinya, Anwar Ibrahim? Yang tidak mengenang jasa orang yang pernah membantunya menaiki hiraki politik negara.

Sejurus kegagalannya mendapat perkenan melanjutkan tempoh perkhidmatan sebagai Mufti Perlis, Sang Muzabzib ini bagaikan anjing kepanasan. Maka bermulalah episod perli memerli. Apa sahaja yang tak kena pada akal dan hawa nafsunya, di kritik tanpa berusaha berjumpa dengan individu yang dikritiknya itu. Dan salakkannya semakin kuat bilamana usahanya melobi mendapatkan jawatan sebagai Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang gagal dalam PRU13 yang lalu. Rujuk disini : Malaysiakini Sahkan Dr. Asri Ditawarkan Jawatan Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang

Sedangkan bukan susah baginya mendapat nombor telefon atau mengutus surat kepada kenalannya itu.

Dan kini, Sang Muzabzib ini menjadikan tokoh terkemuka di Perlis ini sebagai mangsanya. Jadi kami mula merasa risau, adakah Genetik Anwar sudah berkembang mekar di dalam tubuhnya?

Semoga D.S Shahidan sentiasa tabah dan dilindungi Allah dalam berhadapan manusia seperti ini.
Mengampu kadangkala tidak memerlukan perkataan. Cukup sekadar berpakaian atau menggambarkan 'kemesraan' untuk tatapan khalayak ramai.
Read more ...

Saturday, 25 October 2014

TEGURAN DARI MANTAN PEMIMPIN MAHASISWA UNIVERSITI LANCASTER, UK, BUAT @fahmizainol_ @PMUM1314 @promahasiswa @umprom

Oleh : Saiful Zaini Mohd Bokhari*

Fahmi Zainol dare to risk expulsion from UM. Some may say its heroic, but I say U are ULTIMATE IDIOT

Saya dulu pun a student leader juga di Lancaster University. Sentiasa vokal dan mempunyai pendapat sendiri dan tidak mahu dikongkong (mungkin sampai sekarang pun!). Tapi saya tetap berpendapat apa-apa pun tanggungjawab seorang pelajar adalah BELAJAR. Saya tahu saya akan lebih boleh menyumbang kepada agama, negara dan bangsa sekiranya saya dapat yang terbaik dlm pelajaran; menimba pengalaman bekerja dan baru boleh menyumbang LEBIH POSITIF.

Adik Fahmi, tanpa keputusan dan penampilan yang baik, anda sebagai Presiden Mahasiswa UM pun tidak akan kemana, percayalah. Takkan nak bawa ke hulu ke hilir, title MANTAN PRESIDEN PMUM - TAK LAKU TU BANG!

Memang senang sebagai pelajar lebih terarah kepada semangat "Anti Establishment", itu saya faham. Tapi itu mesti diimbangi dgn pandangan yang lebih kritikal melihat, menilai dari segala sudut; bukan semata-mata ikut emosi darah muda.

Sedarlah rata-rata pelajar melayu dalam negara, KETINGGALAN. Terlalu banyak masa digunakan untuk perkara-perkara yang tidak mendatangkan faedah. Berpersatuan tu bagus; tapi jangan sampai lupakan Tanggungjawab sebagai pelajar.

Pelajar Melayu ni bukan tak pandai, tetapi mudah emotional - terlampau banyak gangguan dalam negeri. Bagi saya dan kawan-kawan yang belajar di luar negeri; keadaan kami ada sedikit baik - kurang gangguan. Senior setahun kami, seramai 10 orang Pemegang Ijazah Pertama Fakulti saya, 7 orang dari Malaysia dan 5 adalah pelajar Melayu. Tahun saya; 5 orang Ijazah Pertama, 3 PELAJAR MELAYU.

Tak Kalah PELAJAR MELAYU DLM SEGI KEPANDAIAN. Tanpa GANGGUAN-GANGGUAN INI PELAJAR-PELAJAR MELAYU AKAN LEBIH BERJAYA. Saya tak pernah rasa rendah diri bersama bukan sahaja India atau Cina, tapi juga bangsa-bangsa lain sedunia. Tak kalah orang Melayu nie weah....

