ARTIKEL TERKINI

SUNNAH

SYIAH

SASTERA

EBOOK

Sunday, 24 September 2017

PASUKAN PERTAHAN UDARA ARAB SAUDI PINTAS PELURU BERPANDU SYIAH HOUTHI



Arab Saudi, 24 September 2017 : Pasukan Pertahanan Udara Arab Saudi semalam telah berjaya memintas peluru berpandu yang dilancarkan dari Yaman malam tadi. Dipercayai peluru berpandu yang dilancarkan oleh pakatan Syiah Houthi - Ali Abdullah Salleh menyasarkan serangan ke atas pengkalan udara pakatan tentera Arab yang terletak di Khamis Mushait.


Pada 25 Mac 2015, Arab Saudi dan negara arab yang lain telah melancarkan serangan ke atas kedudukan Syiah Houthi di Yaman sebagai salah satu respon dari permintaan kerajaan sah Yaman pimpinan Abdu Rabbo Mansour Al Hadi.

Untuk maklumat lanjut layari : 

1. http://www.penaminang.com/2014/09/houthi-dan-gerakan-syiah-di-yaman.html#axzz4tQLnwskL
2. http://www.penaminang.com/2017/02/ali-abdullah-saleh-penghancur-yaman.html#axzz4tQLnwskL
3. http://www.penaminang.com/2017/03/perang-syiah-houthi-di-yaman-menteri.html#axzz4tQLnwskL

Sumber : http://www.arabnews.com/node/1166411/middle-east
Read more ...

Saturday, 23 September 2017

[VIDEO] POLIS ARAB SAUDI NAFI RAKYAT QATAR DIHALANG MEMASUKI MASJIDIL HARAM



Oleh : Jebat

Pada ramadan yang lalu, seorang pendebat belaan Qatar Foundation telah mengeluarkan satu kenyataan yang menyatakan bahawa pihak keselamatan Arab Saudi telah menghalang rakyat Qatar dari memasuki Masjidil Haram. 

Namun peliknya, kenyataan beliau hanya disokong dengan satu kenyataan yang dikeluarkan oleh badan hak asasi manusia Qatar. Yang mana kenyataan badan hak asasi manusia Qatar itu pula tidak disokong dengan sebarang bukti sama ada dari aspek video, gambar ataupun saksi.

Kini dah masuk tahun Islam yang baharu (1439H), pendebat belaan Qatar Foundation itu masih gagal memberikan sebarang bukti yang lebih kukuh bagi menyokong dakwaanya. Apakah beliau mengeluarkan tuduhan tanpa memeriksa terlebih dahulu dakwaan berkenaan?

Aku kurang pasti, adakah disiplin dalam berdebat ini dibenarkan menuduh tanpa bukti?

Semoga pendebat belaan Qatar Foundation diberikan hidayah oleh ALLAH agar tidak menipu dan memutarbelitkan fakta semata-mata mahu mem'backup' majikannya.

P.S : Video ini memaparkan rakaman temubual dari Gabenor Makkah dan pegawai keselamatan Arab Saudi terhadap tuduhan media Qatar, Al-Jazeera yang menyatakan bahawa rakyat Qatar dihalang memasuki Masjidil Haram.



Read more ...

Friday, 22 September 2017

NGO AQSA SYARIF MENYEBARKAN FITNAH TERHADAP KERAJAAN ARAB SAUDI

Oleh : Anasz*

1. Aku agak terkejut bila mana sebuah  NGO yang terkenal dengan aktiviti kutipan derma untuk rakyat Palestin telah memetik dan menyebar laporan Middle East Monitor tanpa membuat kajian secara mendalam terhadap artikel berkenaan.

2. Disini aku nak katakan bahawa laporan MEMO yang menyatakan bahawa Putera Mahkota Arab Saudi sedang merangka untuk menerima 'Israel' sebagai sebuah negara 'saudara' adalah suatu dakwaan palsu. Kenapa aku katakan ianya palsu / Fake News?

3. Laporan berkenaan hanya memetik kenyataan seorang pengguna twitter. Yang katanya memetik dari sumber dalaman Saudi. Tetapi apa autoriti sumber berkenaan?

4. Selain itu, tidak ada sebarang bukti yang menyokong dakwaan berkenaan.

5. MEMO adalah sebuah laman web Pro-Ikhwan yang gemar menyebarkan berita-berita palsu bagi memburukkan negara-negara yang anti dengan Ikhwan terutama sekali Arab Saudi. 



6. Malah salah seorang daripada lembaga penasihat MEMO, Tariq Ramadan merupakan cucu kepada Hassan Al-Banna.

7. Peliknya MEMO tak pernah cerita pasal hubungan sulit Israel dan Qatar walaupun telah ada bukti video Lawatan Shimon Peres ke Doha pada 1996 dan Menteri Luar Israel, Tzipi Livni pada 2008. Sedangkan bukti video wujud. 




8. Jadi tak kesah la jika MEMO sering mengeluarkan banyak berita-berita Palsu apatah lagi sekiranya ianya boleh memfitnah pemerintah penjaga dua tanah suci bagi umat Islam.

9. Cuma peliknya yang Aqsa Syarif pun turut sama "sumbang tenaga" menyebarkan berita palsu ni kenapa? 

-------

Dasar Luar Arab Saudi keatas Israel amat jelas. Mereka tidak mengiktiraf kedudukan Israel di bumi Palestin, dan sebarang usaha pendamaian perlulah bersandarkan kepada pelan damai Arab Israel pada tahun 2002. Yang secara jelas menyatakan ;

(a) Complete withdrawal from the occupied Arab territories, including the Syrian Golan Heights, to the 4 June 1967 line and the territories still occupied in southern Lebanon; (b) Attain a just solution to the problem of Palestinian refugees to be agreed upon in accordance with the UN General Assembly Resolution No 194. (c) Accept the establishment of an independent and sovereign Palestinian state on the Palestinian territories occupied since 4 June 1967 in the West Bank and Gaza Strip with East Jerusalem as its capital. [Sumber : http://news.bbc.co.uk/2/hi/world/monitoring/media_reports/1899395.stm]

*Penulis merupakan graduan Sarjana dalam bidang Strategi dan Keselamatan dari Universiti Kebangsaan Malaysia.
Read more ...

Thursday, 21 September 2017

NGO AQSA SYARIF MALAYSIA SEBAR CERITA PALSU

Oleh : Anasz*

Memetik kenyataan NGO Aqsa Syarif diruangan FB Rasmi mereka yang menyatakan;

"Objektif normalisasi ini adalah untuk meluaskan lagi aspek politik, budaya, pendidikan, dan keagamaan bagi mencapai normalisasi lengkap antara Israel di Negara-Negara Teluk termasuk Mesir, kecuali Oman."

