ARTIKEL TERKINI

SUNNAH

SYIAH

SASTERA

EBOOK

Thursday, 27 February 2014

KERAJAAN JEPUN BENARKAN @anwaribrahim MASUK SETELAH 'DECLARE STATUS' BEKAS BANDUAN.

Oleh : RPM

Ketua Angkatan Muda Keadilan Shamsul Iskandar atau lebih dikenali Sam Ketot hari ini melalui laman akaun twitternya memaklumkan bahawa Bakal MB Selangor, Anwar Ibrahim dibenarkan memasuki Jepun.

Ini merupakan kali pertama Anwar menjejakkan kaki ke Jepun setelah beliau diusir dan dihalau dari memasuki Jepun ekoran gagal memaklumkan taraf bekas banduannya.

Turut bersama Anwar Ibrahim dalam 'rombongan' ke Jepun ialah wakil dari PAS dan DAP.

Apa-apa pun adakah UMNO punca Anwar dibenarkan masuk ke JEPUN? So camna pulak dengan demo anti-Jepun tempoh hari??? Kah3






Artikel berkaitan :

http://penaminangreturn.blogspot.com/2014/01/kenyataan-akhbar-menteri-luar-negeri.html#axzz2uTRrWUzg
http://penaminangreturn.blogspot.com/2014/01/anwaribrahim-bekas-banduan-kedutaan.html#axzz2uTRrWUzg
http://penaminangreturn.blogspot.com/2014/01/kerajaan-jepun-halau-anwaribrahim_21.html#axzz2uTRrWUzg
http://penaminangreturn.blogspot.com/2014/01/jepun-dulu-dan-jepun-kini-anwaribrahim.html#axzz2uTRrWUzg
http://penaminangreturn.blogspot.com/2014/01/media-indonesia-dakwa-anwaribrahim.html#axzz2uTRrWUzg
http://penaminangreturn.blogspot.com/2014/01/kerajaan-jepun-halau-anwaribrahim.html#axzz2uTRrWUzg
Read more ...

606 JUTA + 2 BILION DUIT KERAJAAN PUSAT 'HANGUS' DEMI MEMENUHI NAFSU PEMIMPIN PAKATAN SELANGOR

Oleh : RPM

Setelah bertahun-tahun Projek Langat 2 tertangguh gara-gara sikap politik tak habis-habis dikalangan pemimpin Pakatan Selangor, sebanyak RM 606 Juta lebur sebagai kos tambahan dengan tambahan 2 bilion sebagai 'suntikan modal' kepada Kerajaan Selangor untuk mengambil alih saham-saham dalam syarikat pengendali air di Selangor.




Inilah yang dikatakan kebijaksanaan Pakatan dalam merancang ekonomi. 606 Juta itu bersamaan 930,000 rakyat Malaysia yang boleh menikmati RM650 sebagai BR1M! Itu tidak termasuk dengan pampasan bernilai RM9.65 bilion kepada empat syarikat konsesi air di Selangor. Jika inilah kaedah Kerajaan Pakatan mengira belanjawan. Kita tahulah dimana kualiti pengurusan kewangan mereka.




Apa-apapun nampaknya Kerajaan Selangor sendiri tak berani nak guna Air Lombong sepertimana yang diwar-warkan.


Baca selanjutnya disini :


http://novandri.blogspot.com/2014/02/terkini-skandal-rm606-juta-langat-2.html

http://www.bharian.com.my/articles/Selangorgunaairlombong/Article/
http://www.sinarharian.com.my/kebanyakan-sungai-di-selangor-tercemar-ancam-bekalan-air-1.93716
http://bm.harakahdaily.net/index.php/headline/26001-air-akhirnya-s-gor-urus-sendiri-tiada-lagi-syarikat-konsesi
Read more ...

Wednesday, 26 February 2014

IRAQ BELI SENJATA DARI IRAN : WASHINGTON TUNTUT PENJELASAN - SEKADAR SATU SANDIWARA ANTARA MAJUSI DENGAN NASRANI

BAGHDAD - Pegawai kewangan Kerajaan Iraq dilaporkan telah mengeluarkan bajet berjumlah 195 Dolar Amerika bagi membeli peralatan senjata dan peluru dari Iran, sekaligus mencetuskan pergeseran diantara Baghdad dan Washington.

Dalam pada itu Kementerian Pertahanan Iraq telah menafikan dakwaan pembelian berkenaan. Namun begitu seorang ahli parlimen Iraq yang memegang portfolio dalam jawatankuasa keselamatan dan pertahanan mengesahkan pembelian alatan senjata dengan Tehran.

Dalam pada itu, Washington telah menuntut penjelasan dari Baghdad berhubung isu tersebut ekoran Iran berhadapan dengan sekatan ekonomi oleh PBB. Dalam pada masa yang sama seorang ahli senat Amerika menuntut agar Washington menggantung penjualan 24 buah helikopter Apache sehingga isu berkenaan diselesaikan.

Amerika Syarikat merupakan pembekal senjata kepada kerajaan Perdana Menteri Nouri al-Maliki untuk membantu memerangi militan al-Qaeda dan kumpulan-kumpulan serpihan yang berkaitan dengan aktiviti keganasan.

Dalam masa yang sama kerajaan Syiah yang dipimpin oleh Maliki mempunyai hubungan yang kukuh dengan Iran, kuasa terbesar Syiah di rantau berkenaan. Washington telah bersaing dengan Tehran untuk melebarkan pengaruh di Iraq sejak tahun 2003 setelah kejatuhan diktator Sunni Saddam Hussein dalam pencerobohan yang diketuai oleh Amerika Syarikat. Untuk rekod tentera AS telah meninggalkan Iraq sejak bulan Disember 2011.

Sumber - Reuters
Read more ...

Tuesday, 25 February 2014

BANDUAN WANITA DI BRITAIN TERTEKAN : SEKS SEBAGAI HABUAN ROKOK DAN ARAK

BRITAIN, 25 FEBUARI 2014 : Banduan Wanita di Britain kini menghadapi tekanan apabila terpaksa melakukan hubungan seks dengan kakitangan penjara sebagai balasan memperolehi minuman alkohol dan rokok.

"Wanita dipenjara kini terdedah kepada mangsa seksual akibat dari penyalahgunaan kuasa dikalangan kakitangan penjara" ujar Chris Sheffield, pengerusi Suruhanjaya mengkaji kes gangguan seksual di penjara.

Tambah beliau lagi, kebanyakkan kakitangan di penjara tidak diberikan latihan dan panduan bagi menguruskan banduan wanita.

"Adalah penting bahawa dasar mengiktiraf perbezaan ini perlu dihormati bagi melindungi golongan yang mudah terjejas."

Selain gangguan seksual, banduan wanita juga didakwa tertekan dengan serangan yang dikenali sebagai 'decrotching', di mana banduan wanita dipaksa untuk memasukkan dadah ke dalam faraj untuk diberikan kepada banduan lain.

Walaubagaimanpun jurucakap di penjara Britain mendakwa bahawa kes berkenaan adalah satu kes terpencil.

"Sekiranya wujud serangan seksual sepertimana yang didakwa, kami pasti menyiasat kejadian itu dan akan melaporkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya."

Sumber : Metro.co.uk
Read more ...

PENJELASAN PENGARAH EKSEKUTIF PERKHIDMATAN TEKNIKAL SYABAS MENGENAI KRISIS AIR DI LEMBAH KLANG

Oleh : RPM

Nampaknya Rakyat Selangor terpaksa berhadapan dengan krisis air apabila catuan air akan bermula Khamis ini. Namun di pihak kerajaan Selangor dibawah pemerintahan Pakatan masih lagi cuba bermain politik dalam isu ini. Sedangkan seharusnya isu ini diselesaikan secara berhemah dan bukannya asyik membuang masa dengan melakukan tuduhan-tuduhan yang tak ada justifikasinya.