Saya TIDAK KATA JANGAN AKTIF, Saya tak kata JANGAN berpolitik, Saya kata Utamakan PELAJARAN. GET THE BEST GRADE; GET THE BEST JOBS & ITS EXPERIENCE; THEN PEOPLE WILL TAKE YOU MORE SERIOUSLY... INSTEAD NOW AS A PEST!

Nak jadi Pembangkang, jadi lah Pembangkang yang lebih bertanggungjawab; ada sense. Dan kalu nak jadi Penyokong Kerajaan jadilah yang BUKAN KUAT AMPU. Rakyat negara ini seperti mana-mana negara DEMOKRASI perlukan Pembangkang yang Baik dan Bertanggungjawab.... bukan MEMBANGKANG DARI LONGKANG!

Tapi sebelum itu anda sebagai Pelajar mempunyai tanggungjawab terhadap Ibu Bapa dan keluarga yang impikan terbaik dari anda.

Saya pernah menjadi PENILAI dalam temuduga ke syarikat Multinational. Percaya lah... amat susah saya mencari Pelajar Melayu lulusan Dalam Negeri yang ada kelulusan yang baik dan mampu berketrampilan (berbahasa Inggeris dengan baik); bukan tidak mahu menolong pelajar Melayu... tetapi sukar mencari yang berbakat.

Mungkin ada yang boleh bercakap, berketrampilan tapi keputusan pulak yang tak baik. Yang ada keputusan yang baik, tak boleh pulak bercakap dan berketrampilan.

Alangkah baiknya Sekiranya Pemimpin-Pemimpin Pelajar ini yang sudah tentu berketrampilan berupaya mendapat Keputusan yg Terbaik....huhuhu.

Anak-anak Bangsaku.... perjalanan anda masih jauh di hadapan anda; jangan sesiakan masa depan anda...

#‎cuitorgkayahaji

* Latar belakang pendidikan penulis : Accounting and Finance. Lancaster University. CIMA (Chartered Institude of Management Accountant), 13 years in Shell Malaysia and Shell Europe. Last position in Shell Regional Finance Advisor Shell MEA (Middle East and Asia). Alumni MCKK. Now Businessman.
Read more ...

IDEOLOGI SESAT TIDAK ADA TEMPAT DALAM ISLAM - SYEIKH ABDUL RAHMAN AL-SUDAIS

MAKKAH : Sheikh Abdul Rahman Al-Sudais, Ketua bagi Masjidil Haram dan Madinah berkata manhaj Salaf mencerminkan cara hidup Islam yang sebenar yang mana ianya sesuai untuk setiap masa atau tempat.

"Ia adalah cara hidup ahli sunnah yang mengikuti jejak langkah Rasulullah (saw) dan juga jalan orang-orang Muhajirin dan Ansar, yang mana mereka telah beriman lebih awal," kata Al-Sudais dalam khutbah Jumaat yang disampaikannya di Masjidil Haram. 

Tambahnya lagi, ianya sejajar dengan perintah Nabi Muhammad S.A.W yang menyatakan; 

Hendaklah kamu berpegang dengan Sunnahku dan Sunnah Khulafa’ Rashidin Mahdiyyin, gigitlah ia (sekuat hati) dengan gigi geraham dan hendaklah kamu jauhi perkara yang diada-adakan (dalam urusan agama) kerana ia adalah bid’ah sedangkan setiap bid’ah itu adalah sesat, dan setiap kesesatan itu akan ke neraka”

Namun, Al-Sudais menjelaskan bahawa larangan mengadakan perkara yang baru hanya terhad kepada perkara-perkara yang melibatkan urusan agama, dan tidak terpakai kepada penemuan sainstifik moden dan kemajuan teknologi. 

Tambahnya lagi, kewujudan pihak-pihak tertentu yang bertindak menyalahi ajaran Nabi Muhammad tidak boleh dikaitkan dengan Islam walaupun mereka mendakwa bahawa tindakan yang dilakukan oleh mereka itu disandarkan kepada Islam.

"Prinsip-prinsip dan kaedah Salaf tidak boleh dipertanggungjawabkan keatas kesilapan mereka." ujarnya.

Ujar Sudais lagi, Kerajaan Arab Saudi hari ini merupakan satu kerajaan yang telah berpegang teguh kepada Manhaj Salaf.