Suka aku jelaskan disini, kenyataan tersebut adalah satu kenyataan dangkal dan tidak merujuk pada fakta sebenar.

1. Tidak berlaku normalisasi diantara negara-negara Teluk terutama sekali Arab Saudi dengan Israel.

2. Menyatakan bahawa Oman tidak terlibat dengan sebarang "approachment" dengan Israel menunjukkan admin NGO Aqsa Syarif tidak melakukan kajian secara mendalam, sebaliknya sekadar menerima bulat-bulat kenyataan yang dikeluarkan oleh MEMO.

3. Faktanya ialah, selain Qatar, Oman juga adalah negara yang pernah menerima kedatangan Perdana Menteri Israel ke tanah air mereka. Bukankah ini salah satu bentuk usaha "normalisasi" diantara Oman dan Israel?

3. Oleh kerana itu aku menggesa agar Aqsa Syarif agar menarik semula status berkenaan kerana ianya satu tuduhan palsu, selain fakta yang dikemukakan adalah salah.

4. Akhir kalam. Kaji sebelum menulis. ;)


Baca status penuh Aqsa Syarif di : https://www.facebook.com/aqsa.syarif/photos/a.129148023775541.17193.107299275960416/1623876694302659/?type=3&theater

Sumber :

https://www.timesofisrael.com/israel-and-the-gulf-states-its-complicated/
http://gpoeng.gov.il/media-center/gpo-news/saying-farewell-to-our-ninth-president/

#SemakSebelumSebar
#ResearchFirst

*Penulis merupakan graduan dalam bidang strategi dan keselamatan dari UKM Bangi.
Read more ...

Sunday, 17 September 2017

ISLAM HARAMKAN PERPECAHAN


Islam mewajibkan umatnya bersatu dalam satu pemerintahan dan mengharamkan perpecahan, oleh sebab itu tidak dihalalkan menubuhkan parti pembangkang dalam sebuah negara Islam yang masih diperintah oleh pemimpin Islam.

Menubuhkan Hizbi (parti) pembangkang di dalam sebuah negara yang dipimpin oleh seorang pemimpin yang beragama Islam dianggap syara' sebagai hizib Khawarij. Rasulullah S.A.W bersabda

"Sesiapa yang datang kepada kamu, sedangkan kamu bersatu di tangan seorang pemimpin, dan orang yang datang tersebut ingin menggugurkan ketaatan kamu dan ingin memecah belahkan kamu, maka BUNUHLAH DIA"*

*Hadis riwayat Muslim. No.1856.

Seseorang yang BERIMAN, BERILMU DAN BERTAQWA, sepatutnya tidak mudah terpengaruh dengan hujjah-hujjah sesebuah parti walaupun parti tersebut dianggotai oleh Ulama. Hujjah-hujjah syara' jika digunakan untuk tujuan semata-mata mahu menjatuhkan para pemimpin Islam dan ketua negara Islam, maka perbuatan tersebut menyerupai firqah Khawarij, yang menyeru rakyat jelata menentang dan menjatuhkan pemerintah. Syara' telah mengharamkan setiap orang yang beriman menyerupai amalan dan akidah gologan Khawarij.

Rasulullah S.A.W dan para sahabat telah menjelaskan sifat-sifat Khawarij, bahawa mereka (Khawarij) ibadah dan solatnya kelihatan lebih hebat, lebih khusyuk dari ibadah solat para sahabat.

Namun mereka itulah golongan yang terkeluar dari Millah Islamiyah, kerana mudah menghukum kafir, menghukum fasik, dan suka memburuk-burukkan, mencela, menghina serta mengutuk para pemimpin dan pemerintah Islam yang tidak berhukum dengan hukum Allah.

Seterusnya, antara tanda-tanda yang termasuk dalam golongan Khawarij ialah mereka yang mudah memberikan fatwa atau menganggap sesat, kafir, dan tidak masuk syurga kaum muslimin yang tidak menyokong parti atau orang-orang yang tidak sefahaman dengan mereka.

Golongan Khawarij menghalalkan darah dan harta kaum muslimin yang berada di luar kelompok mereka. Mereka mudah bekerjasama dengan golongan muktazilah dan kelompok bid'ah yang lain. Golongan Khawarij ini sering menakut-nakutkan muslimin akan masuk Neraka jika menolak seruan mereka.

Khawarij dan para pengikutnya pandai dan berkarisma semasa berpidato, lancar membaca ayat-ayat Al-Quran, fasih membawa beberapa potong hadis di dalam ucapan mereka dan mudah memberikan fatwa dan menyelewengkan tafsiran, maksud dan makna nas-nas Al-Quran dan hadis yang mereka selitkan dalam ucapan mereka.

Tujuan mereka berbuat demikian semata-mata untuk mempengaruhi orang-orang yang jahil, yang bertujuan untuk memenuhi kepentingan parti atau hawa nafsu mereka. Rasulullah S.A.W mengkhabarkan hal ini :

"Mereka membaca Al-Quran, tetapi tidak melebihi kerongkong mereka (tidak sampai ke hati mereka"*

Hadis Riwayat Bukhari.(3611) Muslim (1066)

"Mereka suka membunuh (menghancurkan) Ahli Islam (terutama pemimpin yang tidak berhukum dengan hukum Allah dan pengikutnya) tetapi mereka membiarkan ahli berhala (orang-orang yang benar-benar jelas kekafirannya).*

*Lihat: H/R Bukhari (3644). Muslim (1064). Sahih Al-Jamek 2227.

Rasulullah S.A.W telah menggambarkan dengan jelas keadaan sebenar siapa dia yang dianggap Khawarij. Menurut hadis, golongan Khawarij akan sentiasa muncul dan akan muncul dengan ramainya di akhir zaman.

"Akan muncul di akhir zaman satu kaum muda belia umurnya tetapi singkat akalnya. Mereka meniru ucapan sebaik-baik manusia (Nabi Muhammad), namun Imannya tidak melewati kerongkongnya, dimana sahaja kamu menemui mereka maka bunuhlah mereka, kerana sesungguhnya membunuh mereka ada pahalanya di Hari Kiamat bagi orang yang membunuh mereka."*

*Hadis riwayat Bukhari (6930). Muslim (1066).