Apa-apapun, mari kita baca kenyataan media yang pernah dikeluarkan oleh SYABAS berhubung isu masalah bekalan air terawat di Lembah Klang ;

=================================

Krisis bekalan air yang sedang melanda di sebahagian kawasan di Negeri Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya pada masa ini adalah disebabkan kekurangan bekalan air terawat untuk diagihkan oleh SYABAS akibat dari keengganan Kerajaan Negeri Selangor melulus dan melaksanakan projek-projek untuk menambah bekalan air terawat di negeri ini. Keengganan Kerajaan Negeri Selangor mengeluarkan arahan pembangunan kepada projek pembinaan Loji Langat 2  dan kegagalan Kerajaan Negeri mengazetkan perlarasan tarif  yang telah ditetapkan dalam perjanjian konsesi juga merupakan faktor yang telah menyumbang kepada krisis ini. Selain daripada itu, Kerajaan Negeri juga telah mengarahkan pembekuan Perbelanjaan Modal (CAPEX) SYABAS dan ini telah membantutkan usaha-usaha SYABAS untuk mengurangkan kadar NRW serta, menaiktaraf, penambahbaikkan dan penyelenggaraan sistem sedia ada ketahap yang lebih baik lagi.

SYABAS sebelum ini telah beberapa kali memaklumkan kepada Kerajaan Negeri Selangor mengenai akan berlakunya krisis bekalan air jika program program penambahan bekalan air tidak dilaksanakan melalui 48 pucuk surat yang telah dihantar semenjak 25 Mei 2005 lagi kepada Kerajaan Negeri Selangor dan kepada Menteri Besar sendiri.

Selain itu, Kerajaan Negeri juga telah dimaklumkan SYABAS mengenai perkara ini melalui 9 mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah semenjak hujung tahun 2010 yang mana Kerajaan Negeri mempunyai 30% pegangan saham di dalam SYABAS. Setiap kali mesyuarat Lembaga Pengarah, Kerajaan Negeri turut dimaklumkan menerusi wakilnya di dalam mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah kedudukan bekalan air yang kritikal tetapi tiada sebarang tindakan diambil oleh Kerajaan Negeri Selangor sehingga kini.

Menteri Besar Selangor juga telah membuat kenyataan yang tidak tepat dan mengelirukan apabila mengatakan keadaan bekalan air mentah di empangan sedia ada mencukupi sehingga melimpah. Sebenarnya isu kekurangan bekalan air adalah merujuk kepada kekurangan air terawat untuk memenuhi permintaan pengguna. Tanggungjawab untuk memastikan Negeri Selangor mempunyai loji rawatan air yang mencukupi adalah terletak di bawah Kerajaan Negeri Selangor. Menteri Besar dan Kerajaan Negeri semenjak tahun 2005 telah dimaklumkan bahawa kapasiti loji-loji yang sedia ada telah tidak mencukupi dan sememangnya ada di antara 34 loji sedia ada telah beroperasi melepasi kapasiti rekabentuknya.

Menteri Besar Selangor boleh melihat dan merujuk kepada semua laporan-laporan dan surat-surat yang telah dihantar kepada beliau sebelum ini. Untuk  memahami perkara ini dengan lebih jelas lagi, SYABAS menjemput Menteri Besar untuk melihat sendiri keadaan operasi loji-loji yang diurus oleh syarikat-syarikat operator loji rawatan.Dalam hal ini,Loji Rawatan Air Sungai Semenyih yang diurus tadbir oleh Konsortium Abass Sdn. Bhd., syarikat milik Kerajaan Negeri Selangor juga telah beroperasi 20% melebihi kapasiti rekabentuknya.  Adalah ganjil dan amat mengelirukan jika Menteri Besar  sendiri tidak tahu menahu atau buat tidak tahu status pengeluaran loji yang dipunyai oleh Kerajaan Negeri Selangor sendiri.

Sebagai pemegang saham di dalam SYABAS, Menteri Besar dan kerajaan negeri Selangor juga mempunyai tanggungjawab di bawah undang-undang untuk membantu menyelesaikan masalah-masalah berkaitan menambah kapasiti bekalan air terawat, tetapi ini tidak dilakukan oleh beliau.

Kerajaan Negeri adalah bertanggungjawab dalam hal ehwal pembekalan air mentah yang mencukupi dan tidak tercemar seperti diperuntukkan di bawah Senarai Kedua, Senarai Negeri, Perkara 6 (C) Perlembagaan Persekutuan. Selain dari itu adalah juga menjadi tanggungjawab Kerajaan Negeri untuk memastikan bahawa bekalan air terawat mencukupi. SYABAS hanya menguruskan perkhidmatan pengagihan air terawat sahaja yang dikeluarkan oleh syarikat-syarikat operator loji rawatan air yang dilantik oleh kerajaan negeri sendiri.

Dalam hal ini, Kerajaan Negeri wajar dipertanggungjawabkan sepenuhnya atas semua masalah yang timbul akibat tindakan Kerajaan Negeri di bawah pimpinan Menteri Besar yang telah menyebabkan pembinaan Loji Langat 2 tidak dapat dilaksanakan dan Menteri Besar juga yang mengarahkan agar CAPEX tidak dijalankan dan akibatnya SYABAS tidak dapat melaksanakan kerja-kerja untuk mengurangkan kadar kehilangan air tanpa hasil atau NRW (Non Revenue Water) dan menjejaskan usaha SYABAS untuk membaikpulih dan menaiktaraf aset bekalan air bagi meningkatkan kecekapan dalam memberi perkhidmatannya kepada pengguna.  Pada masa yang sama kegagalan Kerajaan Negeri Selangor untuk mengazetkan perlarasan tarif telah menyebabkan tanggungan tertunggak SYABAS kepada operator loji rawatan air.

Oleh itu, tuduhan dan dakwaan Menteri Besar menerusi kenyataannya itu adalah tidak benar dan mengelirukan.  Kita sepatutnya bertanya kepada Menteri Besar apa tindakannya untuk menyelesaikan masalah ini, bukannya masih lagi membuat kajian-kajian yang mengambil masa yang panjang sedangkan realitinya para pengguna dan rakyat Selangor amnya telahpun berdepan  dengan masalah kekurangan bekalan air.

Pihak SYABAS sedia duduk semeja dengan Kerajaan Negeri Selangor dan Kerajaan Persekutuan serta SPAN untuk membincangkan langkah-langkah mencari jalan menyelesaikan masalah bekalan air ini dengan kadar segera.

IR. V. SUBRAMANIAM
Pengarah Eksekutif
Perkhidmatan Teknikal
Read more ...

HIKMAH DISEBALIK DIUTUSKAN PARA NABI DAN RASUL KEPADA UMAT MANUSIA

Oleh : Shabra Syatila 

Allah سبحانه و تعالى mengutus para nabi dan rasul khusus hanya kepada kaum mereka, seperti firman Allah سبحانه و تعالى : 

"dan bagi tiap-tiap kaum ada orang yang memberi petunjuk." (Ar-Ra’ad : 7)

Allah سبحانه و تعالى mengutus Muhammad ﷺ kepada semua umat manusia. Baginda ﷺ adalah penutup para nabi dan rasul, dan yang paling utama. Baginda ﷺ adalah pemimpin keturunan Adam dan pembawa bendera al-hamd (pujian) pada hari kiamat, dan Allah سبحانه و تعالى mengutusnya sebagai rahmat untuk seluruh alam.

Firman Allah سبحانه و تعالى : 

"Dan Kami tidak mengutus kamu, melainkan kepada umat manusia seluruhnya sebagai pembawa berita gembira dan sebagai pemberi peringatan, tetapi kebanyakan manusia tiada mengetahui. (Saba`:28)

Firman Allah سبحانه و تعالى: 

"Dan tiadalah Kami mengutus kamu (Wahai Muhammad), melainkan untuk (menjadi) rahmat bagi semesta alam. (Al-Anbiyaa`:107)

HIKMAH DIUTUS PARA NABI DAN RASUL

1. Mengajak manusia kepada menyembah Allahسبحانه و تعالى sahaja dan melarang manusia menyembah selain daripada Allah سبحانه و تعالى. Firman Allah سبحانه و تعالى : 

"Dan sesungguhnya Kami telah mengutus rasul pada tiap-tiap umat (untuk menyerukan): “Sembahlah Allah Subhanahu wa Ta’ala (sahaja), dan jauhilah Thagut itu”, … (An-Nahl : 36)