Tambahnya, transformasi yang dibawa oleh Muhammad bin Abdul Wahab bukanlah sesuatu ajaran baru. Sebalinya ajaran yang bersandarkan kepada prinsip yang ditinggalkan oleh Nabi dan para sahabat.

"Beliau tidak membawa agama baru atau mazhab kelima. Tetapi apa yang dibawa olehnya adalah pemahaman yang benar dari ajaran Rasulullah S.A.W, para sahabat yang benar dan pengikut yang datang kemudian. Ajaran-ajarannya terpisah dari ideologi Takfiri dan amalan Khawarij, walaupun mereka telah membuat tuduhan yang tidak berasas, tuduhan palsu dan percubaan untuk mencemarkan dia, "kata Al-Sudais, sambil menambah ajaran Syeikh Muhammad bin Abdul Wahhab telah dilabel oleh musuhnya sebagai fahaman Wahabi. 

"Tanah dari Dua Masjid Suci ini adalah jalan tengah yang sederhana dari jalan Salafi yang diterangi dari al-Quran dan As-Sunnah serta jalan para sahabat Nabi.

Sementara itu di Masjidil Nabawi pula, Imam dan Khatib Syeikh Husain Al-Asheikh mengambil kesempatan di akhir tahun hijriah dengan menggesa para jemaah supaya kembali menilai amal perbuatan yang telah mereka lakukan sepanjang kesempatan masa yang diberikan oleh Allah dalam usaha menjadi seorang muslim yang sempurna.

Sumber : Arab News
Read more ...

[VIDEO] SEMPADAN-SEMPADAN NEGARA YANG PELIK DI DUNIA



Most of the time, a border is an imaginary line that isn’t remarkable in any way, usually not even readily visible. More often than not, the only indication you’ll get when you’re crossing one is a sign that says “Welcome to Oregon” or “You are now leaving California”, while you’re driving on a highway where nothing seems to be out of the ordinary. Some borders, however, are more unusual. Here is a list, in no particular order, of nine border areas that are somehow peculiar or noteworthy.
Read more ...

ANWAR & COFFEE BOY BARUNYA.


[Rakaman Audio Ini Merupakan Bukti Sikap Sambil Lewa & Tidak Peduli Kepimpinan MPMUM PRO YEM Dalam Isu Hal Ehwal Kebajikan Mahasiswa]

Oleh : AJ

Dengar khabar bahawa Anwar Ibrahim akan 'kembali' ke kampus selepas 40 tahun meninggalkan alam mahasiswa.

Dan pastinya 'kembalinya' Anwar ke kampus akan mewujudkan suasana yang menarik untuk diperhatikan.

Usaha 'membawa' Anwar masuk ke UM sebenarnya bukanlah sekadar kempen 'RAKYAT HAKIM NEGARA' sepertimana yang diwar-warkan oleh media pro pembangkang. Sebaliknya usaha membawa Anwar masuk ke Kampus UM adalah salah satu cara Pro Yem mengembalikan pengaruh mereka dikalangan Mahasiswa UM.

Natijahnya memang berlaku perpecahan diantara Kem Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM) yang merupakan kader kepada PAS, Progresif Universiti Malaya kader kepada PKR - Pro Anwar dan grup Sosialis, yang mana kesemua mereka ini berkumpul dibawah panji Pro Yem.

Pertembungan ideologi diantara ketiga-tiga kem ini menyebabkan momentum Pro Yem semakin terjejas. Setiap kumpulan cuba membawa agenda yang tersendiri mengikut arahan yang dikeluarkan oleh tangan-tangan ghaib di luar kampus.

Jika sebelum ini panji-panji Pro-Yem dipimpin oleh PMIUM, namun panji-panji tersebut telah beralih arah kepada kumpulan Pro-Anwar dalam kampus. Fahmi Zainol, Muqit antara nama-nama kepimpinan pelajar Pro-Yem Pro-Anwar yang menggunakan platform Pro Yem sebagai wadah memastikan pengaruh Anwar sentiasa mekar dalam kampus.

Tindak tanduk kedua-dua mahasiswa ini tidak ada bezanya dengan tindak tanduk Anwar semasa di kampus. Kedua-duanya lantang tak kena tempat, kuat beremosi, bijak memainkan isu, kuat berdemo, naif dalam dewan kuliah, ponteng kuliah dan lain-lain lagi. Menjadi kelompok 'Budak Suruhan Anwar' pastinya memberikan satu kelebihan kepada mereka ini. 