Menurut Syeikhul Ulama Islam Ibn Timiyah rahimahullah dalam menjelaskan tanda-tanda Khawarij :

"Tanda paling besar kesesatan Khawarij ialah keyakinan mereka berkenaan pemimpin yang mendapat petunjuk (pemimpin beragama Islam tetapi dihukum kafir oleh mereka kerana tidak berhukum dengan hukum Allah) dan keyakinan mereka terhadap kaum muslimin yang semuanya mereka hukum sesat (kerana tidak mengikut kelompok mereka). Mereka juga mengkategorikan apa yang mereka anggap kezaliman kedalam kategori KAFIR"*

*Lihat Majmuk Fatawa. Jld 28. Hlm. 497. Ibn Taimiyah.

Orang-orang yang beriman sewajarnya mampu mengenali kriteria ahli bid'ah "Khawarij Gaya Baru", kerana golongan ini suka menggelar diri mereka sebagai Ulama. Mereka pandai memerangkap (menipu) ummah melalui kegiatan-kegiatan ceramah politiknya yang mereka hiasi dengan nas-nas Al-Quran, As-sunnah, atau fatwa ulama Muktabar. Mereka bijak mempersonakan masyarakat Islam dengan karisma mereka dalam berpidato, menyelewengkan tafsiran, maksud dan makna ayat-ayat Al-Quran atau As-Sunnah sehingga memesongkan pemikiran dan akidah mereka-mereka yang jahil.
Read more ...

Tuesday, 22 August 2017

HANYA DI QATAR : LARANG PESAWAT HAJI, BENARKAN PESAWAT ISRAEL.


Heboh di media sosial, mengenai rakaman amatur seorang Netizen di Qatar yang merakamkan pesawat Israel mendarat di Qatar.

Qatar menyusahkan pesawat Saudi untuk mendarat di Doha, Qatar bagi mengambil jemaah haji Qatar. Tetapi dalam masa yang sama memudahkan urusan pendaratan kapal terbang Israel.

Bukankah pendebat Qatar Foundation menyatakan bahawa Israel tak ada hubungan dengan Qatar. 

Tetapi kenapa pesawat Israel boleh mendarat pulak di Doha?



Dan sampai hari ni pendebat Qatar Foundation GAGAL mengemukakan bukti (video atau gambar) dari tuduhannya yang mengatakan bahawa jemaah umrah Qatar dihalang memasuki Masjidil Haram pada Ramadan yang lalu.

Negara-negara GCC kecuali Kuwait dan Oman telah memutuskan hubungan diplomatik dengan Qatar sejak Jun 2017 yang lalu ekoran kegagalan Qatar memenuhi perjanjian yang telah ditandatangani pada 2014 dan 2015. Dalam perjanjian berkenaan Qatar diminta untuk  menghentikan sokongan dan bantuan kepada kumpulan pengganas selain tidak mencampuri urusan dalaman negara-negara jirannya.
Read more ...

Thursday, 17 August 2017

SEJARAH RAMPASAN KUASA DI QATAR

Oleh : Jebat

Rampasan kuasa biasa berlaku di Qatar. Bekas Emir Qatar yang terdahulu, Hamad bin Khalifa Al Thani pernah melakukan rampasan kuasa berdarah atas pemerintahan bapanya, Khalifa bin Hamad Al Thani tatkala bapanya bercuti di Switzerland pada tahun 1995. Antara sebab Hamad merampas kuasa bapanya pada 1995 adalah disebabkan wujud ura-ura ayahandanya mahu mengangkat sepupunya sebagai Emir baru Qatar pada masa akan datang.

Sebelum itu, pada tahun 1972, datuk kepada emir yang ada pada hari ini juga pernah melakukan rampasan kuasa ke atas pemerintahan sepupunya, Ahmad bin Ali Al Thani.

Inilah sejarah ringkas pemerintahan Qatar yang tidak pernah sepi dari rampasan kuasa dan pemberontakkan. Dan pemberontakkan inilah yang cuba dieksport ke negara-negara jiran dan negara arab yang lain. Libya adalah contoh paling ketara.













p/s : Musim haji dah makin menjelang. Namun kami masih belum nampak sebarang bukti dari pendebat belaan Qatar Foundation yang mendakwa pada bulan Ramadan yang lalu bahawa jemaah Umrah Qatar dihalang memasuki masjidil haram oleh pihak berkuasa Arab Saudi. Takkan 1 gambar pun tak boleh nak publish baiiiii?
Read more ...

HALANGAN KEPADA 'SIX PARTY TALKS'


Artikel terdahulu : Six Party Talks - Matlamat Pihak Yang Terlibat

HALANGAN KEPADA‘SIX PARTY TALKS’

a) Rejim Korea Utara tidak dapat diramalkan

Amerika Syarikat mendapati Korea Utara menjadi tidak menentu dalam rundingan dan tindakannya. "Mereka tahu bahawa kita mempunyai masa yang sukar untuk mencari apa sebenarnya yang mendorong mereka," menurut Christopher Hill, bekas ketua utusan Washington untuk rundingan.

b) Pendekatan yang berbeza oleh kerajaan ‘Six Party Talks’

Menurut Snyder dari CFR, ‘Six Party Talks’ dan usaha serantau yang lain sebelum ini gagal kerana negara-negara yang mengambil bahagian meletakkan keutamaan dan kebimbangan mereka sendiri secara langsung melebihi keperluan kolektif untuk menghentikan program nuklear Korea Utara. Walaupun Jepun dan Amerika Syarikat secara konsisten telah menolak untuk mengenakan sekatan yang kuat, namun China, Korea Selatan, dan Rusia telah menetapkan untuk mengenakan tindakan yang kurang ketat berdasarkan kebimbangan bahawa kejatuhan rejim secara tiba-tiba akan mencetuskan masalah pelarian dalam kuantiti yang besar. Provokasi terkini daripada Pyonyang baru-baru ini telah melampaui batas, namun China, Korea Selatan, dan Rusia berpegang kepada sekatan PBB pada Mac 2013. Pendekatan Korea Utara sendiri mempamerkan keterbukaan terhadap dialog berasingan dengan Amerika Syarikat dan Jepun, tetapi tidak dengan Seoul. Menurut Snyder, Korea Utara mungkin berminat untuk bergerak ke hadapan dengan Amerika Syarikat dan / atau Jepun walaupun ketegangan antara Korea tidak ditangani.