2. Menjelaskan jalan yang dikehendaki Allah سبحانه و تعالى : 

"Dialah yang mengutus kepada kaum yang buta huruf seorang Rasul di antara mereka, yang membacakan aya-ayat-Nya kepada mereka, mensucikan mereka dan mengajarkan kepada mereka Kitab dan hikmah. Dan sesungguhnya mereka sebelumnya benar-benar dalam kesesatan yang nyata. (Al-Jum’ah : 2)

3. Menjelaskan keberadaan manusia setelah sampai kepada Rabb mereka pada Hari Kiamat. 

Firman Allah سبحانه و تعالى :  

"Katakanlah: “Hai manusia, sesungguhnya aku adalah seorang pemberi peringatan yang nyata kepada kamu”. . Maka orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal-amal yang soleh, bagi mereka keampunan dan rezeki yang mulia. Dan orang-orang yang berusaha dengan maksud menentang ayat-ayat Kami dengan melemahkan (kemahuan untuk beriman); mereka itu adalah penghuni-penghuni neraka. (22:49-51)

4. Mendirikan hujjah kepada manusia. 

Sebagaimana firman Allah سبحانه و تعالى : 

"(Mereka Kami utuskan) selaku rasul-rasul pembawa berita gembira dan pemberi peringatan agar supaya tidak ada alasan bagi manusia membantah Allah سبحانه و تعالى sesudah diutusnya rasul-rasul itu. (An-Nisaa`: 165)

5. Rahmat

Sebagaimana firman Allah سبحانه و تعالى : Dan tiadalah Kami mengutus kamu, melainkan untuk (menjadi) rahmat bagi semesta alam. (Al-Anbiyaa`:107)

SIFAT PARA NABI DAN RASUL

Semua nabi dan rasul yang diutuskan oleh Allah terdiri dari kalangan lelaki golongan manusia. Allah سبحانه و تعالى telah memilih, menentu serta menyaring mereka dari semua hamba-hamba-Nya. Dia memberi kelebihan kepada mereka dengan nubuwah dan risalah. Memperkuat mereka dengan mu’jizat. Memberikan kemuliaan kepada mereka dengan risalah, membebani mereka dengannya, dan menyuruh mereka menyampaikan risalah tersebut kepada manusia agar manusia menyembah Allah سبحانه و تعالى sahaja serta meninggalkan penyembahan selain-Nya. 

Dia menjanjikan kepada mereka syurga atas hal itu. Sesungguhnya mereka itu (alahimush shalatu was salam) telah jujur dan menyampaikan perintah Allah. Firman Allah سبحانه و تعالى : 

"Dan Kami tidak mengutus sebelum kamu, kecuali orang-orang lelaki yang Kami berikan wahyu kepada mereka; maka bertanyalah kepada orang yang mempunyai pengetahuan jika kamu tidak mengetahui" (An-Nahl : 43) 

Sesungguhnya Allah سبحانه و تعالى telah memilih Adam, Nuh, keluarga Ibrahim dan keluarga ‘Imran melebihi segala umat (di masa mereka masing-masing), (Ali ‘Imran33) Dan sesungguhnya Kami telah mengutus rasul pada tiap-tiap umat (untuk menyerukan): “Sembahlah Allah سبحانه و تعالى (sahaja), dan jauhilah Thagut itu”, … (An-Nahl:36)

Allah سبحانه و تعالى memerintahkan kepada semua nabi dan rasul agar berdakwah kepada umat manusia supaya manusia hanya menyembah Allah سبحانه و تعالى sahaja, selain tidak menyekutukan-Nya. Dan Allah سبحانه و تعالى telah menentukan syari’at bagi setiap kaum yang sesuai dengan kondisi mereka, sebagaimana firman Allah سبحانه و تعالى : 

"Untuk tiap-tiap umat di antara kamu, Kami berikan aturan dan jalan yang terang. …, (Al-Maidah : 48)

Ketika Allah سبحانه و تعالى memilih para nabi dan rasul, Dia memberi sifat kepada mereka dengan ubudiyah (penghambaan) kepada-Nya pada tingkatan tertinggi, sebagaimana Dia katakan tentang Muhammad ﷺ pada maqam tanzil: 

"Maha Suci Allah سبحانه و تعالى yang telah menurunkan Al-Furqaan (iaitu al-Qur’an) kepada hamba-Nya, agar dia menjadi pemberi peringatan kepada seluruh alam. (Al-Furqaan : 1) 

Dan Allah berfirman kepada Nabi Isa bin Maryam a.s:  

"Isa tidak lain hanyalah seorang hamba yang Kami berikan kepadanya nikmat (kenabian) dan Kami jadikan dia sebagai tanda bukti (kekuasaan Allah سبحانه و تعالى) untuk Bani Israil. (Az-Zukhruf : 59)

Sesungguhnya semua nabi dan rasul adalah manusia yang diciptakan, mereka makan dan minum, lupa, tidur, boleh sakit dan akan meninggal dunia. Mereka tidak berbeza dengan manusia lainnya. Mereka tidak mempunyai sedikitpun dari sifat-sifat rububiyah dan uluhiyah. Mereka tidak boleh memberi manfaat dan bahaya kepada seseorang kecuali apa yang telah dikehendaki oleh Allah سبحانه و تعالى. Tidak mempunyai sedikit pun dari khazanah (perbendaharaan) Allah سبحانه و تعالى. Tidak mengetahui yang ghaib kecuali apa-apa yang diperlihatkan Allah سبحانه و تعالى kepada mereka.

Firman Allah سبحانه و تعالى kepada Nabi-Nya Muhammad ﷺ : 

Katakanlah: "Aku tidak berkuasa mendatangkan manfaat bagi diriku dan tidak dapat menolak mudarat kecuali apa yang dikehendaki Allah. Dan kalau aku mengetahui perkara-perkara yang ghaib, tentulah aku akan mengumpulkan dengan banyaknya benda-benda yang mendatangkan faedah dan (tentulah) aku tidak ditimpa kesusahan. Aku ini tidak lain hanyalah (Pesuruh Allah) yang memberi amaran (bagi orang-orang yang ingkar) dan membawa berita gembira bagi orang-orang yang beriman". (Al-A’raaf : 188)

KEISTIMEWAAN PARA NABI DAN RASUL

Para nabi dan rasul adalah manusia paling suci hatinya, paling cerdas akalnya, paling benar imannya, paling baik akhlaknya, paling sempurna agamanya, paling kuat ubudiyahnya, paling sempurna tubuhnya, dan paling tampan rupanya. Allah سبحانه و تعالى telah memberikan mereka dengan beberapa keistimewaan, antaranya ialah :

1. Allah سبحانه و تعالى telah memilih mereka dengan wahyu dan risalah.

Firman Allah سبحانه و تعالى : "Allah سبحانه و تعالى memilih utusan-utusan-(Nya) dari malaikat dan dari manusia: …(Al-Hajj : 75)

Katakanlah: ”Sesungguhnya aku ini hanya seorang manusia seperti kamu, yang diwahyukan kepadaku: “Bahawa sesungguhnya Ilah kamu itu adalah Ilah Yang Esa”. (Al-Kahfi : 110)

2. Sesungguhnya mereka dipelihara dari kesalahan pada apa-apa yang mereka sampaikan kepada manusia iaitu aqidah dan hukum. Jikalau mereka keliru, maka Allah سبحانه و تعالى meluruskan mereka kepada yang haq dan benar.