Mereka ini juga menjadi penyebab utama Presiden PMUM yang terdahulu, Kamarul Stapa meletakkan jawatan. Kamarul Stapa dilihat lemah dan kurang mempamerkan aksi provokatif kepada pentadbiran selain latar belakang keluarganya yang Pro-PAS menyebabkan Fahmi Zainol dan Abdul Muqit yang pro Anwar ini tidak menyenangi kepimpinan beliau. Alasan kesihatan yang digunakan oleh Kamarul Stapa untuk dipaksa meletakkan jawatan hanyalah satu drama yang dirangka oleh pengerusi PROM UM, Muqit dalam memastikan agenda Pro-Anwar terus mekar di dalam kampus.

Perpecahan yang berlaku ini secara tidak langsung menjejaskan kredibiliti dan populariti Pro Yem yang mana telah tercalar ekoran kegagalan MPMUM yang dikuasai oleh kumpulan ini menyelesaikan isu-isu berbangkit Mahasiswa. Segala manifesto yang diwar-warkan sebelum ini serta tidak lain hanyalah satu hiasan bagi menipu para Mahasiswa UM agar memberikan undi kepada kumpulan berkenaan.

Melihat kepada perpecahan yang berlaku, Fahmi Zainol dan Muqit (Baru Bergraduasi Tahun Ini - 2014) mula memujuk 'tuan' mereka untuk hadir ke UM sebagai salah satu kaedah untuk mengembalikan pengaruh Pro Yem di UM. Maka alasan membawa masuk Anwar ke kampus demi mendapat 'penjelasan' dari buah mulut Anwar sekadar satu telenovela sebelum pilihanraya kampus berlansung. Misi utama mereka bukanlah mahu mendengar 'amanat' Anwar, sebaliknya menggunakan 'crowd' yang hadir sebagai satu 'gambar' bahawa kononnya Pro Yem semakin mendapat tempat dikalangan mahasiswa UM. Maka sebelum PRK yang bakal menjelang, maka perlu ada satu 'event' yang besar yang harus dilaksanakan agar kelihatan mereka ini 'buat kerja' walaupun pada fakta sebenarnya, tidak ada sebarang jasa yang dilakukan oleh mereka.

Kita akan tengok nanti, di ruangan maya di FB ataupun di Twitter mahasiswa pro pembangkang akan mengeluarkan gambar-gambar peserta yang membanjiri program berkenaan. Sedangkan natijah sebenarnya, yang para mahasiswa UM sudahpun ketahui, jika berlaku limpahan di Dataran DTC, ianya bukan 100% pelajar UM, sebaliknya rakan-rakan Pro Yem dikampus-kampus lain selain orang luar yang tidak ada kaitan dengan UM.

Akhir kalam, kepada mahasiswa, khususnya mahasiswa Melayu. Usah buang masa menghadiri program yang tidak ada kepentingan kepada masa depan pendidikan anda. Lihatlah kepada contoh yang terjadi dikalangan Mahasiswa Pro Yem. Ada yang gagal menamatkan pengajian, ada yang di gantung pengajian, yang mana kesemua ini terjadi disebabkan terlalu berpolitik sehingga melupakan tugas utama mereka di kampus iaitu belajar. Ingatlah, disaat anak muda Melayu berdemo, dimana pula rakan-rakan kita berbangsa Cina dan India?

Baca yang lain :

1. http://www.penaminang.com/2014/04/panas-hasil-tarbiah-pro-mahasiswa-um.html#axzz3H7U0RDmA

2. http://www.penaminang.com/2014/09/inilah-kualiti-pemimpin-pelajar-pro-m.html#axzz3H7U0RDmA

3. http://www.penaminang.com/2013/11/isu-syiah-pro-m-um-masih-membisu.html#axzz3H7U0RDmA

4. http://www.penaminang.com/2014/06/menjawab-putar-belit-mahasiswakini.html#axzz3H7U0RDmA

5. http://www.penaminang.com/2014/01/beza-presiden-pmium-yang-kaki-fitnah.html#axzz3H7U0RDmA

6. http://www.penaminang.com/2013/12/isu-demonstrasi-syiekh-khalid-yasin.html#axzz3H7U0RDmA

7. http://www.penaminang.com/2013/11/bila-presiden-persatuan-mahasiswa-islam.html#more
Read more ...