c) Rintangan Amerika Syarikat  untuk rundingan dua hala

Sepanjang pentadbiran Bush, Washington menentang dialog secara langsung dengan Pyongyang agar sebarang kompromi dengan Korea Utara akan dirangka dan dilihat sebagai keputusan dua hala. Namun, Korea Utara berulang kali menuntut dialog sebagai syarat untuk menghentikan program nuklearnya. Pada bulan Jun 2007, bekas duta Hill dari Amerika Syarikat telah membuat lawatan secara mengejut ke Pyongyang untuk menambah baik perjanjian Februari, Namun lawatan tersebut telah menandakan perubahan arah dalam pendirian Amerika Syarikat. Kedua-dua negara tersebut telah mengadakan perbincangan dua hala sebanyak beberapa kali. Terdapat laporan yang menyatakan bahawa seorang pegawai pentadbiran Obama telah membuat lawatan rahsia ke Korea Utara pada April dan Ogos 2012 namun gagal dalam cubaannya untuk melibatkan kepimpinan baru dan menjadikan dasar luarnya lebih sederhana.

d) Menyelesaikan teka-teki dalam polisi

‘Six Party Talks’ telah menunjukkan kemajuan yang sedikit dalam menyingkirkan senjata nuklear Korea Utara, dan beberapa pakar telah berpendapat dan berfikir bahawa negara ini telah ditentukan dan berazam untuk untuk diiktiraf sebagai negara senjata nuklear. Pada tahun 2012, kepimpinan Korea Utara telah memasukkan mukadimah baru kepada perlembagaannya yang menggambarkan negara ini sebagai “sebuah negara nuklear dan negara ketenteraan yang kuat yang waja”. Henry A. Kissinger, bekas setiausaha negara Amerika Syarikat, menulis dalam Washington Post pada bulan Jun 2009 dengan menyatakan bahawa"isu diplomasi telah menjadi sama ada matlamat yang perlu untuk menguruskan senjata nuklear Korea Utara atau untuk menghapuskannya." Beliau berhujah bahawa mana-mana dasar yang tidak menghapuskan keupayaan nuklear tentera Utara "berkuat kuasa untuk patuh dalam penerusannya."

Pakar mengatakan bahawa saluran diplomatik pentadbiran Obama untuk berdialog dengan cepat, tergendala dengan keluarnya Pyongyang dari ‘Six Party Talks’ pada tahun 2009. Dalam keterangan di hadapan Dewan Jawatankuasa Hal Ehwal Luar Negeri pada bulan April 2012, Snyder dari CFR berkata bahawa "Amerika Syarikat perlu melipatgandakan usahanya untuk membentuk persekitaran strategik Korea Utara dan bukannya mencuba untuk mengenal pasti kombinasi yang betul antara ‘lobak dan kayu’ yang akan digunakan dalam rundingan dengan Pyongyang. " Walau bagaimanapun, sesetengah pakar mengatakan bahawa walaupun pendekatan pelbagai hala boleh menjadi pilihan yang terbaik, ia telah membuahkan hasil yang sedikit. Charles Pritchard, bekas duta dan wakil khas untuk rundingan dengan Korea Utara 2001-2003, menulis bahawa "ia adalah satu pendekatan dua hala antara Amerika Syarikat dan Korea Utara yang telah terbaik, yang telah menghasilkan keputusan yang paling banyak dalam tempoh yang masa yang singkat.”

Walau bagaimanapun, pada akhirnya, beberapa penganalisis percaya bahawa Korea Utara mempunyai niat untuk menyerahkan program nuklearnya, dan mereka berhujah bahawa Pyongyang membuat konsesi untuk mendapatkan bantuan yang diperlukan untuk terus hidup. Penganalisis lain pula mengatakan bahawa dunia telah "kehabisan idea" mengenai cara untuk melucutkan senjata Korea Utara, dan harapan Barat kini bergantung kepada China untuk mengekang sekutunya. Menurut Max Fisher dalam Atlantik pada Februari 2012, “kini kita tahu, Korea Utara mungkin tidak pernah benar-benar dan sepenuhnya melucutkan senjatanya dari kerelaannya sendiri," Walaupun menemui jalan buntu, sesetengah pihak melihat  kerjasama antara Amerika Syarikat dan China dalam penggubalan sekatan PBB baru-baru ini sebagai satu usaha yang boleh mendatangkan hasil.
Read more ...

Monday, 14 August 2017

LOGO BAHARU HARAPAN

Oleh : Jebat

Aku dengar program Nothing to Hide 2.0 kecoh semalam. Ada insiden baling-baling kerusi. So bagi memperbaiki imej Harapan, maka aku cadangkan Harapan tukar logo sepertimana logo diatas. Jangan bimbang, aku takkan claim royalti.

Berikut merupakan video-video insiden Nothing to Hide 2.0





Apa-apa pun kepada penganjur, aku nak tanya pada korang, apa salah kerusi pada korang?
Read more ...

Sunday, 13 August 2017

SIX PARTY TALK - MATLAMAT PIHAK YANG TERLIBAT


Bersambung dari Artikel terdahulu : Six Party Talk - Suatu Pengenalan

MATLAMAT PIHAK YANG TERLIBAT

a) Amerika Syarikat

Bagi Washington,  ‘Six Party Talks’ berfungsi sebagai platform pengantaraan pelbagai hala bagi program nuklear Korea Utara. Amerika Syarikat masih bimbang akan program nuklear Pyongyang dan kemungkinan berlaku penjualan bahan-bahan dan teknologi nuklear ke negeri-negeri bermusuhan dan kumpulan pengganas. Sebagai sebahagian daripada mana-mana perjanjian, Washington mahu negara-negara berkecuali untuk mengizinkan lawatan dari pemantau IAEA.

b) Korea Utara

Rejim ini berharap untuk mendapatkan ikrar keselamatan tidak aggresif  dari Amerika Syarikat,  yang telah menghantar 28,500 tentera di Korea Selatan dan mengekalkan kewujudan cawangan berat tentera laut di Pasifik Pyongyang juga mahu hubungan normal dengan Washington dan akses kepada bantuan ekonomi dari negara-negara‘Six Party Talks’.

c) Korea Selatan

Terperangkap dalam konflik yang tidak dapat diselesaikan dengan Korea Utara, matlamat utama Seoul ialah penyingkiran senjata nuklear dan penyatuan semula Semenanjung Korea. Korea Selatan juga ingin meliberalisasikan kelemahan ekonomi Korea Utara melalui penglibatan kewangan yang lebih di mana ia bertujuan untuk mengurangkan kos potensi penyatuan semula Korea pada masa hadapan.

d) China

Beijing berfungsi sebagai sekutu lama dan rakan dagangan utama Pyongyang dan telah menggunakan pengaruhnya untuk membawa Korea Utara ke meja rundingan. Walaupun situasi ini telah meningkatkan hubungannya dengan Washington, Beijing juga takut akan kehadiran pelarian secara mendadak di sempadannya. Oleh sebab itu, Beijing telah menyediakan Korea Utara bantuan makanan dan tenaga. China akhirnya bersetuju untuk menaja sekatan PBB bersama Amerika Syarikat pada bulan Mac 2013 dan sejak itu telah meningkatkan retorik untuk menyambung semula rundingan.