Firman Allah سبحانه و تعالى :

"Demi bintang semasa ia menjunam, -Rakan kamu (Nabi Muhammad yang kamu tuduh dengan berbagai tuduhan itu), tidaklah ia menyeleweng (dari jalan yang benar), dan ia pula tidak sesat (dengan kepercayaan yang salah). Dan ia tidak memperkatakan (sesuatu yang berhubung dengan ugama Islam) menurut kemahuan dan pendapatnya sendiri. Segala yang diperkatakannya itu (sama ada Al-Quran atau hadis) tidak lain hanyalah wahyu yang diwahyukan kepadanya. wahyu itu (disampaikan dan) diajarkan kepadanya oleh (malaikat jibril) yang amat kuat gagah," (An Najm : 1-5)

3. Sesungguhnya mereka tidak boleh diwaris setelah kematian mereka.

Dari ‘Aisyah r.a, dia berkata, ‘Rasulullah ﷺ bersabda, ‘Kami tidak diwarisi, apa yang kami tinggalkan menjadi sedekah.’ (HR. al-Bukhari no. 6730 dan Muslim no 1757)

4. Mata mereka tidur dan hati mereka tidak tidur.

Dari Anas bin Malik r.a dalam cerita Isra`: ‘Dan Nabi ﷺ tidur kedua matanya tetapi tidak tidur hatinya. Demikian pula para nabi, mata mereka tidur tapi hati mereka tidak tidur.” (HR. al-Bukhari no. 3570)

5. Sesungguhnya mereka diberi pilihan di antara dunia dan akhirat saat akan meninggal dunia.

Dari ‘Aisyah r.a, ia berkata, “Saya mendengar Rasulullah ﷺ bersabda, ‘Tidak ada seorang nabi yang sakit kecuali diberi pilihan antara dunia dan akhirat.” (HR. al-Bukhari no 4586 dan Muslim no. 2444)

6. Mereka dikuburkan di tempat mereka meninggal dunia.

Dari Abu Bakar r.a, ia berkata, ‘Saya mendengar Rasulullah ﷺ bersabda, ‘Tidak akan dikuburkan seorang nabi kecuali di tempat dia meninggal dunia” (Sahih. HR. Ahmad no. 27. lihat Sahih al-Jami’ no. 5201)

7. Bumi tidak dapat memakan jasad mereka.

Dari Aus bin Aus r.a, dia berkata, “Rasulullah ﷺ bersabda: ‘Sesungguhnya hari terbaik kamu adalah hari Jumaat…’ dan dalam hadis ini: ‘mereka bertanya: ‘Hai Rasulullah, bagaimana selawat kami diperlihatkan kepadamu sedangkan engkau telah hancur?’ Mereka mengatakan: engkau telah hancur. Baginda ﷺ menjawab: ‘Sesungguhnya Allah سبحانه و تعالى mengharamkan jasad para Nabi kepada bumi.” (Sahih. HR. Abu Daud no 1047, Sahih Sunan Abu Daud no. 925)

8. Mereka tetap hidup di kubur mereka dan melakukan solat.

Dari Anas r.a, dari Nabi ﷺ, Baginda bersabda, ‘Para ﷺ  tetap hidup di kubur mereka, melaksanakan solat.’ (HR. Abu Ya’la no 3425. lihat: as-Silsilah al-Ahadis Sahihah no. 621)

Dari Anas r.a, sesungguhnya Rasulullah ﷺ bersabda, ‘Aku melewati Musa a.s pada malam aku diisra`kan di sisi tumpukan pasir merah sedang solat di dalam kuburnya.” (HR. Muslim no. 2375)

9. Isteri-isteri mereka tidak boleh dikawini setelah mereka.

Firman Allah سبحانه و تعالى : 

"Dan tidak boleh kamu menyakiti (hati) Rasulullah dan tidak (pula) mengahwini isteri-isterinya selama-lamanya sesudah dia wafat. Sesungguhnya perbuatan itu adalah amat besar (dosanya) di sisi Allah سبحانه و تعالى . (Al-Ahzaab : 53)

Kita semua wajib beriman kepada semua nabi dan rasul. Barang tidak beriman kepada salah seorang dari mereka, bererti dia kafir kepada semuanya. Kita wajib membenarkan apa-apa yang sahih dari mereka iaitu berita-berita mereka, mengikuti mereka dalam kebenaran iman, serta mengikut kesempurnaan tauhid dan akhlak yang baik. Kita wajib mengamalkan syari’at nabi yang diutus kepada kita, iaitu penghulu dan penutup sebaik-baik yang diutus kepada semua manusia dan alam semesta, iaitu Muhammad ﷺ.

Firman Allah سبحانه و تعالى :

"Wahai orang-orang yang beriman! Tetapkanlah iman kamu kepada Allah dan RasulNya, dan kepada Kitab Al-Quran yang telah diturunkan kepada RasulNya (Muhammad, s.a.w), dan juga kepada Kitab-kitab Suci yang telah diturunkan dahulu daripada itu. Dan sesiapa yang kufur ingkar kepada Allah, dan Malaikat-malaikatNya, dan Kitab-kitabNya, dan Rasul-rasulNya dan juga Hari Akhirat, maka sesungguhnya ia telah sesat dengan kesesatan yang amat jauh." (An-Nisaa`:136)

MANFAAT DARI BERIMAN KEPADA PARA NABI DAN RASUL

Mengenal rahmat Allah سبحانه و تعالى kepada hamba-hamba-Nya dan perhatian-Nya kepada manusia. Di mana Allah سبحانه و تعالى telah mengutus para rasul kepada manusia yang memberi petunjuk untuk menyembah Rabb, dan bagaimana manusia menyembah-Nya. Memuji Allah سبحانه و تعالى dan bersyukur kepada-Nya atas nikmat ini. Mencintai rasul dan memuji mereka tanpa berlebihan; kerana mereka adalah utusan-utusan Allah سبحانه و تعالى , beribadah kepada-Nya, menyampaikan risalah-Nya, dan memberi nasihat kepada hamba-hamba-Nya.
Read more ...

TIPS KESELAMATAN BUAT WANITA

Dipetik dari FB : Oh Media

1) Apa yang perlu seorang wanita lakukan jika dia mendapati dirinya berada dalam situasi dimana dia berada bersama seorang lelaki yang mencurigakan sewaktu menaiki lif di sebuah apartment pada lewat malam?

Pakar memberitahu: Masuk lif dan tekan butang setiap tingkat sehingga ke aras rumah anda. Tiada siapa akan berani menyerang anda didalam lif yang berhenti di setiap tingkat.

2) Apa yang perlu seorang wanita lakukan jika dia mendapati seorang yang tidak dikenali menceroboh masuk dan cuba menyerangnya sewaktu bersendirian di dalam rumah?

Pakar memberitahu: Lari ke dapur. Anda tahu di mana serbuk cili atau kunyit di simpan. Atau di mana pisau dan pinggan berada. Semua benda tersebut boleh bertukar menjadi senjata yang berbahaya. Lempar segala peralatan dapur ke arah penyerang. Biarkan ia pecah dan jerit sekuat hati. Ingat, bunyi adalah musuh kepada si penyerang kerana dia tidak mahu ditangkap.

3) Apa yang perlu seorang wanita lakukan jika dia terpaksa menaiki teksi pada waktu malam?

Pakar memberitahu: Sebelum masuk ke dalam teksi tersebut, ambil nombor pendaftarannya. Gunakan telefon bimbit anda untuk menghubungi keluarga atau rakan anda dan berikan mereka butiran teksi itu dalam bahasa yang difahami oleh pemandu teksi. Walaupun tiada siapa yang menjawab panggilan anda, anda boleh berpura-pura berbual dengan seseorang. Pemandu itu kini tahu seseorang telah mempunyai maklumat yang cukup dan dia akan berada dalam masalah yang serius jika terjadi apa-apa kepada anda. Dia kini terikat untuk memastikan anda sampai ke destinasi dengan selamat. Dari berpotensi sebagai penyerang, beliau kini telah menjadi faktor pelindung anda!

4) Bagaimana jika pemandu teksi menukar jalan yang dia tidak sepatutnya lalu dan anda berasa sedang memasuki zon bahaya?

Pakar memberitahu: Gunakan tali beg tangan anda untuk menjerut leher pemandu tersebut dan tarik ke belakang. Dia akan berasa tercekik dan tak bermaya dalam beberapa saat. Dalam kes jiika anda tidak mempunyai beg tangan yang bertali, tarik kolar baju pemandu tersebut. Bahagian atas bajunya juga akan menghasilkan kesan yang sama.

5) Apa yang perlu seorang wanita lakukan jika dia berasa dirinya sedang diekori pada waktu malam?

Pakar memberitahu: Masuk kedalam kedai atau premis berhampiran yang terang. Jika kedai-kedai tidak dibuka pada waktu malam, masuk ke dalam ATM berhampiran. ATM merupakan tempat yang mempunyai pengawal keselamatan. Mereka juga dipantau oleh litar televisyen tertutup. Kerana takut dicam, tiada siapa akan berani menyerang anda.

Sentiasa berjaga-jaga adalah senjata yang paling baik buat diri wanita.

Mohon sebarkan kepada semua kenalan wanita dalam jagaan anda. Menyebarkan info sebegini adalah usaha yang paling kurang kita boleh lakukan untuk tujuan sosial dan moral demi keselamatan wanita.
Read more ...

