Oleh : Anasz* 1. Sebagai seorang yang mempelajari dunia strategi, keselamatan dan diplomasi, isu Rohingya ini bukanlah sesuatu isu yang asing. 2. Ianya adalah satu wacana yang menjadi perbincangan hangat dikalangan penuntut dalam disiplin ilmu berkenaan. Di sini kami berbicara mengenai antara soal hak asasi manusia vs keselamatan. Hak pelarian vs Hak negara. Hak Organisasi Antarabangsa vs Kedaulatan Negara. 3. Semuanya mempunyai hujjah masing-masing. Namun dalam masa yang sama, kami diajar untuk mencari satu jalan penyelesaian bag…
Oleh : Anasz* 1. Tah apa sebab tetiba semua nak maki-maki. Benar, ada yang tak selesa dengan kehadiran mereka yang ramai ke Malaysia. Benar, ada yang lihat mereka ni pengotor sebab kuat buang sireh tepi dinding. Benar, ada yang dah besar kepala. Benar, ada yang jahat. Namun adakah kita nak "pukal"kan kesemua kesalahan pada satu kaum hanya disebabkan tindakan beberapa individu yang tidak bertanggungjawab yang datang dari etnik berkenaan? 2. Dalam masa yang sama, korang nak maki lebih-lebih ni dah kenapa? Boleh tak korang just t…
Al Hassan Al Basri berkata, "As-Sunnah antara yang sangat berharga dan terendah. Maka sabarlah atasnya semoga ALLAH mengasihi kalian. Sesungguhnya Ahlussunnah merupakan golongan yang paling sedikit pada masa dahulu dan paling sedikit di akhir masa. Mereka menghindari kemewahan dalam kemewahannya, tidak menyertakan ahli bid'ah dalam perbuatan bid'ahnya, sabar dalam kesusahan sampai bertemu dengan Tuhannya, maka jadilah orang seperti itu!." Rujuk : Syarah Al Aqidah Ath-Thahawiyyah (hlm.276)
Diriwayatkan dari Abdullah bin Abbas R.A, dia berkata : Al-Abbas memiliki sebuah saluran air yang melewati tanah milik Umar. Pada suatu suatu hari Jumaat, Umar mengenakan pakaiannya. Sedangkan di sisi yang lain, dua ayam milik Al Abbas disembelih. Ketika saluran air tersebut penuh, maka dituangkanlah air yang telah bercampur dengan darah kedua ayam tersebut. Ternyata cairan itu mengenai pakaian Umar, maka Umar R.A memerintahkan agar pakaiannya itu dilepaskan. Dia pun kembali pulang kemudian melemparkan pakaiannya dan mengenakan pakaian yang…
Diriwayatkan dari Al Hasan, dia berkata, "Umar telah berkhutbah di hadapan khalayak. Ketika itu dia mengenakan sarung yang jumlah tampalannya ada di 12 tempat." Diriwayatkan dari Anas R.A, dia berkata, "Pada bahagian pakaian antara kedua bahu Umar ada tiga buah tampalan." Diriwayatkan dari Mus'ab bin Sa'ad R.A, dia berkata "Hafsah telah berkata kepada Umar R.A, "Wahai Amirul Mukminin, andai sahaja anda mengenakan pakaian yang lebih halus dibandingkan dengan pakaian anda (sekarang ini) dan juga memak…
Filem dokumenteri ini diterbitkan oleh Perbadanan Pengurusan Masjidil Haram dan Masjid Nabawi melalui usaha yang dilaksanakan oleh Jabatan Media dan Komunikasi Masjidil Haram dan Masjid Nabawi. Dokumentari ini meriwayatkan perjalanan sejarah mulia dari air yang suci ini beserta fasa-fasa perawatan dan perkembangan yang sudah berlangsung beberapa zaman. Bagaimana ianya bermula sehinggalah sampai ke era pemerintahan Pelayan Dua Tanah Suci Raja Salman bin Abdul Aziz Al Saud
ALLAH ﷻ berfirman di dalam al-Quran: 1. "Kalau kamu zahirkan sedekah-sedekah itu (secara terang), maka yang demikian adalah baik (kerana menjadi contoh yang baik). Dan kalau pula kamu sembunyikan sedekah-sedekah itu serta kamu berikan kepada orang-orang fakir miskin, maka itu adalah baik bagi kamu; dan Allah akan menghapuskan dari kamu sebahagian dari kesalahan-kesalahan kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui secara mendalam akan apa yang kamu lakukan. [Surah Al-Baqarah : 271] 2. "Orang-orang yang membelanjakan (mender…
