ANWAR & COFFEE BOY BARUNYA.


[Rakaman Audio Ini Merupakan Bukti Sikap Sambil Lewa & Tidak Peduli Kepimpinan MPMUM PRO YEM Dalam Isu Hal Ehwal Kebajikan Mahasiswa]

Oleh : AJ

Dengar khabar bahawa Anwar Ibrahim akan 'kembali' ke kampus selepas 40 tahun meninggalkan alam mahasiswa.

Dan pastinya 'kembalinya' Anwar ke kampus akan mewujudkan suasana yang menarik untuk diperhatikan.

Usaha 'membawa' Anwar masuk ke UM sebenarnya bukanlah sekadar kempen 'RAKYAT HAKIM NEGARA' sepertimana yang diwar-warkan oleh media pro pembangkang. Sebaliknya usaha membawa Anwar masuk ke Kampus UM adalah salah satu cara Pro Yem mengembalikan pengaruh mereka dikalangan Mahasiswa UM.

Natijahnya memang berlaku perpecahan diantara Kem Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM) yang merupakan kader kepada PAS, Progresif Universiti Malaya kader kepada PKR - Pro Anwar dan grup Sosialis, yang mana kesemua mereka ini berkumpul dibawah panji Pro Yem.

Pertembungan ideologi diantara ketiga-tiga kem ini menyebabkan momentum Pro Yem semakin terjejas. Setiap kumpulan cuba membawa agenda yang tersendiri mengikut arahan yang dikeluarkan oleh tangan-tangan ghaib di luar kampus.

Jika sebelum ini panji-panji Pro-Yem dipimpin oleh PMIUM, namun panji-panji tersebut telah beralih arah kepada kumpulan Pro-Anwar dalam kampus. Fahmi Zainol, Muqit antara nama-nama kepimpinan pelajar Pro-Yem Pro-Anwar yang menggunakan platform Pro Yem sebagai wadah memastikan pengaruh Anwar sentiasa mekar dalam kampus.

Tindak tanduk kedua-dua mahasiswa ini tidak ada bezanya dengan tindak tanduk Anwar semasa di kampus. Kedua-duanya lantang tak kena tempat, kuat beremosi, bijak memainkan isu, kuat berdemo, naif dalam dewan kuliah, ponteng kuliah dan lain-lain lagi. Menjadi kelompok 'Budak Suruhan Anwar' pastinya memberikan satu kelebihan kepada mereka ini. 

Mereka ini juga menjadi penyebab utama Presiden PMUM yang terdahulu, Kamarul Stapa meletakkan jawatan. Kamarul Stapa dilihat lemah dan kurang mempamerkan aksi provokatif kepada pentadbiran selain latar belakang keluarganya yang Pro-PAS menyebabkan Fahmi Zainol dan Abdul Muqit yang pro Anwar ini tidak menyenangi kepimpinan beliau. Alasan kesihatan yang digunakan oleh Kamarul Stapa untuk dipaksa meletakkan jawatan hanyalah satu drama yang dirangka oleh pengerusi PROM UM, Muqit dalam memastikan agenda Pro-Anwar terus mekar di dalam kampus.

Perpecahan yang berlaku ini secara tidak langsung menjejaskan kredibiliti dan populariti Pro Yem yang mana telah tercalar ekoran kegagalan MPMUM yang dikuasai oleh kumpulan ini menyelesaikan isu-isu berbangkit Mahasiswa. Segala manifesto yang diwar-warkan sebelum ini serta tidak lain hanyalah satu hiasan bagi menipu para Mahasiswa UM agar memberikan undi kepada kumpulan berkenaan.

Melihat kepada perpecahan yang berlaku, Fahmi Zainol dan Muqit (Baru Bergraduasi Tahun Ini - 2014) mula memujuk 'tuan' mereka untuk hadir ke UM sebagai salah satu kaedah untuk mengembalikan pengaruh Pro Yem di UM. Maka alasan membawa masuk Anwar ke kampus demi mendapat 'penjelasan' dari buah mulut Anwar sekadar satu telenovela sebelum pilihanraya kampus berlansung. Misi utama mereka bukanlah mahu mendengar 'amanat' Anwar, sebaliknya menggunakan 'crowd' yang hadir sebagai satu 'gambar' bahawa kononnya Pro Yem semakin mendapat tempat dikalangan mahasiswa UM. Maka sebelum PRK yang bakal menjelang, maka perlu ada satu 'event' yang besar yang harus dilaksanakan agar kelihatan mereka ini 'buat kerja' walaupun pada fakta sebenarnya, tidak ada sebarang jasa yang dilakukan oleh mereka.

Kita akan tengok nanti, di ruangan maya di FB ataupun di Twitter mahasiswa pro pembangkang akan mengeluarkan gambar-gambar peserta yang membanjiri program berkenaan. Sedangkan natijah sebenarnya, yang para mahasiswa UM sudahpun ketahui, jika berlaku limpahan di Dataran DTC, ianya bukan 100% pelajar UM, sebaliknya rakan-rakan Pro Yem dikampus-kampus lain selain orang luar yang tidak ada kaitan dengan UM.

Akhir kalam, kepada mahasiswa, khususnya mahasiswa Melayu. Usah buang masa menghadiri program yang tidak ada kepentingan kepada masa depan pendidikan anda. Lihatlah kepada contoh yang terjadi dikalangan Mahasiswa Pro Yem. Ada yang gagal menamatkan pengajian, ada yang di gantung pengajian, yang mana kesemua ini terjadi disebabkan terlalu berpolitik sehingga melupakan tugas utama mereka di kampus iaitu belajar. Ingatlah, disaat anak muda Melayu berdemo, dimana pula rakan-rakan kita berbangsa Cina dan India?

Baca yang lain :

1. http://www.penaminang.com/2014/04/panas-hasil-tarbiah-pro-mahasiswa-um.html#axzz3H7U0RDmA

2. http://www.penaminang.com/2014/09/inilah-kualiti-pemimpin-pelajar-pro-m.html#axzz3H7U0RDmA

3. http://www.penaminang.com/2013/11/isu-syiah-pro-m-um-masih-membisu.html#axzz3H7U0RDmA

4. http://www.penaminang.com/2014/06/menjawab-putar-belit-mahasiswakini.html#axzz3H7U0RDmA

5. http://www.penaminang.com/2014/01/beza-presiden-pmium-yang-kaki-fitnah.html#axzz3H7U0RDmA

6. http://www.penaminang.com/2013/12/isu-demonstrasi-syiekh-khalid-yasin.html#axzz3H7U0RDmA

7. http://www.penaminang.com/2013/11/bila-presiden-persatuan-mahasiswa-islam.html#more

Post a Comment

3 Comments

  1. Demo bebaskan Prof Azmi ramai je Cina dengan India, tak perlu pesimis sangatlah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Berapa peratus? Jangan ritorik sangatlah. Tu tak termasuk orang luar yang tak ada kaitan dengan UM pun.

      Delete
  2. Ada 40,000 penyokong?

    ReplyDelete

بِسْÙ…ِ اللَّÙ‡ِ الرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.