e) Rusia

Kedudukan Moscow di meja rundingan membolehkannya  mengukuhkan pengaruhnya di Timur Laut Asia. Walaupun secara tradisinya Rusia telah menyertai China dalam memberi amaran terhadap sekatan yang keras, namun provokasi Korea Utara yang terbaru telah mendorongnya untuk memberi kutukan terhadap rejim berkenaan. Rusia akhirnya menyokong sekatan PBB yang telah diperbaharui terhadap Pyongyang ke atas ujian nuklear ketiganya, dan ia secara konsisten telah menyatakan kebimbangannya mengenai kegiatan Korea Utara.

f) Jepun

Tokyo bimbang bahawa ujian peluru berpandu Korea Utara berpotensi untuk mencapai Jepun. Tetapi ia juga melihat ‘Six Party Talks’ sebagai forum untuk berunding bagi mencari resolusi berkenaan penculikan warga Jepun oleh perisik Korea Utara pada tahun 1970-an dan 1980-an. Isu itu kekal sebagai titik pemecah dalam hubungan AS-Jepun kerana Tokyo tidak mahu Washington mengeluarkan Korea Utara daripada senarai ‘State Sponsors of Terrorism’ sehingga isu itu diselesaikan.
Read more ...

Saturday, 12 August 2017

SYAITAN ISRAEL DAH MUNCUL DI UTARA MALAYSIA #McSakau #McMoptee


Oleh : Jebat

Aku teringat waktu Ustaz Idris Sulaiman (UIS) mengeluarkan kenyataan pada tindakan boikot yang dilakukan oleh sesetengah orang Islam kepada syarikat McDonalds merupakan satu perbuatan yang tidak ada sandarannya dalam Islam, maka Moptee Perli tampil mengkritik kenyataan UIS dengan menyatakan bahawa 'syaitan Israel yang muncul di tengah-tengah Umat ini'. Tapi nampaknya orang yang dituduh 'Syaitan Israel' itu sendiri nampaknya sehingga hari ini masih tidak menerima mana-mana dana atau derma dari Israel. Sebaliknya orang yang menuduh itu pula secara terang-terangan mengakui menerima dana dari syarikat yang katanya memberikan sumbangan kepada Israel. Aku malas nak bicara panjang, korang tengok la penjelasan dibawah ini.



Read more ...

Thursday, 10 August 2017

PENDEBAT QATAR FOUNDATION KANTOI LAGI! #QatarPengkhianat

Oleh : Jebat

Hari tu pendebat belaan Qatar Foundation cakap Qatar tak ada sebarang hubungan dengan Israel.

1. Tapi kantoi dengan Video kehadiran Shimon Peres ke Doha, Qatar pada tahun 1996.



2. Kantoi dengan Lawatan Menteri Luar Israel, Tzipi Livni ke Qatar pada 2008



3. Kantoi bila wujudnya Doha Stadium di kawasan yang dikawal selia oleh Israel (yang secara tidak langsung Qatar mengakui Israel adalah penguasa di wilayah Palestin yang ditawan Zionist).



4. Kantoi dengan wujudnya kerjasama diantara Syarikat Penerbangan Israel (Arkia) dengan Qatar Airways pada tahun 2005.


5. Terbaru, Kantoi apabila 'menerima arahan dari Israel' untuk menutup pejabat operasi Al-Jazeera di Jerusalem.


Jika benar Qatar tidak mengiktiraf kewujudan Israel, kenapa perlu akur dengan arahan terbaru yang dikeluarkan oleh Kerajaan Israel?

Timbul pula persoalan yang berikut.

1. Adakah sewaktu Al-Jazeera membuka pejabat di Jerusalem, pejabat operasi Al-Jazeera di Doha membuat permohonan rasmi kepada kerajaan Israel? Jika ya, bukankah itu satu 'pengiktirafan' bahawa kerajaan Israel adalah sebuah kerajaan yang sah? Dan bukankah itu juga bermaksud Qatar mempunyai hubungan dengan Israel secara langsung? ;)

Dan bila daaa dia nak bagi bukti bergambar atau video yang menunjukkan jemaah Qatar dihalang memasuki Masjidil Haram???? Dah nak masuk Dzulhijjah kot!!!!

#QatarPengkhianat
#PendebatKakiPenipu
#LessTalkMoreEvidence
Read more ...

PEMBANGKANG GUNA SKRIP SAMA DALAM MENGKRITIK PROJEK KERAJAAN



Oleh : Jebat

Rata-rata komentar pembangkang mengenai projek ECRL adalah negatif.

Pengerusi PKR Terengganu cakap, projek berkenaan tidak akan memberikan kebaikan pada anak tempatan.

Yeo Bee Yin dari DAP Selangor pula mahukan Kerajaan DAP-PKR dan PAS Selangor tidak memberikan kerjasama kepada kerajaan persekutuan dalam projek berkenaan.

Ini adalah skrip biasa yang digunakan oleh pembangkang dari zaman berzaman.

Ketika Mahathir menjawat jawatan Perdana Menteri, beliau juga diserang dengan taktik yang sama.

KLIA, PUTRAJA, KL SENTRAL, kesemuanya dikatakan membazir, menghabiskan wang rakyat.

Namun setelah beberapa lama, KLIA yang dulunya dikatakan sebagai satu pembaziran, akhirnya menjadi antara Lapangan Terbang tersibuk di dunia. 

Putrajaya, yang dulunya hendak dilelong, kini menjadi rebutan pihak pembangkang.

KL Sentral yang satu ketika dahulu dikatakan akan sepi dan menjadi projek Gajah Putih, hari ini menyaksikan perkembangan pesat di sekitar Brickfield.

Kita tak menafikan sumbangan pemimpin terdahulu, namun aku pelik lagi ajaib, mengapa apabila bekas Perdana Menteri masuk ke pihak pembangkang, bodoh pembangkang tu menyerap ke otaknya.

Suatu ketika dahulu Tun Mahathir pernah berang dengan tindakan Tun Abdullah yang memberhentikan projek Landasan Keretapi Berkembar dari KL ke Padang Besar.

Namun setelah Pak Lah meletakkan jawatan, PM Najib bertindak menyambung semula projek berkenaan.

Namun peliknya pada hari ini, tatkala PM Najib melancarkan jaringan rel keretapi baru yang merentasi tengah Pahang ke Terengganu dan Kelantan, Tun Mahathir mengkritik tindakan berkenaan.