KADAR PENGANGGURAN DI MALAYSIA TURUN 2.7%

KUALA LUMPUR – Kadar pengangguran Malaysia pada Ogos 2014 merosot sedikit kepada 2.7 peratus berbanding 2.8 peratus pada bulan sebelum itu, kata Jabatan Perangkaan.

Dalam satu kenyataan mengenai “Statistik Tenaga Buruh Malaysia’ hari ini, ia berkata, perbandingan tahun ke tahun itu menunjukkan kadar penganggguran lebih rendah 0.4 peratus pada 3.1 peratus pada Ogos 2013.

Kadar pembabitan tenaga buruh merosot kepada 67.1 peratus pada Ogos berbanding 67.4 peratus pada bulan sebelum itu.

“Penurunan 0.4 peratus ialah penerusan pengurangan pekerja dalam pasaran buruh sebanyak 0.4 peratus, terutama daripada kumpulan muda berusia di antara 15 hingga 19 tahun,” kata jabatan berkenaan. 

Sumber : Bernama
Read more ...

Friday, 24 October 2014

[VIDEO] CHINA, HONG KONG DAN MACAU



The artist who created a super-helpful explainer on the differences among England, the UK, and the British Isles is back, this time with a primer on China.

If you’ve ever traveled from Macau to Hong Kong to mainland China, you’ll notice that your passport gets stamped every time. Each one has its own government, money, police force, schools, and even languages.

But Hong Kong and Macau are not their own countries, despite the fact that Hong Kong had its own team in the 2008 Beijing Olympics.

Check out the video below for the quick, correct, and funny explainer, which will make you feel a lot more confident about any future Macau, Hong Kong, or China references.
Read more ...

PEMEGANG KUNCI KAABAH MENINGGAL DUNIA

Sheikh Abdul Qadir Taha Al-Sheibi, 74 individu yang menjadi pemegang kunci pintu Kaabah meninggal dunia pada Khamis lalu. 

Arwah merupakan keturunan dari keluarga Al-Sheibi yang diamanahkan memegang kunci tersebut secara tradisi sejak zaman Pra-Islam.

Keluarga penjaga kunci Kaabah ini mempunyai susur galur dengan sahabat Nabi, Sheiba bin Othman Abi Thalhah yang hidup pada zaman Nabi Muhammad S.A.W

Sumber - Arab News
Read more ...

PERSAMAAN @anwaribrahim DAN VOLDEMORT

Oleh : AJ

Kedua-duanya merupakan 'budak pandai'.

Kedua-duanya pembuat masalah.

Kedua-duanya melawan orang yang dah berjasa pada mereka.

Cuma yang membezakan mereka hanya satu.

Voldemort tak kahwin dan tak ada rekod meliwat.

Sedangkan Anwar Ibrahim sebaliknya.

Kah...Kah...Kah
Read more ...

HUKUM SOLAT JENAZAH DI KUBUR


Transliterasi oleh : Jebat

Cara Mengerjakan solat Jenazah di Perkuburan

Assalamualaikum….

Bagaimanakah tata cara jika solat jenazah dilakukan di kubur kerana terlambat untuk mengikutinya secara berjamaah di masjid atau dirumah arwah? 

Disoal oleh : Wardi 

Jawapan dari Ustaz Ammi Nur Baits:

Wa ‘alaikumus salam

Bismillah was salatu was salamu ‘ala Rasulillah, amma ba’du,

Dalam masaalah solat jenazah di perkuburan, terdapat beberapa hadis yang secara makna literalnya bertentangan.

Pertama, Hadis-hadis yang melarang solat di kuburan.

Hadis dari Abu Said al-Khudri Radhiallahu ‘anhu, Nabi Sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,


الأرض كلّها مسجد إلاّ المقبرة والحمّام

Bumi, semua boleh dijadikan tempat solat, kecuali kubur dan kamar mandi. (HR. Ahmad 12104, Abu Daud 492, Turmudzi 317, dan disahihkan al-Albani dalam al-Irwa)

Kemudian, hadis dari Anas bin Malik Radhiallahu ‘anhu, beliau mengatakan,


نهى عن الصلاة بين القبور

Nabi Sallallahu ‘alaihi wa sallam melarang solat di kuburan. (HR. Al-Bazzar 441 dan disahihkan al-Albani dalam Ahkam al-Janaiz).