KESESATAN PEMIKIRAN TAREQ AL-SUWAIDAN @realDrMAZA @drmazacom




Oleh : RPM


Rasulullah ﷺ bersabda : ”Di akhir zaman akan ada para ahli ibadah yang bodoh dan para ulama yang jahat.” 
(HR at-Tirmidzi).

Tak semestinya dia arab, berjubah putih, berjanggut, dan ada title 'DR', maka apa yang diucapkannya tu betul. Berhati-hatilah. Sebab banyak musang berbulu ayam. 

Aku bukanlah pro Ulama Saudi. Cuma aku tengok Ulama Saudi lebih jitu, tajam dan arif dalam bab aqidah. Sebab tu Ulama Saudi dah siang-siang cakap, tak payah buang masa nak cari jalan 'penyatuan' dengan Syiah. Kalau dengan Syiah yang begitu licik bertaqiyyah pun ulama Saudi boleh kenal pasti keburukkannya, takkanlah setakat Thoriq As-Suwaidan ni menjadi masalah bagi mereka untuk menganalisis pemikirannya?

Read more ...

Monday, 24 February 2014

AHLI PAS DIARAHKAN UNTUK SOLAT HAJAT DEMI MENYELAMATKAN KAKI FITNAH

Oleh : RPM

DOA K.O BN dah tak jalan.
Terpaksa DOAkan agar si pembuat fitnah diberikan perlindungan.




Apa-apapun yang pasti, yang difitnah telah mendapat pengadilan.
Read more ...

POLITIK ALA KHOMEINI DALAM PKR



Oleh : AJ

Nampaknya Sam Ketot ni bukan main lagi jilatnya. Kadangkala aku fikir, Anwar ni dah macam Khomeini pun ada. Yelah, sesiapapun kena berkorban demi Anwar. Siapa sahaja perlu berjuang demi Anwar. Malah sesiapa sahaja harus menjadi barua demi Anwar.
Read more ...

@realDrMAZA DIMANA TELUR KAU???

Oleh : RPM

Mungkin itu persoalan paling sesuai diungkapkan tatkala melihat keletah Dr. MAZA yang semakin hari semakin menjadi-jadi. Bekas 'Tak Jadi Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang' ini begitu sakan berbicara mengkritik pemerintah, umpama dirinya sahajalah yang terbaik. Memang aku tak heran dengan sindiran 'si kantoi kat sekolah ni', sebab dia ni hanyalah seorang Lecture USM yang makan gaji dengan kerajaan.

Cuma yang aku pelik, mengapa dan kenapa Dr Maza yang satu ketika dahulu sebelum PRU13 yang merekasayakan kononnya dijemput berjumpa dengan Perdana Menteri Najib Razak, tidak bercakap dengan terang dan jelas dihadapan pemimpin, sebaliknya bersikap seperti Gay Tua dengan hanya mengkritik dan menyampaikan pandangan melalui FB dan TWITTER yang belum tentu dibaca oleh orang yang dikritiknya itu.

Aku ingin memetik sepotong Hadis yang berbunyi;

“Jihad yang paling afdhal adalah dengan berkata benar di hadapan pemerintah yang zalim.” [Riwayat at-Tirmidzi no. 2174, Abu Daud no. 4344 dan an-Nasa’i no. 7834]

Jadi timbul persoalan dibenak pemikiran aku, apakah Dr. MAZA tak pernah menemui riwayat ini atau beliau menganggap pemimpin yang ada pada hari ini tidak begitu Zalim?

Soalnya sekarang, walaupun apa yang diucapkan oleh MAZA itu benar (pada pandangan sesetengah pihak) apakah dia tidak terperasan dengan frasa "Jihad yang paling afdhal adalah dengan berkata benar di hadapan"... Yang mana ini menunjukkan bahawa sehebat-hebat jihad adalah menyampaikan apa sahaja kritikan dan teguran secara berhadapan, dan bukannya semacam pondan... Hanya membebel di Twitter dan Facebook???

Dalam hadis ini jelas..Dimana dalam keadaan Pemerintah Zalim pun, kita diperintahkan untuk bercakap secara berhadapan dengan pemerintah, dan dengan perkataan benar.... Maka apakah dengan pemerintah yang 'kurang' zalim maka kritikan secara 'jalan belakang' dibenarkan? Dan bila berhadapan dengan dia, dibenarkan hanya untuk membebelkan perkara-perkara yang tah apa-apa? Buat masa ini aku tak taulah pulak!!!

So kembali kepada apa yang dikritikkan oleh MAZA, apakah MAZA tak ada sebarang connection dengan Pejabat Perdana Menteri ataupun di Kementerian Pendidikan Malaysia? Apakah susah sangat nak kritik secara berhadapan dengan pemimpin sampai terpaksa gunakan medium sosial? Sedangkan 'NAJIB BOLEH JEMPUT KAU' sebelum PRU, takkan Muhyiddin Yassin kau tak boleh minta berjumpa? Shahidan Kassim kan ada... Gunakanlah 'cable' kuat kau tu deerrrr....

BUKAN SEMUA ORANG ADA KESEMPATAN BERBICARA DENGAN TPM MERANGKAP MENTERI PENDIDIKAN. HANG ADA KESEMPATAN, HANG BUAT APA?

Jadi kepada DR. MAZA, ingin aku nasihatkan kepada kau, kritiklah pemerintah mengikut jalan yang telah ditetapkan oleh ALLAH dan RASULNYA. Dan dalam masa yang sama, kalau kau boleh mengkritik orang lain, maka kau juga perlu terbuka menerima kritikan dari orang lain.

Sendiri fikir laa der!!!! Apa pun MAZA... Aku salute kau... Sebab kau di offer jadi MUFTI oleh SULTAN MELAKA!!!

p/s : Maaf laa bahasa kurang tersusun. Sebab malas nak susun elok-elok... 
Read more ...

MALAYSIAKINI SAHKAN KEWUJUDAN DAP RED BEAN ARMY

Oleh : Beruang Biru

Malaysiakini hari ini melaporkan bahawa beberapa laman Facebook milik pembangkang telah tidak dapat dilayari kerana telah disekat oleh kerajaan. Menurut portal pembangkang itu, antara yang disekat ialah Facebook ‘We Fully Support Pakatan (DAP)’. 

Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Jailani Johari bagaimanapun menafikan mengambil tindakan menyekat mana-mana facebook, mahupun apa-apa media milik pembangkang. Menurut Datuk Jailani, kerajaan bersifat neutral dan mengiktiraf hak kebebasan bersuara semua pihak. 

Amatlah pelik sekali apabila pembangkang menuduh kerajaan menyekat suara mereka di dalam media sosial secara tiba-tiba. Walhal, jika kita mengikuti perkembangan semasa di dalam negara, hampir setiap hari ada saja laman milik penyokong pembangkang yang menyumpah seranah ‘kerajaan, Melayu dan Islam’ dan hampir semua dari mereka juga tidak diambil tindakan. 

Malah, tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa kerajaan Malaysia adalah yang paling terbuka sehinggakan ikon biadap pembangkang terhadap ‘kerajaan, Melayu dan Islam’ iaitu Namewee, diberi pengiktirafan dan bantuan untuk terus berkarya memperlekeh kerajaan, Melayu dan Islam sesuka hatinya. 

Bertitik-tolak dari Nameweelah maka lahir berpuluh kalau pun tidak beratus-ratus laman sosial peribadi dan juga kumpulan yang wujudnya semata-mata untuk menghentam ‘kerajaan, Melayu dan Islam’.   

Justeru, dengan begitu banyak laman sosial yang menjadikan ‘kerajaan, Melayu dan Islam, hatta Raja-raja’ sebagai sasaran, apakah signifikannya facebook ‘We Fully Support Pakatan (DAP)’ sehinggakan ia perlu disekat? 

Lagipun, bukankah semua pemimpin DAP juga melaungkan perkara yang sama dengan apa yang diseru oleh laman facebook itu? Kenapa perlu diambil tindakan ke atas facebook tersebut tetapi tidak terhadap pemimpin DAP? 