Ini satu tindakan yang contradict dengan apa yang dilakukan sebelum ini.

Apakah tindakan membuka jaringan keretapi baharu dari KL melalui kawasan pertengahan Pahang ke Terengganu hingga ke Kelantan ini tidak proaktif? Apakah Tun M tidak membaca akhbar tatkala setiap kali musim kemuncak perayaan dan cuti sekolah berlansung, Lebuhraya Pantai Timur menjadi sesak yang amat?

Bukankah dengan membuka laluan baharu ini sekaligus memberikan pilihan baharu kepada rakyat terutama sekali mereka yang datang dari Pantai Timur. Adakah Tun lebih gemar melihat rakyat menghabiskan wang di lebuhraya, dengan minyaknya lagi, tol nya lagi dari membeli tiket keretapi dan menaikinya terus ke destinasi tanpa perlu membuang duit membayar tol kepada syarikat konsesi.

Apa yang pasti, Tun pastinya tidak berpuas hati dengan tindakan PM Najib yang tidak mengutamakan syarikat kroni Tun seperti YTL. Sebaliknya lebih terbuka dan mempercayai kepakaran China Communications Construction Co., Ltd (CCCC) dalam melaksanakan projek berkenaan.

Jika Tun M dan pembangkang lain hendak menafikan kepakaran CCCC dalam pembinaan rel keretapi, maka Tun M tersilap. CCCC merupakan syarikat yang terlibat aktif dalam lapangan pembinaan infrakstuktur di seluruh dunia (rujuk : http://en.ccccltd.cn/business/infrastructureconstruction/). 

Jika Tun dan pepuak pembangkang masih nak mempersoalkan kepakaran CCCC, maka Tun sendiri pun boleh dipersoalkan dengan kes ERL. Apa kepakaran YTL dalam pembinaan rel keretapi sehingga mereka boleh mendapat projek berkenaan?

Apa yang pasti, ECRL bakal menjadi nadi pengangkutan awam yang bukan sahaja merancakkan perkembangan ekonomi di pantai timur Malaysia, tetapi juga mendekatkan perhubungan diantara Kuala Lumpur dan Pantai Timur.
Read more ...

Wednesday, 9 August 2017

[SAJAK] : USAH IKUT IRAN


Usah diikut resam Iran
Menyalak bagai tak ketahuan
Berdemo bagai kena sawan
Kononya mengenang nasib Palestin di tekan.

Usah diikut perangai Iran
Menyalak ke Israel setiap harian
Bila ditanya apa tindakan?
Hanya mengkritik depan wartawan

Usah diikut sikap Irani
Katanya dia paling Islami 
Makkah dan Madinah hendak ditakluki
Kononnya ditawan pepuak Wahabi

Gila Iran usah dikira
Kahwin sejam bukannya zina
Sahabat yang mulia biasa dicela
Kata mereka itulah agama.

Anasz.
Read more ...

KHAWARIJ : GILAKAN HARTA, PEMALAS MENGKAJI DAN PENIMBUL MASALAH.

Oleh : Jebat

Imam al-Bukhari meriwayatkan dari Abu Sa’id al-Khudri, bahwa beliau berkata:

‘Ali pernah mengirim dari Yaman untuk Rasulullah, sepotong emas dalam kantong kulit yang telah disamak, dan emas itu belum dibersihkan dari kotorannya. Maka Nabi membaginya kepada empat orang: ‘Uyainah bin Badr, Aqra’ bin Habis, Zaid al-Khail, dan yang ke-empat ‘Alqamah atau ‘Amir bin ath-Thufail. Maka seseorang dari para sahabatnya menyatakan:

“Kami lebih berhak dengan (harta) ini dibanding mereka.”

Ucapan itu sampai kepada Nabi, maka baginda bersabda:

“Apakah kalian tidak percaya kepadaku, padahal aku adalah kepercayaan Dzat yang ada di langit (yakni Allah), wahyu turun kepadaku dari langit di waktu pagi dan petang”.

Kemudian datanglah seorang laki-laki yang cekung kedua matanya, menonjol bahagian atas kedua pipinya, menonjol kedua dahinya, lebat jenggotnya, botak kepalanya, dan tergulung sarungnya. 

Orang itu berkata:

“Takutlah kepada Allah wahai Rasulullah!”

Maka Rasulullah kemudian berkata: “Celaka engkau! Bukankah aku manusia yang paling takut kepada Allah?”

Kemudian orang itu pergi. Maka Khalid bin al-Walid berkata: “Wahai Rasulullah bolehkah aku penggal lehernya?”

Nabi berkata: “Jangan, dia masih solat (yakni masih muslim).”

Khalid berkata: “Berapa banyak orang yang solat dan ber-syahadat ternyata bertentangan dengan isi hatinya.”

Nabi berkata: “Aku tidak diperintah untuk meneliti isi hati manusia, dan membelah dada mereka.”

Kemudian Nabi melihat kepada orang itu, sambil berkata:

“Sesungguhnya akan keluar dari keturunan orang ini sekelompok kaum yang membaca Kitabullah (al-Qur’an) namun tidak melampaui kerongkong mereka (*yakni tidak faham makna aslinya). Mereka melesat (keluar) dari (batas-batas) agama seperti melesatnya anak panah dari (sasaran) buruannya.”

Dan saya kira beliau berkata:

“Jika aku menjumpai mereka, niscaya aku akan bunuh mereka seperti dibunuhnya kaum Tsamud.”

Dalam riwayat lain:

Ketika kami bersama Rasulullah, baginda sedang membahagi … tiba-tiba Dzul-khuwaishirah —seseorang dari Bani Tamim— mendatangi beliau kemudian berkata:

“Wahai Rasulullah, berbuat adil-lah!”

Rasulullah berkata: “Celaka engkau, siapa lagi yang akan berbuat adil jika saya sudah (dikatakan) tidak adil. Sungguh rugi dan rugi saya jika saya tidak bisa berbuat adil.”

[Muttafaqun ‘aIaihi, HR. AI-Bukhari no. 3344, 3610, 4351, 4667,5058, 6163, 6931, 6933, 7432, 7562; Muslim no. 1064, 1065.]

Khawarij dari dulu sampai sekarang tidak akan pernah redha dengan mana-mana pemerintah yang tidak kena pada akal mereka. Keadilan hanya diukur melalui sudut pandang mereka semata-mata. Dan selama-lamanya skrip Khawarij adalah 'memperjuangkan keadilan' yang katanya ditindas oleh pemerintah.