Jika anda membuat dosa Mula lupa solat yang lima Bila lupa solat yang lima Itu tandanya sesat jiwa Apabila sesat hati dan jiwa Syaitan akan mudah menggoda Bila syaitan menggoda Kita ingkar segala perintah-Nya Jika lupa segala perintah-Nya Itu tandanya menuju derhaka Jika mula menuju derhaka Itu bermakna mengundang murka Apabila kita sudah dimurka Akhirat nanti kekal di neraka Jika kekal di neraka Badan pasti mendapat celaka Jika badan mendapat celaka Jiwa tentunya merasa sengsara Apabila jiwa merasa sengsara Ras…
Oleh : Jebat* Gesaan si penipu Syed Saddiq menggesa kerajaan membenarkan mahasiswa untuk pulang ke kampung halaman tatkala COVID-19 melanda negara telah mencetuskan perbincangan hangat diantara kumpulan rakyat dengan mahasiswa. Ada yang menyokong ada yang membantah. Dan aku sejujurnya membantah gesaan berkenaan atas faktor arahan Nabi S.A.W yang melarang umatnya untuk keluar masuk dari kawasan wabah ke kawasan tidak wabah atau sebaliknya. قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الطَّاعُونُ آيَةُ الرِّجْزِ ابْتَلَى ال…
Oleh : Anasz* 1. Jika kita mengikuti perkembangan dunia terutama sekali yang melibatkan pengurusan haji dan umrah, antara isu yang tidak akan dilepaskan oleh pembenci negara tauhid ini adalah pengurusan haji dan umrah oleh kerajaan Arab Saudi. 2. Antara tuduhan-tuduhan yang biasa kita dengar ialah, 'Arab Saudi memperniagakan Haji dan Umrah', atau 'Arab Saudi mengaut keuntungan jutaan kali ganda dalam Haji dan Umrah'. 3. Namun akhirnya, COVID-19 yang berlaku di dunia amnya dan Arab Saudi khasnya, telah menjadi satu bu…
Al Hasan Al Basri berkata, "Sesungguhnya ALLAH mengutuskan Nabi Muhammad ﷺ berdasarkan pengetahuan-Nya memilih sendiri, mengutus banginda untuk membawa ajaran-Nya, menurunkan kitab-Nya, mensucikan ciptaan-Nya. Kemudian menempatkannya di dunia dengan tempat yang dapat dilihat oleh penduduk bumi dan memberikan kekuatan serta bekal hidup. Ini sesuai dengan firman ALLAH ﷻ : لَقَدْ كَانَ لَكُمْ فِي رَسُولِ اللَّهِ أُسْوَةٌ حَسَنَةٌ Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik (Al-Ahzaab : 21) …
Al Hasan Al Basri berkata, "Ketika ALLAH ﷻ mengutuskan Nabi Muhammad ﷺ, mereka mengetahui rupa dan keturunannya. ALLAH berkata, 'Inilah Nabi-Ku, inilah pilihan-Ku, ambillah Sunnah dan jalannya'. Demi ALLAH, jangan kalian tidak mencontohi cara makan baginda, dan pergi serta menutup selain pintunya. Contohilah apa yang dilakukannya. Baginda duduk di atas tanah, meletakkan makanannya di atas tanah, menggunakan pakaian dari bahan yang kasar, mengenderai keldai, membonceng dengan yang lain, dan menjilat tangannya setelah selesai…
IKLAN : KAMI MEMERLUKAN A) SuperHouseMan B) SuperHouseWomen C) SuperHouseBoys D) SuperHouseGirl Kuasa sakti : menahan diri dari keluar rumah sekaligus menghentikan rantaian penyebaran COVID-19. Bidang Tugas : 1. Tidak keluar rumah tanpa keperluan. 2. Amalkan penjarakkan sosial 3. Amalkan kebersihan diri. Kostume : 1. Pakai topeng muka tatkala keluar rumah (jika perlu). Kelebihan Menjadi SuperHouse : 1. Bantuan BPN bagi yang layak 2. Penangguhan PTPTN selama 6 bulan 3. Penangguhan perbankan selama 6 bulan 4. Cuti t…
Social Plugin