Hakikatnya, tuduhan bahawa laman sosial pro-PR disekat hanya mengesahkan bahawa tentera siber DAP sememangnya wujud. Jika tidak, siapakah yang menjadi admin kepada laman-laman yang dikatakan disekat ini? Siapakah yang mengendalikannya dan siapakah yang menjadi pengunjung setia untuk menekan ‘like’ dan ‘share’ saban hari dan waktu? Apakah benar rakyat Malaysia di kalangan orang-orang Cina benar-benar ketagih kepada facebook pro-PR sehingga sanggup menghabiskan masa membaca dan mempopularkannya secara konsisten setiap hari jika tidak ditugaskan khas untuk melakukannya?

Sikap menyekat kebebasan bersuara adalah sikap pembangkang, bukan kerajaan.  Siapa yang boleh lupa ugutan Anwar terhadap wartawan yang berbunyi ‘you ulang, I saman’ hanya kerana si wartawan bertanya soalan yang tidak boleh dijawabnya. Malah, bagi para pelayar laman politik pastinya cukup maklum bahawa sebarang komen negatif terhadap pembangkang di dalam blog atau laman web milik pemimpin mereka, akan dibuang.  Jika kita mengulang-ulang mengkritik mereka pula, maka kita akan disekat terus.   

Pembangkang juga cukup sinonim dengan seruan memboikot akhbar perdana. Tidak cukup dengan itu, pemimpin pembangkang telah beberapa kali mengadakan simbolik membakar akhbar pro-kerajaan sebagai tanda protes bagi menghalang penyokong mereka membaca dari sumber lain selain daripada mereka. 

Pembangkang juga cukup terkenal dengan menghalang wartawan dari media perdana membuat liputan dalam program-program mereka. 

Justeru, amatlah memualkan apabila pembangkang berhujah tentang kebebasan media dan menuduh kerajaan menyekat media mereka.

Namun begitu, dari satu sudut lain, mungkin ada baiknya juga jika kerajaan benar-benar mengambil tindakan menyekat laman sosial milik pembangkang yang jelas menghasut dan menjejaskan keharmonian. 

Maklumlah, jika tidak disekat pun dituduh menyekat, maka mungkin lebih baik kerajaan benar-benar menyekat saja suara mereka. Sekurang-kurangnya, Malaysia pasti akan lebih aman tanpa suara pembangkang di alam maya. 
Read more ...

SYIAH MENCELA SAHABAT NABI ﷺ

Oleh : Keris Research Institute for Syiah Ideology (KERiS) 

Al Jibtu & At Thoghut : Abu Bakar & Umar

Dimata ahli sunnah, para sahabat nabi adalah satu kelompok manusia yang dimuliakan. Namun ianya berlainan dengan penganut agama Syiah. Kaum Syi’ah sentiasa mengutuk sahabat Nabi ﷺ seperti Abu Bakr, Umar dan Utsman رضي الله عنه serta setiap orang yang menjadi penguasa dalam sejarah Islam selain sahabat Ali bin Abi Thalib رضي الله عنه. Sungguh mereka telah berdusta atas nama Imam Abul Hasan Ali bin Muhammad bin Ali bin Musa, bahawa beliau telah membenarkan para pengikutnya menggelarkan Abu Bakr dan Umar dengan sebutan “Al Jibtu & At Thoghut.” (Al Jibtu dan At Thoghut ialah segala sesuatu yang disembah atau menjadikan manusia menyeleweng dari agama Allah).



Disebutkan didalam kitab Al Jarhu wa At Ta’dil (Al Jarhu wa At Ta’dil ialah salah satu disiplin ilmu hadis yang membahas tentang kredibiliti dan biografi para perawi hadis dan tarikh.) terbesar dan terlengkap yang mereka miliki, iaitu buku “Tanqih Al Maqal Fi Ahwal Ar Rijaal” karya pemimpin 'mazhab' Ja’fariyyah Ayatullah Al Mamaqani, pada juz 1 hal: 207, edisi Pustaka Al Murtadhowiyyah, Najaf tahun 1352 H ada suatu kisah yang dinukilkan oleh Syeikh besar bernama Muhammad Idris Al Hilli pada akhir kitab “As Sara’ir” dari kitab “Masa’il Ar Rijal Wa Mukatabaatihim” kepada Maulana Abil Hasan Ali bin Muhammad bin Ali bin Musa ‘alaihissalaam dari sebahagian pertanyaan Muhammad bin Ali bin ‘Isa, dia berkata: Aku menulis surat kepadanya menanyakan perihal seseorang yang memusuhi keluarga Nabi, apakah ketika mengujinya diperlukan kepada hal-hal lain selain sikapnya yang lebih mendahulukan Al Jibtu & At Thoghut? Maksudnya dia mendahulukan dua orang pemimpin dan sekaligus dua sahabat Rasulullah ﷺ dan dua pembantu kepercayaan beliau, iaitu Abu Bakar dan Umar رضي الله عنه. Kemudian beliau menjawabannya dengan jawapan yang berikut: “Barang siapa yang meyakini hal ini, maka dia adalah seorang yang memusuhi keluarga Nabi.” Maksudnya: cukup bagi seseorang itu untuk disebut sebagai orang yang memusuhi keluarga Nabi ﷺ, bilamana dia mendahulukan Abu Bakar dan Umar (dibanding sahabat Ali bin Abi Thalib) dan menyakini keabsahan (mengiktiraf / mengesahkan) kepemimpinan mereka berdua.

Kata-kata “Al Jibtu” dan “At Thoghut” senantiasa digunakan oleh kaum Syiah dalam bacaan doa mereka yang disebut dengan “Doa Dua Berhala Quraisy”, yang mana mereka maksudkan dari dua berhala dan dari kata “Al Jibtu” dan “At Thoghut” ialah Abu Bakr dan Umar رضي الله عنه. Doa ini disebutkan di dalam kitab mereka yang berjudul “Mafatihul Jinaan” hal: 114, yang mana kedudukan kitab ini setaraf dengan kitab “Dalaa’ilul Khairaat” yang telah tersebar luas di kebanyakkan negera-negara Islam. Bunyi doa ini adalah seperti yang berikut:

“Ya Allah, limpahkanlah selawat kepada Muhammad dan keluarga Muhammad, dan kutuklah dua berhala, dua sembahan, dua tukang sihir Quraisy dan kedua anak perempuan mereka berdua……”!![1] Yang mereka maksud dengan kedua anak wanita perempuan ialah Ummul Mukminin ‘Aisyah dan Ummul Mukminin Hafshah (semoga Allah meredhai mereka dan seluruh sahabat.)

Hari Pembunuhan Al Faruq Sebagai Hari ‘Ied (Hari Raya) Terbesar



Umar bin Al Khatthab رضي الله عنه merupakan khalifah Islam yang berjaya memadamkan api kaum majusi di Iran selain mengislamkan nenek moyang penduduknya. Dan ternyata jasa terbesar Khalifah Umar رضي الله عنه ini tidak dipandang oleh mereka malah penganut Syiah sanggup membalas jasa khalifah kedua Islam ini dengan mencela Umar رضي الله عنه dengan tiada batasnya. Kebencian mereka terhadap Khalifa Umar Al-Khattab رضي الله عنه begitu ketara sehinggakan mereka menabalkan pembunuh Khalifah Umar Al-Khattab, iaitu Abu Lu'lu’ah Al Majusi (semoga ALLAH melaknat dirinya) dengan sebutan: “Baba Syuja’uddin” (Ayah Sang Pemberani). Ali bin Muzhohir (salah seorang tokoh dikalangan Syiah) meriwayatkan dari Ahmad bin Ishaq Al Kummi Al Ahwash (Syeikh kaum Syiah dan pemuka mereka) berkata :"bahawa hari pembunuhan Umar bin Al Khatthab adalah hari ‘ied (Hari Raya) terbesar, hari kebesaran, hari pengagungan, hari kesucian terbesar, hari keberkahan, dan hari hiburan."

Dimulai dari sahabat Abu Bakar, Umar (semoga Allah meredhai keduanya), Salahuddin Al Ayyubi رحمه الله dan seluruh tokoh yang telah berjaya menundukkan berbagai dan mengislamkan berbagai dinasti dunia, dan yang telah memerintahnya dengan nama Islam sehingga hari ini, dianggap oleh Syiah sebagai para perampas kuasa, zalim dan termasuk penghuni neraka. Ini kerana (pada pendapat Syiah) kepemimpinan mereka tidak sesuai dengan syariat, sehingga mereka tidak layak ditaati, dipatuhi, dan didukung, kecuali atas prinsip ideologi At Taqiyyah (berpura-pura) bagi helah menarik simpati dikalangan ahli Sunnah.