Korang tengok zaman Nabi S.A.W menjadi pemimpin. Dzul Khuwaisirah, Si Khawarij Pertama dengan muka tak tau malu, mengkritik Rasulullah S.A.W dihadapan para sahabat baginda gara-gara pembahagian harta rampasan perang yang dianggap tidak adil dimatanya.

Jadi, apa yang kita boleh analisis dari tindakan Khawarij ni.

1. Khawarij adalah mereka yang gilakan harta dunia sebenarnya. Sebabnya Khawarij pertama (Dzul-Khuwaisirah) minta Nabi "berlaku adil" tatkala urusan pembahagian harta rampasan (yang mana nabi tak berikan padanya). Cuba jika dia tersenarai dikalangan penerima harta berkenaan. Adakah dia akan sound Nabi?

2. Khawarij ni jenis tak suka buat research. Cakap main sembur jer. Macam dalam kes tatkala Nabi membahagikan harta. Dia tak ada diawal majlis berkenaan. Dan masuk-masuk je ke tempat nabi sedang membahagikan harta, dia terus 'soud' nabi tak memasal. Sedangkan para sahabat yang lain (yang dah lama duduk dengan nabi dalam proses pembahagian berkenaan) telah mengetahui kenapa Nabi bertindak sedemikian.

3. Khawarij ni jenis tak selesaikan masalah. Sebaliknya jenis berlepas tangan. Buktinya, bila dah kena sound. Dia bukan nak memohon ampun pada Nabi atau meminta penjelasan. Sebaliknya dia main blah macam tu jer. Dan kita tak tau la plak, apa berita palsu / fitnah yang dia sebarkan kepada orang lain selepas 'sound' Nabi tu.

Akhir kalam...

Jangan jadi macam Khawarij. Nampak warak tapi gilakan harta dunia. Tak buat research sebelum bercakap dan tak menyelesaikan masalah ummah (suka timbulkan masalah).

#JanganJadiKhawarij
#KhawarijAnjingNeraka
Read more ...

Monday, 7 August 2017

RCI FOREX: APA NASIB MAHATHIR, ANWAR DAN DAIM?


Oleh : Zamzuri Mohamed Tahir*

ESOK 8 Ogos 2017 bermulalah mimpi ngeri buat mantan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, Tun Dr. Mahathir Mohamed dan Tun Daim Zainuddin apabila Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai skandal tukaran mata wang asing pada awal 1990an memulakan prosiding mereka.

Kabinet Malaysia bersetuju menubuhkan RCI pada 21 Jun 2017 lalu setelah mengambilkira pelbagai aspek, tanpa pertimbangan politik kepartian dan menerima banyak permintaan dari rakyat Malaysia.

RCI dianggotai oleh enam orang ahli panel yang dipengerusikan oleh Tan Sri Mohd Sidek Hassan, Pengerusi Petroliam Nasional Berhad (PNB). Ahli-ahli panel lain pula adalah Hakim Mahkamah Tinggi, Yang Arif Kamaludin Md Said, Ketua Pegawai Eksekutif  Bursa Malaysia Bhd, Tajuddin Atan; Pengerusi Bersama Pasukan Petugas Khas Pemudahcaara Perniagaan (PEMUDAH), Saw Choo Boon, Akauntan Bertauliah Malaysian Institute of Accountants (MIA), K Pushpanathan dan Pengarah Bahagian Pelaburan Strategik, Kementerian Kewangan, Yusof Ismail, yang bertanggungjawab sebagai Setiausaha RCI.

Mahathir yang dikenali sebagai individu terkaya di dunia melalui pelbagai proksi billionaire dan konglomerat dijangka  berhadapan dengan siasatan (RCI) berhubung skandal tukaran matawang asing Bank Negara Malaysia (BNM).

Sementara itu Daim yang dianggap sebagai tok dalang di sebalik skandal tersebut pernah menjawat jawatan Menteri Kewangan antara 14 Julai 1984 hingga 15 Mac 1991.

Meski pun Daim meletakkan jawatan sebagai anggota kabinet, batuk dan dehem beliau mampu mempengaruhi turun naik tukaran matawang asing dan harga saham di Bursa Saham Kuala Lumpur, pada ketika itu dan akhirnya dipanggil semula menganggotai kabinet setelah pemecatan Anwar dari parti dan kerajaan pada 2 September 1998.

Antara Mahathir dan Daim, nasib keduanya bukan sahaja bakal ditentukan oleh siasatan rapi, berkecuali dan terbuka kepada awam, malah mantan Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim dipercayai bakal menjadi penentu kepada untung nasib keduanya.

Anwar yang kini bersekutu dengan Mahathir menumbangkan kepimpinan YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Mohd Najib Abdul Razak di atas platform Pakatan Harapan dijangka tidak mempunyai masalah untuk memberi keterangan dan melampirkan pelbagai dokumen yang memihak kepada Mahathir, demi kelansungan kerjaya politik masing-masing.

Berbanding dengan Daim, meski pun mengetuai pelbagai firma konglomerat dalam dan luar negara, Anwar menyatakan bahawa beliau sesekali tidak akan memaafkan tokoh ekonomi tersebut.

Apakah ianya suatu petunjuk bahawa Anwar akan memberi keterangan yang tidak memihak kepada Daim?

Tanpa kuasa politik dan naungan politik yang pernah dinikmatinya suatu ketika dahulu, Daim dijangka sukar meloloskan diri untuk didapati terlibat secara langsung dalam skandal tukaran matawang asing yang terbesar di dunia itu.

Di sebalik ketiga-tiga figura politik dan ekonomi tanahair tersebut, Ahli Parlimen Gelang Patah, YB Lim Kit Siang sedang memainkan peranan seribu wajah bagi mengaibkan ketiga-tiganya di mata rakyat dan kerajaan serta memastikan pemimpin Melayu Islam senantiasa bermasalah, samada di dalam atau luar kerajaan.

Pastinya, Kit Siang akan lupa berkenaan hansard Parlimen tentang skandal tukaran matawang asing ini dan artikel-artikel beliau yang mengkritik salah urustadbir Mahathir di dalam MALAYSIA: Crisis of Identity. yang diterbitkan oleh parti ultra perkauman Democratic Action Party (DAP).

Sesungguhnya politik merupakan seni yang serba mungkin.

*13 DzulQaedah 1438H*
*7 Ogos 2018*
*Isnin 12.00p.m.*
Read more ...

Saturday, 5 August 2017

RUKUN ISLAM DAN KERAJAAN YANG ZALIM

Oleh : Jebat

Rukun Islam 5 perkara.

1. Mengucap 2 kalimah syahadah
2. Solat 5 Waktu
3. Puasa di bulan Ramadan 
4. Zakat (pada yang mampu)
5. Haji (pada yang mampu).