Dalam riwayat lain dari Abu Martsad al-Ghanawi, bahawa Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,


لا تصلوا إلى القبور ولا تجلسوا عليها

“Jangan solat menghadap kubur dan jangan duduk di atas kubur.” (HR. Muslim 972, Nasai 760, dan yang lainnya).

Hadis-hadis di atas bersifat umum, kita dilarang untuk melakukan solat di kubur, apapun bentuk solatnya, tak terkecuali solat jenazah. Kerana solat jenazah, sekalipun tidak ada rukuk dan sujud, namun ianya adalah satu ibadah yang disebut dengan nama ‘solat’.

Kemudian, khusus hadis khusus mengenai solat jenazah, Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam, melarang ianya di lakukan di tengah-tengah kubur. Dari Anas bin Malik Radhiallahu ‘anhu, beliau mengatakan,


أنّ النبي صلى الله عليه وسلم نهى أن يصلى على الجنائز بين القبور

Bahawa Nabi Sallallahu ‘alaihi wa sallam melarang solat jenazah di sekitar kubur. (HR. Thabrani dalam al-Wasith 5631, dan dihasankan al-Haitsami dalam Majma az-Zawaid).

Kedua, Hadis-hadis yang membolehkan solat jenazah di kubur.

Disamping beberapa hadis yang melarang, terdapat beberapa hadis yang menegaskan boleh melakukan solat jenazah di kubur. Antaranya;

Hadis dari Ibnu Abbas Radhiallahu ‘anhuma,

Bahawa ada orang yang meninggal dan dimakamkan para sahabat di malam hari tanpa memaklumkan kepada Nabi Sallallahu ‘alaihi wa sallam. Padahal ketika sakit, orang ini sering dijenguk oleh Nabi Sallallahu ‘alaihi wa sallam. Di pagi harinya, mereka baru memberitahu Nabi Sallallahu ‘alaihi wa sallam.

“Mengapa kalian tidak memberi tahu aku?” tanya Baginda.

“Malam hari, gelap. Kami khuatir akan menyusahkan anda.” Jawab sahabat.

Ibnu Abbas melanjutkan ceritanya,


فأتى قبره، فصلى عليه، قال: فأمّنا،وصفّنا خلفه، وأنا فيهم، وكبّر أربعا

Lalu baginda mendatangi kuburnya, dan mensolatkannya. Kami menjadi makmum dan membentuk saf di belakang baginda. Saya termasuk diantara mereka dan beliau bertakbir 3 kali. (HR. Ibn Majah 1530, al-Baihaqi dalam as-Sunan, dan disahihkan al-Albani dalam Irwa’ al-Ghalil).

Kemudian, hadis dari Abu Hurairah Radhiallahu ‘anhu,

Bahawa ada seorang wanita hitam yang tinggal di dalam masjid, menjadi tukang sapu masjid. Suatu ketika, Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam mencarinya. Para sahabat memberi tahu bahawa beliau sudah meninggal.

“Mengapa kamu tidak memberitahuku? .” Tanya Nabi Sallallahu ‘alaihi wa sallam.

Seolah-olah para sahabat menganggap orang ini biasa-biasa sahaja .

“Tunjukkan kepadaku, di mana kuburnya.” Pinta Baginda.

Kemudian baginda mendatangi kuburnya dan solat jenazah di sana. Lalu baginda bersabda,


إِنَّ هَذِهِ الْقُبُورَ مَمْلُوءَةٌ ظُلْمَةً عَلَى أَهْلِهَا وَإِنَّ اللَّهَ عَزَّ وَجَلَّ يُنَوِّرُهَا لَهُمْ بِصَلاَتِى عَلَيْهِمْ

Kubur ini dipenuhi dengan kegelapan bagi penghuninya. Kemudian Allah ta’ala meneranginya dengan solatku untuk mereka. (HR. Bukhari 460, dan Muslim 2259).

Berdasarkan beberapa hadis di atas, ulama berbeza pendapat tentang hukum solat jenazah di kubur. Berikut adalah penjelasannya;

Pertama, solat jenazah di kubur tidak sah. Ini merupakan salah satu riwayat pendapat Imam Ahmad. (al-Inshaf, 1/490).