---------------------------------------

Nota kaki :

[1] Doa ini juga dimuat dalam buku “Tuhfatul Awam Maqbul” yang memuat tanda tangan Ayatullah Al Khomeini, Ayatullah Syariatmudari, Ayatullah Abul Qasim Al Khu’i, Sayyid Muhsin Al Hakim At Thobathoba’i…dll, padahal dari mereka itu terdapat orang-orang yang dikatakan moderat, di antaranya Ayatullah Al Khu’i dan Sayyid Muhsin Al Hakim.
Read more ...

BERSYUKUR DENGAN YANG SEDIKIT

Oleh : Muhammad Abduh Tuasikal

Alhamdulillah, segala puji dan syukur kepada Allah سبحانه و تعالى‎ yang telah memberi berbagai nikmat kepada kita. Selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad ﷺ, keluarga serta para sahabatnya.

Setiap saat kita telah mendapat nikmat yang banyak dari Allah عز و جل. Namun kita ini terus merasakan kurang mendapat nikmat yang diberikan oleh Allah سبحانه و تعالى‎. Allah telah memberikan kesihatan yang jika dibayar amatlah mahal. Allah berikan umur panjang, yang kalau dibeli dengan seluruh harta kita pun, tak akan sanggup kita membayarnya. Namun demikianlah diri ini, hanya menggap harta saja sebagai nikmat, harta saja yang dianggap sebagai rezeki. Padahal kesihatan, umur yang panjang dan keimanan yang mana ianya lebih besar nilainya. Kesemua itu adalah nikmat Allah yang luar biasa yang kadangkala kita lupa untuk menghargainya.

Bersyukur dengan yang sedikit.

Dari An Nu’man bin Basyir, Nabi ﷺ bersabda,


مَنْ لَمْ يَشْكُرِ الْقَلِيلَ لَمْ يَشْكُرِ الْكَثِيرَ

“Barang siapa yang tidak mensyukuri yang sedikit, maka dia tidak akan mampu mensyukuri sesuatu yang banyak.” (HR. Ahmad, 4/278. Syeikh Al Albani mengatakan bahawa hadis ini hasan sebagaimana dalam As Silsilah Ash Sohihah no. 667).

Hadis ini amat tepat dan benar sekali. Bagaimana mungkin seseorang itu dapat mensyukuri rezeki yang banyak, sedangkan rezeki yang sedikit pun masih terlalu sukar untuk disyukuri .

Kita Selalu Lalai dalam 3 Nikmat

Ibnul Qayyim rahimahullah mengatakan bahawa kenikmatan itu terbahagi kepada 3 perkara.

Pertama, adalah nikmat yang nampak di mata hamba.

Kedua, adalah nikmat yang diharapkan kehadirannya.

Ketiga, adalah nikmat yang tidak dirasakan.

Ibnul Qayyim menceritakan bahawa ada seorang Arab menemui Amirul Mukminin Ar Rasyid. Orang itu berkata, “Wahai Amirul Mukminin. Semoga Allah senantiasa memberikanmu nikmat dan mengukuhkanmu untuk mensyukurinya. Semoga Allah memberikan nikmat yang engkau harap-harapkan dengan engkau berprasangka baik kepada-Nya dan terus dalam melakukan ketaatan pada-Nya. Semoga Allah menampakkan nikmat yang ada padamu namun tidak engkau rasakan, semoga juga engkau mensyukurinya.” Ar Rasyid teramat kagum dengan ucapan orang ini. Lantas beliau berkata, “Sungguh bagus pembahagian nikmat menurutmu tadi.” (Al Fawa’id, Ibnul Qayyim, terbitan, Darul ‘Aqidah, hal. 165-166).

Itulah nikmat yang sering kita lupakan. Kita mungkin hanya mengetahui berbagai nikmat yang berada di hadapan kita, misalnya rumah yang mewah, kenderaan yang bagus, gaji yang besar dan sebagainya. Begitu juga kita sentiasa mengharapkan nikmat lain seperti berharap agar tetap istiqomah dalam agama ini, bahagia di masa mendatang, hidup dengan lengkap segala-galanya, dan sebagainya. Namun, ada pula nikmat yang mungkin tidak kita rasakan, padahal itu juga adalah sebahagian dari nikmat.

Kesihatan Juga Nikmat

Barangkali kita hanya melihat nikmat itu hanya berupa wang, makanan dan harta benda yang banyak. Padahal kondisi kesihatan yang Allah berikan dan waktu lapang yang ada juga merupakan satu nikmat. Bahkan jika kita dikenakan bayaran oleh Allah bagi memastikan untuk kita terus sihat, pastinya urusannya terlalu mahal. Namun demikianlah nikmat yang satu ini, sering kita lalaikan.

Dua nikmat ini seringkali dilalaikan oleh manusia (termasuk pula hamba yang faqir ini). Nabi ﷺ bersabda;


نِعْمَتَانِ مَغْبُونٌ فِيهِمَا كَثِيرٌ مِنَ النَّاسِ ، الصِّحَّةُ وَالْفَرَاغُ

”Ada dua kenikmatan yang banyak manusia tertipu, iaitu nikmat sihat dan waktu lapang”. (HR. Bukhari no. 6412, dari Ibnu ‘Abbas)

Ibnu Baththol rahimahullah mengatakan, ”Seseorang itu tidaklah dikatakan memiliki waktu lapang sehingga badannya juga sihat. Barangsiapa yang memiliki dua nikmat ini (iaitu waktu senggang dan nikmat sihat), hendaklah dia bersemangat, jangan sampai dia tertipu dengan meninggalkan rasa syukur pada Allah atas nikmat yang diberikan. Bersyukur adalah dengan melaksanakan setiap perintah dan menjauhi setiap larangan Allah. Barangsiapa yang luput dari syukur semacam ini, maka dialah yang tertipu.”  (Dinukil dari Fathul Bari, 11/230)

Rezeki Tidak Hanya Dinilai Dengan Wang

Andai kita dan seluruh manusia bersatu padu membuat satu rekod bagi mengetahui nikmat Allah, nescaya kita akan mendapati kesulitan. Allah Ta’ala berfirman,


وَآتَاكُم مِّن كُلِّ مَا سَأَلْتُمُوهُ وَإِن تَعُدُّواْ نِعْمَتَ اللّهِ لاَ تُحْصُوهَا إِنَّ الإِنسَانَ لَظَلُومٌ كَفَّارٌ(  إبراهيم

"Dan Ia telah memberi kepada kamu sebahagian dari tiap-tiap apa jua yang kamu hajati. Dan jika kamu menghitung nikmat Allah nescaya lemahlah kamu menentukan bilangannya. Sesungguhnya manusia (yang ingkar) sangat suka menempatkan sesuatu pada bukan tempatnya lagi sangat tidak menghargai nikmat Tuhannya." ( Ibrahim: 34).

Bila semua yang ada pada kita, baik yang kita sedari atau tidak, kesemuanya itu adalah rezeki Allah yang harus kita syukuri.

Saudaraku! kita pasti telah membaca dan memahami bahawa kunci utama kenikmatan pada diri anda ialah sikap syukur dengan segala nikmat yang dikurniakan. Dalam ayat suci Al Quran yang barangkali kita pernah mendengarnya, Allah menyebut,


وَإِذْ تَأَذَّنَ رَبُّكُمْ لَئِن شَكَرْتُمْ لأَزِيدَنَّكُمْ

“Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: "Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu” (Ibrahim: 7).

Itulah kita... Terlalu sukar untuk menyedari segala macam nikmat Allah. Bahkan dalam banyak kesempatan, kita bukan hanya  tidak menyedarinya, akan tetapi mengingkari dan mencelanya. Kita pastinya sering mencela angin, panasnya matahari, hujan dan berbagai nikmat Allah lainnya.