Adakah kerajaan yang korang tuduh "zalim" pada hari ini larang dari korang buat kelima-lima rukun Islam ni?

Korang kata kerajaan Zalim, walhal korang zalim dengan meninggalkan solat, korang buat-buat tak nampak. Korang tinggalkan solat 5 waktu walaupun dah diberikan masa untuk menunaikannya.

Syahadah. Aku rasa kerajaan kat Malaysia ni tak pernah nak halang sesiapun mengucapkan syahadah. Korang boleh angkat syahadah kat mana-mana tempat di Malaysia kecuali di tempat-tempat yang dilarang seperti di tandas, tempat-tempat yang memerlukan tahap kesenyapan yang maksimum misalnya di perpustakaan dan dewan peperiksaan. Jika korang memekak di dewan peperiksaan, perpustakaan atau semisal dengannya, korang boleh dihalau oleh pihak keselamatan kerana menganggu ketenteraman awam (bukan disebabkan korang bersyahadah).

Puasa di bulan Ramadan. Ramai yang culas dari berpuasa. Sanggup beli makanan dengan beg plastik hitam dan makan di tempat yang tersembunyi dari melaksanakan rukun Islam ke 3 itu. Sedangkan di pihak kerajaan, ada undang-undang yang boleh mendakwa dan mendenda mana-mana umat Islam yang tidak berpuasa tanpa alasan yang munasabah.

Zakat. Berapa banyak kaunter zakat diwujudkan. Urusan pembayaran zakat dipermudahkan. Tu pun masih culas nak bayar zakat. Walaupun kereta dah menjalar dan Handphone lebih mahal dari yuran pengajian di Universiti awam.

Haji. Separuh daripada kos pengendalian Haji telah ditanggung kerajaan per-kepala. Namun masih tidak berusaha nak simpan wang untuk kesana. Alasan selalu kita dengar nama tak naik. Dan bila nama dah naik, duit pulak tak cukup. Alasan sebab hidup kesempitan. Peliknya disebalik 'kesempitan' tu, rumah masih mempunyai siaran berbayar 'astro' dan mulut masih terus dipam dengan rokok.

Akhir kalam :

Tengok kezaliman kat diri korang sebelum nak tuduh pihak lain zalim pada korang.

Read more ...

Thursday, 3 August 2017

STRATEGI ARAB SAUDI MEMECAH BELAHKAN SYIAH


Oleh : Anasz*

Aku melihat lawatan Rabai Syiah yang diistiharkan sebagai pengganas oleh U.S, Muqtada Al-Sadr ke Arab Saudi sebagai satu lawatan yang 'luar biasa'.

Lawatan beliau ke Arab Saudi adalah lawatan susulan selepas Perdana Menteri Iraq, Haider al-Abadi mengadakan lawatan ke Arab Saudi pada Jun 2017.

Sebelum itu, pada Febuari 2017 yang lalu, Menteri Luar Arab Saudi, Adel Al-Jubeir telah melakukan lawatan rasmi ke Iraq, sesuatu yang dilihat oleh penganalisis antarabangsa sebagai satu lawatan yang 'jarang berlaku' bersandarkan kepada situasi dan posisi Arab Saudi yang melihat Iraq sebagai negara yang dipengaruhi oleh Iran.

'Rapprochement' semula diantara Arab Saudi dan Iraq ini dilihat sebagai salah satu usaha Arab Saudi mengendurkan keteganggan diantara kedua-dua buah negara. Selain itu, apa yang berlaku pada hari ini seakan-akan menunjukkan wujudnya 'kerenggangan' hubungan diantara Baghdad dan Tehran yang mana ianya merupakan peluang terbaik bagi Arab Saudi mengurangkan pengaruh Tehran di dalam kabinet Haider di Baghdad.

Menurut pandangan yang dikemukakan oleh penganalisis politik rantau Arab, Abdul Rahman Al-Rasheed, tindakan kerajaan Iraq yang mula memperbaiki hubungan dengan negara jirannya yang lain juga disebabkan sikap Tehran yang gemar mencampuri urusan dalaman Iraq. 

"Tehran selama ini telah mengeksploitasi kekayaan minyak Iraq dengan menyalurkan wang yang seharusnya digunakan untuk pembanggunan semula Iraq kepada pihak-pihak lain seperti di Syria."

Tambahnya lagi, bukan mudah bagi Sadr mengadakan lawatan ke Arab Saudi tatkala negara Iraq pada hari ini dikawal oleh tentera revolusi Iran yang mendapat arahan dari pemimipin tertinggi, Ayatollah Ali Khameini di Tehran.

Faktor sejarah turut menambahkan lagi keretakkan diantara kedua-dua kelompok Syiah di Iraq dan Iran. Syiah di Iran majoritinya berbangsa Parsi manakala Syiah di Iraq majoritinya berbangsa Arab. Dan sejarah membuktikan bahawa, wujud persaingan kuasa diantara kedua-dua bangsa ini dalam geopolitik rantau Arab sejak zaman para nabi dan para sahabat. Wujud sentimen dikalangan rakyat Syiah Iraq yang melihat Syiah Iran (yang berbangsa Parsi) sering memperkecilkan Syiah Iraq (yang berbangsa Arab). Syiah Iran melihat kejayaan mereka 'mengawal' Iraq adalah sebagai salah satu kejayaan bangsa Parsi mengawal bangsa Arab - satu perkara yang amat dibenci oleh bangsa Arab. 

Kita tidak pasti apa 'game' yang cuba dilakukan oleh Arab Saudi di Iraq sebenarnya. Namun bersandarkan kepada keadaan semasa ini, aku berpandangan bahawa Arab Saudi cuba mengambil peluang menjarakkan hubungan Iraq dengan Iran menggunakan sentimen 'Bangsa Arab'.

Bacaan selanjutnya :

Wehrey, Karasik, Nader Et.all, 2009. Saudi-Iranian Relation Since The Fall of Saddam. California : Rand Corporation

Peterson, 2002. Saudi Arabia and The Illusion of Security. New York : The International Institute for Strategic Studies

S.Nye Jr & Welch, 2011. Understanding Global Conflict and Cooperation : An Introduction To Theory and History (8th Edition). Boston : Pearson

Cordesman & Khalid Al-Rodhan, 2007. Gulf Military Forces in an Era of Asymmetric Wars (Vol 2). Connecticut : Praeger Security International

*Penulis merupakan graduan sarjana dalam bidang Strategi dan Keselamatan dari UKM.
Read more ...
© 2008-2017 PM Institute