Kedua, solat jenazah di kubur hukumnya makruh. Ini merupakan pendapat Mazhab Hanafi, Maliki, Syafii, dan salah satu riwayat dari Imam Ahmad. (Badai as-Shana’i 1/320, Bidayatul Mujtahid 1/410, al-Majmu’ 5/231, al-Inshaf, 1/490).

Dua pendapat ini berdalil dengan beberapa hadis yang melarang solat di kubur dan secara khusus, larangan melakukan solat jenazah di kuburan.

Ketiga, solat jenazah di perkuburan, jika ada sebab, hukumnya dibolehkan. Ini merupakan pendapat sebahagian Mazhab Hanafi (al-Fatawa al-Hindiyah, 1/165), sebahagian pendapat Mazhab Maliki (Bidayatul Mujtahid, 1/410), majoriti ulama Hambali (al-Mughni, 3/423), dan Zahiriyah (al-Muhalla, 4/32).

Dari ketiga-tiga pendapat ini, yang lebih mendekati kebenaran adalah pendapat ketiga, bahawa solat jenazah di perkuburan ini hukumnya diperbolehkan / dibenarkan. Diantara alasannya ialah;

Pertama, semua tindakan Nabi Sallallahu ‘alaihi wa sallam berupa solat jenazah di kubur yang baginda lakukan bersama para sahabat menjadi pengecualian terhadap larangan dalam beberapa hadis di atas. Sehingga kita boleh mengamalkan semua hadis, dengan meletakkan kedudukan masing-masing sesuai dengan keadaannya. Hadis yang melarang solat di kubur dapat difahami disini ialah semua jenis solat selain solat jenazah yang mana disini terdapat sedikit pengecualian.

Pemahaman semacam ini sesuai kaedah:


إعمال الكلام أولى من إهماله

Mengamalkan hadis lebih didahulukan dari pada membuangnya.

Ketika kita berpendapat bahawa solat jenazah di perkuburan hukumnya dilarang, maka ianya akan mengakibatkan kita menafikan semua hadis yang membolehkan solat jenazah di perkuburan.

Kedua, sementara hadis dari Anas bin Malik, bahawa ‘Nabi Sallallahu ‘alaihi wa sallam melarang solat jenazah di sekitar kubur’,

Hadis ini memiliki beberapa perbahasan, diantaranya secara umum, bahawa Nabi Sallallahu ‘alaihi wa sallam melarang solat di antara kubur, tanpa ada tambahan kata ‘jenazah’. Dan inilah riwayat yang umum. Sementara tambahan kata jenazah ‘melarang solat jenazah’ adalah riwayat yang ganjil, menyelisihi keumuman riwayat yang lain. (at-Taqrib hlm. 169).

Ketiga, Perbuatan para sahabat

Beberapa sahabat mengejakan solat jenazah di perkuburan. Ini menunjukkan bahawa mereka memahami perbuatan yang dilakukan oleh Nabi Sallallahu ‘alaihi wa sallam sebagai dalil bahawa perbuatan itu dibenarkan.

Nafi' – ulama tabi’in murid kepada Ibnu Umar – menceritakan,


لقد صلينا على عائشة وأم سلمة وسط البقيع بين القبور، والإمام يوم صلينا على عائشة أبو هريرة وحضر ذلك ابن عمر

Kami pernah mensolatkan jenazah Aisyah dan Ummu Salamah di tengah pemakaman Baqi’ di antara kubur. Yang menjadi imam adalah Abu Hurairah, dan dihadiri Ibnu Umar Radhiallahu ‘anhum. (HR. Abdurrazaq dalam al-Mushannaf no. 6570)

Demikian jawapannya, Allahu a’lam.

Tata Cara Solat Jenazah di Kubur

Mengenai tata cara solat jenazah di kubur, sama  seperti dengan cara solat jenazah pada umumnya.

Rujukan :

1. Majalah Buhuts al-Islami, vol. 80, edisi Dzulqa’dah-Shafar (caturwulan), 1427 H.
2. Laman web rasmi Dr. Muhammad Ali Farkus: http://ferkous.com/site/rep/Be1.php
3. Fatwa Syabakah Islamiyah, no. 11238

Dipetik dari : KonsultasiSyariah.com
Read more ...
© 2008-2017 PM Institute