Ibnu Abi Hatim meriwayatkan bahawa Al Fudhail bin ‘Iyadh mengisahkan: “Pada suatu hari Nabi Daud ‘alaihissalam berdoa kepada Allah: Ya Allah, bagaimana mungkin aku dapat mensyukuri nikmat-Mu, bila ternyata sikap syukur itu juga merupakan kenikmatan dari-Mu? Allah menjawab doa Nabi Daud ‘alaihissalam dengan berfirman: “Sekarang engkau benar-benar telah mensyukuri nikmat-Mu, iaitu ketika engkau telah menyedari bahawa segala nikmat adalah milikku.” (Dinukil dari Tafsir Ibnu Katsir)

Imam As Syafie berkata, “Segala puji hanya milik Allah yang satu saja dari nikmat-Nya tidak dapat disyukuri kecuali dengan menggunakan nikmat baru dari-Nya. Dengan demikian nikmat baru tersebutpun harus disyukuri kembali, dan demikianlah seterusnya.” (Ar Risalah oleh Imam As Syafii 2)

Wajar bila Allah Ta’ala menjuluki manusia dengan sebutan “sangat zalim dan banyak mengingkari nikmat, sebagaimana disebutkan pada ayat di atas dan juga pada ayat berikut;


وَهُوَ الَّذِي أَحْيَاكُمْ ثُمَّ يُمِيتُكُمْ ثُمَّ يُحْيِيكُمْ إِنَّ الْإِنسَانَ لَكَفُورٌ

“Dan Dialah Allah yang telah menghidupkanmu, kemudian mematikanmu, kemudian menghidupkanmu (lagi), sesungguhnya manusia itu, benar-benar sering mengingkari nikmat.” (Al Hajj: 66)

Ertinya di sini, rezeki Allah amatlah banyak dan tidak selamanya hanya dilihat dengan Wang. Hujan itu pun rezeki, anak pun rezeki dan kesihatan itupun rezeki dari Allah.

Syurga dan Neraka pun Rezeki yang Kita Minta

Sebagian kita menyangka bahawa rezeki hanya berkisar pada harta dan makanan. Mungkin barangkali itu sahaja yang kita minta ketika kita berdoa kepada Allah Azza Wa Jal. Perlu diingatkan disini bahawa rezeki yang paling besar yang Allah berikan pada hamba-Nya adalah syurga (jannah). Inilah yang Allah janjikan pada hamba-hamba-Nya yang soleh. Syurga adalah nikmat dan rezeki yang tidak pernah disaksikan oleh mata, tidak pernah didengar oleh telinga, dan tidak pernah tergambarkan dalam benak fikiran. Setiap rezeki yang Allah sebutkan bagi hamba-hamba-Nya, maka umumnya yang dimaksudkan adalah syurga itu sendiri. Hal ini sebagaimana maksud dari firman Allah Ta’ala; 


لِيَجْزِيَ الَّذِينَ آَمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ أُولَئِكَ لَهُمْ مَغْفِرَةٌ وَرِزْقٌ كَرِيمٌ

“(Kedatangan hari kiamat itu) supaya Tuhan membalas orang-orang yang beriman dan beramal soleh; mereka itu akan beroleh keampunan dan limpah kurnia yang mulia.” (Saba’: 4)


وَمَنْ يُؤْمِنْ بِاللهِ وَيَعْمَلْ صَالِحًا يُدْخِلْهُ جَنَّاتٍ تَجْرِي مِنْ تَحْتِهَا الأَنْهَارُ خَالِدِينَ فِيهَا أَبَدًا قَدْ أَحْسَنَ اللهُ لَهُ رِزْقًا

“Dan barangsiapa yang beriman kepada Allah dan mengerjakan amal yang soleh niscaya Allah akan memasukkannya ke dalam syurga-syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai; mereka kekal di dalamnya selama-lamanya. Sesungguhnya Allah memberikan rezeki yang baik kepadanya.” (Ath Thalaq: 11)

Oleh itu, Teruskanlah bersyukur atas nikmat dan rezeki yang Allah berikan kepada kita walaupun kuantiti, saiz atau nilainya sedikit dimata kita. Yang namanya bersyukur adalah dengan selalu taat pada Allah. Abu Hazim mengatakan, “Setiap nikmat yang tidak digunakan untuk mendekatkan diri pada Allah, itu hanyalah musibah.” Mukhallad bin Al Husain mengatakan, “Syukur adalah dengan meninggalkan maksiat.” (‘Iddatush Sobirin, hal. 49, Mawqi’ Al Waroq)

Wallahu waliyyut taufiq.
Read more ...

FITNAH CALON PKR : HADI AWANG DIPERINTAH BAYAR SAMAN 2 JUTA


Dipetik dari : Berita Harian 

Kuala Terengganu: Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang diperintahkan membayar ganti rugi RM2 juta kepada calon PKR Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi, Mohd Shamsul Mat Amin, berhubung kes saman fitnah.

Perintah penghakiman ingkar itu dikeluarkan semalam, selepas Abdul Hadi gagal memasukkan kehadiran bagi menjawab saman yang difailkan pada 5 Disember lalu. 

Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi, Mohamad Nasrudin Mohamed, merekodkan penghakiman itu selepas membenarkan permohonan Mohd Shamsul melalui peguamnya, A Vasudevan. 



Bayar ganti rugi

Vasudevan berkata, mahkamah turut memerintahkan Abdul Hadi membayar faedah lima peratus setahun ke atas jumlah ganti rugi itu dari tarikh writ difailkan sehingga penyelesaian penuh dan kos tindakan sebanyak RM1,500.
Read more ...

Sunday, 23 February 2014

BAGAIMANA KEDUDUKAN JANJI SUAMI KEPADA ISTERI UNTUK TIDAK BERNIKAH LAGI?

Oleh : Abu Usman

Pertanyaan : Salah seorang ikhwah di negera kami bertanya kepada anda; apakah seorang suami boleh berjanji kepada isterinya untuk tidak bernikah lagi? Dan sekiranya dia melanggar janjinya, apakah dia bersalah?

Jawapan Asy-Syeikh Muhammad Al-Imam hafizhahullah : Kepada yang bertanya tentang seseorang yang berjanji kepada isterinya untuk tidak menikah lagi, kemudian dia melanggarnya dengan menikah lagi, jawapannya ialah, jika janji tersebut terjadi ketika akad nikah dan akad itu dibangun di atas syarat ini (iaitu dia menikahi wanita tersebut dengan syarat tidak akan menikah lagi) maka wajib atas suami untuk memenuhinya, kerana akad tersebut terjadi dengan syarat ini, dan kaum Muslimin itu terikat dengan syarat mereka. Rasulullah ﷺ bersabda:


الْمُسْلِمُوْنَ عَلَى شُرُوْطِهِمْ، إِلَّا شَرْطًا أَحَلَّ حَرَامًا أَوْ حَرَّمَ حَلَالًا.

“Kaum Muslimin itu terikat dengan syarat mereka, kecuali syarat yang menghalalkan sesuatu yang haram atau mengharamkan sesuatu yang halal.” (Asy-Syaikh Al-Albani rahimahullah menilainya sahih dalam Irwa’ul Ghalil no. 1303)

Hadis ini dibicarakan (diperselisihkan) kesahihannya, tetapi maknanya benar dan merupakan kaedah yang terbaik. Jika dia mengatakan janjinya itu setelah akad kerana sesuatu sebab atau yang lainnya, kemudian dia berubah fikiran dan merasa perlu untuk menikah lagi, maka dari satu sisi hal itu boleh baginya dan dia tidak teranggap melanggar syarat.

Kemudian hendaknya dia menimbang maslahat, apakah maslahatnya dengan memenuhi janji ataukah maslahatnya dengan menikah lagi. Jadi benar-benar diperhatikan mana yang maslahat. Sebahagian manusia kadangkala ada hal-hal yang datang terkemudian (yang menjadi pertimbangan baru untuk memutuskan semula sesuatu perkara). Jadi perlu diperhatikan masalahat pada perkara ini.

Soalan ditanyakan dan diterjemahkan oleh Abu Almass bin Jaman Al-Austahi, Pada pelajaran kitab Sahih Al-Adab Al-Mufrad, Setelah Maghrib pada hari Jumaat, 24 Rabi’ul Awwal 1435 H di Daarul Hadis, Ma’bar ,Yaman.
Read more ...
© 2008-2017 PM Institute